Baru 3 Minggu Aznil Raih Lebih RM500,000

Seperti artis-artis yang lain, Pengacara No. 1 Malaysia Datuk Aznil Nawawi juga tidak ketinggalan melibatkan diri dalam dunia perniagaan apabila memilih untuk menjual produk penjagaan muka yang dikenali sebagai Anell.


Baru 3 Minggu Aznil Raih Lebih RM500,000

Namun, apa yang mengejutkan, tidak sampai sebulan dilancarkan, produk yang dijual dengan harga RM199 ini telah habis terjual sebanyak 3,000 unit dan kini memasuki proses pengeluaran kedua.

Pada masa yang sama, Aznil, 54, sendiri akui tidak menyangka ianya begitu laris dengan cepat.

“Setakat ini jualan sangat memberangsangkan. Saya pun terperanjat, daripada budak umur 12 tahun hingga kakak 60 tahun pakai.

“Kalau saya tahu (sebegini laris) sudah lama saya jual,” kata Aznil kepada Projek MMO.

Sementara itu, Aznil memberitahu dia turut mendapat feedback yang baik apabila ramai yang memuji produk itu mampu mengubah wajah pengguna menjadi tegang dan lebih mulus.

“Soalan yang sering ditanya bagaimana saya nampak muda? Tidak susah hendak kongsikan kerana produk itu rumusannya saya sudah pakai empat tahun lalu.

“Saya dapat banyak maklum balas. Ada pengguna kata baru sahaja tiga hari pakai kawan-kawannya menegur mukanya sudah tegang dan mulus,” ujarnya lagi

Produk Anell yang telah mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dilengkapi dengan sabun pencuci muka, penyegar dan krim. – MYNEWSHUB

Budak Merintih Sakit Akibat Digigit Cicak Tokek

Gambar seorang kanak-kanak lelaki yang kelihatan sedang menangis akibat bibirnya digigit seekor cicik tokek kini tersebar menjadi viral di laman sosial Indonesia.


Budak Merintih Sakit Akibat Digigit Cicak Tokek

Dalam kejadian tidak diketahui lokasi itu, mangsa yang berusia 10 tahun dikatakan digigit cicak tokek selepas cuba mencium haiwan reptilia itu.

Difahamkan, orang ramai sudah berusaha membantu kanak-kanak malang itu, namun cicak tokek berkenaan enggan melepaskan gigitannya.

Bagaimanapun, belum diketahui nasib budak lelaki itu kerana individu yang menyebarkan gambar tersebut tidak menyatakan sama ada budak lelaki itu berjaya melepaskan bibirnya daripada gigitan cicak tokek atau tidak.

Pun begitu, gambar tersebut menjadi perbualan hangat warga netizen Indonesia yang memberi pelbagai cara untuk melepaskan gigitan haiwan berkenaan.

“Kasihan anak kecil ini digigit cicak tokek. Tunggu bunyi petir barulah cicak tokek ini lepaskan gigitannya,” kata seorang netizen dikenali sebagai Nur Sidik.

“Cuba beri cicak tokek air agar haiwan itu melepaskan gigitannya,” kata Moh Isnandar Rizky pula.

“Letakkan haiwan itu di tanah dan biarkan ia tenang. Dia pasti melepaskan gigitan. Cara kedua, letak tokek itu di atas dan picit perutnya perlahan-lahan sehingga ia membuka mulu,” kata seorang lagi netizen, Marlinda Thea. – MYNEWSHUB

‘Jam 8.30, Mereka Belum Berbuka’ – Cina Ini Jadi Hero

Seorang lelaki bernama Kuan Chee Heng kini menjadi sebutan rakyat Malaysia selepas gambarnya memberi makan kepada sebuah keluarga susah untuk membuka puasa, tersebar menjadi viral di laman Facebook.


‘Jam 8.30, Mereka Belum Berbuka’ – Cina Ini Jadi Hero

Dalam status yang dimuat naik, Kuan memberitahu, terdapat seorang ibu bersama lapan orang anaknya masih belum berbuka puasa meskipun jam sudah menunjukkan pukul 8.3o malam.
‘Jam 8.30, Mereka Belum Berbuka’ – Cina Ini Jadi Hero

“Lapan adik beradik ditinggal ayah bersama ibu. Hidup dalam gelap gelita api dipotong dan air dipotong.

“Jam sudah 8.30 masih belum berbuka sebab tiada apa yang boleh di makan. Saya menjemput mereka semua untuk makan. Bantulah mereka kerana keadaan mereka yang sangat memerlukan,” ujarnya.

‘Jam 8.30, Mereka Belum Berbuka’ – Cina Ini Jadi Hero

Walaupun berlainan agama dan bangsa,  sifat yang prihatin dan ikhlas yang ditonjolkan Kuan menyentuh hati ramai.
‘Jam 8.30, Mereka Belum Berbuka’ – Cina Ini Jadi Hero


Rata-rata netizen khususnya memuji tindakan yang beragama Islam memuji tindakan lelaki ini.

Gambar yang dikongsi Kuan juga menunjukkan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum boleh hidup aman damai dan harmoni.


‘Jam 8.30, Mereka Belum Berbuka’ – Cina Ini Jadi Hero

Tidak sampai 24 jam dimuat naik, status Kuan telah mendapat hampir 30,000 likes dan lebih 15, 000 shares.

Dalam perkembangan terbaru, susulan insiden ini menjadi viral, Kuan memberitahu, pemilik rumah yang disewa keluarga susah ini memberi tempoh masa untuk keluarga ini tinggal sehinggalah mereka mendapat rumah zakat.

Selain itu, bil air dan api rumah keluarga ini akan dilangsaikan setelah mereka mendapat kutipan zakat.

Kesusahan keluarga ini turut mendapat perhatian Zakat Selangor yang berjanji akan memberi bantuan secepat mungkin. – MYNEWSHUB

Kalahkan Man United Kenangan Manis Granit Xhaka

Granit Xhaka belum lagi membuat penampilan pertama bersama Arsenal selepas melengkapkan pemindahan bernilai £30 juta pada bulan lalu.


Kalahkan Man United Kenangan Manis Granit Xhaka

Namun bekas pemain Borussia Monchengladbach itu mula menyuarakan kegembiraan untuk beraksi bersama Arsenal dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

Pemain tengah Switzerland itu berkata, menewaskan Manchester United merupakan kenangan manis dalam hidupnya setakat ini.

Xhaka sebelum ini pernah membantu Basel menewaskan United 2-1 dan pemain itu kini sedia mengulanginya dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

"Saya rasa kenangan manis ialah ketika Basel menentang Manchester United.

"Kami bermain di Manchester seri 3-3, kemudian kami bermain di tempat sendiri dan menang 2-1. Kami keluarkan mereka daripada saingan Liga Juara-Juara Eropah," katanya kepada pemain Arsenal.-mstar

Chickaboo Popular Sekelip Mata

Chickaboo, burung unta yang terlepas di Lebuh Raya Persekutuan terus melekat di hati kita. Burung unta itu yang berjaya melepaskan diri menerusi tingkap sebuah Toyota Hilux semasa dalam perjalanan ke sebuah ladang haiwan tersebut kini menjadi sensasi di Internet.


Chickaboo Popular Sekelip Mata

Walaupun Chickaboo berjaya diselamatkan dan kini menikmati rumah baharunya di Ostrich Wonderlands, burung unta itu terus menjadi bualan hangat di laman media sosial.

Banyak syarikat memanfaatkan populariti Chickaboo dengan menampilkan haiwan itu di dalam iklan mereka.

Pelumba profesional, Leona Chin turut berkongsi gambar Chickaboo di dalam Mitsubishi Triton miliknya di laman Facebook Girl Drifter Leona Chin.


Chickaboo Popular Sekelip Mata

"Mengapa berada di atas jalan raya apabila anda boleh menaiki #Trition? Rakan perjalanan baharu saya," tulisnya.

Dalam pada itu, Chickaboo turut membuat lawatan ke Hamleys Malaysia dengan pusat jualan mainan itu berkongsi sekeping gambar seekor burung unta berada di salah sebuah pusat rangkaian jualannya.

Chickaboo juga menjadi wajah baharu bagi iklan E Image Aesthetic untuk teknik sambungan bulu mata.

"Mari kita hadapinya! Dapatkan sambungan bulu mata anda panjang seperti burung unta," demikian menurut kapsyen iklan tersebut.

Huawei juga menampilkan Chickaboo dalam iklan Facebook mereka yang menekankan keupayaan kamera Huawei P9 keluaran syarikat itu.


Chickaboo Popular Sekelip Mata

Sementara itu, Litar Antarabangsa Sepang (SIC) mengingatkan orang ramai supaya berlumba di tempat yang betul dan bukannya di jalan atau lebuh raya.

SIC turut menampilkan seekor burung unta di atas litarnya.

Pos Malaysia juga tidak ketinggalan menggunakan populariti Chickaboo dalam iklan mereka.

Wanita Kejutkan Dunia Dapat 2 Anak Dalam 2 Bulan

Dalam iklan itu memaparkan seekor burung unta berada hadapan kaunter Pos Malaysia dengan kapsyen “Fuhh, nasib baik sempat.”

Iklan itu merujuk kepada maklumat lanjut mengenai perubahan waktu operasi kaunter di pejabat pos, Pos Line & cawangan Pos Laju sepanjang bulan Ramadan.

Malah Score Run mempersoalkan mengapa burung itu berada di lebuh raya dalam iklan mereka untuk promosi "Super Early Bird".


Wanita Kejutkan Dunia Dapat 2 Anak Dalam 2 Bulan

Syarikat lain yang turut menggunakan Chickaboo sebagai model iklan mereka ialah Chevrolet, CIMB, Nescafe, Firefly, Ezbuy, vivo, Kansai Paint dan banyak lagi.-mstar

Gabriel Mercado Bakal Ke Liverpool

Pengendali Liverpool, Jurgen Klopp disahkan berminat untuk mendapatkan pemain pertahanan Argentina, Gabriel Mercado, kata Presiden River Plate, Rodolfo D’Onofriohas.


Gabriel Mercado Bakal Ke Liverpool

Hasrat Liverpool untuk mendapatkan pemain River Plate itu disampaikan selepas Klopp menyaksikan perlawanan Argentina menentang Chile dalam saingan Copa America pada Selasa lalu.

Jurulatih kelahiran Jerman berkenaan dikatakan kagum dengan aksi Mercado mengawal benteng pertahanan Argentina daripada di bolosi Chile yang turut licik mengatur serangan.

D’Onofriohas mengesahkan mengenai minat Liverpool itu selepas netizen mendakwa kelab England tersebut ingin mendapatkan penyerang Napoli, Gonzalo Higuain.

"Klopp minat padanya.

"Tapi untuk Mercado ke England, Argentina perlu menjuarai Copa America dulu.

"Jika dia dapat jadikan pasukan Argentina sebagai juara barulah kita benarkan dia pergi," D’Onofriohas kepada Fox Sports.-mstar

De Gea Pecah Rekod 50 Tahun Penjaga Gol England

David de Gea berjaya memecah rekod yang dipertahankan penjaga gol England, Gordon Banks selama 50 tahun dalam Piala Dunia iaitu dengan tidak melepaskan gol dalam tempoh 450 minit permainan ketika mewakili Sepanyol dalam aksi Euro.


De Gea Pecah Rekod 50 Tahun Penjaga Gol England

Penjaga gol Manchester United itu memecah rekod berkenaan selepas berjaya mempertahankan gawangnya daripada bocor ketika menentang Turki pada Jumaat.

Penjaga gol England tahun 60-an, Banks dapat mempertahankan gawangnya daripada bocor selama 442 minit sebelum negara itu menang 2-1 ke atas Portugal dalam separuh akhir Piala Dunia 1966.

De Gea, 25, tampil buat kali pertama dengan rekod bersih tanpa bolos dalam perlawanan antarabangsa ketika saingan Euro.

Malah dia juga dijangka dapat mempertahankan rekod tersebut dalam perlawanan seterusnya.-mstar

Foto Faye Kusairi Sindir Elly Mazlein

Pelakon Faye Kusairi menjelaskan foto yang dimuat naik di laman Instagram miliknya baru-baru ini tidak bermaksud untuk menyindir mana-mana pihak sehingga ia mencetuskan kontroversi.

Foto Faye Kusairi Sindir Elly Mazlein

Faye atau nama sebenarnya Dayangku Faratiwan Adnil Awang Kusairi, 29, berkata, foto dengan kapsyen itu dimuat naik ketika mengenang kembali saat paling sukar yang dilalui ketika dituduh menjadi orang ketiga punca keruntuhan rumah tangga pelakon Elly Mazlein.

"Gambar itu sebenarnya diambil ketika saya dilanda gosip itu dan masa itu hanya Allah yang tahu bagaimana perasaan saya terpaksa meneruskan kerja walaupun hati tidak tenteram.

"Jadi saya memuat naik gambar itu dengan kapsyen luahan hati hanya untuk diri sendiri sahaja, maklumlah saya dahulu penulis blog dan suka menulis, jadi saya menulis apa yang saya gambarkan ketika itu," ujarnya ketika ditemui pada majlis Pelancaran Koleksi Lebaran Benang Hijau, di sini, malam Rabu.

Faye diminta mengulas tentang foto dengan kapsyen luahan perasaan yang didakwa sengaja untuk menyindir pelakon Elly Mazlein selepas kontroversi berkenaan.

Foto Faye Kusairi Sindir Elly Mazlein

Faye bagaimanapun enggan mengulas panjang tentang kontroversi berkenaan dan berharap ia tidak lagi berulang sehingga menjejaskan namanya sebagai anak seni.

Sementara itu, diminta mengulas tentang perkembangan kejadian rumah ibu-bapanya diserbu pihak Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) pada 10 April lalu kononnya atas aduan khalwat, Faye berkata, pihak Jais masih dalam siasatan tentang perkara itu.

Bagaimanapun dia akan tetap meneruskan keputusannya untuk mengambil tindakan undang-undang kepada Jais kerana telah menjatuhkan maruah dia dan keluarga.

"Saya dimaklumkan bahawa pihak Jais masih lagi dalam proses siasatan dalaman dan Insya-Allah pada Julai baru tahu jawapan mereka.

"Namun, saya akan tetap teruskan untuk mengambil tindakan undang-undang kepada agensi itu kerana mereka menyalahgunakan kuasa sehingga saya dan keluarga rasa terinaiya," ujarnya.

Pada 10 April lalu, Faye mendakwa kediaman keluarganya telah diceroboh oleh Jais kira-kira pukul 2.30 pagi tanpa sebarang usul periksa.-mstar

Empat Lagi Rakyat Malaysia Diculik

Baru saja Malaysia bergembira dengan pembebasan empat orang dari Sarawak yang diculik kumpulan militan Abu-Sayyaf pada 1 April, kini timbul berita penculikan empat lagi rakyat Malaysia didakwa kononnya diculik di perairan Sulu.


Belum Ada Pengesahan Dakwaan Empat Lagi Rakyat Malaysia Diculik

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya masih menunggu pengesahan daripada pihak berkuasa Filipina mengenai laporan media negara itu.

Beliau berkata demikian dalam catatan Twitter terbaharunya.

Sebuah laporan berita Filipina memetik Pengarah Polis Tawi-Tawi, S/Supt Joselito Salido sebagai berkata sekumpulan suspek tidak dikenali didakwa membawa tebusan rakyat Malaysia itu ke pantai Sitankai, Tawi-Tawi sebelum memindahkan mereka ke Sulu.

Pada 8 Jun lepas, empat rakyat Malaysia dari Sarawak yang diculik kumpulan militan Abu-Sayyaf pada 1 April ketika belayar menggunakan bot tunda dari Manila ke Sabah, selamat dibebaskan. - Bernama

Sukar Promosi Filem, Artis Malaysia Paling Sibuk Di Dunia

Pengarah filem Profesor Datuk A. Razak Mohaideen melahirkan rasa kesal terhadap segelintir artis popular tanah air kerana kurang memberi kerjasama dalam mempromosikan sesebuah filem diterbitkan.


Sukar Promosi Filem, Artis Malaysia Paling Sibuk Di Dunia

A. Razak berkata, meskipun diberikan notis selama tiga bulan namun mereka sukar untuk memberi kerjasama dalam menjayakan sesebuah promosi yang sudah dirancang lebih awal.

"Artis di Malaysia ini merupakan artis paling sibuk di dunia kerana mereka tidak mempunyai masa untuk menghadiri sesebuah promosi yang hendak dilakukan meskipun telah diberi notis awal selama tiga bulan.

"Ini bukan kali pertama masalah sebegini terjadi kerana saya merasakan semua pengarah dan penerbit filem juga mengalami masalah sama dalam mendapatkan kerjasama daripada para pelakon untuk melakukan promosi," katanya kepada mStar Online.

A. Razak ditemui pada majlis berbuka puasa bersama pelakon Anak Mami Nasi Kandaq dan anak-anak yatim Rumah Penyayang Hembusan Kasturi, di Dewan Bestari, Intekma Resort & Convention Centre, di sini pada Selasa.


Sukar Promosi Filem, Artis Malaysia Paling Sibuk Di Dunia

Turut hadir pada majlis itu ialah Sheila Mambo, Ezzaty Abdullah, Amylia Nastasha Aziz, Elisya Sandha, Azhari Zain dan Azmeer.

Filem Anak Mami Nasi Kandaq akan menemui penonton pada Hari Raya Aidilfitri pertama.

Tambah Razak,sebagai seorang pelakon, mereka harus memberi kerjasama dalam mempromosikan setiap filem yang dilakonkan supaya dapat menarik minat penonton untuk menonton.

"Saya juga tidak salahkan mereka kerana mungkin mempunyai banyak komitmen yang lain tetapi sebagai seorang pelakon, mereka harus juga mempunyai masa untuk melakukan promosi dalam menjayakan sesebuah filem.

"Jadi sukar untuk kami melakukan siri jelajah dalam mempromosikan sesebuah filem kerana tiada penglibatan daripada para pelakon itu sendiri," katanya.

Dalam pada itu bercerita mengenai filem Anak Mami Nasi Kandaq yang bakal ditayangkan pada Hari Raya Aidilfitri nanti beliau berkata ini merupakan rangkaian filem anak mami ke-7 hasil arahannya setelah hampir 10 tahun sejak filem terakhirnya Nana Tanjung 2.

Tambahnya, filem ini masih mengekalkan keadaan masyarakat, adat, budaya 'anak mami' serta mengekalkan genre komedi berbentuk satira dan mengangkat tema kekeluargaan.

Filem ini mengisahkan seorang pengusaha restoran nasi kandar, iaitu Mamu Nizam yang telah lama duda bergelut untuk melariskan perniagaannya yang mundur.

Dengan bantuan 5 anak-anaknya, dia berjaya bangkit semula dan kemudian jatuh hati dengan seorang pembantu wanita (lakonan Qi Razali).

Namun apa yang Mamu tidak tahu, Faridah (Qi) mempunyai agenda tersendiri bagi mengorek rahsia restorannya. Keadaan bertambah kecoh apabila anaknya yang bernama Fitri mengetahui rahsia besar Faridah itu secara tidak sengaja.

Filem ini turut dibarisi oleh Fasha Sandha, Chik Pak Man Telo, Maria Farida, Nur Risteena Munim, Ezzaty Abdullah, Amylia Nastasha Aziz dan Elisya Sandha.-mstar