Memaparkan catatan dengan label filem. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label filem. Papar semua catatan

Syamsul Yusof Nafi Dialog Dalam Filem Munafik Seru Syaitan

Umum sudah mengetahui bahawa filem pecah panggung Munafik arahan Syamsul Yusof sememangnya menjadi kegemaran ramai. Pun begitu, ada pihak mendakwa bahawa dialog yang digunakan untuk menyeru syaitan didalam filem itu adalah ayat seruan yang sebenar.


Syamsul Yusof Nafi Dialog Dalam Filem Munafik Seru Syaitan

Memetik Siakap Keli, terdapat seorang pengguna Facebook mengatakan ayat seruan yang dibacakan oleh Pak Osman didalam filem terbabit adalah ayat yang sebenar, tanpa mempunyai sedikit pun cacat celanya. Dengan itu beliau mengingatkan orang ramai supaya tidak menonton cerita itu dirumah jika tidak jin akan datang memenuhi kediaman.


Syamsul Yusof Nafi Dialog Dalam Filem Munafik Seru Syaitan

Oleh kerana khabar angin itu sudah menjadi viral di media sosial, laman Instagram pengarah terkenal, Syamsul Yusof turut tidak ketinggalan diserbu dengan pelbagai pertanyaan mengenai kesahihan dakwaan itu. Rata-rata memang ramai yang berminat dan ingin mengetahui sejauh mana kebenaran ayat seruan itu serta kesannya apabila didengar.-rotikaya

Baru Sehari Ditayangkan, Mat Moto Dah Kutip RM1 Juta!

Di sebalik kesuraman kutipan tiket perfileman tempatan, filem Mat Moto berjaya mencatat rekod sebanyak RM1 juta walaupun baharu sehari ia ditayangkan.


Baru Sehari Ditayangkan, Mat Moto Dah Kutip RM1 Juta!

Satu pencapaian yang cukup menakjubkan!

Menurut pengarah dan pelakon, Pekin Ibrahim, dia sama sekali tidak menyangka filem pertama arahannya berjaya mendapat kutipan RM1 juta pada hari pertama tayangan.

Pekin yang turut berlakon dalam filem itu berkata kutipan itu melebihi sasaran awal yang ditetapkan olehnya.

“Datuk Yusof telefon saya pukul tiga pagi memaklumkan perkara itu dan saya hilang kata-kata apabila mendapat tahu perkara itu kerana ia jauh melebihi sasaran awal.

“Selepas mengambil kira jualan tiket sebelum filem ditayangkan kami hanya menganggarkan kutipan hari pertama RM500 ribu tetapi tidak sangka mencecah RM1 juta, Alhamdulillah,” katanya kepada mStar.


Baru Sehari Ditayangkan, Mat Moto Dah Kutip RM1 Juta!

Selain Pekin, Mat Moto dibintangi Datuk Rosyam Nor, Shaheizy Sam, Syamsul Yusof, Zul Huzaimy, Faizal Hussien, Falisha Crossley dan Cat Farish.

Filem ini merupakan arahan bersama Pekin dan Syafiq Yusof.

Sebelum ini, Polis Evo terbitan Astro Shaw dan Tayangan Unggul berjaya mencatatkan sejarah sebagai filem terlaris di Malaysia mengatasi The Journey.

Polis Evo mencatat jumlah kutipan sebanyak RM17.3 juta selepas 42 hari ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia dan Brunei bermula 17 September tahun lalu. – MYNEWSHUB

Star Wars: The Force Awakens Atasi Rekod Pecah Panggung Jurassic World

Filem Star Wars: The Force Awakens memecah rekod dunia apabila mencatatkan kutipan AS$528 juta (RM2.26 bilion) pada pembukaan tayangan hujung minggu lalu, walaupun jangkaan awal menunjukkan filem arahan JJ Abrams itu berada pada kedudukan lebih rendah berbanding Jurassic World.


Star Wars: The Force Awakens Atasi Rekod Pecah Panggung Jurassic World

Jumlah kutipan yang dijangkakan sebelum ini ialah AS$517 juta (RM2.22 bilion) berbanding Jurrasic World, filem yang berkisarkan dunia dinasor yang mencatatkan kutipan terbesar sebanyak RM524.9 juta (RM2.25 bilion) bagi tayangan pembukaan pada Jun lalu.

Bagaimanapun kutipan itu lebih baik daripada apa yang dijangkakan pada Ahad lalu bagi filem pecah panggung itu di Amerika Utara.

"Ia lebih besar daripada besar. Ia lebih besar daripada apa yang kita jangkakan," kata Ketua Pegawai Eksekutif Disney, Bob Iger kepada Bloomberg TV pada Isnin.


"Dan China masih belum lagi membuka tayangannnya. Jadi, ia merupakan hujung minggu yang mengagumkan. Dan saya seharusnya katakan bahawa jumlah ini adalah lebih tinggi berbanding apa yang kita katakan sebelum ini."

Jurassic World terbitan Universal kekal dalam kedudukan teratas pada 2015 dengan kutipan AS$6.8 bilion (RM29.24 bilion) setakat ini.

Dalam perkembangan berkaitan, filem Star Wars dilaporkan terpilih dalam senarai pendek bagi 10 filem yang akan bersaing untuk kategori kesan khas terbaik pada Anugerah Oscar.

Ia akan bersaing dengan Ant-Man, Ex Machina, Mad Max: Fury Road, The Martian, The Revenant, Tomorrowland dan The Walk yang merupakan lima calon akhir.

Keputusan pencalonan akhir akan diumumkan pada 14 Januari depan. - The Telegraph

Download Star Wars Disini

Inilah Filem Yang Belum Masuk Panggung Sudah Dikutuk

1 Oktober ini filem baru seram komedi “Pontianak Menangis” akan mula ditayangkan di seluruh pawagam, masih belum ditayangkan lagi, poster filem ini tersebut dikritik hebat oleh netizen.


Inilah Filem Yang Belum Masuk Panggung Sudah Dikutuk

Poster yang dianggap seperti ‘cover majalah mastika’ itu menjadi bahan kutukan orang ramai di Twitter berikutan dengan designnya yang menjengkelkan.

Hmm, teruk sangat ke sampai kena kutuk?


Inilah Filem Yang Belum Masuk Panggung Sudah Dikutuk


Selain itu, mereka juga memperlekehkan kredibiliti pereka poster tersebut dan menganggap bahawa ia adalah trend poster 90-an.







Macam-macam lagi jenis komen yang buat kami rasa nak tergelak, korang tengok lah sendiri.










Orang kata “don’t judge a book by its cover” jadi apa kata korang tengok sendiri trailer dia. Rasa-rasa nak tengok tak?-ohbulan