Memaparkan catatan dengan label india. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label india. Papar semua catatan

Polis Arah Lelaki Gatal Dipukul Dengan Selipar

Seorang anggota polis wanita di India mengarahkan sekumpulan remaja perempuan memukul seorang pemuda gatal dengan selipar selepas lelaki berkenaan bersiul kepada mereka.


Polis Arah Lelaki Gatal Dipukul Dengan Selipar, info, terkini, berita luar, india

Pemuda tersebut, Virat Dhoni, 23, dilaporkan bersiul dan mengganggu sekumpulan pelajar perempuan di bandar Sendhwa di negeri Madhya Pradesh dekat sini baru-baru ini.

Pelajar itu yang tidak berpuas hati kemudian melaporkan kejadian tersebut kepada seorang anggota polis wanita, Sub Inspektor Monica Singh yang terus menahan Dhoni.

Monica kemudian mengarahkan Dhoni membongkok dan membiarkan kumpulan remaja perempuan tersebut memukul belakang lelaki itu dengan selipar di tempat awam.

Dhoni yang berasa dia dimalukan di khalayak awam telah mengemukakan bantahan di sebuah mahkamah di negeri ini tetapi hakim mahkamah tersebut menyokong tindakan anggota polis berkenaan.

“Kamu telah memalukan mangsa di tempat awam dan anggota polis berkenaan telah menjatuhkan hukuman yang setimpal,” kata hakim. – Agensi

Artikel Terdahulu : Hairul Jumpa Keluarga Hanis Zalikha Bincang Hal Kahwin