Memaparkan catatan dengan label rihanna. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label rihanna. Papar semua catatan

Inilah Busana Rihanna Yang Dibuat Selama Dua Tahun

Penyanyi Rihanna menjelaskan pakaian yang digayakannya semasa menghadiri majlis Met Gala 2015 dibuat selama dua tahun.


Inilah Busana Rihanna Yang Dibuat Selama Dua Tahun, info, terkini, hiburan, sensasi, Rihanna

Menurut laporan Daily Mail, Rihanna dilihat sangat menarik dan anggun dengan pakaian yang digayakannya serta ia sesuai dengan tema pada malam itu, 'Through the Looking Glass'.

Artikel Terdahulu : Kapsyen Demi Lovato Cetus Kontroversi


"Jika dilihat dengan teliti pada pakaian tersebut ia sangat cantik dan rapi jadi tidak mustahil jika proses pembuatannya itu mengambil masa yang lama," kata sumber.

Rihanna tampil berani dengan busana mewah berwarna kuning diraja rekaan Gup Pei dan dilengkapi dengan sepatu dari Christian Loubotin.

Bekas kekasih kepada penyanyi Chris Brown itu berjaya mencuri perhatian pihak media dengan busana yang digayakannya itu.

Sumber : mstar

Leonardo DiCaprio Ajak Kekasihnya Rihanna Main Filem Sama-Sama!

Hubungan intim di antara aktor Leonardo DiCaprio,40, dengan penyanyi Rihanna,27, bukanlah satu kejutan lagi di kalangan warga Hollywood.


Leonardo DiCaprio Ajak Kekasihnya Rihanna Main Filem Sama-Sama!, info, terkini, hiburan, sensasi, artis hollywood, leonardo dicaprio, rihanna

Namun, tindakan Leonardo yang mahukan Rihanna berlakon bersama dalam filem terbaru, The Crowded Room dilihat sebagai suatu perkembangan yang lebih menarik.

Dalam filem yang berkonsep dark itu, Leonardo akan membawakan watak penyangak schizophrenic bernama Billy Milligan dan Rihanna adalah antara pilihannya untuk watak yang bakal menjadi salah seorang mangsanya dalam filem tersebut.

Sumber memberitahu, Leo benar-benar bekerja keras untuk projek ini dan dia turut menyatakan hasratnya kepada Rihanna untuk mengambil penyanyi itu berlakon.

"Kedua-dua mereka mahu menghabiskan masa bersama sebanyak mana yang boleh. Dan, menjayakan projek ini bersama-sama mampu merapatkan lagi hubungan mereka.

"Ketika ini pun, Rihanna sudah pun mula membantu Leonardo yang tengah membuat kajian tentang karektor," kata sumber itu lagi.

Leonardo DiCaprio,40, dengan penyanyi Rihanna,27, dikatakan sedang berpacaran dan mereka dilihat cukup mesra dan intim bersama sepanjang beberapa minggu.

Sumber tersebut menambah bahawa Rihanna bukan saja akan berlakon sebagai mangsa di dalam filem itu tetapi dia juga sudah bercadang unyuk menulis lagu untuk soundtrack filem.

Sumber : murai