Memaparkan catatan dengan label gossip. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label gossip. Papar semua catatan

Ariana Grande-Ricky Alvarez Berpisah Selepas Setahun Bercinta

Penyanyi Ariana Grande dan teman lelakinya Ricky Alvarez dilaporkan sudah berpisah hanya selepas setahun menjalinkan hubungan cinta.

Ariana Grande-Ricky Alvarez Berpisah Selepas Setahun Bercinta

E Online melaporkan Ariana yang mengambil keputusan berpisah dengan lelaki berkenaan kerana sudah tidak mempunyai persefahaman.

Bagaimanapun sumber terdekat penyanyi itu menyangkal dakwaan perpisahan itu berpunca daripada sikap Ricky yang curang terhadapnya.

"Dia gembira dengan kehidupan solo tanpa terikat dengan sebarang hubungan buat masa ini.

"Mereka masih kekal sebagai rakan walaupun telah berpisah," katanya.

Ariana sebelum ini memberi gambaran tentang perpisahan tersebut apabila bertindak memadam gambar dan status berhubung lelaki berkenaan di laman sosial.-mstar

Justin Bieber & Hailey Baldwin Dilaporkan Bertunang

Pasangan selebriti yang paling diminati di Hollywood, Justin Bieber dan Hailey Baldwin dilaporkan telah bertunang baru-baru ini.


Justin Bieber & Hailey Baldwin Dilaporkan Bertunang, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, Hollywood celebrities

Menurut laporan portal TMZ, Bieber telah rasmi bertunang dengan Hailey selepas beberapa keping gambar menggunakan #CongratsJustinAndHailey tersebar meluas di media sosial.


Perkara itu berlaku selepas Hailey dikatakan telah memuat naik sekeping gambar yang menunjukkan cincin pertunangan mereka yang dipakai pada jarinya.


Justin Bieber & Hailey Baldwin Dilaporkan Bertunang, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, Hollywood celebrities

Para peminat Bieber amat terkejut melihat gambar itu dan menganggap gambar tersebut adalah palsu.

Media melaporkan sehingga kini pasangan tersebut masih belum tampil untuk membuat sebarang kenyataan rasmi mengenai hubungan cinta mereka.


Sumber : mstar onliine

Mr Os Baru Jalani Pembedahan, Mohon Doa Peminat

Kecoh seketika suasan di media sosial malam semalam apabila tersebar berita yang mendakwa pelakon dan pelawak, Mr Os atau nama sebenarnya Mohd Yusof Abdul Hamid telah pun meninggal dunia. Perkhabaran palsu itu bagaimanapun dinafikan sendiri oleh empunya diri.


Mr Os Baru Jalani Pembedahan, Mohon Doa Peminat, info, terkni, hiburan, sensasi, berita, Mr Os, gossip

“Saya telah dimasukan ke hospital selama lapan hari untuk lakukan pembedahan atas masalah kesihatan yang dialami (akibat pendarahan pada tonsil). Kesihatan saya kian beransur pulih selepas keluar dari hospital dan kini masih lagi berehat daripada melakukan sebarang aktiviti luar,” katanya kepada mStar Online.

Os menambah, dia harus mendapatkan rawatan susulan dari hospital berlainan kerana setiap hospital mempunyai kepakaran yang berbeza dan dalam masa yang sama berharap peminat dapat mendoakan kesihatan dan kesejahteraannya agar kembali sihat seperti sedia-kala.

“Saya harap peminat di luar sana dapat sama-sama mendoakan kesejahtera saya agar saya kembali sihat dan dapat melakukan aktiviti harian seperti biasa,” katanya yang keluar hospital Selayang Sabtu lalu dan akan meneruskan kerjayanya sebagai pemandu teksi, apabila penyakitnya benar-benar pulih nanti.

Sumber : rotikaya

Ronaldo Umumkan Perpisahan dengan Irina Shayk

Bintang bola sepak Portugal dan Real Madrid, Cristiano Ronaldo mengumumkan, hari ini bahawa dia sudah putus hubungan dengan teman wanita lamanya dan peragawati Russia, Irina Shayk.


Bintang bola sepak Portugal dan Real Madrid, Cristiano Ronaldo, info sukan, irina Shayk, sensasi, gossip,

"Selepas berkenalan lima tahun, perhubungan saya dengan Irina Shayk sudah berakhir," kata Ronaldo dalam kenyataan bertulis yang dihantar secara eksklusif kepada The Associated Press.

"Kami percaya ia adalah cara terbaik untuk kami berdua untuk membuat keputusan ini." - AP

Troll Paling Kelakar Yana Samsuddin Buat Amran Fans

Episod sedih Amran Fans yang berduka dan kecewa apabila gadis idamannya, Hanis Zalikha dilamar oleh pelakon kacak, Hairul Azreen masih hangat diperkatakan.

Troll Paling Kelakar Yana Samsuddin Buat Amran Fans, info, terkini, sensasi, gossip, yana samsudin, Amran Fans

Terbaru, kami difahamkan, pelakon Yana Samsudin telah memberi sokongan moral yang padu di atas kehilangan Amran itu.

Melalui akaun Instagram Yana, dia telah memuat naik sekeping foto bersama Amran dengan kata-kata semangat.

Troll Paling Kelakar Yana Samsuddin Buat Amran Fans, info, terkini, sensasi, gossip, yana samsudin, Amran Fans

Epik memang epik. Iyalah, siapa sangka Yana akan berbuat demikian kan? Siap beri nasihat cinta lagi.
Yana peneutralisasi pilu buat Amran

Troll Paling Kelakar Yana Samsuddin Buat Amran Fans, info, terkini, sensasi, gossip, yana samsudin, Amran Fans

Ini paling kami tak tahan! Kalau korang nak tahu, Abam Meran kita ni seolah-olah dah jumpa pengganti Hanis pula.


Troll Paling Kelakar Yana Samsuddin Buat Amran Fans, info, terkini, sensasi, gossip, yana samsudin, Amran Fans

Iyalah, siap gelar Yana sebagai peneutralisasi pilu ketika berduka lagi. Dah berpaling cinta ke Meran?
Sebenarnya…Yana troll Meran

Inilah hakikatnya. Sebenarnya, Meran yang post foto bersama Yana terlebih dahulu. Kemudian barulah Yana repost kembali dengan kata-kata troll.

Tak sangka pandai juga Yana kenakan Meran ya!

Artikel Terdahulu : Siti Nurhaliza Dedah Sikap Sebenar Izara Aishah

Sumber : ohbulan.com

Lelaki Pilihan Pelakon Zara Zya

Drama Love You Mr. Arrogant benar-benar melonjakkan nama pelakon berusia 29 tahun, Zara Zya  setelah mengabdikan diri hampir sedekad di persada seni lakon tempatan.

Lelaki Pilihan Pelakon Zara Zya, info, terkini, hiburan, sensasi, hiburan, gossip, Zara Zya,

Tuahnya dilihat menjadi-jadi selepas membintangi siri yang disiarkan di sebuah televisyen swasta berkenaan. Tawaran demi tawaran diterimanya memandangkan gaya lakonan bersahaja yang dipersembahkan.

Terbaharu, drama Zahira di sisi aktor kacak kelahiran Singapura, Adi Putra mula menjadi perhatian peminat drama Melayu tanah air. Kelibatnya menerusi siri itu dikatakan mampu membuatkan ibu-ibu berangan memiliki menantu sepertinya.

Mengulas gandingan hebatnya bersama aktor tersebut yang membawakan watak bernama Syed Iqbal, seorang lelaki yang mempunyai karakter garang dan serius, Hits guna kesempatan tersebut bertanyakan mengenai jejaka idaman hatinya.

Menurut Zara, lelaki berperwatakan begitu menarik perhatiannya walaupun memiliki raut muka yang tidak mesra. Katanya, kebanyakan lelaki yang dikenalinya yang mempunyai karakter sama, hatinya lembut dan penyayang.

Lelaki Pilihan Pelakon Zara Zya, info, terkini, hiburan, sensasi, hiburan, gossip, Zara Zya,

Hakikatnya, terbit rasa ketakutan apabila berjumpa dengan lelaki yang garang dan berwajah bengis. Tetapi setelah mendekati dan mengenali dengan agak lama, sebenarnya mereka memiliki sifat kasih yang tinggi.

“Hati lelaki seperti itu sebenarnya baik. Garang dan serius itu hanya luaran sahaja tetapi dalamannya adalah di sebaliknya. Bak pepatah, usah menilai buku daripada kulitnya.

“Ada beberapa lelaki yang saya kenali mempunyai perangai serupa. Sukar didekati, namun apabila sudah rapat, barulah kita tahu sifat hakikinya yang lembut hati. Lelaki garang berbeza dengan yang baran. Mereka ada sebab relevan untuk berlaku tegas terutama apabila ia melibatkan kerja. Bukan semberono.

“Cabaran untuk menangani lelaki seperti itu membuatkan saya teruja mendekati mereka. Proses mengenali insan sedemikian menjadikan sesuatu hubungan yang bakal terjalin lebih kukuh. Sebab itu saya suka orang macam ini,” katanya.

Tambahnya lagi, ada sesetengah lelaki garang apabila serius bercinta, tanpa diduga ia akan bertukar kepada satu karakter yang sangat romantik.



Artikel Terdahulu : Pisau Tembus Kepala Pemandu Teksi

Sumber : kamithemedia.blogspot.com