Memaparkan catatan dengan label terkini. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label terkini. Papar semua catatan

Nazmi Mungkin Dihantar Pulang Walau Mohon Maaf

Ketua Jurulatih Skuad Bawah 23 tahun (B-23), Datuk Ong Kim Swee masih mempertimbangkan untuk menghantar Mohd Nazmi Faiz Mansor pulang jika didapati bersalah walaupun sudah memohon maaf.


info, terkini, berita, sukan, bola sepak, Nazmi faiz

Pemain tengah skuad kebangsaan itu bertindak meludah pemain Timor Leste Filipe Oliviera pada perlawanan pembukaan bagi kumpulan B di Sukan SEA, Sabtu lalu. Malaysia menang tipis 1-0.

Kim Swee yang berang dengan insiden kad merah melibatkan Nazmi Faiz itu berkata, dia akan menunggu keputusan daripada jawatankuasa tatatertib bola sepak Sukan SEA sebelum membuat keputusan untuk menghantar Nazmi pulang ke Malaysia.

"Ia perbuatan yang memalukan untuk melakukan perkara seperti itu dan saya telah memberitahu Nazmi bahawa perkara ini masih belum selesai.

"Kami perlu menunggu keputusan daripada jawatankuasa tatatertib untuk menentukan hukuman yang akan dijatuhkan ke atasnya dalam masa beberapa hari lagi.

"Saya menjelaskan kepadanya bahawa saya mungkin akan menghantarnya pulang atau mendenda Nazmi dan saya juga memberitahunya supaya bersedia dengan apa-apa tindakan yang akan dikenakan," kata Kim Swee selepas sesi latihan pasukannya di Stadium Bukit Gombak.

Akibat kad merah yang diterima, Nazmi kini digantung dua perlawanan.

Walau bagaimanapun dia tetap menyertai sesi latihan bersama rakan sepasukannya seperti biasa pada Ahad.

"Saya akan menunggu keputusan daripada jurulatih serta jawatankuasa tatatertib dan saya akan menerima apa-apa tindakan yang akan dibuat akibat perbuatan saya itu," kata Nazmi lagi.

Sementara itu, pemain berusia 20 tahun itu berkata, tindakan yang membuatkan dia dibuang padang itu merupakan reaksi spontan selepas menerima terjahan Filipe.

"Saya akan meludah ke mukanya sekiranya saya benar-benar mahu melakukannya tetapi saya tidak buat sedemikian kerana itu bukanlah niat saya.

"Insiden ini akan menjadi pengajaran buat saya dan saya berharap akan menjadi pemain yang lebih baik selepas ini.

"Saya juga ingin memohon maaf kepada rakan sepasukan kerana mereka terpaksa menamatkan perlawanan dengan 10 orang," kata pemain Selangor itu.- mstar

TERKINI: MH 370- Pesawat Tersebut Berada Di Ukraine Dan Telah Ditukar Kepada Dutch Airlines?

TERKINI: MH 370


info, terkini, berita, sensasi, MH370,


Sah pesawat tersebut berada di Ukraine dan telah ditukar kepada Dutch Airlines

18/06/15 = Ketibaan 1 Ramadhan 1436H
17/07/15 = Ketibaan 1 Syawal 1436H
31/08/15 = Sambutan Kemerdekaan
Sepanjang Bulan 9 = Berjuta warga asing datang dan menguasai ekonomi M'sia dan pelbagai kes jenayah seperti bunuh , rogol, dadah, khidmat seks dan penyeludupan manusia akan dipertontonkan.
Bulan 10 = Dijangka tentera US masuk M'sia campurtangan dlm krisis IS dan penyeludupan manusia.
Bulan 11 = Rakyat m'sia ditawan
Bulan 12 = China dan Russia attack US
Dunia diambang Kiamat. Ni sebahagian maklumat terkini yg sempat dikongsikan utk jutaan rakyat M'sia. Terpulang pada semua nak beranggapan ini suatu teori mahupun spekulasi..
Tepuk dada .. Tanya Iman.....

SUMBER: FB
 
info, terkini, berita, sensasi, MH370,
 

Sumber : harian-now

Abang Sado Jadi Pelayan, Ramai Sanggup Beratur Panjang

Macam-macam strategi akan digunakan peniaga demi memastikan bisnes mereka maju dan dapat bersaing dengan yang lain.


Abang Sado Jadi Pelayan, Ramai Sanggup Beratur Panjang, info, terkini, sensasi,

Di Jepun, Macho Cafe menggunakan khidmat pelayan yang kesemuanya adalah lelaki-lelaki 'sado' sebagai pelaris.

Semestinya ia menjadi pilihan orang ramai, terutamanya kaum wanita yang meminati lelaki yang berbadan sasa dan tegap.


Abang Sado Jadi Pelayan, Ramai Sanggup Beratur Panjang, info, terkini, sensasi,

Dikhabarkan untuk memasuki restoran ini juga kena beratur panjang dan menunggu giliran.


Abang Sado Jadi Pelayan, Ramai Sanggup Beratur Panjang, info, terkini, sensasi,


Bukan itu sahaja, pelanggan juga boleh berborak dengan pelayan lelaki berkenaan selama 15 minit, selain boleh mengambil gambar bersama mereka. Kemudian bolehlah muatnaik 'selfie' di Facebook dan Instagram, kan?

Agak-agak di Malaysia ada yang berani cuba strategi begini tak? -Siakapkeli

Gadis Rakam Aksi Lelaki Melancap Di Dalam Kereta

Rakaman video aksi tidak senonoh seorang lelaki melancap di kawasan tempat letak kereta tersebar di laman sosial.


Gadis Rakam Aksi Lelaki Melancap Di Dalam Kereta, info, terkini, sensasi,


Lelaki tersebut dilihat amat asyik dengan ‘kerjanya’  sambil membiarkan pintu kenderaannya terbuka separuh.

Menurut sumber, insiden yang menjijikkan itu berjaya dirakam di Kuantan, namun tidak diberitahu lokasi yang tepat.

Difahamkan, sekumpulan gadis itu pada mulanya ingin meletakkan kereta di kawasan berkenaan, bagaimanapun terperanjat sejurus melihat aksi lelaki tersebut yang ‘giat dengan kerjanya’.


Untuk Menonton : Klik butang Tonton Video Dibawah ini

Salah seorang dari saksi sempat merakam perbuatan tidak bermoral lelaki itu.

“Eeii Bodohnya. Kenapa dia macam tu? Astaghfirullahalazim. Ana suka tengok ini. Dia pakai kopiah beb! Takkanlah Melayu?

“Eeii! Sanggapnya! Damn! Eii! Kenapa tak tutup pintu?!” kata salah seorang gadis berkenaan.

Parah… memang parah kalau dah jadi sampai macam ini.

Entah apa sudah jadi dengan nilai maruah dan malu buat lelaki tersebut.- mynewshub



Kamal Adli Akui Sedang Mengenali Hati Budi Emma Maembong

Pelakon Kamal Adli akhirnya mengakui dia kini dalam proses sedang mengenali hati budi Emma Maembong.


Kamal Adli Akui Sedang Mengenali Hati Budi Emma Maembong, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip

Malah Kamal Adli berkata Emma Maembong merupakan satu-satunya wanita yang paling  rapat dengannya.

"Kami memang berkawan dan saya boleh katakan dia teman wanita yang paling rapat buat masa sekarang ni. Segala masalah kami kongsi bersama.

"Saya boleh katakan fasa sekarang adalah kami dalam proses mengenali hati budi masing-masing.

"Namun apa yang kan berlaku akan datang saya tidak berani untuk berkata apa-apa lagi," katanya.

Kamal ditemui media ketika hadir menemani Emma Maembong di acara pertunjukan koleksi Raya Melinda Looi di Kota Damansara semalam.

Kamal diminta mengulas selepas sekeping gambar  mereka kelihatan mesra tersebar di laman sesawang baru-baru ini.

Pun begitu, Kamal menegaskan dia bukan lah punca keretakan hubungan Emma dan pelawak Zizan Razak sebaliknya mula berkawan rapat setelah pelakon wanita itu kembali single.

"Saya tahu  ramai buat tuduhan saya punca keretakan hubungan mereka sebelum ini tetapi ia sama sekali tidak benar kerana kami mula rapat setelah masing-masing mengalami kekecewaan dalam percintaan,"jelasnya.- murai

Hafiz Suip Bakal Nikah 14 Mei Tahun Depan

Penyanyi Hafiz Suip yang cukup popular menerusi lagu Matahari kini mengesahkan bakal bernikah dengan tunangnya Nureffy Jasreel yang berusia 22 tahun pada 14 Mei tahun depan bersempena tarikh lahir tunangnya sendiri. Fuh! akhirnya bakal berkahwin selepas ‘Hafiz Suip Akui Dugaan Bertunang Lebih Besar‘. Sebelum ini Hafiz Suip melangsungkan majlis pertunangan bersama Nureffy Jasreel , yang diadakan di Kuching. Antara yang turut hadir pada majlis tersebut ialah Black dan juga Aril (AF7).


Hafiz Suip Bakal Nikah 14 Mei Tahun Depan, info, terkini, hiburan, sensasi


Hafiz Suip dan Nureffy Jasreel mengikat tali pertunangan pada 27 Februari 2015 lalu

Menurut Hafiz Suip :
    “Sebelum ini kami bertunang pada ulang tahun kelahiran saya (27 Februari) dan untuk bernikah, tarikh lahir dia pula dipilih


Hafiz Suip Bakal Nikah 14 Mei Tahun Depan, info, terkini, hiburan, sensasi

Sehingga kini Hafiz Suip masih belum membuat persiapan tentang perkahwinannya yang bakal berlangsung kerana tunangnya Nureffy kini perlu fokus terhadap pengajiannya dalam jurusan perakaunan.


Hafiz Suip Bakal Nikah 14 Mei Tahun Depan, info, terkini, hiburan, sensasi

Semoga hubungan mereka mampu bertahan memandangkan dugaan sepanjang bertunang terlalu besar. Banyakkan bersabar apabila ditimpa masalah, jangan di ikutkan emosi sangat. - gosipmalaysia

Fesyen Ketat Ziana Zain Di IFF Cannes Dikritik Peminat

Baru-baru ini Ziana Zain telah menghadiri Islamic Fashion Festival (IFF) dengan menggayakan busana dari Rizman Ruzaini.


Fesyen Ketat Ziana Zain Di IFF Cannes Dikritik Peminat, info, terkini, hiburan, sensasi,

Foto yang dikongsikan oleh Rizman Ruzaini dan juga Ziana Zain sendiri berasaskan rona emas berjaya mencuri perhatian dan terlihat elegan serta memiliki keistimewaan tersendiri. Tetapi penampilan Ziana Zain kali ini cukup mengecewakan kerana ianya sangat ketat dan menampakkan susuk tubuh.
Fesyen Ketat Ziana Zain Di IFF Cannes Dikritik Peminat, info, terkini, hiburan, sensasi,

Fesyen Ketat Ziana Zain Di IFF Cannes Dikritik Peminat, info, terkini, hiburan, sensasi,

Fesyen Ketat Ziana Zain Di IFF Cannes Dikritik Peminat, info, terkini, hiburan, sensasi,

Di Islamic Fashion Festival (IFF), Ziana Zain diberi peluang  memperagakan busana indah Rizman Ruzaini di atas runway yang disaksikan hadirin yang datang dari seluruh pelusuk dunia. Hentaman dan kritikan terhadap fesyen Ziana Zain dapat dilihat menerusi laman sosial facebook, rata-rata melahirkan rasa kesal terhadap artis kesayangan mereka yang bertudung tetapi tampak seksi menampakkan susuk tubuh. - gosipmalaysia

Foto Shikin Maembong Dan Chef Riz Timang Puteri Sulung

Perkhabaran Shikin Maembong selamat melahirkan puteri sulung baru-baru ini cukup memberikan berita gembira kepada peminat Shikin Maembong dan Chef Riz.


Foto Shikin Maembong Dan Chef Riz Timang Puteri Sulung, info, terkini, hiburan, sensasi


Kisah ‘Shikin Maembong Dan Chef Riz Bakal Timang Zuriat?‘ kini menjadi kenyataan malah pasangan ini yang berkahwin pada 5 Disember tahun lalu membuatkan Chef Riz benar-benar bersyukur kerana doanya termakbul untuk dikurniakan cahaya mata secepat mungkin.


Foto Shikin Maembong Dan Chef Riz Timang Puteri Sulung, info, terkini, hiburan, sensasi


    ‘Memang kami rancang mahukan anak dengan segera tetapi tak sangka pula seawal ini. Segan juga nak kongsi kepada umum, maklumlah kami masih baru. Apa apapun ini rezeki yang diberi oleh Allah’ – Chef Riz

Foto Shikin Maembong Dan Chef Riz Timang Puteri Sulung, info, terkini, hiburan, sensasi

Foto Shikin Maembong Dan Chef Riz Timang Puteri Sulung, info, terkini, hiburan, sensasi


Dah namanya rezeki dapat anak dengan cepat, jangan malu tau. Eceh! selamat berpantang buat Shikin Maembong, gembiranya Ismail Embong dapat cucu perempuan. - gosipmalaysia

Foto Menarik Sekitar Majlis Resepsi Fad Bocey

Fad Bocey dan Nur Syahirah A.Rahman selamat melangsungkan perkahwinan pada 14 Mac lalu di kediaman pengantin perempuan di Jitra, Kedah. Kini giliran majlis resepsi pula diadakan di Casa Heliconia, Kuala Lumpur yang dihadiri ramai rakan selebriti terkenal. Walalupun ‘Fad Bocey Bakal Jadi Bapa‘ majlis resepsi yang berlangsung tidak menghalang untuk majlis tersebut berjalan dengan lancar.
Foto Menarik Sekitar Majlis Resepsi Fad Bocey, info, terkini, hiburan,sensasi,

Tahniah, memang rezeki pernikahan mereka (9 Gambar Sekitar Pernikahan Fad Bocey Dan Pasangan). Apa pun semoga isteri Fad Bocey menjaga kesihatan kandungan memandangkan dah hamil. Jangan terlalu lasak dan Fad Bocey pula jangan terlalu sibuk bekerja sehingga tiada masa bersama isteri. - gosipmalaysia

Foto Menarik Sekitar Majlis Resepsi Fad Bocey, info, terkini, hiburan,sensasi,

Foto Menarik Sekitar Majlis Resepsi Fad Bocey, info, terkini, hiburan,sensasi,

Foto Menarik Sekitar Majlis Resepsi Fad Bocey, info, terkini, hiburan,sensasi,

Foto Menarik Sekitar Majlis Resepsi Fad Bocey, info, terkini, hiburan,sensasi,

Foto Menarik Sekitar Majlis Resepsi Fad Bocey, info, terkini, hiburan,sensasi,

Nabil Ahmad Jawab Isu Tayang Badan Sasa

Pelawak Nabil Ahmad berkata dia tidak pernah berniat untuk menunjuk-nunjuk tubuh badannya yang semakin sasa di laman sosial sehingga ia menjadi bualan ramai.


Nabil Ahmad Jawab Isu Tayang Badan Sasa, info, terkini, hiburan, sensasi

Nabil atau nama sebenarnya Ahmad Nabil Ahmad, 31, memberitahu foto imej barunya telah dimuat naik oleh jurulatih peribadinya iaitu Cash Razak di Instagram.

"Saya bukan sengaja nak tayang badan, cuma foto itu tersebar kerana ia dimuat naik oleh jurularih peribadi saya. Sedangkan sebelum ini saya tidak pernah memuat naik foto seperti itu.

"Apa-apapun saya tidak akan topless (tidak berbaju) dengan sengaja untuk menayang badan seperti kebanyakan lelaki lain melainkan ada sebab-sebab tertentu," katanya kepada mStar Online.

Nabil diminta mengulas mengenai fotonya tidak berbaju menunjukkan tubuh badannya yang sasa bersama dua lagi rakan pelawak itu yang disebarkan di laman-laman sosial.

Nabil Ahmad Jawab Isu Tayang Badan Sasa, info, terkini, hiburan, sensasi

Foto tersebut membuatkan ramai yang terkejut dengan perubahan ketara Nabil. Malah pelawak itu mendapat pujian daripada peminat-peminatnya. Bagaimanapun ada juga pihak yang memberi pandangan negatif terhadap penampilan itu.

Sementara itu, Nabil berkata dia telah menghabiskan wang kira-kira RM22,000 dalam tempoh dua bulan demi mendapatkan tubuh sasa itu.

Katanya, kebanyakan wangnya itu digunakan bagi membeli barangan penjagaan pemakanan hariannya.

"Nampak besar jumlahnya tetapi ia sangat berbaloi apabila melihat hasilnya. Jika dahulu berat saya 74 kilogram (kg), kini sudah naik kepada 88 kg.

"Tujuan saya mahu mengubah imej adalah untuk meningkatkan keyakinan diri dalam bekerja di luar mahupun di pentas hiburan selain atas sebab perniagaan. Alhamdulillah, isteri saya turut memberi sokongan untuk melihat perubahan ini.

"Isteri saya juga mula bersenam selepas habis pantang bersalin. Kalau boleh, saya ingin menjadi contoh kepada masyarakat sebagai keluarga yang mengamalkan kehidupan yang sihat," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Nabil kini dilantik menjadi hos terbaharu HBO Sentral musim kedua menggantikan pengacara asal iaitu Lisa Surihani. Program tersebut disiarkan bermula pada 26 April 2015 pukul 3 petang menerusi saluran Astro, HBO (411) dan HBO HD (431) yang akan disiarkan sebanyak 12 episod. - mstar

Kisah Sebenar Gadis Maut Akibat Produk Kecantikan Terbongkar

Semalam, berita kematian seorang pelajar Kolej Kejururawatan di Ulu Kinta, Perak heboh diperkatakan di media sosial gara-gara ada yang mendakwa Allahyarhamah meninggal dunia akibat pengambilan makanan kecantikan yang berlebihan.


Kisah Sebenar Gadis Maut Akibat Produk Kecantikan Terbongkar, info, terkini, berita, sensasi,

Lebih sensasi ada yang mendakwa gadis ini mengambil produk Shaklee, Qu Puteh dan Aura White secara serentak.
Kisah Sebenar Gadis Maut Akibat Produk Kecantikan Terbongkar, info, terkini, berita, sensasi,

Dakwaaan itu sekali gus memberi tamparan hebat dan menimbulkan keresahan kepada ketiga-tiga jenama baik pengeluar, penjual dan pengguna.


Kisah Sebenar Gadis Maut Akibat Produk Kecantikan Terbongkar, info, terkini, berita, sensasi,

Bagaimanapun, tampil individu yang mengenali Allahyarhamah menafikan spekulasi yang bertiup kencang tersebut.

“Saya merayu pada semua yang membuat spekulasi yang tidak sepatutnya terhadap student nurse KSKB Ulu Kinta yang meninggal dunia pada petang tadi supaya menghentikan perbuatan tersebut. Jangan kita share benda yang kita tidak pasti. Jika tuan/puan nak kepastian, boleh berhubung dengan saya,” kata Nazri Omar.

Menurut Nazri, apa yang tersebar di media sosial adalah salah faham semata-mata.

Kisah Sebenar Gadis Maut Akibat Produk Kecantikan Terbongkar, info, terkini, berita, sensasi,

“Salah jangkaan itu. Sebenarnya berlaku pendarahan dalam otak yang pakar sendiri tak boleh buat apa-apa kerana risikonya amat tinggi.

“CT scan yang dibuat semalam juga menunjukkan ada ICB (intracranial bleed).

“Pasal supplement semua itu salah sebab arwah dulu selalu kena migrain sejak masuk kolej.

“Dianogsis terakhir massive ICB with extradural hamorraghe,” jelasnya.

Kesimpulannya, kisah tentang punca kematian akibat memakan produk kecantikan adalah bohong semata-mata.

Apa pun, sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah buat gadis ini. – mynewshub

Remaja 17 Tahun Dirogol ‘Spiderman’ Di Marang

Seorang remaja wanita tidak menyangka keputusannya berehat di rumah bersendirian pada waktu tengah hari turut tidak selamat apabila dirogol seorang lelaki bertopeng ala-ala ‘spiderman’, di kediamannya di Kampung Bukit Guntung, Marang, Rabu lalu.


Remaja 17 Tahun Dirogol ‘Spiderman’ Di Marang, info, terkini, berita, sensasi, kes rogol

Dalam kejadian lebih kurang jam 12 tengah hari itu, mangsa berusia 17 tahun dikatakan sedang lena tidur di dalam bilik sebelum dikejutkan dengan kehadiran lembaga bertopeng tersebut.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah berkata, suspek bukan sahaja bertopeng, malah turut memakai sarung tangan itu terus bertindak menekup mulut sebaik menyedari mangsa tersedar daripada tidurnya.

“Suspek menekup mulut mangsa bagi mengelak dia menjerit, bagaimanapun dengan kudrat yang ada, mangsa cuba melawan untuk menyelamatkan dirinya.

“Namun, ketika itu juga suspek bertindak keluarkan pisau lipat lalu diacukan ke arah mangsa sebagai ugutan sekiranya mangsa masih berdegil mahu melawan sebelum merogolnya,” katanya di pejabatnya, semalam.

Wan Abd Aziz berkata, selepas melakukan perbuatan terkutuk itu, suspek terus melarikan diri meninggalkan mangsa bersendirian menerusi pintu utama rumah.

Jelasnya, mangsa yang ditinggalkan itu terus cuba hubungi ibunya yang ketika itu di tempat kerja, namun gagal sebelum mengambil keputusan menghubungi rakan baiknya dan seterusnya membuat laporan polis.

“Siasatan awal mendapati tiada tanda kediaman mangsa dipecah masuk suspek, namun siasatan akan diteruskan bagi mengenal pasti identiti serta bagaimana cara suspek menceroboh masuk rumah mangsa.

“Mangsa dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan n susulan,” katanya.

Kes berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh sehingga 20 tahun dan sebatan, jika disabitkan kesalahan.- Sinar Harian Online

Penghuni Kondominium Di Bukit Damansara ‘Guna Air Mayat’

Penghuni di sebuah kondominium digemparkan dengan peristiwa ngeri lagi meloyakan apabila mayat seorang lelaki ditemui terapung dalam tangki air bangunan itu yang terletak di Jalan Semantan, Bukit Damansara, Kuala Lumpur.


Penghuni Kondominium Di Bukit Damansara ‘Guna Air Mayat’, info, terkini, berita,

Menerusi laporan Harian Metro, mayat yang dikenal pasti sebagai Chua Wan Chooi, 43, berasal dari Klang itu ditemui jam 9.25 malam kelmarin oleh pekerja penyelenggara kondominium.

Anehnya, mangsa didakwa bukan penghuni kediaman itu selain tidak mempunyai sebarang rekod sebagai kontraktor di kondominium terbabit.

Penghuni Kondominium Di Bukit Damansara ‘Guna Air Mayat’, info, terkini, berita,

Penghuni Kondominium Di Bukit Damansara ‘Guna Air Mayat’, info, terkini, berita,

Mayat yang masih lengkap berpakaian itu ditemui dalam keadaan terlentang dalam tangki air.

Sementara tubuhnya sudah mengembang dan daging tubuhnya sudah reput menyerupai agar-agar.

Penemuan mayat ini sekali gus menjawab tanda tanya kehilangan mangsa sejak tujuh hari lalu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Mohd Azlee Abdullah mengesahkan kejadian tersebut.

Jelasnya, siasatan mendapati mayat mangsa ditemui dalam sebuah bilik pam yang membekalkan air kepada penghuni yang tinggal di pangsapuri itu.

Dalam pada itu, terdapat aduan daripada penduduk setempat yang mendedahkan air rumahnya mengeluarkan bau busuk dan rasa yang meloyakan.

Pada awalnya, ada penghuni yang menyangka ianya berpunca dari paip yang sudah karat namun ternyata sangkaan mereka meleset selepas mengetahui perkara sebenar. – mynewshub

Isu Tinggal Anak Tahfiz: Penjelasan Bas Famira Travel

Rentetan dari isu pelajar tahfiz ditinggalkan di tepi jalan, berderet-deret netizen masuk Fan Page Famira Travel & Tours disebabkan rasa bengang terhadap mereka. Berikut adalah penjelasan Bas Famira Travel;


Isu Tinggal Anak Tahfiz: Penjelasan Bas Famira Travel, info, terkini, berita, sensasi,

Ini kes auta belaka. Customer penipu besar,putar belit cerita. Ini Ustazah Durratun Naim pun lidah bercabang. Mahu tahu cerita sebenar tanya saya.

Kes 1
Dari Jitra sampai Melaka ustaz itu haram nak ambil no telifon driver.buat sombong dan cakap gitu-gitu sahaja,. Sampai Melaka masa lunch tadi Ustaz dan murid-murid turun lunch, pelawa driver pun tidak. Jadi driver pergilah makan kat kedai seberang jalan. Bila siap mereka datang kat bas tetapi driver bas tak ada. Nak call tak ada no telifon,Tunggu tak lama lepas itu diver datang terus kena maki. Driver Ok (lurus Bendol)

Kes 2
Ustaz kurang ajar ini duduk seat depan belakang driver. Letak kaki atas partition , driver nampak melalui cermin pastu tegur cara itu tak elok. Dia kata driver banyak dekat melaka ini.

Kes 3
Driver lurus bendul ini dah kena maki ikutkan jer cakap ustaz yang bodoh itu, dia pun p turunkan mereka dekat melaka sentral macam ustaz itu suruh, lepas dah turun apa lagi, dia bla lahh


Isu Tinggal Anak Tahfiz: Penjelasan Bas Famira Travel, info, terkini, berita, sensasi,

Ustaz itu ingat ada bas 24Jam dekat melaka balik jitra. Sampai sana malam baru ada bas. Jadi seorang hamba Allah ini tolong bawakan budak-budak ini naik lori pergi homestay dekat situ.

Kes DVD dangdut memang ada masa perjalanan malam nak pergi tetapi tidak ada kaitan pun. driver pasang slow sahaja tengah malam untuk halwa telingarnya dengar sebab dia drive seorang diri takut tertidur. Ustaz itu pulak suruh tutup sebab dia mahu tidur. Maklumlah dia dok depan.


Isu Tinggal Anak Tahfiz: Penjelasan Bas Famira Travel, info, terkini, berita, sensasi,

Ustazah Bangang itu putar belit cerita. Driver itu bukan tinggalkan mereka di dalam hutan tetapi kat stesen bas. Bukan dia yang nak tinggalkan tetapi ustaz itu yang suruh tinggalkan mereka di situ. - beritapremium.com

Graduan UiTM Langgar Protokol Majlis Konvo Graduan UiTM Langgar Protokol Majlis Konvo

Gambar seorang graduan UiTM berselfie dengan canselor UiTM tersebar di laman sosial dan menerima dikritik oleh netizen.


Graduan UiTM Langgar Protokol Majlis Konvo, info, terkini, berita, sensasi

Muhammad Hasrul, pada Majlis Konvokesyen UiTM, sempat merakam gambar selfie dengan seorang canselor sebelum beredar dari atas pentas.

Tindakannya itu dikritik oleh netizen yang menganggap Hasrul melanggar protokol dan tidak tahu adab majlis.

“Dalam peraturan tak boleh buat macam ini. Sudah diterangkan dalam pengesahan kehadiran konvokesyen. Ini kan majlis formal, act profesional lah.

“Protokol tetap kena ikut. Memang tak ada orang suka bab protokol ini. Tetapi protokollah yang memudahkan urusan perjalanan majlis.

Kalau salah seorang graduan buat perangai selfie, nanti yang lain mesti akan buat juga. Seorang selfie dah ambil berapa banyak masa? Yang datang konvo bukan seorang dua, beratus-ratus orang.

“Ibu bapa yang datang, bukan berdua. Ada yang datang sekampung. Penat mereka duduk luar tunggu lama-lama.

“Memanglah tak ada effect pada masa itu tetapi selepas majlis, akan ada post mortem. Sudah tentu ahli jawatankuasa akan dimaki sebab tak periksa, tak maklum, tak kawal keadaan sehingga berlakukan kejadian seperti ini,” kata seorang bekas penuntut UiTM yang tidak ingin didedahkan namanya.

Walau bagaimanapun, ada segelintir yang menyanjung keberanian lelaki ini sehingga menganggap tindakannya itu patut dihormati.

“This guy deserved massive respect. Walaupun dari segi protokol out, tapi steadybro. Persetankan semua protokol itu,” kata pengguna Facebook, Zul Farhan. - thehypermedia

Penyamun Lelaki Menyamun Dengan Berbaju Kurung!

“Kononnya dia berpakaian wanita kerana menghormati saya sebagai seorang warga emas,” kata seorang suri rumah yang berdepan detik cemas apabila rumahnya di Kampung Jawa, Buloh Kasap di sini, dimasuki tiga penjenayah termasuk seorang berpakaian baju kurung dan bertudung, kelmarin.


Penyamun Lelaki Menyamun Dengan Berbaju Kurung!, info, terkini, berita, jenayah samun

Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi, Khatijah Suratin, 68, terkejut apabila disergah tiga lelaki termasuk seorang yang berpakaian wanita dan bersenjatakan parang sebaik menunaikan solat Subuh.

Menurutnya, ketika kejadian, dia bersendirian di rumah kerana suaminya, Ilham Marion, 74, berada di surau berdekatan apabila keluar untuk menunaikan solat Subuh secara berjemaah.

“Selesai solat Subuh, saya ke dapur untuk membasuh kain dan ketika itu muncul tiga lelaki termasuk seorang yang memakai baju kurung manakala seorang lagi memegang parang.

“Mereka tidak menutup muka dan terus menggeledah rumah termasuk bilik tidur sambil memberi amaran supaya tidak menjerit sekiranya tidak mahu diapa-apakan,” katanya ketika ditemui, semalam. – myMetro Online

Manchester United Tepati Sasaran EPL Musim Ini

Pengurus Manchester United, Louis Van Gaal mengakui telah mencapai matlamatnya musim ini dengan membimbing pasukannya untuk berada pada kedudukan empat teratas di Liga Perdana Inggeris (EPL).


Manchester United Tepati Sasaran EPL Musim Ini, info, terkini, berita sukan, bola sepak,

Bagaimanapun, kata Van Gaal, mengatasi masalah kecederaan pemainnya adalah cabaran paling sukar dihadapi dalam kempen pertamanya bersama United.

United akan menerima kunjungan Arsenal pada Ahad dan kejayaan mendapat tiga mata penuh akan membuka peluang untuk mereka  berada di kedudukan ketiga dalam liga.

Melihat kembali musim pertama yang dilalui, pengurus berusia 63 tahun itu berkata, dia serta ahli pengarah telah berbincang dan sasaran yang ingn dicapai pada musim ini adalah empat tempat teratas.

"Kami telah berbincang, saya dan ahli lembaga pengarah di Old Trafford dan menetapkan sasaran yang ingin dicapai iaitu untuk layak ke Liga Juara-Juara Eropah (UCL).

"United telah mencapai sasaran tersebut dengan berbaki dua perlawanan, jadi saya rasa itu sesuatu yang memuaskan," kata Van Gaal.

Van Gaal juga berpendapat bola sepak bukan sahaja mengenai ketahanan fizikal tetapi ia juga mengenai nasib apabila mengulas mengenai beberapa masalah kecederaan yang dihadapi pasukannya sebelum Krismas.

"Saya berpuas hati dengan prestasi mereka pada bahagian kedua musim ini tetapi semasa bahagian pertama musim ini kami menghadapi purata 10 kecederaan dalam masa seminggu dan tidak dapat menurunkan kesebelasan utama yang sama tetapi saya gembira sekarang.

"Ia bergantung kepada bagaimana kami membuat keseimbangan dalam pemilihan pemain dan ia perkara yang paling penting.

"Dan ia bukanlah sesuatu yang baik untuk kami mengubah kedudukan pemain kerana kami perlu mengembalikan keseimbangan dalam membuat pilihan," katanya lagi.

Bekas pengurus Bayern Munich itu juga menggesa pemain muda United, Luke Shaw yang kurang beraksi pada musim ini akibat masalah kecederaan supaya tidak beraksi bersama skuad bawah 21 England yang akan bersaing di kejohanan Kejuaraan Eropah pada musim panas ini.

Shaw yang berpindah ke United dari Southampton dengan yuran perpindahan sebanyak 27 juta pound, hanya beraksi dalam 16 perlawanan liga musim ini akibat kecederaan tetapi ingin beraksi bersama skuad Gareth Southgate.

"Dia perlu berehat kerana telah melampaui had dirinya.

"Kami perlu menjaga dia dan saya berharap Gareth Southgate memahami situasi kami," kata Van Gaal mengenai pemain berusia 19 tahun itu. - mstar

Esscom Akan Lancar Operasi Khas Di Kudat

KUDAT – Pasukan penguat kuasa di bawah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) akan melancarkan Operasi Bersepadu Khas memburu pendatang tanpa izin (PATI) di daerah ini. 


Esscom Akan Lancar Operasi Khas Di Kudat, info, terkini, berita, PATI

Ketua Pegawai Eksekutif Esscom Ruji Ubi berkata operasi itu akan disertai pelbagai agensi penguatkuasaan kerajaan negeri dan persekutuan dengan misi membersihkan Kudat daripada PATI. Beliau berkata tumpuan operasi itu ialah kawasan perkampungan air, kawasan pasar dan pusat bandar. 

“Walaupun kawasan utara Sabah, khususnya Kudat, kelihatan tenang dan aman, namun kita tidak boleh leka dalam menghadapi sebarang kemungkinan. “Apatah lagi ekoran insiden penculikan di Sandakan semalam (Khamis malam)…Kudat yang menjadi pintu masuk ke Kota Kinabalu (melalui perjalanan darat dari utara Sabah) juga terdedah pada bahaya, bukan sahaja kemasukan PATI tetapi juga penjenayah rentas sempadan….jangan sangka air tenang tiada buaya,” katanya. 

Ruji berkata demikian ketika berucap pada sesi pertemuan Esscom bersama pegawai kerajaan dan pemimpin masyarakat daerah Kudat di Dewan Mini Pejabat Daerah itu, hari ini. Turut hadir Pegawai Daerah Kudat Sabdin Ibrahim dan Pengarah Pasukan Khas SAC Mohammad Ismail. Ruji berkata operasi yang sama kini giat dilaksanakan secara berterusan di lima daerah iaitu Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu dan Sandakan yang menyaksikan peniaga tempatan kembali mendominasi aktiviti perniagaan kecil-kecilan, khususnya kawasan pasar utama bandar terbabit. 

“Matlamat kita ialah membersihkan keseluruhan Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) daripada PATI. Kita perlu ambil iktibar insiden Kampung Tanduo dan dominasi PATI di kawasan pasar Lahad Datu sebelum berlaku peristiwa Tanduo (awal 2013). 

“Misalnya suatu ketika dulu, pasar Lahad Datu didominasi oleh peniaga atau penjaja PATI. Kita tidak boleh biarkan keadaan ini berulang di pusat bandar lain di Esszone,” katanya. Sehubungan itu, Ruji mengajak rakyat Sabah, khususnya penduduk Kudat dan daerah sekitarnya supaya memberikan sokongan sepenuhnya kepada Esscom dalam menjayakan misi operasi bersepadu itu. 

Beliau berkata langkah drastik itu susulan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja Mengenai PATI di Sabah (RCI) dan arahan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman yang juga Pengerusi Jawatankuasa Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) supaya dilancarkan operasi besar-besaran bagi membanteras kehadiran PATI di negeri ini khususnya di Esszone. 

Ruji berkata Esscom juga akan terus mempertingkatkan kawalan keselamatan di perairan Esszone bagi mengekang aktiviti penyeludupan dan jenayah rentas sempadan, khususnya penculikan. Esszone meliputi 1,733.7 kilometer yang merangkumi daerah Kudat, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna, dan Tawau.? – BERNAMA


Emma Maembong Dan Kamal Adli Ke Hong Kong Bersama

Selepas Emma Maembong putus cinta dengan Zizan Razak kini dikhabarkan pula Emma Maembong semakin intim dengan Kamal Adli lebih-lebih lagi kisah ‘Sweet! Kejutan Emma Maembong Di Hari Jadi Kamal Adli‘ mendapat perhatian peminat. Malah hubungan mesra antara mereka telah dihidu oleh pihak media hiburan, tetapi sejauh mana hubungan mereka penulis masih tidak pasti dan status hubungan mereka masih lagi menjadi teka teki.


Emma Maembong Dan Kamal Adli Ke Hong Kong Bersama?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, emma maembong, kamal adli

Muncul pula desas desus yang Emma Maembong dan Kamal Adli kini ke Hong Kong bersama tetapi bukti mereka pergi bersama masih lagi menjadi misteri. Tetapi setahu penulis, Emma Maembong sedang menikmati percutian di Hong Kong namun setiap gambar yang dikongsikan di instagram menunjukkan dia bersendirian. Siapa pula yang tolong mengambil gambarnya?
Emma Maembong Dan Kamal Adli Ke Hong Kong Bersama?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, emma maembong, kamal adli

Perkara ini didedahkan oleh saksi yang sama penerbangan dengan Kamal Adli dan Emma Maembong ke Hong kong dari KLIA2. Katanya kalau tiada apa-apa buat apa pergi ke Hong Kong berdua.

Emma Maembong Dan Kamal Adli Ke Hong Kong Bersama?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, emma maembong, kamal adli

Tetapi perkara tersebut masih lagi belum disahkan oleh pihak tertentu, kita tunggu sahaja perkembangan tentang hubungan mereka selepas ini. Siapa tahu mungkin mereka bakal mengumumkan mereka adalah pasangan bercinta. Eh! kalau ada hubungan sayang pun apa salahnya kan, masing-masing single. - gosipmalaysia

Mizz Nina Tinggalkan Bidang Nyanyian

Nekad untuk berundur daripada bidang nyanyian yang pernah menaikkan namanya satu ketika dahulu, Mizz Nina mengakui tidak timbul sesalan malah keputusan yang diambilnya itu adalah atas dasar untuk menjadi muslimah yang lebih baik.


Mizz Nina  Tinggalkan Bidang Nyanyian, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip

Selain mahu memberi fokus terhadap bidang peragaan dan perniagaan yang diceburinya di atas jenamanya sendiri (Madeena) ketika ini, Mizz Nina mengatakan, sokongannya di dalam bidang muzik disalurkan melalui karya suaminya, Noh Salleh.
Mizz Nina  Tinggalkan Bidang Nyanyian, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip

“Alhamdulillah, tidak berat sebenarnya membuat keputusan ini. Kita tidak tahu bila kita akan mati jadi buat masa ini saya ingin memberikan sepenuh fokus kepada fesyen yang merupakan jiwa saya,” katanya kepada BH Plus.


Mizz Nina  Tinggalkan Bidang Nyanyian, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip

Tambah Mizz Nina, ketika ini dia selalu terbabit dengan bidang perniagaan dan peragaan, penyanyi ini dalam masa yang sama turut terlibat di dalam bidang pengacaraan program berbentuk keagamaan dengna berkongsi pengalaman hijrahnya bersama peminat. - rotikaya