Memaparkan catatan dengan label erra fazira. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label erra fazira. Papar semua catatan

Erra Fazira Dan Shahir AF Bercinta?

Setelah membuat pengakuan Erra Fazira Kini Dah Berpunya?, nama Shahir AF dikaitkan sebagai jejaka bertuah yang berjaya mencuri cinta pelakon jelita tersebut. Namun tiada sebarang kenyataan tentang percintaan dikeluarkan oleh kedua-duanya.


Erra Fazira Dan Shahir AF Bercinta?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi, erra fazira, shahir AF

Mungkin tidak mahu percintaan gagal di tengah jalan, Erra Fazira tetap berahsia tentang identiti lelaki yang kini bergelar kekasihnya itu. Yang penting lelaki tersebut bukanlah ahli perniagaan seperti yang digembar-gemburkan.

Dalam kenyataan sebelum ini Erra Fazira akui mempunyai “teman tapi mesra”. Namun tidak pernah memberitahu siapa jejaka tersebut.

    “Mengenai Shahir, saya tak pernah mengiyakan atau menidakkan. Malah tak ada istilah berpatah balik kawan dengan Shahir semula. Hakikatnya saya masih berkawan dengan insan yang saa. Cuma orangnya rahsia.”

    “Status sekarang kami saling mengenali. Siapa orangnya biarlah rahsiakan dulu sebab kami setakat berkawan buat masa ini. Sebelum ini kecoh orang kata saya rapat dengan ahli perniagaan tapi gosip itu tak betullah.” Kata Erra.

    “Tiada ahli perniagaan yang intim dalam hidup saya sekarang. Saya tak kenal pun dengan mana-mana ahli perniagaan seperti yang kecoh diperkatakan sebelum ini. Rasa tak seronok apabila cerita bukan-bukan yang keluar sedangkan lelaki yang sebenar adalah orang lain.”


Erra Fazira Dan Shahir AF Bercinta?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi, erra fazira, shahir AF

Kalau betul ‘kawan’ lelaki tersebut adalah Shahir pun apa salahnya kan? Shahir pun hensem, muda dan memang sedap mata memandang. Sesuai la dengan Erra Fazira yang masih gorgeous. Satu hari nanti pasti identiti lelaki tersebut akan terbongkar jua. Buat masa ini, kita hanya mampu menunggu sahaja.

Sumber : gosipmalaysia