Pinggan Unik, Kurangkan 30 Kalori Setiap Hidangan

Anda ingin kurus dengan cara yang mudah? Anda boleh mencuba pinggan ini yang mempunyai 500 lubang halus dan didakwa sebagai rekaan unik untuk mengurangkan berat badan.

Pinggan Unik, Kurangkan 30 Kalori Setiap Hidangan

Ini kerana lubang-lubang pada pinggan itu dikatakan boleh mengumpul dan mengasingkan minyak yang berlebihan dan dapat menghapuskan 30 kalori daripada makanan yang dihidangkan.

Pinggan tersebut dihasilkan oleh AbsorbPlate dalam usaha memberikan makanan yang sihat di seluruh Thailand.

Menurut agensi pengiklanan kepada AbsorbPlate, BBDO Bangkok, rekaan tersebut masih diuji dan tidak dijual pada masa ini.

Bagaimanapun beribu-ribu pinggan telah diedarkan kepada kedai-kedai makan di Thailand.

Pelbagai reaksi diterima daripada orang ramai dengan ada yang menyokong, tidak kurang pula yang memandang sinis akan ciptaan terbaru itu.-mynewshub

Marsha Milan Akui Perlukan Masa Dalami Islam

Baharu sahaja memeluk Islam, pelakon Marsha Milan Londoh, 30, mengakui dia terpaksa menangguhkan hasratnya untuk bersama-sama jemaah lain menunaikan solat Terawih di masjid kerana dia masih memerlukan bimbingan.

Marsha Milan Akui Perlukan Masa Dalami Islam

“Ada juga saya lakukan solat Terawih di rumah bersama suami. Sudah beberapa kali juga. Saya mahu ke masjid, tetapi saya perlu belajar labih banyak tentang islam.

“Saya juga memerlukan imam kerana buat masa ini saya belum tahu bila masanya untuk rukuk atau sujud.

“Pergerakan  seperti itu pun saya tidak dapat ingat, lagi pula segala bacaan dan doa yang perlu dihafal. Jika ada yang tanya tentang erti Ramadan, secara peribadi sukar untuk saya menjawab soalan itu,” jelasnya kepada Harian Metro.

Tambah Marsha, dia masih baru dalam Islam dan memerlukan lebih banyak masa untuk memahami perkara baru dan pengertian sebenar sesuatu perkara. – MYNEWSHUB

Ronaldo Atasi Semua Rekod Figo

Meskipun hasrat muncul pemain pertama menjaringkan gol untuk Portugal masih belum terlaksana, Cristiano Ronaldo menjadi pemain paling terbanyak membuat penampilan bersama Portugal dengan 128 kap sekali gus mengatasi rekod Luis Figo selepas diturunkan menentang Austria pada aksi peringkat Kumpulan F Euro 2016, awal pagi Ahad.

Ronaldo Atasi Semua Rekod Figo

Pada pertembungan itu, Portugal sekadar seri 0-0 dengan Austria.

Ronaldo, 30, kini mengatasi rekod legenda Portugal, Luis Figo dengan 128 kap dan menjaringkan 58 gol.

Malah bintang Real Madrid itu kini berkongsi rekod penampilan sepanjang masa kejohanan Euro pada 16 perlawanan bersama-sama dengan Lilian Thuram (Perancis) dan Edwin van der Sar (Belanda).

Ronaldo berpeluang menjadi pemain pertama dalam sejarah untuk menjaringkan gol dalam keempat-empat kejohanan Eropah yang berbeza.

Bekas penyerang Manchester United itu turut menyamai rekod jaringan gol Nuno Gomes pada aksi Euro dalam sejarah pasukan Portugal.

Ronaldo juga sudah berjaya memecah rekod penampilan Gomes ketika tampil menentang Iceland iaitu penampilan ke-15nya dalam perlawanan tersebut.-mstar

Manchester City Dan Barcelona Berebut Nolito

Manchester City akan memulakan perang perebutan pemain dengan menewaskan Barcelona dalam usaha mendapatkan penyerang Sepanyol, Nolito yang mempamerkan aksi cemerlang pada Euro.

Manchester City Dan Barcelona Berebut Nolito

Pemain berusia 29 tahun itu menjadi perhatian selepas menjaringkan lima gol dan empat kali membantu mendapatkan gol dalam 12 penampilan antarabangsa.

Penyerang Celta Vigo tersebut dilapor akan meninggalkan kelabnya dan berikutan itu  Pep Guardiola dan Txiki Begiristain merancang untuk mendapatkan bekas penyerang Barcelona berkenaan dengan penebusan kontrak bernilai £14.1 juta.

Nolito menjaringkan satu gol dan membantu rakannya mendapatkan jaringan dalam tempoh tiga minit untuk memastikan Sepanyol menang 3-0 ke atas Turki.

Dalam perancangan City pula, Guardiola dikatakan mahu menggandingkan Nolito dengan David Silva dan Sergio Aguero di bahagian serangan.

Bagaimanapun, Barcelona juga dilapor mahu mendapatkan kembali bekas penyerangnya itu.

Dia disebut sebagai pemain paling sesuai untuk bersama Lionel Messi, Neymar dan Luis Suarez di bahagian serangan Barcelona.-mstar

Mourinho Serah Darmian Kepada Chelsea

Jose Mourinho mahu membuat pertukaran pemain pertahanan dengan melepaskan Matteo Darmian untuk mendapatkan Nemanja Matic dari Chelsea, lapor Daily Mirror.


Mourinho Serah Darmian Kepada Chelsea

Pengendali baharu Manchester United itu kini sedang mendapatkan pemain baharu sebagai usaha menyediakan satu pasukan mantap di Old Trafford untuk musim depan.

Dalam pembentukan pasukan berkenaan, Mourinho dikatakan mahu skuad yang lebih mantap dari segi fizikal dan kerana itu juga dia mendapatkan Eric Bailly dari Villarreal.

Mourinho juga ingin membuat pertukaran berkenaan kerana Darmian menjadi pilihan utama bakal jurulatih Chelsea, Antonio Conte yang kini sedang membimbing Itali.

Darmian yang juga pemain Itali menyertai Manchester United dari Torino dengan yuran pemindahan sebanyak £12 juta.

Jika Conte ingin Darmian di Stamford Bridge, ini bermakna urusan Mourinho untuk mendapatkan Matic lebih mudah.-mstar

Ryan Giggs Akan Tinggalkan Man United

Pengurusan tertinggi Manchester United percaya Ryan Giggs akan meninggalkan kelab itu dalam tempoh terdekat.


Ryan Giggs Akan Tinggalkan Man United

Legenda United itu dilapor akan membuat pengumuman mengenai masa depan bersama United dalam beberapa hari lagi selain tidak akan menyertai pasukan lain untuk musim depan.

Pegawai kanan United juga percaya Giggs akan berehat untuk musim depan sebelum kembali dalam pengurusan kelab sama atau lain.

Giggs, 40, bergelar penolong jurulatih di bawah pengurusan David Moyes dan Louis van Gaal sebelum kedua-dua jurulatih berkenaan dipecat.

Dia juga dikatakan kecewa kerana United melantik Mourinho dan bukan dirinya seperti yang pernah dijanjikan sebelum Van Gaal menjadi jurulatih kelab tersebut.-mstar

Martin Skrtel Sertai Roma

Pertahanan tengah yang banyak berjasa kepada Liverpool, Martin Skrtel dilapor bersetuju untuk menyertai Roma pada musim depan.


Martin Skrtel Sertai Roma

Akhbar Itali, Gazzetta dello Sport melaporkan Skrtel telah bersetuju dengan kontrak selama tiga tahun yang ditawarkan Roma.

"Roma telah mendapat persetujuan daripada Skrtel untuk menyertai pasukan itu dengan kontrak selama tiga tahun," lapor akhbar berkenaan.

Berita itu turut mengecewakan Fenerbahce, Besiktas dan Galatasaray yang turut mahukan khidmat pemain Slovakia itu.

Beberapa hari lalu, ejen Skrtel iaitu Karol Csonto memberitahu Goal bahawa tiada persetujuan dicapai dengan Fenerbahce seperti yang disebarkan.-mstar

Buli UiTM – Pelajar Perempuan Disuruh Beronani?

Ketika pendedahan buli secara melampau di Universiti Teknologi Mara (UitM) Puncak Perdana dan hastag #BatchFerarri mula trending, banyak lagi kisah-kisah buli di pusat pengajian tinggi tersebut mula kedengaran.


Buli UiTM – Pelajar Perempuan Disuruh Beronani?

Seorang netizen mendakwa bahawa budaya buli sudah wujud sekitar 80-an yakni ketika UiTM masih dikenali sebagai ITM sahaja.

Paling memeranjatkan, ada budaya buli ketika itu yang sudah jatuh ke tahap yang sangat buruk perilakunya seperti pelajar perempuan diarahkan beronani di hadapan pelajar senior perempuan yang lain.



“Yang saya hairan benda-benda bodoh ni hanya berlaku di public university and not private university. Orientation di uitm in the 80’s lagi lah teruk, their is a ceremony call royal bath where the senior will put your face on the toilet bowl and then they will flush the toilet. Pelajar junior perempuan di suruh melancap depan pelajar senior perempuan. Berenang di lantai d mana air basuhan kain d buang d lantai. Di private uni orientation is about playing game but orientation in public uni is about the senior making a fool of the junior kan ke bodoh tu. Otak sakit mental,” tulis Ag Saml.

Pendedahan itu dibuat di fanpage Mynewshub selepas portal ini menyiarkan berita berkaitan budaya buli di UiTM yang sedang hangat dibincangkan di media-media sosial.

Dakwaan oleh Ag Saml itu disokong oleh seorang lagi netizen bernama Dayana Azman.

Lebih mengejutkan, Dayana menzahirkan perbuatan buli atas nama orientation itu diketahui pensyarah masa kini yang asalnya merupakan pelajar ITM tahun 80-an.

“Omg so true! Sampai ade lecturer ex student time zaman 80’s pun setuju dengan benda bodoh tu. Dia kate biase la senior dan junior..sangat benci.. tak paham sangat..uitm shah alam ok je..semua ni jadi time kat uitm segamat okkkkkkk,” katanya.

Bagaimanapun, Mohammed Mokhzani Mokhtar, bekas pelajar UiTM mendakwa budaya buli keterlaluan telah mula pudar dalam era 90-an.

Dalam isu di UiTM Puncak Perdana, wujud dakwaan pelajar sekumpulan senior dari Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA) dikenali sebagai Batch Ferrari telah ‘mendera’ pelajar-pelajar junior melakukan perkara-perkara tak rasional demi mendapatkan 200 autograf senior dalam masa tiga hari.

Demi tugasan berkenaan mereka dikatakan perlu memakai tag nama besar bersaiz kertas A4 sepanjang masa termasuk ke kelas dan kedai makan sepanjang tempoh orientasi.

Pelajar junior juga dikehendaki melakukan apa sahaja permintaan senior sekiranya ingin mendapatkan tanda tangan mereka antaranya masuk dalam almari, menyanyi dan meniup kipas guna boxer.

Apa pun yang didedahkan, isunya kini apakah perlu ada budaya buli di peringkat pusat pengajian tinggi? -MYNEWSHUB

Ronaldo Gagal Sempurnakan Sepakan Penalti

Pengurus Portgual Fernando Santos enggan mengulas mengenai prestasi Cristiano Ronaldo selepas pemain bintang itu terlepas sepakan penalti yang menyaksikan pasukan tersebut terikat seri tanpa jaringan dengan Austria pada aksi peringkat Kumpulan F Euro 2016, awal pagi Ahad.


Ronaldo Gagal Sempurnakan Sepakan Penalti

Selain gagal menyempurnakan sepakan penalti penting itu, Ronaldo turut terlepas beberapa peluang di depan gol dan tandukannya dibatalkan kerana ofsaid.

Ketika ditanya pemberita bagaimana perasaan Ronaldo, Santos mencelah dengan berkata:" Saya faham tetapi saya enggan mengulas mengenai Cristiano Ronaldo."

Ronaldo yang melakukan 128 penampilan bersama Portugal mengharungi hari yang malang di Parc des Princes selepas usaha untuk muncul pemain pertama menjaringkan gol untuk pasukan terus terbantut.

Secara keseluruhan, Portugal mempunyai 23 percubaan untuk menjaringkan gol manakala Austria sekadar tiga percubaan.

"Kita tidak boleh terus bersedih. Terdapat perlawanan akhir peringkat kumpulan pada 22 Jun ini, final pertama kami pada kejohanan ini.
"Apabila bercakap mengenai pasukan kita tidak boleh menumpukan perhatian terhadap berapa banyak peluang yang kita ada. Adil atau tidak, itulah bola sepak," katanya.-mstar

Punca Kerjaya Elfaeza Ulhaq Suram

Pelakon Elfaeza Ulhaq mengakui sejak berimej muslimah pada Januari lalu dia berhadapan dengan ujian apabila sering ditawarkan pelbagai watak yang memerlukannya membuka hijab.


Punca Kerjaya Elfaeza Ulhaq Suram



"Ia seperti dugaan dan ujian buat saya kerana disaat saya tiada pekerjaan ini, saya terpaksa menolak tawaran-tawaran memerlukan saya buka tudung. Namun saya reda ia hanya satu ujian Allah kepada saya," ujarnya kepada mStar Online.

Elfaeza berkata demikian ketika ditemui pada malis berbuka puasa Syukur Selalu, baru-baru ini.

Sementara itu, Elfaezah yang berasal dari Singapura ini mengakui sering menghabiskan masa menetap di sini biarpun tidak mempunyai sebarang penggambaran.

"Saya sentiasa ada di Malaysia walaupun tiada penggambaran kerana saya suka tinggal di sini dan saya sudah anggap Malaysia seperti rumah saya.

"Jika saya ada penggambaran di Singapura pun saya akan balik ke Malaysia selepas selesai penggambaran di sana," ujarnya.

Dalam pada itu ditanya aktiviti sepanjang Ramadan, Elfaezah berkata, dia kini sibuk melakukan kerja amal mencuci karpet surau-surau di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

Katanya, ia merupakan kerja amal yang dilakukan bersama beberapa rakan bagi memastikan kebersihan dan keselesaan surau untuk beribadah.

"Disebabkan banyak masa terluang saya bersama seorang rakan yang mempunyai syarikat mencuci karpet membuat kerja-kerja amal untuk cuci karpet surau.

"Bila surau bersih orang akan selesa untuk sembahyang dan buat apa-apa aktiviti di surau, namun kami juga memerlukan dana untuk melakukan aktiviti tersebut bagi yang bermurah hati untuk menderma," ujarnya.-mstar