Memaparkan catatan dengan label jenayah berat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label jenayah berat. Papar semua catatan

Ibu, Anak Ditembak Di Lampu Isyarat Di Bukit Mertajam

Seorang lelaki dan ibunya cedera akibat ditembak ketika kereta mereka berhenti di persimpangan lampu isyarat di Jalan Song Ban Keng di sini tengah hari kelmarin.


Ibu, Anak Ditembak Di Lampu Isyarat Di Bukit Mertajam, info, terkini, berita, jenayah berat

Dalam kejadian pukul 12.40 tengah hari itu, pemuda tersebut yang berumur 21 tahun baru selesai menghadiri perbicaraan satu kes dadah di Mahkamah Bukit Mertajam bersama ibunya dan dalam perjalanan pulang ke rumah mereka.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Mazlan Kesah berkata suspek dilapor terdiri daripada empat lelaki yang menunggang dua buah motosikal yang berhenti di kiri dan kanan kereta itu sebelum melepaskan tembakan.

“Tembakan jarak dekat itu mengenai leher dan lengan wanita berumur 43 tahun berkenaan manakala anaknya cedera di dada sebelah kiri.

“Pemeriksaan di tempat kejadian mendapati 10 das tembakan mengenai kereta Subaru Impreza mangsa,” katanya di tempat kejadian.

Mazlan berkata pihak polis percaya kejadian bermotifkan dendam.

Siasatan awal mendapati pemuda tersebut pernah terlibat dalam kegiatan kongsi gelap dan mempunyai beberapa rekod lampau berkaitan kes dadah dan jenayah kekerasan, katanya.

Beliau berkata polis akan mendapatkan rakaman kamera litar tertutup di kawasan sekitar kejadian dan turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenainya agar tampil membantu siasatan.

Kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Bukit Mertajam untuk rawatan dan keadaan mereka dilapor stabil, katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.

Sumber : mynewshub.cc