Memaparkan catatan dengan label sarawak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sarawak. Papar semua catatan

Punca 8 Lelaki Di Kuching Jadi 'HULK' Di Restoran

Hanya kerana pesanan dua cawan air Milo panas lewat dihantar, seorang pelanggan sebuah restoran makanan segera di Jalan Tunku Abdul Rahman di sini mengamuk, semalam.


Punca 8 Lelaki Jadi 'HULK' Di Restoran, info, terkini, berita, kuching, sarawak,

Ketua Polis Daerah ACP Roslan Bek Ahmad berkata, insiden dipercayai berlaku selepas pelanggan terbabit naik berang kerana pesanannya yang didakwanya sudah dibayar masih belum dihantar sekitar jam 2.30 pagi.

Difahamkan, pengurus restoran berkenaan kemudian terpaksa mengambil semula pesanan suspek dan memintanya menunggu sebentar.


Lelaki Mengamuk Di Kaunter Premis Makanan Segera
Beberapa lelaki cari pasal di sebuah premis makanan segera di Pandungan, Kuching.Mungkin lelaki itu nak beli set yang ada percuma mainan. Tetapi mainan yang dia nak tu, tak ada. Mungkin itulah punca dia mengamuk sakan. More: #MediaVids
Posted by My Media Hub on Monday, 23 March 2015

"Ekoran itu, suspek bertambah marah dan terus bertindak menghentak kaunter sebelum beredar dari situ dan kembali semula ke premis berkenaan bersama lapan orang rakannya.

"Dia kemudian melompat ke atas kaunter lalu bertindak menarik rambut mangsa (pengurus) sebelum mereka beredar dengan menaiki dua buah kereta," katanya yang mengesahkan insiden tersebut semalam.

Bagaimanapun, mangsa dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan dan siasatan lanjut masih dijalankan.

"Kejadian dipercayai berpunca dari rasa tidak puas hati terhadap layanan yang diberikan dan kita masih menjalankan siasatan untuk mengenal pasti suspek yang terlibat," jelas Roslan.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV)premis berkenaan yang berdurasi 54 saat serta menunjukkan aksi suspek bersama rakan-rakannya turut menjadi viral di laman sosial.

Sumber : thehypemedia