Memaparkan catatan dengan label kontroversi sharifah sakinah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kontroversi sharifah sakinah. Papar semua catatan

Tayang Peha Untuk Majalah, Sharifah Sakinah Berani Tanggung Risiko

Bakal bergelar isteri pada 28 Mac ini, Sharifah Sakinah telah pun menjadi penghias kulit hadapan majalah Wanita & Wawasan edisi terbaharu. Aksinya yang menunjukkan sebahagian peha yang mulus untuk majalah tersebut telah pun mendapat kritikan ramai. Ramai yang melabel Sharifah Sakinah sebagai seorang yang terlalu berani beraksi seksi tanpa mempedulikan komen dan pendapat orang ramai.


Tayang Peha Untuk Majalah, Sharifah Sakinah Berani Tanggung Risiko, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi sharifah sakinah


Sebenarnya tak adalah hairan sangat dengan aksi Sharifah Sakinah untuk majalah WW ini. Posing-posing pelakon ini di akaun Instagramnya boleh tahan juga. Kalau Wak Doyok mesti dah merecik dah. Namun bagi empunya badan, berani buat beranilah tanggung. Kata Sharifah Sakinah:-
    Kalau kita asyik nak fikir apa orang kata, tidak ke manalah jawabnya. Saya ada pendirian saya. Lagipun bakal suami saya mengenali saya seadanya. Sebagai artis saya faham, sentiasa ada banyak mata yang memerhatikan kita. Ini jalan yang kita pilih, kita harus terima.

    Bagi saya, imej itu bukan isunya tapi apa yang penting kita tahu tanggungjawab. Kalau nak terbuka atau tertutup, soal seksi atau tidak, jika seseorang itu berani buat dia juga perlu berani tanggung risikonya. Kalau kita seksi tapi orang tak suka, ada orang kata apa yang kita buat itu salah atau betul, kita kena terimalah.


 
Tayang Peha Untuk Majalah, Sharifah Sakinah Berani Tanggung Risiko, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi sharifah sakinah

Apa pun, tertarik dengan fakta tiada wang hantaran untuk majlis perkahwinan Sharifah Sakinah bersama bakal suaminya, Aliff Adha kelak. Bukan selalu si gadis berbuat sebegini. Bab ini Abang Nara setuju dengan Sharifah Sakinah. Katanya:-
    Bakal suami saya tak beri wang hantaran sebab memang saya tak minta. Lagipun apa yang penting kami mahu halalkan perhubungan kami, jadi kami tak ikut sangat adat. Saya rasa selepas kahwin pun, tiada apa yang berubah sangat. Kerjaya saya masih lagi seperti biasa. Dia (Aliff) sangat memahami. Kami akan tetap seperti teman lelaki dan teman wanita cuma bezanya hubungan kami sudah halal


Tayang Peha Untuk Majalah, Sharifah Sakinah Berani Tanggung Risiko, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi sharifah sakinah


Sememangnya perkahwinan adalah untuk menghalalkan hubungan antara seorang lelaki dan seorang perempuan. Selain itu ia juga adalah untuk melengkapi fitrah kita sebagai manusia. Semoga segalanya berjalan lancar buat Sharifah Sakinah dan bakal suami. Semoga kemesraan yang terjalin kini kekal serupa sehingga selepas berkahwin kelak. Sama-sama kita doakan. 

Sumber : MalaysianDigest.