Memaparkan catatan dengan label terkin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label terkin. Papar semua catatan

Nabil Ahmad Luaskan Kerjaya Muncul Di HBO Sentral

Pelawak Nabil Ahmad memperluaskan lagi biadang pengacaraannya setelah dilantik menjadi hos terbaharu HBO Sentral musim kedua menggantikan pengacara asal iaitu Lisa Surihani.


Nabil Ahmad Luaskan Kerjaya Muncul Di HBO Sentral, info, terkin, hiburan, sensasi, Nabil Ahmad

Nabil atau nama sebenarnya Ahmad Nabil Ahmad, 31, berkata, dia menerima tawaran sebagai hos program berkenaan kerana ingin meningkatkan taraf kariernya sebagai pengacara selain melihat ia sebagai platform terbaik untuk menimba lebih banyak ilmu dalam bidang itu.

"Saya menganggap ini merupakan satu peluang terbaik terhadap kerjaya saya kerana tidak semua hos di Malaysia mendapat peluang untuk menjadi pengacara untuk HBO.

"Sebagai seorang pengacara saya mempunyai sasaran dalam hidup untuk melakukan sesuatu yang baharu dan menjadi hos dalam HBO ini adalah batu loncatan untuk mengembangkan bakat saya dalam bidang pengacaraan," katanya kepada mStar Online.

Nabil berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelantikan sebagai hos baru HBO Sentral di Ben's Publika, Hartamas Heights, di sini, Khamis.


Nabil Ahmad Luaskan Kerjaya Muncul Di HBO Sentral, info, terkin, hiburan, sensasi, Nabil Ahmad
Nabil Ahmad (tiga dari kiri) bersama mereka yang terlibat dalam HBO Sentral.


HBO Sentral merupakan sebuah rancangan yang akan mempromosikan kandungan terkini di saluran HBO dalam cara yang menyeronokan dan interaktif kepada penonton.

Dalam pada itu, Nabil berkata tawaran yang diterima merupakan rezeki anak keduanya, Layla Damita yang lahir pada 18 Mac lalu selain menggangap dia harus berkerja keras untuk mencapai sesuatu yang lebih daripada apa yang ada sekarang.

"Secara jujurnya saya mempunyai impian untuk menjadi hos di acara karpet merah Anugerah Oscar seperti Datuk Aznil kerana ingin mengetahui apa yang dirasai oleh beliau ketika mengacarakan anugerah itu.

"Ini merupakan sesuatu yang diidamkan dalam hidup saya kerana ia dapat memberikan kepuasan kepada diri sendiri," katanya lagi.

HBO Asia bakal menyiarkan tayangan serentak program HBO Original dari Amerika Syarikat agar penonton negara ini boleh menonton HBO pada masa yang sama seperti penonton di negara berkenaan.

Episod pertama HBO Sentral bersama Nabil akan bermula pada 26 April ini pukul 3 petang menerusi saluran Astro, HBO (411) dan HBO HD (431) yang akan disiarkan sebanyak 12 episod.


Sumber : mstar online

Tahan Isi Perut, Usus Yang Terburai Dirodok Pisau

Seorang lelaki warga Bangladesh terpaksa menahan isi perut yang terkeluar dengan tangan selepas mangsa dirodok senjata tajam.


Tahan Isi Perut, Usus Yang Terburai Dirodok Pisau, info, terkin, berita, jenayah,

Dalam kejadian jam 3 petang kelmarin, mangsa seorang pekerja kontrak diserang seorang lelaki di tapak pembinaan di Jalan Dutamas 2, Persiaran Dutamas di sini.

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner R Munusamy berkata, ketika kejadian mangsa berada di rumah kongsi sebelum didatangi suspek dipercayai warga Indonesia.

Menurutnya, suspek berusia 40-an itu muncul menaiki van putih bersama seorang lelaki dipercayai rakan kepada suspek.

“Suspek menikam mangsa dipercayai menggunakan senjata tajam,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Difahamkan kejadian itu menyebabkan isi perut mangsa hampir terburai.

Mangsa yang parah bagaimanapun masih sedarkan diri dan terus menutup lukanya dengan tangan bagi mengelakkan isi perut dan usus terkeluar.

Menurutnya, siasatan polis di lokasi kejadian tidak menemui sebarang senjata manakala motif kejadian juga masih dalam siasatan.

“Polis sedang meneruskan siasatan bagi memburu suspek. Berdasarkan keterangan mangsa, suspek berbadan gempal dan pendek,” katanya.

Difahamkan, mangsa terpaksa mengalami pembedahan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat kejadian itu, bagaimanapun mangsa dilaporkan dalam keadaan stabil.

Beliau berkata, kes akan disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Sumber : myMetro Online

Gambar Pra-Perkahwinan Nubhan AF6 Santai Tapi Sweet

Bintang Akademi Fantasia musim ke-6, Nubhan Ahmad bakal melangsungkan perkahwinan bersama wanita pilihannya, Afifah Hidayah tidak lama lagi.



Seperti ramai bakal pengantin hari ini, mereka yang mengikat tali pertunangan pada Oktober 2014 turut merakam gambar pra-perkahwinan.

Pasangan ini bagaimanapun melakukannya dengan cara tersendiri yang lebih santai dan bersahaja, itulah yang dapat dilihat daripada gambar-gambar yang dikongsikan di Facebook My Happy Moment.


Nubhan dan tunangnya dilihat tidak pun berhabisan seperti ke luar negara mahupun mengeluarkan kos yang besar untuk pakaian pra-perkahwinan mereka.

Cukup dengan gaya ‘simple and sweet’, pasangan ini masih tampak serasi dan comel di dalam gambar yang terhasil.

Kami doakan semoga Nubhan dan pasangannya kekal bahagia hingga ke jinjang pelamin nanti, insyaAllah.





Sumber : mynewshub.cc

Satu-satunya Murid Tahun 1 Mendaftar di Sekolah

Murid tahun satu, Muhammad Daniel Haiqal Abu Hurairah, 7, tetap bersemangat untuk meneruskan persekolahannya walaupun terpaksa mengikuti sesi pembelajaran secara bersendirian di kelas.


Satu-satunya Murid Tahun 1 Mendaftar di Sekolah, info, terkin, berita,

Dia satu-satunya murid tahun satu yang mendaftar di Sekolah Kebangsaan (SK) Pasir Ambor, Juasseh, dekat sini bagi sesi 2015 yang bermula hari ini.

Menurutnya ibunya Norfazilah Mat Aripin, 33, dia tidak menyangka dan terkejut apabila dimaklumkan bahawa anaknya menjadi murid tunggal tahun satu di sekolah itu.

Katanya, dia menganggap ia cabaran kepada Muhammad Daniel Haiqal dan yakin pengalaman selama dua tahun ketika menuntut di prasekolah akan memberikan pengalaman kepada anaknya untuk mengharungi situasi di dalam kelas.

“Alhamdulillah, saya lihat dia tidak menghadapi masalah dan Daniel juga sudah pandai membaca. Semua ini berkat menuntut di prasekolah ketika berusia lima dan enam tahun di SK Juasseh Tengah,” katanya ditemui di SK Pasir Ambor, di sini.

Sementara itu, Guru Besar SK Pasir Ambor, Nasarudin Zainal berkata, ini kali kedua sekolahnya menerima hanya seorang murid tahun satu dan kali pertama pada 2007.

“Pada tahun ini, jumlah keseluruhan pelajar di sekolah ini adalah seramai 39 orang berbanding pada tahun lalu seramai 40 orang, manakala murid tahun satu pada tahun lalu seramai tujuh orang berbanding hanya seorang pada tahun ini,” katanya. - Harian Metro

Perakam Suara Kokpit QZ8501 Dihempap Serpihan Pesawat

Laporan terkini Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 menyaksikan kotak hitam iaitu bahagian perakam data pesawat berjaya dinaikkan ke darat oleh Badan Mencari dan Menyelamat Nasional (BASARNAS).

Perakam Suara Kokpit QZ8501 Dihempap Serpihan Pesawat, info, terkin, berita nahas pesawat airasia, QZ8501, bangkai pesawat airasia QZ8501,

Namun, sebahagian lagi kotak hitam iaitu perakam suara kokpit masih tenggelam di dasar laut Jawa dan penyelam sedang berusaha untuk mendapatkannya bagi proses siasatan lanjut.

Menurut Ketua Koordinator Operasi BASARNAS, Suryadi Bambang Supriyadi, penyelam telah menemui perakam tersebut beberapa jam selepas berjaya menaikkan sebahagian kotak hitam, namun atas faktor-faktor tertentu, ia masih gagal dinaikkan.


Perakam Suara Kokpit QZ8501 Dihempap Serpihan Pesawat, info, terkin, berita nahas pesawat airasia, QZ8501, bangkai pesawat airasia QZ8501,

Ujarnya, ketika ini, kedudukan perakam suara kokpit tersebut berada di bawah serpihan-serpihan besar bangkai pesawat dan operasi kini sedang cuba untuk mengalihkannya.

Beberapa hari lalu, operasi tertumpu di kawasan tersebut setelah isyarat ping kotak hitam dikesan oleh tiga buah kapal yang menyertai operasi SAR.

Kotak hitam (yang berwarna jingga) menjadi komponen terpenting dalam sesebuah pesawat kerana ia akan menjadi bahan rujukan utama andai pesawat tersebut mengalami kecelakaan.

Sumber : mynewshub.cc

Kita jumpa di mahkamah Allah Taala pula nanti

Mahkamah tentera hari ini memutuskan Mejar Zaidi Ahmad bersalah terhadap tuduhan memberi kenyataan media tanpa izin Majlis Angkatan Tentera dan menyiarkan kawat tumpangan rasmi tentera.

Mejar Zaidi Ahmad, dakwat kekal, info, terkin,berita

Ahli-ahli mahkamah bagaimanapun belum memutuskan bentuk hukuman yang bakal dijatuhkan kerana proses mitigasi hukuman sedang berlangsung. Malaysiakini

Komen Mejar Zaidi setelah didapati bersalah lapor Malaysiakini:

Kita berjumpa di mahkamah Allah Taala pula nanti,” Itulah kata-kata Mejar Zaidi Ahmad yang didapati bersalah oleh Mahkamah Tentera atas tuduhan memberi kenyataan media tanpa izin Majlis Angkatan Tentera.

Pesanan itu disampaikan Zaidi selepas beliau diberi amaran bakal berhadapan tuduhan menghina mahkamah jika terus mahu menyebut faktor politik dalam keterangannya untuk meringankan hukuman ke atasnya.

“Apabila berhadapan situasi politik, perut adalah lebih penting daripada kepala,” katanya. Gambar kredit Rakyat News / Tian Chua Twitter

QZ8501: Operasi Angkat Ekor Pesawat Diperhebat

Kegagalan mengangkat ekor pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 di dasar Laut Jawa setakat ini mendorong pihak berwajib menambah bilangan anggota penyelam dan beg pengangkut.

Setakat pagi Sabtu, empat beg pengangkut dan 10 penyelam ditambah untuk ke lokasi pencarian itu.


QZ8501: Operasi Angkat Ekor Pesawat Diperhebat, info, terkin, berita nahas pesawat airasia, bangkai pesawat airasia QZ8501
Pasukan penyelam bersiap sedia untuk menjalankan tugas untuk memastikan ekor pesawat QZ8501 dapat diangkat dari dasar Laut Jawa.
 
 
Pengarah Operasi Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional (Basarnas), Marsma SB Supriyadi berkata, semua terbabit dalam perjalanan ke lokasi yang ditetapkan.

"Empat beg pengangkut dan tujuh penyelam dihantar ke Pelabuhan Kumai, mereka akan mendekati kapal KRI Banda Aceh. Tiga penyelam dihantar dengan helikopter dan membawa satu beg kecil," katanya.

Supriyadi berkata, penyelam Basarnas kini sudah bersedia di beberapa kapal milik Tentera Nasional Indonesia (TNI) untuk terjun ke dasar sebelum kehadiran penyelam tambahan.

Katanya, penyelam akan terjun ke beberapa titik lokasi yang mengesan beberapa objek dan bahagian milik pesawat QZ8501 di dasar laut.

"Sudah ada di KN Purworejo 21 penyelam, di KN Jakarta di Pelabuhan Kumai sudah ada 12 penyelam, kalau ditambah tujuh, jadi 19 semuanya.

"Di KRI Banda Aceh tadi sudah ada tiga penyelam. Mereka akan bantu angkatan laut TNI, kita bagi-bagi nanti di kapal yang mana," kata Supriyadi.

Sumber : mstar.com.my

Safiq Rahim Bergelar Duta Produk Makanan Kucing

Siapa cakap pemain bola pun tak boleh jadi model dan duta produk kan.

Mereka pun laku tau, buktinya murah rezeki pemain tengah pasukan kebangsaan Harimau Malaya, Safiq Rahim yang baru-baru ini tampil menjadi duta produk makanan kucing keluaran tempatan, Power Cat.

Safiq Rahim Bergelar Duta Produk Makanan Kucing, info, terkin, berita, Safiq Rahim

Sebelum ini, Safee Sali turut menarik perhatian pengiklan apabila dirinya dipilih menjadi duta sebuah produk motosikal yang popular dengan tagline ‘Safee Yang Menunggang’.


Safiq Rahim Bergelar Duta Produk Makanan Kucing, info, terkin, berita, Safiq Rahim

Agak-agaknya atlet mana yang terpilih jadi duta produk pula ikut jejak langkah rakan-rakan sepasukan mereka selepas ini?

Kita tunggu dan lihat!

Sumber : mynewshub.cc

Perintah berkurung di ESSZONE dilanjut hingga 25 Januari

Perintah berkurung di perairan enam daerah di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) dilanjutkan bagi fasa ke-12 mulai 10 Januari hingga 25 Januari ini.


Perintah berkurung di ESSZONE dilanjut hingga 25 Januari, info, terkin, berita, sabah

Penguatkuasaan perintah berkurung bagi fasa ke-11 di perairan Sandakan, Kinabatangan, Kunak, Lahad Datu, Tawau dan Semporna akan berakhir esok.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman, berkata perintah berkurung itu dilanjutkan susulan risikan mendapati kumpulan penjenayah rentas sempadan masih merancang untuk masuk ke negeri ini.

"Ini kerana risikan kita mendapati kumpulan penjenayah sentiasa merancang untuk masuk ke negeri ini selain maklumat mendapati mereka menyasarkan beberapa tempat termasuk balai polis dan stesen minyak," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Sabah, di sini sebentar tadi.

Penguatkuasaan bagi fasa ke-12 ini mulai jam 7 malam hingga 5 pagi, sama seperti sebelum ini.

Sumber : bharian.com.my

Video Pegawai Polis Tertembak Diri Sendiri Depan Isteri

Seorang pegawai polis di Erlanger, Kentucky, Amerika Syarikat nyaris maut apabila tertembak diri sendiri di bahagian perut ketika berada di dalam lif bersama isterinya, Jumaat lalu.

Video Pegawai Polis Tertembak Diri Sendiri Depan Isteri, info, terkin, berita, sensasi,
Pegawai polis, Darryl Jouett jatuh terduduk selepas tertembak perutnya sendiri. 


Menerusi rakaman kamera pengawasan, Darryl Jouett dan isteri dapat dilihat masuk ke dalam lif untuk turun ke tempat letak kereta selepas makan malam bersama.

Tak lama kemudian sambil sebelah tangannya memegang kotak, pegawai polis tersebut mengeluarkan pistol di pinggang dari sarungnya lalu cuba memasukkan senjata itu ke dalam poket jaket.

Namun entah bagaimana, Darryl tertekan picu pistol menyebabkan peluru terkena perutnya sehingga dia jatuh terduduk.

Isterinya yang terkejut segera menghubungi talian kecemasan 911 sebelum keluar dari lif bagi mendapatkan bantuan.

Darryl dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Cincinnati untuk mendapatkan rawatan dan khabarnya kini sedang berehat di rumah.

Mujurlah nyawa masih panjang.


Sumber : mynewshub.cc

QZ8501: Tempoh Pencarian Dilanjut Seminggu Lagi

Tempoh pencarian pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 di Laut Jawa yang sudah memasuki hari kesembilan pencarian dilanjutkan tujuh hari lagi.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional Indonesia (BASARNAS), Bambang Soelistyo pada sidang medianya di sini, pagi tadi.

QZ8501, Tempoh Pencarian Dilanjut Seminggu Lagi, info, terkin, berita, berita nahas airasia,
Anggota Tentera Udara dan penyelamat Indonesia dari Agensi Mencari dan Menyelamat Kebangsaan (BASARNAS) mengusung kerusi penumpang dari Pesawat AirAsia Indonesia QZ8501, di Lapangan Terbang Iskandar Tentera di Pangkalan Bun, Kalimantan Tengah, Indonesia. - Foto EPA

“Sampai minggu depan.. keseluruhan kawasannya juga masih di sektor yang sama (timur), cuma ada beberapa ditambah lagi untuk mencari serpihan yang mungkin hanyut,” katanya.

Sementara itu, pasukan pencarian dasar laut kini terus berusaha mendapatkan kotak hitam dan data perakam penerbangan pesawat biarpun cuaca di lokasi carian kini masih buruk sejak beberapa hari lalu.

Pihak pencarian Indonesia percaya sudah berjaya mengesan kedudukan ekor dan bahagian-bahagian utama pesawat Airbus A320-200 di dasar Laut Jawa.

Namun arus kuat, angin kencang dan ombak besar menyukarkan penyelam untuk turun ke dasar bagi menyiasat.

Soelistyo pada sidang media sebentar tadi turut memaklumkan lima kapal milik Tentera Nasional Indonesia (TNI) dilengkapi teknologi sonar yang mampu merakam objek bawah air sudah berada di lokasi dipercayai terletaknya serpihan utama pesawat, sejak jam 6 pagi lagi.

“Saya sudah arahkan mereka turun ke lokasi jam 5 pagi lagi. Ada penyelam yang sudah mula masuk ke dasar, namun hasilkan akan kita ketahui nanti,” katanya.

Ditanya mengenai serpihan pesawat seperti tempat duduk, pelampung dan pintu pesawat yang sudah ditemui dan kini ditempatkan di Pengkalan Bun, Soelistyo berkata ia untuk kepentingan siasatan, bukan pencarian. – Metronews.com/ REUTERS

Cabut Empat Batang Gigi Pembantu Rumah Guna Playar

Seorang perunding di sebuah kilang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ampang di sini, Jumaat terhadap pertuduhan menyebabkan kecederaan parah dan cubaan membunuh pembantu rumahnya.


Cabut Empat Batang Gigi Pembantu Rumah Guna Playar , ingo, terkin, berita, ngeri, kejam, pembantu rumah didera

Ong Su Ping Serene, 47, didakwa menyebabkan kecederaan parah dengan mencabut empat batang gigi pembantu rumah warga Indonesia Meriance Kabu, 32, menggunakan playar di sebuah rumah di Persiaran Pandan 7, Pandan Jaya, antara 11 April dan 20 Disember 2014.

Jika disabitkan kesalahan itu, dia berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebat.

Wanita itu turut mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan cuba membunuh Meriance di tempat sama pada 12 tengah hari, 20 Disember lepas, yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nurakmal Farhan Aziz menawarkan jaminan RM30,000 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan serta dokumen perjalanan diserahkan kepada mahkamah.

Bagaimanapun, peguam William Edwin yang mewakili Ong memohon jaminan dikurangkan atas alasan anak guamnya perlu menjaga neneknya yang uzur.

Hakim Unaizah Mohd membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan berserta syarat tambahan iaitu pasport diserah kepada mahkamah dan perlu melaporkan diri di balai polis berdekatan setiap akhir bulan.

Mahkamah menetapkan 5 Februari ini untuk sebutan semula kes.

Media sebelum ini melaporkan seorang pembantu rumah berjaya diselamatkan oleh jiran susulan penemuan nota yang ditulisnya berbunyi 'tolong bos dera saya' di bawah pintu rumah majikannya.

Artikel Terdahulu : 35 Maut Dalam Insiden Rebut Wang Palsu

Sumber : mstar.com.my