Neelofa Dikecam Di Instagram Kerana Kaedah Rawatan Islam

Ada di antara pengikut Neelofa Instagram Neelofa menyatakan rawatan tersebut tidak memerlukan sentuhan manakala ada juga yang mahu video tersebut diturunkan kerana tidak mahu menimbulkan pelbagai lagi sangkaan buruk.


Neelofa Dikecam Di Instagram Kerana Kaedah Rawatan Islam

Malah Ustaz Harun Din turut menjadi mangsa kritikan kerana dikatakan perbuatan tersebut menimbulkan fitnah. Hebat masing-masing melemparkan pandangan. Selain itu, ruangan komen gambar itu juga dijadikan medan untuk membandingkan ilmu agama siapa yang lebih handal.
Neelofa Dikecam Di Instagram Kerana Kaedah Rawatan Islam

Mahu puaskan hati semua orang susah juga. Namun melalui video-video lain yang dimuatnaik oleh Neelofa, khas dari Ustaz Harun Din sendiri, pendakwah tersebut sempat meninggalkan pesanan agar menjadi insan yang bersih hatinya, bersangka baik sesama kita dan juga cara yang betul menegur untuk memberikan nasihat iaitu dengan cara berdepan bukan dengan menegur di sosial media.-rotikaya

Penyokong Man City Bakal Kempunan Tonton Aksi Ilkay Gundogan

Penyokong Manchester City mungkin perlu menangguhkan hasrat mereka untuk menonton aksi pemain baharu, Ilkay Gundogan dalam perlawanan pertama Liga Perdana Inggeris musim depan.


Penyokong Man City Bakal Kempunan Tonton Aksi Ilkay Gundogan

Ini kerana, Gundogan yang baru menandatangani kontrak selama empat tahun mengalami kecederaan lutut sehingga memerlukan tongkat sebagai sokongan ketika berjalan.

Bekas pemain Borussia Dortmund berusia 25 tahun itu berkata, dia akan hanya dapat bermain semula pada akhir Ogos atau awal September.

Pemain tengah tersebut berkata demikian ketika melawat ibu pejabat Man City dan bertemu kanak-kanak di akademi berkenaan.

Gundogan merupakan pemain pertama yang dibawa Pep Guardiola ke City sebagai persediaan mengharungi musim depan.-mstar

Barcelona Terima Padah Akhirnya

Barcelona bersetuju membayar denda sebanyak 5.5 juta euro kepada pihak berkuasa Sepanyol untuk menyelesaikan kes penipuan cukai terhadap isu perpindahan pemain bintangnya, Neymar pada 2013.


Barcelona Terima Padah Akhirnya

Kelab gergasi Sepanyol tersebut didakwa menyembunyikan sebahagian daripada bayaran perpindahan Neymar sebaik sahaja pemain berusia 24 tahun itu berhijrah ke Sepanyol dari Santos, sebuah kelab yang berpangkalan di Brazil.

Penyelesaian kes itu dilaporkan oleh agensi berita Sepanyol, Efe pada minggu lalu dan Barcelona mengesahkan mengenainya dalam satu kenyataan pada Selasa.

"Lembaga pengarah kelab memutuskan untuk meluluskan perjanjian yang disampaikan bahagian undang-undang kelab itu dengan merujuk kepada kes perpindahan Neymar," demikian menurut kenyataan itu.

Kes Neymar sedang didengar di Mahkamah Wilayah Barcelona.

Presiden Barca, Josep Maria Bartomeu mengakui berlaku kesilapan dalam perancangan cukai pada 2011 dan 2013 semasa membawa masuk Neymar.

"Adalah lebih baik menerima penyelesaian ini daripada kes perpindahan Neymar tersebut terus diheret untuk jangka masa yang lebih lama," katanya.

Undian lembaga pengarah Barca meluluskan perjanjian untuk membebaskan Bartomeu dan bekas presiden kelab itu, Sandro Rosell atas salah laku berkaitan perpindahan tersebut.

Bartomeu merupakan Naib Presiden ketika dibawah Rosell apabila Neymar dibawa masuk menerusi perjanjian kompleks yang melibatkan pelbagai kontrak.

Neymar dan bapanya turut disiasat berhubung dakwaan penipuan cukai yang turut dinafikan mereka.

Barca berkata mereka membayar sebanyak 57 juta euro untuk mendapatkan Neymar dengan ibu bapa pemain itu menerima 40 juta euro manakala Santos memperoleh 17 juta euro.

Namun pasukan penyiasat mendapati yuran perpindahan itu mencecah 83 juta euro dan Barcelona didakwa menyembunyikan sebahagian daripada perjanjian tersebut.

Barca bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut.-mstar

Kami Tak Suka Wales - Wilshere

Pemain tengah England, Jack Wilshere mendedahkan bahawa tidak ada perasaan 'sayang' terhadap Wales menjelang perlawanan peringkat Kumpulan B Jumaat ini.

Kami Tak Suka Wales - Wilshere


Wilshere membuat maklum balas terhadap komen Gareth Bale minggu lalu yang mengkritik England yang kurang bersemangat.

"Saya sedar yang Wales tidak sukakan kami. Adakah kami suka mereka? Tidak juga!" jelas Wilshere.

"Kami sedar perlawanan akan menjadi lebih sengit dan pasti juga berlaku perebutan. Ia seperti aksi dalam Liga Perdana Inggeris.

"Tetapi ia akan memberi peluang kepada kami untuk menunjukkan bahawa kami mempunyai jiwa bersemangat.

"Kami di sini untuk menang dan ada tugas. Jika kami  tunjukkan prestasi yang baik dan menang, kami berada dalam situasi yang baik".

Keputusan seri 1-1 ketika aksi bertemu Rusia minggu lalu di Marseille meletakkan England di kedudukan kedua di belakang Wales yang menang 2-1 ke atas Slovakia.

"Kami perlu buat seperti malam lalu (bertemu Rusia). Apabila kami kehilangan bola, kami perlu menghalang mereka daripada menyerang dan cuba cuba dapatkan bola kembali.

"Kami telah menunjukkan prestasi memuaskan sebelum ini dan ianya semakin baik."-mstar

Sekitar Bulan Madu Hafiz Suip Dan Isteri Di Sydney

Selepas selesai melangsungkan majlis resepsi kedua mereka di Hotel Grand Dorssert Subang, Hafiz Suip dan isterinya Nureffy sudah boleh meluangkan masa berdua dan menikmati percutian bulan madu di Sydney, Australia.


Sekitar Bulan Madu Hafiz Suip Dan Isteri Di Sydney

Hafiz sempat memuat naik foto beliau dan isteri ketika berbulan madu dan mereka sempat berkunjung ke tempat menarik seperti Sydney Opera House dan Hard Rock Cafe Sydney.

Jom kita layan beberapa lagi foto sekitar bulan madu Hafiz dan isterinya di Sydney dengan membaca entri ini sepenuhnya.-beautifulnara



Sekitar Bulan Madu Hafiz Suip Dan Isteri Di Sydney

Sebab Tak Boleh Cium Lara Alana

Gara-gara dicium orang ramai, anak kepada Awal Ashaari dan juga Scha al-Yahya iaitu Lara Alana baru-baru ini telah terkena alahan di pipinya. Melalui akaun Instagramnya, kelihatan ruam merah di pipi Lara.


Sebab Tak Boleh Cium Lara Alana

Dalam kenyataan di Instagram tersebut, ibu bapa Lara Alana telah menjelaskan bahawa perkara tersebut terjadi kerana terlalu ramai orang yang mencium anaknya selain menafikan bahawa mereka sombong apabila hanya membenarkan orang lain berselfie dengan Lara.


Sebab Tak Boleh Cium Lara Alana

Bagaimanapun, tindakan tersebut seperti biasa menimbulkan perbalahan di kalangan peminat dan juga pengkritik yang mengikuti laman Instagram Lara Alana. Apa pun, sebagai ibu bapa pastinya Awal dan Scha mengharapkan peminat menghormati permintaan mereka.-rotikaya

Elly Mazlein Bakal Tuntut Hak Penjagaan Anak

Selepas mendedahkan status perkahwinan beliau yang telah bercerai setahun lalu, Elly Mazlein kini memberitahu bahawa beliau bakal membuat tuntutan hak penjagaan anaknya tidak lama lagi bagi mendapatkan hitam putih berikutan menginginkan masa depan yang terbaik buat dirinya dan juga puteri sulong beliau, Putri Sara Sefhia


Elly Mazlein Bakal Tuntut Hak Penjagaan Anak

“Pada saya terpulang pada diri sendiri dan masing-masing pun sudah besar serta fikir-fikirkanlah sendiri. Sekarang ini tengah nak naik mahkamah untuk hak penjagaan anak, saya mahukan hitam putih. Jadi, tak mahu esok hari ada hak-hal yang berbangkit. Sebab dari hari pertama sehingga kini saya yang menjaga anak”


“Alhamdulillah kehidupan sekarang rezeki lebih melimpah, menumpang rezeki anaklah kan, insya-Allah. Sekarang ini saya ada gunakan dua khidmat nurse untuk jaga anak sebab saya nak yang terbaik untuk dirinya,” jelasnya kepada Media Hiburan mengenai kehidupannya kini yang lebih bahagia selepas bercerai.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai perspektif negatif orang ramai berkenaan menggunakan pembantu rumah untuk menjaga anak, Elly berpendapat tidak perlulah menjatuhkan hukuman membabi buta disebabkan cerita negatif yang didengar. Malah katanya, beliau berfikiran positif dengan keputusannya itu.-rotikaya

Tak Perlu Bertunang Untuk Tunjuk Kamal Milik Saya - Emma Maembong

Jika sebelum ini Kamal Adli pernah menyatakan hasratnya yang sudah bersedia untuk berkahwin dengan Emma Maembong, namun hubungan itu dilihat masih tidak mempunyai hala tuju sehingga ada sesetengah pihak mempertikaikan sikap Emma yang kelihatan seakan bermain tarik tali dan menyembunyikan status mereka.
Tak Perlu Bertunang Untuk Tunjuk Kamal Milik Saya - Emma Maembong


“Kami masih lagi dalam peringkat mengenali hati budi masing-masing. Sesetengah pihak yang tidak faham mungkin akan menghentam dan menyelar seolah-olah kami tidak serius merencana perjalanan masa hadapan. Malah tidak kurang ada yang pertikaikan mengapa saya seperti bermain tarik tali mengenai hubungan cinta kami”


“Mereka mempertikaikan mengapa saya masih muat naik gambar berdua tetapi masih membiarkan hubungan kami tergantung begitu sahaja. Seperti pasangan bercinta lain, saya juga ingin mengenali insan yang dicintai dengan lebih mendalam. Proses itu memerlukan masa,” katanya kepada Berita Harian Online berhubung perkara itu.


Tak Perlu Bertunang Untuk Tunjuk Kamal Milik Saya - Emma Maembong


Selain itu, Emma turut berkongsi luahan hatinya tentang pengalaman cinta lalu yang banyak membuatkan beliau untuk lebih berhati-hati mengenali seseorang secara berperingkat. Malah, tambahnya lagi beliau tidak ingin terlalu hanyut didalam soal cinta sehingga boleh menyebabkan jiwa melara apabila hubungan putus ditengah jalan.-rotikaya

Tak Perlu Bertunang Untuk Tunjuk Kamal Milik Saya - Emma Maembong

Pemain Olympiakos Selamat Selepas Jadi Mangsa Culik

Pemain bola sepak dari Mexico, Alan Pulido selamat selepas polis berjaya melepaskannya daripada kumpulan penculik yang menculiknya di timur laut Mexico.


Pemain Olympiakos Selamat Selepas Jadi Mangsa Culik

Pulido, 25, diculik pada malam Sabtu di bandar kelahirannya, Ciudad Victoria, Tamaulipas.

Penyerang yang bermain untuk pasukan Greek, Olympiakos, itu sempat menelefon polis tanpa disedari orang yang menangkapnya, menurut pegawai.

Seorang lelaki berusia 38 tahun telah ditangkap. Pegawai-pegawai berkata dia mengaku menjadi salah seorang anggota kumpulan jenayah tempatan.

Polis sedang mencari tiga lelaki lain yang dipercayai terlibat dalam penculikan itu.

Kereta Pulido telah dikelilingi oleh beberapa kenderaan ketika dia meninggalkan sebuah parti bersama teman wanitanya pada malam Sabtu.

Lelaki bertopeng telah menculiknya, meninggalkan teman wanitanya tanpa dicederakan, dalam kejadian yang berlaku di sebuah tempat letak kereta.

Keluarga Pulido menerima panggilan telefon pada Ahad menuntut bayaran wang tebusan, kata pendakwa negeri Ismael Quintanilla kepada wartawan.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada keluarga itu merancang untuk memenuhi permintaan penculik atau berapa besar permintaan wang tebusan itu.

Quintanilla berkata pasukan keselamatan tidak dapat mengesan Pulido, tetapi Pulido berjaya menelefon pihak polis.

Katanya, tiada kesan tembakan ditemui dan Pulido hanya mengalami kecederaan ringan.

Sambil salah satu tangannya dibalut, Pulido berkata kepada pemberita awal pagi semalam, "Saya baik, syukur kepada Tuhan."

Tamaulipas adalah salah satu negeri yang paling ganas di Mexico.

Mexico baru-baru ini mengerahkan lebih banyak pasukan keselamatan untuk menangani kartel yang beroperasi di kawasan itu.

Negara itu mempunyai kadar penculikan tertinggi di dunia, dengan kira-kira 1,000 orang diculik setiap tahun.

Angka itu bagaimanapun dipertikaikan kerana ia didakwa boleh menjadi hampir 10 kali ganda lebih tinggi.-mstar

Adele Beli Rumah Mewah Harga RM38 Juta

Penyanyi terkenal Adele dilaporkan membelanjakan USD9.5 juta (RM38 juta) untuk memiliki sebuah kediaman mewah di Beverly Hills, Los Angeles.



TMZ melaporkan penyanyi lagu Hello itu membeli rumah agam berkenaan pada bulan lalu.

Rumah berkeluasan 6,600 kaki persegi itu terletak di sebuah kawasan eksklusif dan berpagar yang turut memperlihatkan Adele bakal berjiran dengan bintang terkenal lain seperti Jennifer Lawrence, Ashton Kutcher, Mila Kunis dan Cameron Diaz.

Ia mempunyai empat bilik tidur, enam bilik air dan kolam renang peribadi.

Adele
turut mengubahsuai laman belakang rumah berkenaan yang dilengkapi dengan rumah pokok dan set kereta api untuk anaknya bermain.

Bagaimanapun penyanyi itu masih belum berpindah ke rumah tersebut kerana kini sedang sibuk dengan konsert jelajah di Eropah dan Amerika Syarikat.-mstar