Memaparkan catatan dengan label newcastle. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label newcastle. Papar semua catatan

Gol Berganda Giroud-Cazorla, Arsenal Tundukkan Newcastle 4-1

Arsenal berjaya menewaskan Newscastle United dengan jaringan 4-1 pada perlawanan Liga Perdana Inggeris di Stadium Emirates, London awal pagi Ahad.


Gol Berganda Giroud-Cazorla,  Arsenal Tundukkan Newcastle 4-1, info suka, liga perdana inggeris, sukan bola sepak, arsenal, newcastle
Olivier Giroud (kanan) meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan Santi Cazorla.
Olivier Giroud dan Santi Cazorla tampil cemerlang apabila memberikan kemenangan buat The Gunners.

Giroud dan Cazorla menjadi jaguh buat pasukan mereka selepas masing-masing menyumbangkan dua gol.

Newcastle pula hanya mampu berbalas satu menerusi jaringan Ayoze Perez pada minit ke-63.

Giroud melakukan jaringan pembukaan buat Arsenal pada minit ke-15. Gol kedua The Gunners pula pada minit ke-54 menerusi aksi Cazorla.

Setelah mengungguli 2-0, Arsenal kembali mampu meraih lebih banyak jaringan dengan pantas apabila gol kedua Giroud dicatatkan pada minit ke-58, empat minit selepas jaringan kedua.

Cazorla kemudiannya menutup mata perlawanan menerusi tendangan penalti pada minit ke-88, selepas Danny Welbeck dijatuhkan oleh Paul Dummet.

Arsenal berada tiga mata di atas Newcastle pada kedudukan keenam, tetapi hanya dua mata di belakang Manchester United yang berada di tangga ketiga.

Sumber : mstar.com.my