Memaparkan catatan dengan label erin malek. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label erin malek. Papar semua catatan

Hamil 4 Bulan, Peminat Kutuk Erin Malek Gemuk

Aktres drama bersiri Misiku Kuza, Erin Malek atau nama sebenarnya, Nur Arina Abdul Malek mendedahkan ada peminat yang memberikan komen berunsur negatif di laman sosialnya dengan mengatakan dia gemuk. Erin yang kini hamil empat bulan melangsungkan perkahwinan dengan seorang ahli perniagaan, Farriz Fauzy pada 10 Oktober 2014.

Hamil 4 Bulan, Peminat Kutuk Erin Malek Gemuk, info, terkini, hiburan, sensasi, Erin Malek

“Terdapat segelintir pihak yang suka memberikan komen negatif terhadap artis-artis Malaysia, terutamanya di laman Instagram. Saya pun pernah melalui perkara tersebut. Walaupun saya kini sedang mengandung, ada yang memberikan komen dan mengatakan saya gemuk. Apa yang saya boleh buat hanyalah menyekat mereka sahaja. Saya malas mahu memikirkan perkara-perkara negatif seperti itu,” kata Erin memulakan bicara

Tambah Erin, suaminya agak marah dengan sikap segelintir pihak yang suka meninggalkan komen negatif di laman Instagram, namun begitu, lama kelamaan suaminya telah terbiasa dengan perkara itu.

“Suami saya okay sahaja. Dia sudah bersedia dan aware dengan keadaan ini kerana status saya yang merupakan seorang selebriti. Dia kadang-kadang marah juga pada mulanya, tetapi selepas itu saya katakan padanya agar dia menenangkan fikiran dan tidak melayan perkara tersebut. Lama kelamaan, suami saya telah terbiasa,” kata Erin yang ditemui di Majlis Suaikenal Paranormal Studios.

Mengulas mengenai keadaan kandungan, Erin menyatakan yang pada awal trimester pertama, dia mengalami alahan yang teruk dan sering memuntahkan apa yang dia makan.

“Di awal kehamilan, keadaan saya agak teruk. Bila saya makan sahaja, saya akan muntahkan semula makanan saya. Kini apabila kandungan telah memasuki trimester kedua, semuanya beransur pulih. Saya boleh menikmati makanan semula. Alhamdulillah, saya tidak mengidam perkara yang pelik-pelik buat masa ini,” ujarnya lagi.

Disebabkan dia merupakan jenis orang yang tidak gemarkan sayur sebagai makanan harian, Erin akan memastikan dirinya mengambil vitamin sebagai pengganti khasiat sayur-sayuran sepanjang dia hamil.

“Saya orang yang tidak gemar makan sayur. Menyedari hakikat itu, saya memastikan yang saya akan makan vitamin sebagai pengganti sayur untuk kesihatan kandungan saya. Saya juga tidak lupa untuk minum susu setiap malam sebelum tidur,” ujarnya mengakhiri bicara.

Sumber : murai

Foto Twins Baby Bump Pertama Erin Malek Yang Sangat Comel

Beberapa minggu yang lalu khabar gembira tentang kehamilan Erin Malek mula tersebar di internet. Malah hasil perkongsian foto imbasan kandungannya oleh ahli keluarga terdekat, Erin Malek disahkan mengandung anak kembar.


Foto Twins Baby Bump Pertama Erin Malek Yang Sangat Comel, info, terkini, hiburan, sensasi, erin malek

Kami cuba ushar-ushar sikit foto terbaru Erin Malek dan hasilnya, baby bump dah kelihatan!

Menerusi foto terbaru hasil perkongsian Erin Malek di laman Instagramnya, jelas kelihatan baby bump yang semakin membesar. Walaupun usia kehamilan Erin Malek mungkin di peringkat awal tapi iyalah anak kembar kan, mesti kadar pembesarannya berbeza berbanding kebiasaan.


Foto Twins Baby Bump Pertama Erin Malek Yang Sangat Comel, info, terkini, hiburan, sensasi, erin malek

Peminat yang teruja dengan perkhabaran tersebut tidak henti-henti merakamkan ucapan tahniah kepada Erin Malek yang bakal bergelar ibu di usia muda tak lama lagi. Malah foto terbaru Erin Malek ini turut mendapat perhatian para peminat yang perasan akan kecomelan baby bump tersebut.


Foto Twins Baby Bump Pertama Erin Malek Yang Sangat Comel, info, terkini, hiburan, sensasi, erin malek

Mungkin terlalu excited dengan kehamilan anak kembar Erin Malek, kami cuba Youtube twins baby bump dan ini hasilnya. Apa-apa pun tahniah Erin Malek!

Sumber : ohbulan