Memaparkan catatan dengan label filem tempatan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label filem tempatan. Papar semua catatan

Pilot Cafe Raih Lebih RM 1.1 Juta Dalam Masa 6 Hari

Filem arahan Osman Ali Pilot Cafe telah berjaya meraih RM 1.1 juta setelah 6 hari tayangan dan menunjukkan filem ini berada di landasannya yang tersendiri.


Pilot Cafe Raih Lebih RM 1.1 Juta Dalam Masa 6 Hari , info, terkini, hiburan, sensasi, filem tempatan

Walaupun bersaing dengan pelbagai genre filem yang ditayangkan di pawagam namun peminat filem melayu tetap terus menyokong tanpa sebarang prejudis.

Menurut pengarahnya, situasi kutipan filem melayu agak suram namun kutipan bagi filemnya nampak positif dan rasa amat bersyukur dengan sokongan semua pihak yang tidak henti-henti.

Artikel Terdahulu : Punca Adi Putra Dilarang Berlakon 6 Bulan


Pilot Cafe kini sedang bersaing dengan filem Hollywood iaitu Avengers, tetapi sambutan yang diberikan amat menggalakan dan menunjukkan filem melayu masih kekal utuh di hati peminat.

“Insha-Allah untuk minggu kedua dan minggu seterusnya, kutipan Pilot Cafe akan terus bertambah dan meningkat sehingga mencecah RM 2 juta, mudah-mudahan ia tercapai,” kata Osman ketika dihubungi Murai.com.my

Dalam pada itu, Osman secara peribadi amat berbesar hati dengan komen dan maklum balas penonton yang sudah menonton filem ini yang amat positif dan bermakna.

“Rata-rata penonton yang menontonnya begitu menyukai filem Pilot Cafe serta member komen yang baik terutama di laman-laman sosial seperti Instagram dan Facebook.

“Jadi kepada sesiapa yang belum menonton, saya menyeru kepada semua menontonlah filem Pilot Cafe yang penuh dengan pengajaran,” katanya mengakhiri bicara.


Sumber : murai

Pekin Ibrahim 'Hidupkan' Slash Demi 'Rock Bro!'

Awalnya bila ditawarkan watak Slash dalam filem ‘Rock Ooo’, Pekin Ibrahim mengakui tertanya seketika jika dia orang yang paling sesuai untuk menghidupkan karektor mat rock berkenaan.


Pekin Ibrahim 'Hidupkan' Slash Demi 'Rock Bro!', info, terkini, hiburan, sensasi, filem tempatan, filem rock bro, pekin ibrahim


“Saya generasi grunge, bukannya rock. Tetapi abang Mamat (Khalid) memberitahu yang saya seorang pelakon. Jadi, saya tukarkan Sulaiman jadi Slash. Saya reka sendiri watak tersebut. Dari imejnya, baju yang dipakai, aksesori… semua itu saya yang cipta, saya yang cari dan belikan props. Hari pertama di set, abang Mamat kata dia suka dengan pembawaan saya, Sulaiman mengingatkannya kepada Slash.

Pekin Ibrahim 'Hidupkan' Slash Demi 'Rock Bro!', info, terkini, hiburan, sensasi, filem tempatan, filem rock bro, pekin ibrahim


“Penonton juga memberikan reaksi yang positif. Ada yang memberi komen saya benar-benar nampak seperti dari zaman itu. Bagi saya itu sudah mencukupi. Saya buat apa yang saya mampu. Saya tak berani buat lebih dari itu.”


Pekin Ibrahim 'Hidupkan' Slash Demi 'Rock Bro!', info, terkini, hiburan, sensasi, filem tempatan, filem rock bro, pekin ibrahim


Bagi menyiapkan dirinya mengangkat watak Slash semula untuk filem ‘Rock Bro!’, Pekin sudah mula melatih bermain gitar. Dia turut berkongsi bahawa kali ini, karektor Slash akan dikembangkan.

“Permulaan cerita akan fokus pada Jijoe (lakonan Khir Rahman). Bahagian kedua filem melihat pada Slash sebagai seorang individu. Imejnya bertukar serabai kerana gagal mengalas tanggungjawab sebagai ketua kumpulan Rimba Bara. Dia menjadi tertekan.

“Watak Slash lebih mencabar dari segi mainan emosinya. Bagi abang Mamat, skip yang diberi itu sekadar panduan sahaja. Dia mahukan setiap pemainnya menggali sendiri keadaan mental dan emosi watak yang dilakonkan."

Impian Jihan sertai filem ‘Rock’ termakbul

Jihan Muse merupakan antara wajah-wajah baru yang ditampilkan dalam ‘Rock Bro!’ selain Kaka Azraff dan Jep Sepahtu. Kongsinya, bila dia mendapat WhatsApp dari Penerbit Grand Brilliance, Tengku Iesta Tengku Alaudin dengan tawaran menyertai ‘Rock Bro!’, dia terus memberikan persetujuan tanpa berfikir panjang.


Pekin Ibrahim 'Hidupkan' Slash Demi 'Rock Bro!', info, terkini, hiburan, sensasi, filem tempatan, filem rock bro, pekin ibrahim

“Saya peminat filem ‘Rock’. Saya tak tanya lebih lanjut atau berfikir panjang. Saya memang mahu duduk sebaris dengan line-up itu. Walaupun jika watak itu sekadar picisan sahaja, saya okay,” kongsinya teruja.

Bakal membawa watak adik-beradik Ella dan Jojie bersama Kaka, Jihan tidak melihat sebarang masalah bergandingan dengan Kaka walaupun mereka belum pernah lagi bekerjasama.


Sumber : extra.tonton

Pungutan Filem "Cicakman 3" Setelah 10 Hari Di Pawagam

Filem komedi adiwira tempatan "Cicakman 3" yang mula ditayangkan pada 12 Mac lalu telah berjaya mengutip RM2.5 juta selepas 10 hari tayangannya.


Pungutan Filem "Cicakman 3" Setelah 10 Hari Di Pawagam, info, terkini, hiburan, sensasi, filem tempatan, filem cicakman 3

Menurut Penerbit Eksekutif Grand Brilliance, Tengku Iesta Tengku Alaudin, dengan jumlah kutipan itu membuktikan bahawa penonton tempatan masih lagi memberi sokongan kepada filem tempatan.

"Kami sangat gembira sebab kutipan filem ini menunjukkan peningkatan pada minggu kedua. Dengan situasi kutipan filem tempatan yang merudum sebelum ini tapi pada tahun ini seperti ada perkembangan positif pada filem tempatan.

"Kita sedia maklum "Cicakman 3" perlu bersaing dengan "Chappie" dan "Cinderella" tapi Alhamdulillah ada sambutan yang menggalakkan daripada penonton. Ia satu rekod yang membanggakan setakat ini," katanya yang dipetik dari Harian Metro.

Filem ketiga "Cicakman" ini menyaksikan pengarah dua buah filem "Cicakman" sebelum ini Yusry Abdul Halim bergandingan dengan pengarah Ghaz Abu Bakar untuk menghasilkan karya ketiga ini.

Filem yang dibintangi oleh Zizan Razak, Lisa Surihani, Bell Ngasri, Fizz Fairuz dan ramai lagi ini menelan belanja sebanyak RM3.5 juta.

Adakah "Cicakman 3" mampu menandingi kutipan filem "Cicakman" (2006) RM6.7 juta dan "Cicakman 2: Planet Hitam" (2008) dengan kutipan RM2.85 juta? Sama-sama kita tunggu!


Sumber : tupai