Memaparkan catatan dengan label keningau. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label keningau. Papar semua catatan

Polis temui rangka manusia dalam lori dekat Keningau

Kehilangan seorang lelaki sejak setahun lalu terjawab apabila polis menemui rangka manusia dalam sebuah lori di kawasan semak di Kilometer 16 Jalan Keningau-Kimanis dekat sini, petang tadi.


Polis temui rangka manusia dalam lori dekat Keningau, info, terkini, berita, keningau, sabah,

Rangka berkenaan dipercayai milik Sharif Marsuki, 28, yang meninggal dunia hampir setahun lalu selepas lori dipandunya terhumban ke dalam gaung di laluan itu tanpa ada sesiapa menyedarinya.

Polis mendapat maklumat mengenai penemuan rangka itu pada jam 3.55 petang daripada beberapa lelaki yang juga pemilik tanah berkenaan ketika menebas semak di kawasan terbabit.

Difahamkan, tengkorak dan rangka itu ditemui pada bahagian tempat duduk pemandu lori terbabit di kawasan semak, iaitu di bawah bukit kira-kira 30 meter daripada jalan utama.

Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Superintendan Douglas Taong, berkata siasatan lanjut berdasarkan nama syarikat yang tertera pada pintu lori berkenaan, polis berjaya mengesan ahli keluarga mangsa di Kampung Masjid Keningau, di sini.

"Ibu mangsa memaklumkan anaknya sudah lama tidak pulang dan tiada khabar berita sejak Januari 2014.

"Laporan orang hilang juga tidak dibuat oleh keluarga sehinggalah dimaklumkan oleh pihak polis hari ini," katanya ketika dihubungi di sini.

Douglas berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan mangsa gagal mengawal lori dipandunya sebelum terbabas ke dalam gaung dan meninggal dunia.

Artikel Terdahulu : Arsene Eenger Diserang Peyokong Sendiri

Sumber : bharian.com.my