Memaparkan catatan dengan label info. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label info. Papar semua catatan

Wawa Zainal Bising Pada Aeril Zafrel

Pelakon Aeril Zafrel bercadang untuk mengambil cuti selepas pementasan teater muzikal Lela Manja yang sedang berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya tamat pada 31 Julai ini.

Wawa Zainal Bising Pada Aeril Zafrel

Aeril atau nama sebenarnya, Suhairil Suhari, 28, berkata, sejak Disember tahun lalu dia langsung tidak berkesempatan untuk bercuti kerana jadual kerjayanya padat dengan pelbagai aktiviti seni.

"Jujur saya katakan buat masa ini apa yang saya perlukan adalah waktu rehat berkualiti kerana sejak Disember lalu saya langsung tidak berkesempatan berbuat demikian.

"Jadual kerja saya begitu padat dengan pelbagai penggambaran dan aktiviti seni dan Insya-Allah sejurus selesai pementasan teater muzikal Lela Manja saya akan bercuti seketika," katanya.

Dalam pada itu, Aeril berkata, isterinya, aktres Wawa Zainal mula merungut apabila dia jarang meluangkan masa bersama keluarga.

Bagaimanapun kata Aeril, walaupun sentiasa sibuk dia akan memastikan sentiasa berkomunikasi dengan isterinya itu bagi mengetahui perkembangan sesamanya dan anak-anak.

"Memang isteri ada bising sebab saya asyik sibuk dan sebab itu juga saya mahu ambil cuti selepas tamatnya teater ini," ujarnya.

Tambah Aeril, dia akan membawa isteri dan anak-anaknya melancong ke Pulau Langkawi untuk merehatkan minda selain menghabiskan masa bersama keluarga.

"Saya pilih destinasi dalam negara kerana anak-anak masih kecil dan Langkawi adalah lokasi sesuai untuk kami seisi keluarga.

"Insya-Allah saya merancang untuk ke sana selama lima hari," katanya.

Dalam perkembangan lain, Aeril berkata, selain Lela Manja, dia juga baharu sahaja selesai menjalani penggambaran filem KL Vampire yang juga karya dari Indonesia.

Kata Aeril, penggambaran berlangsung di Indonesia selama 10 hari baru-baru ini yang turut menampilkan pelakon seperti Josiah Hogan, Reen Rahim dan Raja Ilya.-mstar

Salena Gomez Tiba Di KL

Penyanyi yang terkenal dengan aksi lincah di pentas, Selena Gomez tiba di Kuala Lumpur pada Ahad untuk menggegarkan konsert Revival Tour di Malaysia.

Salena Gomez Tiba Di KL

Selena, yang dianggap sebagai penyanyi remaja yang mempunyai bakat luar biasa, tiba pada 8 malam dan disambut oleh hampir seratus orang peminatnya di balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA).

Seorang pengikut kelab peminat Selena Gomez Malaysia di laman Twitter,  Syazwin Aireena Norhazani, 18, memberitahu Bernama beliau dan peminat yang lain telah menyediakan buku skrap khas, mengandungi ucapan mereka untuk Selena selepas penyanyi itu meraikan sambutan hari jadinya ke-24 pada Sabtu.

"Kami menunggu sejak pagi tadi di lapangan terbang bagi ketibaannya dan kami juga telah menyediakan beberapa hadiah untuk beliau," kata pelajar Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya itu.

Penyanyi yang popular dengan lagu "Hands to Myself" itu dijadual mempersembahkan lagu-lagu dari album keduanya, Revival, yang dikeluarkan tahun lepas, di Stadium Melawati di Shah Alam pada malam Isnin.

Kuala Lumpur ialah destinasi persinggahan keduanya selepas persembahan di Jakarta pada Sabtu.-mstar

Nama Ronaldo Diabadikan Di Lapangan Terbang Madeira

Lapangan Terbang Antarabangsa Madeira akan dinamakan sempena nama bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo.

Nama Ronaldo Diabadikan Di Lapangan Terbang Madeira

Pengumuman mengenai perkara itu dibuat Presiden Madeira, Miguel Albuquerque pada Jumaat.

Keputusan untuk menamakan semula lapangan terbang itu dibuat sebagai memberi penghormatan kepada Ronaldo susulan kejayaannya membantu Portugal memenangi Euro 2016.

Proses untuk menukar nama lapangan terbang itu sudah dimuktamadkan selepas mesyuarat majlis kerajaan tempatan negara berkenaan pada Khamis lalu.

Terdahulu, Ronaldo menghadiri majlis pembukaan hotel miliknya, Pestana CR7 yang terletak di Funchal dengan kerjasama Kumpulan Pestana.

Hotel tersebut mula beroperasi awal bulan ini.-mstar

Rahsia Body Mantap Ira Kaza Terbongkar

Semenjak video tarian geleknya menjadi viral di laman sosial, nama anak pelakon dan penyanyi Kazar Saisi iaitu Ira Kaza bukan lagi asing di telinga masyarakat Malaysia.


Rahsia Body Mantap Ira Kaza Terbongkar

Dalam orang ramai mengecam dan mengkritik aksi tersebut, namun ternyata insiden viral tersebut turut membawa tuah buatnya apabila bilangan pengikutnya di laman Instagram meningkat dengan drastik.

Mana tidaknya, ramai pengikut khususnya wanita mencemburui tubuh badan yang dimiliki Ira hinggakan dia dihujani dengan pelbagai pertanyaan mengenai rahsia yang diamalkan untuk mendapatkan body mantap sepertinya.

Rahsia Body Mantap Ira Kaza Terbongkar

Berkongsi rahsia kepada umum, gadis yang mempunyai berat badan 54 kilogram ini memberitahu, dia sangat mementingkan amalan gaya hidup sihat.

“Saya selalu pergi ke gym sekurang-kurangnya 3, 4 kali seminggu bersama rakan untuk mengeluarkan peluh.

“Setiap pagi, saya akan membuat kira-kira 30 sit up agar perut tidak buncit.

“Untuk mendapatkan tubuh yang cantik, kita juga kena pastikan kalori intake kurang daripada kalori keluar.

“Paling penting adalah disiplin. Kalau kita jaga makan, dapatkan tidur yang cukup dan melakukan senaman cardio memang badan kita akan maintain fit,” katanya ketika dihubungi Mynewshub.

Rahsia Body Mantap Ira Kaza Terbongkar

Pun begitu, Ira atau nama sebenarnya, Fadira Fatini Kazar, 21, mengakui sebagai orang Melayu dia tidak boleh lari daripada pengambilan nasi namun mengawalnya dengan senaman.

Kata Ira yang juga salah seorang peserta ujibakat Akademi Fantasia 2016 ini, dia merupakan individu sangat mementingkan senaman di bahagian kaki.

Sementara itu, Ira memberitahu, idola yang sering dijadikan inspirasi untuk memiliki badan fit adalah Michelle Lewin. – MYNEWSHUB

Senarai 9 Anak-Anak Perempuan Yang Tercantik Di Dunia

Mempunyai anak perempuan cantik memang serba membingungkan. Di satu sisi, kita tentu senang karena anak perempuan kita sudah pasti disukai banyak orang karena penampilannya, tapi di sisi lain, ini bisa juga menjadi penyebab terjadinya suatu musibah. Berikut ini, didunia.org telah menyusun daftar 9 anak perempuan tercantik di dunia beserta fenomena yang pernah di alami karena kecantikannya itu. Silakan disimak.


9. #Aleyna Yilmaz

Senarai 9 Anak-Anak Perempuan Yang Tercantik Di Dunia


Aleyna Yilmaz. Lahir tahun 2008 di Seoul, #Korea Selatan. Ia adalah anak tercantik di dunia yang sempat mengegerkan Korea Selatan. Dengan wajah dan darah Korea Selatan dan Turki yang mengalir di tubuhnya, Yilmaz tumbuh jadi anak perempuan yang super cantik. Karena kecantikannya itu, ia sempat diculik selama 6 bulan oleh tetangganya untuk dijadikan anak angkat.




8. #Naomi Lang dan Lisa Lang
Senarai 9 Anak-Anak Perempuan Yang Tercantik Di Dunia


Mereka adalah saudara kembar yang lahir dari seorang ayah berkewarganegaraan Amerika dan ibu berkebangsaan Korea Selatan. #Keduanya merupakan nominator dalam ajang kembaran tercantik di dunia. Di ajang itu, mereka memenangi juara ke 2.


7. #Suri Cruise
Senarai 9 Anak-Anak Perempuan Yang Tercantik Di Dunia

Suri Cruise adalah anak perempuan tercantik di dunia yang wajib masuk dalam daftar ini. Semua orang mengenal putri pasangan bintang film kenamaan Tom Cruise dan Katie Holmes. Ayah yang sangat tampan dan ibunya yang cantik luar biasa telah menghasilkan si bayi cantik berjuluk Hollywood's Sweetheart ini.


6. #Lauren Lunde Hanna

Senarai 9 Anak-Anak Perempuan Yang Tercantik Di Dunia


Lauren Lunde Hanna adalah artis cilik yang lahir dari pasangan berkebangsaan Korea Selatan-Kanada. Pada usianya yang kini belum 7 tahun, ia sudah sangat populer di kalangan dunia entertainment dunia. Ia populer semenjak dalam acara Hello Baby Boyband K-Pop, MBLAQ.


5. #Nicole Kenneth Brodsky (Li Xi Er)
Senarai 9 Anak-Anak Perempuan Yang Tercantik Di Dunia


Nicole Kenneth Brodsky (Li Xi Er) merupakan anak perempuan tercantik di dunia blasteran Amerika dan China. Lahir pada 18 Juli 2006, Nicole –begitu ia disapa- saat ini baru mulai masuk usia 9 tahun. Kecantikan yang dimilikinya, membuat ia sering digodai oleh anak laki-laki di sekolahnya. Tak tahan dengan keadaan tersebut, sang ayah kemudian memasukannya ke dalam Sekolah Dasar khusus perempuan di kotanya, Seoul.


4. #Jeon Ha Ram
Senarai 9 Anak-Anak Perempuan Yang Tercantik Di Dunia


Jeon Ha Ram adalah salah satu bintang cilik terkenal di Korea Selatan. Meski baru berusia 8 tahun, keimutan wajahnya serta kepolosan senyumnya membuat ia begitu mempesona termasuk bagi para kaum pria dewasa.


3. #Tani Kanon
Senarai 9 Anak-Anak Perempuan Yang Tercantik Di Dunia


Tani Kanon merupakan aktris cilik China yang dipuja para pria karena wajah super imut. Semua orang menyukai ia, termasuk juga kamu khan? Setelah foto-fotonya menyebar tak sengaja lewat dunia maya, Tani Kanon mendadak jadi terkenal di China .Ia anak perempuan dari keluarga miskin yang sebelumnya tinggal di kota Jiuzhaigou.


2. #Amanina Afiqah Ibrahim
Senarai 9 Anak-Anak Perempuan Yang Tercantik Di Dunia


Anak perempuan tercantik di dunia selanjutnya ternyata berasal dari Indonesia. Ya, dia adalah Amanina Afiqah Ibrahim atau yang lebih sering disapa Afika. Lahir tanggal  6 Januari 2006, dia sempat membuat geger negeri ini karena kecantikannya. Meme-meme yang beredar karena iklan dari produk yang dibintanginya menyebar di jagat maya dan membuat semua orang terpesona karena keimutannya.



1. #Kristina Pimenova

Senarai 9 Anak-Anak Perempuan Yang Tercantik Di Dunia

Inilah anak tercantik di dunia urutan 1 versi didunia.org. Ya, Kristina Pimenova. Anak berusia 9 tahun asal Rusia ini memiliki wajah bak bidadari. Karena kecantikannya itu, sejak usia 4 tahun, ia sudah menjadi model cilik yang laris manis di negara asalnya. Lihatlah mata biru dan senyumnya yang menakjubkan itu.

Video: Pura-Pura Jadi Jemaah Untuk Mencuri

Pantang lihat peluang, seorang lelaki tergamak curi barangan milik jemaah yang sedang menunaikan solat dalam kejadian di Masjid Al-Siddiq, Iskandar Perdana, di sini, kelmarin.

Video: Pura-Pura Jadi Jemaah Untuk Mencuri

Gelagat lelaki berkenaan yang dilihat berpura-pura menjadi seorang jemaah ketika solat asar berjemaah, berjaya dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV).

“Daripada rakaman CCTV, kita dapati ada seorang lelaki yang berpakaian lengkap, berkopiah serta berkain pelikat seperti mahu bersolat.

“Namun, lelaki itu dilihat mengambil beg jemaah yang sedang solat dan menyebabkan seorang jemaah kerugian RM400,” kata pengerusi masjid, Abdul Rahim Basri yang dipetik laporan Sinar Harian.

Beliau berkata, kejadian kecurian seumpama itu bukanlah yang kali pertama berlaku di masjid berkenaan, tetapi sebelum ini cuma melibatkan kecurian duit tabung masjid.

Tambahnya, pihak masjid mengambil serius kejadian tersebut termasuklah memasang CCTV, selain merancang meletakkan anggota Rela ketika solat Jumaat.

Menurut portal itu lagi, Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Supritendan Aziz Hasan mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.

Pihaknya ada menerima laporan berkenaan kejadian itu yang melibatkan seorang jemaah kerugian RM400 apabila dompetnya diambil suspek terlibat.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan, termasuklah melihat rakaman CCTV masjid itu untuk mengesan suspek terlibat,” katanya. – MYNEWSHUB

Lagi Kes Culik Kru Bot Tunda Di Sabah, Kali Ini 5 Mangsa

Polis tidak menolak kemungkinan lima kru yang hilang selepas sebuah bot tunda ditemui terdampar di perairan Dent Heaven, Tambisan semalam, menjadi mangsa culik.


Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Abdul Rashid Harun berkata polis dan anggota keluarga belum menerima sebarang panggilan meminta wang tebusan daripada mana-mana pihak.

Katanya lima kru tersebut adalah warganegara Malaysia iaitu masing-masing lima dari Tawau dan seorang dari Felda Jengka, Pahang.

Mereka dikenali Abd Rahim Summas, 62, juragan bot dari Kampung Tanjung Batu, Tawau; empat kru bot iaitu Tayudin Anjut, 45, dari Kampung Tanjung Batu Darat, Tawau; Mohd Ridzuan Ismail, 32, dari Felda Jengka 7, Bandar Jengka, Pahang; Fandy Bakran, 26, dari Kampung Pukat Tawau dan Mohamad Jumadil Rahim, 23, dari Batu 2, Jalan Apas, Tawau.

“Kelima-lima kru yang dipercayai diculik tidak dapat dihubungi. Polis sedang menyiasat kes dan kejadian ini,” katanya pada sidang akhbar di sini, Selasa.

Abdul Rashid berkata bot tunda tersebut yang menggunakan pendaftaran Surudong 3 dengan lima kru telah menarik sebuah tongkang Surudong 4 dari Sandakan pada 8 pagi Ahad lepas dan menghala ke Semporna yang dijangka tiba pada 5 petang, semalam.

Katanya bot tunda dan tongkang itu adalah milik syarikat tempatan yang beroperasi di Tawau.

Menurutnya pada pukul 2 petang semalam, sebuah bot tunda lain iaitu Sabah Tug 9 yang dalam perjalanan dari Jeroco Kretam Kinabatangan menuju ke Tawau telah ternampak bot tunda Surudong 3 dan tongkang Surudong 4 terkandas di beting pasir di perairan laut Dent Heaven berhampiran Tambisa dengan enjin masih hidup.

Beliau berkata curiga dengan keadaan tersebut, kapten bot tunda Sabah Tug 9 telah menghubungi majikannya mengenai penemuan bot tunda Surudong 3 dan tongkang Surudong 4 melalui telefon, sebelum meneruskan perjalanan ke Tawau.

Katanya pada hari yang sama, lebih kurang pukul 2.35 petang, dua bot laju Pasukan Polis Marin digerakkan ke lokasi penemuan bot tunda dan tongkang tersebut.

“Pemeriksaan mendapati enjin bot tunda masih hidup, kompas jurumudi tiada serta tiada seorang pun kru di dalamnya,” katanya.

Abdul Rashid berkata lokasi penemuan bot tunda dan tongkang tersebut terletak kira-kira 35 hingga 40 minit dari sempadan perairan antarabangsa.

Katanya beliau belum dapat mengulas lanjut mengenai kejadian itu disebabkan belum mendapat pengesahan sekiranya mangsa telah diculik.

Menurutnya anggota keluarga kru bot tersebut sudah dimaklumkan mengenai kejadian itu.

Beliau berkata bot tunda dan tongkang tersebut akan ditunda ke Pangkalan Polis Marin di sini hari ini. – BERNAMA


Wanita Telanjang Bulat Merayau Di Jalanan Singapura

Video seorang wanita sedang berjalan dalam keadaan bertelanjang bulat menjadi viral apabila ia disebarkan menerusi laman sosial, baru-baru ini.


Wanita Telanjang Bulat Merayau Di Jalanan Singapura

Kejadian dipercayai berlaku di Singapura dan menerusi video berdurasi lebih dua minit itu, wanita tersebut selamba berjalan tanpa hirau orang ramai di sekelilingnya yang terkejut dengan kehadiranya tanpa seurat benang di situ.

Sekumpulan lelaki yang berada di situ sempat merakam aksi wanita tersebut sambil memanggilnya untuk beredar daripada jalan kerana ia boleh mendatangkan bahaya terhadap dirinya sendiri.

Malangnya wanita itu tidak pula menghiraukan jeritan mereka dan terus berjalan seperti biasa seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.

Sehingga kini tidak dapat dipastikan kenapa wanita itu bertelanjang bulat di tengah-tengah malam di jalan utama berkenaan. – MYNEWSHUB

TMJ Akui Miliki Pendrive Rahsia Kotor FAM

Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim membidas pihak yang berterusan mengkritik persaraan pemain JDT — Safiq Rahim, Aidil Safuan, Kunanlah Subramanian dan Amirulhadi Zainal dari pasukan negara.


TMJ Akui Miliki Pendrive Rahsia Kotor FAM

Sebelum ini TMJ telah mengeluarkan satu kenyataan yang menjelaskan perkara sebenar iaitu ianya merupakan pilihan yang dilakukan oleh para pemain tersebut, tetapi langkah persaraan  itu tetap mendapat kritikan daripada pelbagai pihak.

Difahamkan, kesemua pemain tersebut membuat keputusan untuk bersara bukan kerana tidak sayangkan Malaysia tetapi sudah letih menyertai kem latihan yang tidak memberi sebarang manfaat kepada pasukan negara.

TMJ juga mendedahkan bahawa terdapat lebih ramai lagi pemain kebangsaan yang mahu mengambil keputusan yang sama untuk bersara, tetapi tidak berani kerana terlalu takut dengan pengurusan.

Kenyataan itu kemudian menerima kritikan pelbagai pihak yang menyoal tindakan beberapa pemain skuad kebangsaan kerana mengumumkan persaraan dalam masa yang sangat singkat.

Susulan kritikan yang dilemparkan, TMJ meminta pilihan pemain dihormati selain mengeluarkan satu kenyataan yang kini mencetuskan tanda tanya kepada semua pihak.

Bagi TMJ, pihak pengurusan seharusnya menghormati keputusan yang telah dibuat oleh pemain tersebut dan menghargai segala penat lelah dan sumbangan yang telah dilakukan oleh mereka, bukannya memberikan kritikan dan hentaman.

TMJ juga mendakwa baginda memiliki pendrive yang mengandungi maklumat dan aktiviti dalaman Football Association of Malaysia (FAM), ketirisan penjualan tiket perlawanan akhir Piala FA dan Piala Malaysia.

Pendrive itu dikatakan telah diberi oleh rakan-rakan TMJ yang mempunyai kedudukan tertinggi di Kuala Lumpur dan maklumat tersebut sekaligus akan menamatkan korupsi yang telah dilakukan sepanjang 30 tahun yang lalu.

Baginda juga memberi jaminan akan melakukan yang terbaik untuk membunuh korupsi dalam FAM kerana Malaysia memerlukan jurulatih profesional, bukannya ahli perniagaan

Menurut TMJ, dia juga mempunyai senarai orang-orang media yang selalu digunakan oleh FAM termasuk bekas-bekas pemain Malaysia, duit-duit kelab yang diambil oleh FMLLP dan diberikan kepada FAM serta laporan audit yang merepek.


Tambah TMJ, mungkin kini sudah tiba masanya untuk penyokong bola sepak melihat dan menilai sendiri apa sebenarnya yang telah berlaku di bawah pengurusan FAM.

– MYNEWSHUB

Video: Aksi ‘Henjut’ Kak Mawar Undang Kecaman

Selepas memaparkan aksi memalukan diri dalam rakaman video mempromosikan produk Jus Khazanah sebelum ini, Kak Mawar muncul lagi dengan video terbaharu, juga menggunakan ‘kaedah pengiklanan’ serupa.


Video: Aksi ‘Henjut’ Kak Mawar Undang Kecaman

Seperti video pertama, Kak Mawar tanpa segan silu memaparkan aksi ‘berahi’ sambil menggunakan ayat-ayat yang tidak sesuai diungkapkan secara terbuka demi mempromosikan produk yang ingin dijualnya.


Apa yang menimbulkan kecaman ramai seperti diluahkan di ruangan komen video tersebut dikongsikan adalah, gaya Kak Mawar itu boleh menimbulkan persepsi buruk seorang wanita Muslim di mata masyarakat.

Iklan terlampau yang berunsur lucah itu sehingga kini dikritik teruk oleh pengguna Facebook.

“Merendahkn maruah wanita… seolah-olah kahwin semata untuk l*b*ng dan bat*ng… kepala bana dia,” tulis Saiful Zabidi.

“Macam cilaka! Makin melampau sekarang ni sebab nak jual produk sanggup buat video ala ala lucah! Bodoh! Buat malu kaum hawa dan bangsa melayu!

“Nak kaya punya pasal sanggup buat benda-benda bodoh macam ni…budak-budak kalau tengok video ni apa jadi? Otak ada pakai la ni semua punya dari terlajak laris,” berang Shaik Jamaluddin.

“Yang jatuhkan maruah wanita, bukannya lelaki, tetapi wanita sendiri,” tulis Azman Zaki.

Sungguhpun mahu mempromosikan produk, buatlah dengan cara yang bijak dan bersopan. Dengan cara ‘kotor’ seperti ini ianya tidak akan membuatkan orang membeli produk itu, malah dikeji lagi ada. – MYNEWSHUB

Tudung Harga RM10 Ribu, Inilah Wajah Sebenar Pembeli

Kini sudah menjadi trend apabila kita lihat ramai wanita yang menceburi bidang perniagaan dengan menjual tudung dengan pelbagai gaya. Sama seperti pelakon Neelofa yang turut mengeluarkan jenama tudung sendiri sehingga beliau digelar sebagai jutawan muda. 

Tudung Harga RM10 Ribu, Inilah Wajah Sebenar Pembeli

Malah, harga tudung Neelofar juga agak mahal. Namun, yang mengejutkan netizen apabila Tudung Bawal Exclusive telah mengeluarkan satu tudung bawal yang paling mahal dengan harga RM10 ribu. Menerusi laman Facebook mereka, tudung paling Mahal di Malaysia yang berharga RM10 ribu telah pun terjual. 

Tudung tersebut dihiasi dengan batu permata Swarovski. Lagi banyak batu permata, lagi mahal harga tudung tersebut Bahkan, harga Tudung Bawal Exclusive bermula harga RM45.60 hingga ke Ribuan Ringgit. Namun, yang tidak sedap didengar apabila rata-rata netizen mengkritik pembeli tersebut kerana dianggap membazir. 


Tudung Harga RM10 Ribu, Inilah Wajah Sebenar Pembeli

Malah, ada di antara mereka mengatakan lebih baik membantu golongan susah dari menghabiskan duit dari membeli tudung yang mahal itu. Inilah wajah sebenar pembeli tudung paling mahal di Malaysia yang dikenali sebagai Puan Nurul Asmat. Apapun, setiap orang ada keinginan masing-masing. Fikir yang baik-baik aje.-penggaliilmudunia

Bezza, Model Sedan Sulung Keluaran Terkini Perodua

Viral di laman sosial foto-foto dan risalah model kereta terbaharu keluaran Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) hangat diperkatakan netizen.

Bezza, Model Sedan Sulung Keluaran Terkini Perodua

Sejak 20 tahun bertapak dalam industri automotif tempatan dengan pelbagai model kereta yang telah dikeluarkan, kini Perodua tampil pula dengan model sedan.


Menerusi pencarian di laman sosial, model baharu itu diberi nama Perodua Bezza merupakan model sedan sulung syarikat automotif terkemuka tempatan.

Menurut sebuah portal permotoran, Careta, yang berkesempatan memandu uji model terbaharu itu memberitahu bahawa model tersebut didatangkan dengan dua varian iaitu iaitu 1.0 liter dan 1.3 liter.

Varian 1.0 liter didatangkan dengan transmisi manual 5-kelajuan, transmisi automatik 4-kelajuan dan Standard G iaitu gabungan manual dan auto.

Manakala varian 1.3 liter menawarkan transmisi manual 5-kelajuan, transmisi automatik 4-kelajuan. Bagi Premium X terdapat dalam manual dan auto dan bagi Advance pula hanya auto sahaja.

PERODUA Sedan 1.0 Liter:

Transmisi manual 5-kelajuan
Transmisi automatik 4-kelajuan
Standard G (manual dan auto)

PERODUA Sedan 1.3 Liter:

Transmisi manual 5-kelajuan
Transmisi automatik 4-kelajuan
Premium X (manual dan auto)
Advance (auto sahaja)

Bagaimanapun, anggaran harga bagi kedua-dua jenis model terbaharu ini dijangka berada antara RM30,000 hingga RM55,000.


Antara spesifikasi lain yang terdapat pada model sedan ini ialah dibina dengan objektif penggunaan bahan api serendah 22.9 km/l dan memenuhi ciri-ciri kenderaan Energy Efficient Vehicle (EEV).

Selain itu, tempat letak barang atau boot Perodua baharu itu mempunyai kapasiti sebesar 508 liter lebih besar daripada boot Toyota Vios dan Nissan Almera. – MYNEWSHUB

Lupakan Maldives, Lagi Best ‘Honeymoon’ Di Pulau Ini

Pulau St. Petersburg, sebahagian daripada projek The Heart Of Europe (THOE) dalam gugusan pulau peranginan buatan manusia The World Islands, kini dalam proses pembangunan untuk dijadikan pusat peranginan, kata pemaju projek tersebut, Kleindienst.


Lupakan Maldives, Lagi Best ‘Honeymoon’ Di Pulau Ini

Apa yang menariknya, pulau itu bakal mempunyai rekabentuk “jantung hati” dan diinspirasikan daripada  lokasi-lokasi bulan madu impian seperti di Maldives, Bora Bora dan kepulauan Caribbean, lapor Emirates 247.

Pulau St. Petersburg akan mempunyai 90 buah villa berbentuk “kuda laut terapung”, iaitu vila bawah laut yang setiap satunya saling berhubung dengan pulau tersebut melalui jeti terapung.

Bakal meletakkan Dubai sebagai salah satu destinasi bulan madu pilihan bakal pengantin dari seluruh pelosok dunia, pusat peranginan eksklusif ini menawarkan pengunjungnya kombinasi antara percutian pulau dan bandar metropolitan paling sempurna dan tidak dapat dilupakan.

Terletak 20 minit dari tanah besar Dubai dan 6.5 kilometer dari pantai Dubai, para tetamu akan dapat menikmati privasi dan khidmat butler 24 jam.

Selain itu, mereka akan mendapat akses ke Pulau Eropah dan Switzerland daripada THOE, yang dilengkapi dengan teknologi yang berupaya mengawal iklim sepanjang tahun.

Para tetamu juga boleh menikmati kolam infiniti, lagun, taman-taman tropika dan juga restoran.

Pengerusi THOE Josef Kleindienst berkata: “Pulau St. Petersburg akan menjadi destinasi impian bagi pasangan kekasih dan yang baru berumah tangga.


“Resort bertaraf lima bintang ini menawarkan privasi, ketenangan dan layanan kelas pertama supaya mereka boleh menikmati pengalaman yang manis dan indah dalam seumur hidup mereka.”

Para tetamu akan dapat ke pulau tersebut dengan menaiki helikopter, pesawat laut atau bot bagi tempahan berbulan madu yang akan dibuka tidak lama lagi, menurut laman Emirates 247.

“Hotel Honeymoon di Pulau Utama Eropah dijangka dibuka pada hujung tahun 2018,” dedah Kleindienst. –MYNEWSHUB

KLCC Akan ‘Bermandi Darah’ Sabtu Ini?

Tidak lama dahulu, media sosial pernah dikecohkan dengan budaya Raver yang dikatakan mula jadi ikutan remaja di negara ini.


KLCC Akan ‘Bermandi Darah’ Sabtu Ini?

Bukan sedikit golongan dewasa yang garu kepala, tidak faham apa yang dimaksudkan dengan budaya Raver ini.

Lebih-lebih lagi apabila video-video tarian mereka yang tak ubah seperti tarian ‘sotong’ kepanasan mula menjadi perhatian sehingga ada di antaranya terlalu lucu untuk ditonton.

Kini, apa yang lebih memeningkan lagi kepala apabila pengamal budaya Raver ini dilaporkan mula bersengketa dengan golongan hipster.

Seorang remaja yang menggunakan nama ‘Manjanakkduittraya’ di aplikasi WeChat memuat naik satu amaran kepada kumpulan hipster akibat tidak berpuas hati kononnya salah seorang rakan dari kalangan ‘ravers’ telah dipukul.


KLCC Akan ‘Bermandi Darah’ Sabtu Ini?

Menurutnya, dia menyeru seluruh ahli kumpulan Raver agar turun beramai-ramai di Suria KLCC Sabtu ini untuk membalas dendam atas perbuatan kumpulan Hipster berkenaan.

Hasil tinjauan kami di laman sembang berkenaan juga mendapati, seorang lagi individu yang menggunakan nama ‘Uchu’ dari kalangan kumpulan Raver mendakwa dia telah dipukul oleh remaja Hipster, dan mahu nasibnya dibela oleh rakan-rakan yang selama ini menganggap kumpulan Hipster sebagai musuh mereka.


KLCC Akan ‘Bermandi Darah’ Sabtu Ini?

Entah apa pula ‘drama’ yang ingin dicetuskan oleh mereka disebabkan sebelum ini, pernah tersebar khabar akan berlaku pergaduhan besar-besaran di antara kedua-dua kumpulan remaja berkenaan walaupun akhirnya, tiada apa berlaku di tempat yang dikatakan tersebut.

Jadi, sama-sama kita tunggu sama ada benar atau tidak nasib ‘Uchu’ akan dibela oleh rakan-rakan seperjuangannya pada Sabtu ini.

Sebagai hiburan, di sini kami kongsikan tarian yang sering dimomokkan dengan kumpulan ini, enjoy! – MYNEWSHUB

Gerai Diserbu Gara-Gara Makanan RM1

Sejak tersebarnya kisah makanan di sini dijual pada harga RM1 di media sosial, beratus bungkus makanan yang dijual di gerai OK Boss habis dijual dalam masa tiga jam.


Gerai Diserbu Gara-Gara Makanan RM1

'Tarzan' atau nama sebenarnya Lim Chin Aun, 29, berkata gerainya, yang beroperasi di rumah keluarganya di Lorong Sungai Dua, di sini, dibuka pada 8 Julai dan perniagaannya menunjukkan perkembangan yang baik.

"Hari ini, kami buka perniagaan pada pukul 6 pagi dan pukul 9 pagi semua makanan habis dijual.

"Saya benar-benar gembira konsep ini telah diterima dengan baik," katanya, Rabu.

"Pada masa ini, kami menjual 300 bungkus nasi lemak klasik, 150 bungkus nasi lemak kimchi, 200 bungkus bihun goreng tomyam dan 200 pek sandwich sardin dan telur mayonis setiap hari, semuanya pada harga RM1 setiap satu."

Gerai Diserbu Gara-Gara Makanan RM1

Gerai itu juga menjual set telur dan roti bakar, agar-agar sebagai pencuci mulut dan minuman seperti Milo, kopi dan minuman ringan pada harga yang sama.

Chin Aun, yang juga memiliki sebuah studio tarian dan bekerja sebagai jurujual kereta berkata, dia dan adiknya Chin Khang, 26, yang berkerja sebagai akauntan mendapat idea ini beberapa bulan lalu.

"Ekonomi sekarang tidak baik dan harga makanan semakin meningkat. Kami mahu melawan trend itu dan menunjukkan bahawa anda boleh menyediakan makanan yang lazat pada harga berpatutan.

"Ia juga merupakan cara untuk kami membantu pelajar dan mereka yang keluar bekerja pada awal pagi untuk mengisi perut mereka dengan sarapan yang baik dan harga berpatutan.

"Abang saya dan saya bangun seawal jam 2.30 pagi untuk menyediakan makanan tetapi saya gembira dan puas hati apabila melihat sambutan yang baik. Pengorbanan itu amat berbaloi," katanya.

Gerai Diserbu Gara-Gara Makanan RM1

Chin Aun berkata beliau bergilir-gilir dengan Chin Khang untuk mengendalikan gerai kerana kedua-duanya berkerja sepenuh masa manakala bapa mereka, Ewe Huat, 59, akan membantu mengikut kelapangan masanya.

"Kami berharap untuk memperbanyakkan menu dan jenis makanan untuk pelanggan kami.

"Kami juga mempunyai pelanggan yang membeli secara pukal kerana makanan kami dijual dalam paket kecil yang mudah untuk diedarkan," katanya.

Beliau berkata mereka juga pesanan awal daripada pelanggan.

Siswazah Universiti Sains Malaysia, Jackson Yew berkata makanan RM1 mengingatkannya kepada zaman kanak-kanak apabila makanan di kantin sekolahnya dijual pada harga yang sama.

Gerai OK Boss dibuka setiap hari dari pukul 6 pagi hingga 2 petang.-mstar

Biarkan Bayi Anda Hisap Jari, Gigit Kuku

Bayi yang suka menghisap ibu jari atau menggigit kukunya dikatakan kurang berisiko mengalami alahan ketika melalui proses pembesaran, menurut satu kajian yang dijalankan di New Zealand.


Biarkan Bayi Anda Hisap Jari, Gigit Kuku

Kajian tersebut menyokong teori bahawa seseorang itu kurang berisiko untuk mengalami alahan jika didedahkan dengan organisme mikrob sejak kanak-kanak, menurut saintis Universiti Otago yang menjalankan kajian itu.

Kajian yang diterbitkan di jurnal Amerika Syarikat, Pediatrics itu membentangkan rekod yang dicatat dalam kalangan kanak-kanak berusia lima, tujuh, sembilan dan 11 tahun memiliki tabiat menghisap jari dan menggigit kuku.

Kajian itu juga dibuktikan apabila mereka membuat penyelidikan susulan menerusi kulit respondan yang berusia 13 hingga 32 tahun.

Hasilnya, 49 peratus daripada mereka yang yang tidak menghisap ibu jari atau menggigit kuku didapati positif bagi sekurang-kurangnya satu alahan.

Kadar alahan juga jatuh kepada 31 peratus bagi kanak-kanak yang mengamalkan kedua-dua tabiat itu.

Menurut pengkaji utama kajian tersebut Bob Hancox, tabiat tersebut berjaya mengurangkan risiko terkena alahan tetapi masih tiada bukti menunjukkan ia mengurangkan penyakit yang berkaitan dengan alahan. – MYNEWSHUB

Empat Maut Ditembak Di Kilang Ayam

Empat sekeluarga termasuk seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun maut ditembak ketika sedang tidur di dalam kawasan kilang memproses ayam di Batu Maung dekat sini Rabu.


Empat Maut Ditembak Di Kilang Ayam

Polis berkata mereka dimaklumkan mengenai insiden itu kira-kira pukul 2.55 pagi bahawa seorang lelaki berusia 32 tahun dipercayai berada di bawah pengaruh dadah meluru masuk ke dalam kawasan kilang ketika semua mangsa sedang tidur dan melepaskan tembakan ke arah mereka.

Mereka yang maut dikenal pasti sebagai Tan Hock Choon, 50, dan pasangannya Tan Saw Sim, 55, serta Chung Wah Tong berumur dalam lingkungan 27 ke 30 tahun dan anak perempuannya berumur dua tahun yang hanya dikenali sebagai Ah Bee.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Datuk Razaruddin Husain, berkata siasatan awal mendapat suspek mengamuk kerana gagal mendapatkan wang untuk membeli dadah.

"Kesemua mangsa ditembak menggunakan pistol semi automatik yang dipercayai diperoleh secara haram dan polis menemui beberapa kelongsong peluru di tempat kejadian," katanya.


Empat Maut Ditembak Di Kilang Ayam


Razaruddin berkata Toh dan Tan didapati tidak berkahwin secara sah tetapi telah lama tinggal bersama.

"Polis percaya keluarga si mati mempunyai sedikit masalah dengan suspek dan sering kali bergaduh," katanya.

Seorang pekerja kilang yang hanya ingin dikenali sebagai Chen berkata lelaki terbabit sering datang ke kilang itu meminta wang daripada Tan dan Chung yang mengusahakan kilang berkenaan.

Lim Chee Leong, 53, yang tinggal berhampiran kilang itu berkata beliau tersedar awal pagi Rabu apabila terdengar bunyi tembakan dan pada mulanya menyangkanya kejadian rompakan.

"Saya hanya tahu ia kes pembunuhan apabila polis dan orang ramai mula berkumpul di kawasan itu," katanya.

Keempat-empat mayat dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat.

Suspek kemudiannya melarikan diri menggunakan sebuah Toyota Hilux yang juga milik pemilik kilang itu dengan nombor pendaftaran PLJ 7392.

Sehubungan itu, polis kini memburu seorang lelaki berusia dalam lingkungan 30-an yang melarikan diri itu membantu siasatan kes.-mstar

SPAD Gantung Lesen, Permit Bas Qistina Express

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menggantung lesen dan 26 permit bas milik Qistina Express Sdn Bhd susulan kemalangan membabitkan bas tersebut di Kilometer (KM) 265.8 Lebuhraya Utara-Selatan selepas Terowong Menora pada 10 Julai lalu.

SPAD Gantung Lesen, Permit Bas Qistina Express

Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Mohd Azharuddin Mat Sah berkata tindakan tegas itu diambil selepas mendapati syarikat tersebut melanggar syarat-syarat keselamatan mandatori berdasarkan laporan audit SPAD pada 12 Julai lalu.

"Tindakan ini diambil sementara menunggu hasil siasatan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (Miros) mengenai kemalangan membabitkan bas ekspres itu yang sedang dijalankan," katanya.

Menurut Mohd Azharuddin, SPAD percaya tindakan penggantungan lesen dan permit Qistina Express diharap akan menjadi pengajaran kepada pengendali bas ekspres lain supaya mematuhi Kod Amalan Industri (ICOP) suruhanjaya itu pada setiap masa.

"SPAD ingin sekali lagi menegaskan bahawa suruhanjaya ini memandang serius pematuhan keselamatan mandatori oleh pengusaha bas ekspres," katanya.

Beliau berkata SPAD turut memberi jaminan kepada orang ramai bahawa pihaknya akan terus bekerjamsama dengan agensi penguatkuasaan undang-undang untuk memastikan pengusaha bas ekspress supaya mengutamakan keselamatan penumpang.

"SPAD akan terus bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk memastikan kenderaan mereka beroperasi dalam keadaan baik dan mematuhi segala peraturan lalu lintas dan keselamatan jalan raya," katanya.

Pada 10 Julai lalu, dua cedera selepas kereta yang mereka naiki dirempuh bas ekspres yang turut merempuh sembilan kenderaan lain di Kilometer (KM) 265.9 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan selepas Terowong Menora.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang itu, bas ekspres itu dipercayai hilang kawalan lalu merempuh 10 kereta yang ada di depannya.

Semasa kemalangan, bas ekspres berkenaan dalam perjalanan menuju ke selatan dan membawa 28 penumpang.-mstar

Rayani Air Akan Kembali Beroperasi?

Pemilik Rayani Air, Ravi Alagendrran membayangkan syarikat penerbangan patuh syariah pertama negara itu akan kembali beroperasi.


Rayani Air Akan Kembali Beroperasi?

Malah menurut sumber kepada mStar Online, Ravi masih boleh mendapatkan Lesen Perkhidmatan Udara (ASL) daripada Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) dengan membuat permohonan bagi mendapatkan lesen itu.

Ravi berkata, beliau kini dalam perancangan untuk menyusun barisan pengurusan baharu selain mendapatkan pelabur yang berpotensi.

Jelas Ravi, pengurusan tersebut akan melibatkan 'orang baharu' termasuk kakitangan sedia ada, masing-masing mempunyai pengalaman dan kepakaran dalam bidang penerbangan.

Ravi mendakwa, sebahagian daripada pekerja Rayani Air juga akan kembali berkhidmat menerusi pengurusan baharu yang akan dikendalikan pihak pelabur.

"Saya kini dalam perancangan untuk menyusun pengurusan syarikat yang lebih baik, dan akan dikendalikan pelabur berpotensi nanti.

"Saya bersedia untuk 'menghidupkan' semula Rayani Air. Saya akan mendapatkan ASL bagi membolehkan Rayani Air kembali beroperasi. Saya sedang usahakan," katanya kepada mStar Online.

Ravi bagaimanapun tidak menetapkan sebarang tempoh kerana katanya, usaha untuk mendapatkan ASL sedang dilaksanakan.

Pada 13 Jun lalu, Mavcom membuat keputusan membatalkan ASL milik Rayani Air kerana telah melanggar syarat-syarat lesen berkenaan selain kurang keupayaan dari segi kewangan dan pengurusan untuk meneruskan operasi sebagai syarikat penerbangan komersial.

Ia diikuti pembatalan Sijil Pengendali Udara (AOC) oleh Jabatan Penerbangan Awam (DCA) pada hari sama.

Pada 2 Julai lalu, mStar Online melaporkan keputusan Mavcom membatalkan ASL milik Rayani Air adalah muktamad dan pembatalan itu tidak boleh dibuat rayuan.

Ini bermakna syarikat penerbangan itu perlu membuat permohonan semula untuk mendapatkan lesen baharu, bagi membenarkannya beroperasi sebagai syarikat penerbangan komersial.

Mengenai pelabur, Ravi mendakwa terdapat beberapa pihak yang masih berminat untuk menyuntik dana dan menerajui pengurusan baharu.

Ditanya adakah permohonan baharu ASL akan dibuat, Ravi hanya berkata: "Apa yang penting sekarang adalah saya perlu memastikan Rayani Air kembali beroperasi. Syarikat penerbangan ini akan terus menyediakan perkhidmatan, isu tunggakan gaji dan bayaran balik tambang dapat diselesaikan."

Sehubungan itu, beliau berharap rancangan itu dapat dipermudahkan dengan kerjasama semua pihak terutama kerajaan dan Mavcom.

"Saya juga perlu mendapatkan sokongan dan kerjasama daripada pekerja, pelanggan termasuk NGO (badan bukan kerajaan)," ujar Ravi.

Jumaat lalu, mStar Online melaporkan Ravi memohon maaf kepada semua pelanggan dan pekerjanya kerana gagal melunaskan tunggakan gaji serta membuat bayaran balik tiket sebelum Aidilfitri, seperti yang dijanjikan.

Ravi berkata, penarikan balik lesen-lesen milik Rayani Air dibuat ketika urusan memuktamadkan pelaburan ke dalam syarikat penerbangan itu, sehingga mengakibatkan tiada pelabur yang mahu memberi kerjasama.

Rayani Air menerima kedua-dua ASL dan AOC daripada DCA sebelum memulakan penerbangan sulung pada 20 Disember tahun lalu.

Bagaimanapun, ASL yang membolehkan pemegang lesen tersebut untuk menjalankan perkhidmatan penerbangan berjadual, seperti penerbangan komersial berjadual, kini di bawah tanggungjawab Mavcom, yang baharu ditubuhkan pada 1 Mac 2016.

Pada Isnin, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan menyifatkan tindakan Mavcom membatalkan ASL milik Rayani Air sebagai 'tergesa-gesa'.-mstar

Yuna Tak Sangka Diiktiraf Artis Malaysia Paling Berjaya

Penyanyi Yuna tidak menyangka The Malaysia Book of Records mengikuti perkembangan karier seninya di Amerika Syarikat sehingga badan penilai itu mengiktiraf album terbaharunya berjudul Chapters yang dilancarkan pada Mei lalu.

Yuna Tak Sangka Diiktiraf Artis Malaysia Paling Berjaya

Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Zarai, 30, berkata, pengiktirafan itu diberikan kepadanya sebagai artis Malaysia pertama yang berjaya menembusi kedudukan 10 teratas dalam carta Billboard menerusi kategori Album R&B.

Untuk rekod, antara artis lain yang turut tersenarai dalam carta sama ialah Beyonce (Lemonade), Rihanna (Anti) dan The Weeknd (Beauty Behind The Madness).

"Saya langsung tidak menyangka akan diberi pengiktirafan besar seperti ini kerana ingatkan ia satu gurauan pada awalnya.

"Meskipun saya jauh di perantauan masih ada yang mengambil berat dan pengiktirafan ini adalah semangat untuk saya meneruskan perjalanan karier di Amerika," katanya kepada mStar Online.

Yuna ditemui pada majlis sambutan Aidilfitri Mitsubishi yang diadakan di Bangsar di sini, Selasa.

Penyanyi yang terkenal dengan lagu Crush itu juga adalah duta model ASX jenama kenderaan itu.

The Malaysia Book of Records menerusi Pengarah Operasinya, Christopher Hw Wong menyampaikan plak pengiktirafan itu pada sebuah majlis yang diadakan pada Isnin lalu.

Dalam pada itu, Yuna berkata, dia bersyukur penerimaan album terbaharunya cukup baik oleh peminat malah duet bersama bintang R&B, Usher membuka ruang lebih besar untuknya dikenali di Amerika Syarikat.

Malah kata Yuna, dia bakal memulakan konsert jelajah siri kedua di beberapa buah negeri selatan Amerika selain Eropah bermula September ini bagi mempromosikan album berkenaan.

Yuna Tak Sangka Diiktiraf Artis Malaysia Paling Berjaya

"Duet bersama Usher banyak membuka peluang lebih besar untuk saya dan syukur lagu duet kami sering diputarkan di stesen radio di Amerika.

"Ia satu pencapaian membanggakan untuk saya apabila dapat mendengar lagu sendiri diputarkan di radio.

"Insya-Allah saya akan teruskan konsert jelajah di Amerika selain bakal ke Eropah pada September untuk persembahan di London, Paris, Berlin dan Belanda," ujarnya.

Tambah Yuna, dia ada merancang untuk mengadakan konsert di Asia namun ia masih di peringkat perbincangan bersama syarikat pengurusannya namun berharap ia akan menjadi kenyataan.

"Masalah untuk mengadakan konsert di Asia adalah ia melibatkan kos yang tinggi kerana Asia terlalu jauh dari Amerika.

"Insya-Allah jika ada rezeki suatu hari nanti perancangan itu pasti akan terlaksana," ujarnya.-mstar