Memaparkan catatan dengan label schalke. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label schalke. Papar semua catatan

Liga Juara-Juara: Real Madrid Terselamat Ke Suku Akhir

Juara bertahan Liga Juara-Juara Eropah, Real Madrid terselamat mara ke suku akhir dengan agregat 5-4 walaupun tewas buat pertama kali sebagai tuan rumah dalam kejohanan itu sejak April 2011.


Liga Juara-Juara: Real Madrid Terselamat Ke Suku Akhir, info sukan, bola sepak, Liga Juara Juara, real madrid, schalke
Klaas-Jan Huntelaar (kiri) bersaing dengan Alvaro Arbeloa pada perlawanan Liga Juara-Juara Eropah pusingan 16 antara Real Madrid dan Schalke di Stadium Santiago Bernabeu di Madrid. Foto AFP

Real Madrid ditundukkan oleh Schalke dalam perlawanan pusingan 16 liga dengan 3-4.

Permainan sejak minit pertama menyaksikan Real Madrid dan Schalke sama-sama agresif dalam melancarkan serangan.

Bagaimanapun, Schalke membuat kejutan dengan memulakan gol pembukaan pada minit ke-20 hasil tendangan Christian Fuchs.

Real Madrid berjaya menyamai kedudukan 1-1 selepas lima minit apabila Cristiano Ronaldo menjaringkan gol hasil umpan daripada Toni Kroos.

Schalke kembali mengungguli perlawanan dengan 2-1 pada minit ke-41. Kali ini, giliran Klaas-Jan Huntelaar yang membolosi gawang yang dikawal Iker Casillas dengan melepaskan tendangan padu dari jarak dekat.

Namun sebelum separuh masa pertama berakhir, Real Madrid kembali memperoleh jaringan menjadikan skor berimbang 2-2 menerusi gol kedua Ronaldo.

Pada babak kedua, pasukan di bawah pimpinan Carlo Ancelotti menjadikan keadaan kepada 3-2 selepas Karim Benzema menjaringkan gol pada minit ke-52.

Bagaimanapun lima minit kemudian pasukan lawan kembali menyamakan skor kepada 3-3 selepas Leroy Sane melepaskan tendanganya tanpa sempat ditepis Casillas.

Schalke memperlihatkan perjuangan hebat dengan strategi serangan pemain. Hasilnya, pada minit ke-84 pasukan itu kembali membolosi gawang Real Madrid dengan sepakan Huntelaar pada minit ke-85.

Schalke memenangi perlawanan ke atas pasukan tuan rumah dengan 4-3.

Namun, keunggulan agregat 4-4 membuatkan Real Madrid tetap berpeluang memasuki suku akhir Liga Juara-Juara Eropah.

Sumber : mstar