Memaparkan catatan dengan label nahas udara. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label nahas udara. Papar semua catatan

3 Maut Helikopter Terhempas Atas Rumah

Tiga orang maut apabila sebuah helikopter terhempas di atas sebuah rumah tetamu di Orlando, Florida, kata polis.


3 Maut Helikopter Terhempas Atas Rumah, info, terkini, berita, nahas udara,

Polis berkata, juruterbang, isterinya dan seorang kawan terkorban dalam nahas kelmarin selepas helikopter itu berlepas dari Lapangan Terbang Eksekutif Orlando.

Rumah tetamu di atas tanah yang luas itu dikatakan kosong ketika kejadian.

Polis berkata, pemilik hartanah itu berada di rumah utama tetapi mereka tidak mengalami sebarang kecederaan.

Punca nahas belum dapat dipastikan.


Sementara itu, Pentadbiran Penerbangan Persekutuan dan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan sudah membuka kertas siasatan nahas berkenaan. – AFP