Memaparkan catatan dengan label penyamun. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label penyamun. Papar semua catatan

Dikejar penyamun berparang

Dua suri rumah yang baru selesai membeli sayur berdepan detik mencemaskan apabila diragut empat lelaki bermotosikal dan bersenjatakan parang di hadapan rumah mereka di Taman Seri Pagi, Senawang, di sini, semalam.


Dikejar penyamun berparang, info, terkini, berita, penyamun,

Mangsa, Zuzana Zulkapli, 39, dan jirannya berusia 32 tahun yang enggan dikenali keluar rumah pada jam 11.30 pagi untuk membeli sayur dari lori menjual barang basah yang berhenti di hadapan rumah mereka.

Zuzana berkata, sebaik selesai membeli sayur dan lori berkenaan beredar, dua motosikal Honda EX5 dan Yamaha 125Z yang ditunggang empat lelaki memakai topi keledar berpenutup penuh secara tiba-tiba menghampiri mereka.

“Seorang daripada mereka turun daripada motosikal dan meluru ke arah saya. Lelaki itu menunjukkan parang ke arah saya menyebabkan saya tergamam.

“Jiran saya yang terkejut dan ketakutan melihat tindakan suspek itu menjerit serta berlari menyelamatkan diri dengan masuk ke dalam rumah jiran lain,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.
 

Sumber : hmetro

Penyamun terkulai

Seorang pemilik kedai menjual telefon bimbit nekad mengekori empat lelaki menaiki dua motosikal yang menyamun premisnya sejauh 500 meter sebelum menghimpit mereka sehingga terjatuh, sekali gus menahan keempat-empatnya dengan bantuan orang ramai, kelmarin.


Penyamun terkulai, info, terkini, berita, penyamun,

Sebelum kejadian jam 4 petang, mangsa Yeah Soon Khai, 33, yang sedang melayan seorang pelanggan di premisnya terletak di Batu 17, Guar Chempedak, di sini, sebelum tiga motosikal berhenti secara mengejut di hadapan kedainya.

Difahamkan, empat lelaki yang bertopi keledar menerpa masuk sambil dua daripada mereka memegang parang, manakala dua lagi menunggu di atas motosikal di luar premisnya.

Soon Khai berkata, dia yang terkejut dengan kemunculan mereka, tidak berani melawan lalu mengikut kemahuan lelaki terbabit yang memintanya menyerahkan semua barangan berharga milik iaitu seutas rantai emas, komputer riba dan wang tunai RM2,000 dengan nilai keseluruhan RM14,000.

Menurutnya, penjenayah terbabit bergegas meninggalkan kedainya, tetapi pada masa sama dia turut bergegas menaiki kereta dan memandu seorang diri untuk mengekori dari belakang tanpa mereka sedari.

Sumber : hmetro.com.my