Memaparkan catatan dengan label wawa zainal. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label wawa zainal. Papar semua catatan

"Suami Saya Tidak Gatal" – Wawa Zainal

Pelakon cantik, Wawa Zainal memberitahu tidak pernah meletakkan syarat kepada suaminya, Aeril Zafrel untuk menerima sebarang tawaran berlakon. Malah dia juga tidak kisah suaminya berlakon dengan mana-mana pelakon wanita, asalkan Aeril tahu batasan yang perlu dijaga dan ia dilakukan semata-mata atas dasar kerja.

"Suami Saya Tidak Gatal" – Wawa Zainal, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, wawa zainal, aeril zafrel

“Sehingga hari ini, saya tidak pernah meletakkan sebarang syarat kepadanya sebelum menerima sesuatu tawaran kerja. Bagi saya, Aeril sendiri lebih tahu dan memahami apa yang patut dan tidak. Lagi pula saya juga seorang pelakon dan semestinya memahami situasi ketika bekerja sebagai seorang anak seni. Jadi, tidak timbul soal cemburu atau cuba meletakkan syarat untuknya

“Sepanjang mengenalinya, saya tahu suami saya itu bagaimana orangnya. Dia tidak gatal dan bukan jenis seorang yang suka bertukar nombor telefon dengan pelakon lain ketika di set. Malah dia juga tidak pernah kisah bila telefonnya berada di tangan saya. Maksudnya tiada apa yang dia sembunyikan daripasa saya,” ujar Wawa jujur.

Malah Wawa yang ditemui ketika perlantikannya sebagai duta untuk produk kesihatan Blinq Sistarz baru-baru ini juga mengatakan, Aeril sendiri yang kini mahu meletakkan syarat tertentu jika bergandingan dengan pelakon wanita.

“Dia ada cakap dengan saya, kalau boleh tidak mahu lagi bersentuhan dengan pelakon wanita ketika berlakon. Bukan kerana mahu menjaga hati saya, tetapi dia kata kurang selesa. Tapi iyalah kan, nanti takut pula lakonan itu jadi tak kena dan sebagainya. Apapun, kata Aeril dia cuba untuk elak apa yang boleh dielakkan,” katanya yang sentiasa diberitahu terlebih dahulu oleh suaminya setiap kali menerima tawaran berlakon.

Sumber : mediahiburan