Memaparkan catatan dengan label selena gomez. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label selena gomez. Papar semua catatan

Selena Gomez Kembali Pecahkan Rekod Instagram

Bintang Hollywood, Selena Gomez sekali lagi membuktikan bahawa dirinya ratu Instagram. Pada Mac 2016 lalu, Gomez dinobatkan sebagai selebriti yang memiliki ‘follower‘ paling ramai di Instagram iaitu 89 juta.


Selena Gomez Kembali Pecahkan Rekod Instagram

Terbaharu, sekeping foto Gomez yang dimuat naik di laman itu mendapat 4 juta ‘like’, yang mana ia merupakan jumlah tanda suka terbesar dalam sejarah Instagram sendiri.

Foto yang dimaksudkan itu adalah Gomez sedang menghirup minuman ringan dari sebuah botol tertera tulisan ‘You’re the Spark‘ iaitu merupakan salah satu lirik di dalam lagunya ‘Me & The Rhythm‘.

Foto berkenaan dimuat naik oleh Gomez dengan kapsyen ‘When your lyrics are on the bottle,’ tulisnya.
A photo posted by Selena Gomez (@selenagomez) on

Difahamkan Gomez baaru sahaja selesai konsert jelajah The Revival Tour di Amerika Utara. Manakala konsertnya yang diadakan di Quebec City, Kanada menerima kunjungan 100,000 orang pada Isnin lalu.

Selain itu, Gomez juga dikatakan bakal mengadakan konsertnya di Malaysia pada 25 Julai ini bertempat di Stadium Melawati Shah Alam dan ia merupakan sebahagian dari konsert jelajah The Revival Tour yang diadakan di seluruh dunia. – MYNEWSHUB