Memaparkan catatan dengan label kes bunuh. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kes bunuh. Papar semua catatan

Rosshida Dibunuh, Tunang Mengaku Campak Dari Jambatan

Semalam kita dikejutkan dengan penemuan satu mayat dalam belukar di bawah jambatan di susur keluar Pulau Meranti Cyberjaya.

Susulan daripada kes tersebut, hari ini, seorang lelaki yang berusia 26 tahun telah ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes pembunuhan itu.


Rosshida Dibunuh, Tunang Mengaku Campak Dari Jambatan , info, terkini, berita, kes bunuh,


Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan Abdul Aziz Ali, lelaki tersebut yang juga merupakan tunang kepada mangsa bagaimanapun telah mengaku mencampak Rosshida dari jambatan berkenaan ketika disoal siasat.

"Beberapa barang milik mangsa juga ditemui bersama suspek.

"Siasatan lanjut sedang dijalankan untuk mengenal pasti motif sebenar kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya memetik myMetro.

Suspek telah ditahan di sekitar kawasan Cyberjaya dan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Sepang pada jam 10.30 pagi tadi.

Setakat ini suspek dalam tahan reman selama tujuh hari bermula hari ini.

Pada jam kira-kira 5 petang semalam, mayat mangsa, Rosshida Abdullah, 30 yang berasal dari Repek, Pasir Mas, Kelantan telah dijumpai oleh orang awam di bawah jambatan berkenaan.

Selain itu, bersama mayat ditemui sekeping nota yang juga menceritakan tentang masalah yang dihadapinya termasuklan tekanan akibat diburu along. Turut ditemui adalah sebuah beg tangan. 


Sumber : Siakapkeli.my

Wanita 50 Tahun Maut Dikelar Penyamun Di Ipoh

Seorang wanita berusia 50 tahun maut selepas dipercayai dikelar di leher oleh penjenayah yang memecah masuk rumah dan menyamunnya di Taman Emas di sini pagi tadi.


Wanita 50 Tahun Maut Dikelar Penyamun Di Ipoh, info, terkini, berita, kes bunuh

Kejadian disedari anak lelakinya ketika pulang dari tempat kerja pada kira-kira jam 3 pagi.

Difahamkan, anak mangsa yang terkejut melihat keadaan ibunya menangis sekuat hati hingga menyebabkan jiran turut menyedari kejadian itu dan datang ke rumah mereka.

Jiran mangsa mendakwa melihat mayat mangsa dalam keadaan tertiarap di atas lantai dalam rumah dan bertekup dengan bantal.

Difahamkan mangsa tinggal di rumah berkenaan bersama anak lelakinya itu.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini untuk bedah siasat. – BH Online

Sumber : mynewshub.cc