Memaparkan catatan dengan label berita gempar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label berita gempar. Papar semua catatan

Penduduk Gempar ‘Pocong’ Muncul Di Simpang Tiga

Penduduk di sekitar kawasan perumahan Taman Kota Jaya di sini menjadi gempar dengan kemunculan lembaga berupa ‘pocong’ yang tersandar di sebatang pokok pisang di simpang tiga di situ awal pagi tadi.



Lembaga berukuran kira-kira 1.5 meter yang dibentuk menyerupai mayat berkafan ditemui di persimpangan Jalan Nangka-Jalan Belinjau menuju Kampung Kelantan.

Kemunculan pocong itu menyingkap kembali penemuan lima objek menyerupai pocong di tebing Sungai Johor di sebuah kampung tradisional di pinggir bandar ini lima tahun lalu.

Seorang penduduk yang dikenali sebagai Ramlan berkata, dia pada mulanya mendapat panggilan telefon kira-kira 9.30 pagi tadi daripada seorang rakan yang mengatakan terdapat pocong berhampiran kedainya.

“Saya terperanjat selain kesal kerana perkara seumpama ini tidak pernah berlaku sejak saya menjalankan perniagaan di sini lebih tiga tahun lalu. Saya menganggap ia dilakukan budak-budak nakal untuk menakut-nakutkan orang,” katanya yang telah membuat laporan polis.

Penduduk Gempar ‘Pocong’ Muncul Di Simpang Tiga, info, terkini, sensasi, berita, berita gempar,

Orang ramai turut berkerumun untuk melihat dan merakam gambar lembaga itu yang dipakaikan telekung wanita yang telah digunting-gunting dan dipalit dengan tanah.

Penyelia Tanah Perkuburan Daerah Kota Tinggi, Jamaludin Sapuan berkata lembaga itu yang diikat lima bahagian dan mempunyai kerongsang di bahagian kepala, didapati disumbat dengan kapas di dalamnya agar berbentuk seperti mayat yang dikafan.

“Kita tidak tahu apa tujuan pocong ini dibuat tetapi yang pasti ia adalah perbuatan tidak baik dari segi syarak serta bersifat khurafat,” katanya yang telah membakar pocong itu di Tanah Perkuburan Islam Makam Bendahara, Kampung Makam.

- BERNAMA

Kertas Tisu Didakwa Milik MH370 Ditemui Di Pantai Australia

Sekumpulan pakar sedang menjalankan pemeriksaan ke atas kertas tisu yang ditemui di sebuah pantai di Australia Barat yang mungkin dipercayai milik pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang hilang.


Kertas Tisu Didakwa Milik MH370 Ditemui Di Pantai Australia, info, terkini, sensasi, berita gempar, pesawat MAS, MH370, spekulasi MH370,

Kertas tisu yang kecil dan lembap itu dihantar ke Canberra, ibu negara Australia untuk pemeriksaan selepas ia ditemui oleh satu pasangan yang ketika itu sedang bersiar-siar di pantai.

Media Nine News melaporkan bahawa pasangan itu menjumpainya dalam keadaan tidak terbuka yang disifatkan mereka sebagai sesuatu yang "sangat luar biasa".

Pesawat yang membawa lebih 200 orang itu hilang sejak setahun lalu dalam penerbangannya dari Kuala Lumpur ke Beijing.

Pada ulang tahun kehilangan pesawat itu pada Ahad, Perdana Menteri Australia, Tony Abbot mengakui bahawa operasi pencarian akan diperkecilkan.

Beliau memberitahu Parlimen di Canberra: "Saya tidak boleh berjanji bahawa pencarian ini akan dilakukan sebegini buat selama-lamanya, tetapi kita akan meneruskan usaha kita sehabis baik bagi merungkai misteri dan mendapatkan jawapannya."

Australia ketika ini mengetuai pasukan pencarian antarabangsa meliputi lautan Hindi, kira 1,000 kilometer dari pantai barat.

Abbott berkata, mereka yang mempunyai orang tersayang dalam pesawat itu melalui satu "mimpi ngeri yang menakutkan".

"Saya memberi jaminan kepada keluarga ini dengan harapan dan jangkaan kami bahawa pencarian yang diteruskan ini akan menemui kejayaan," tambahnya.

Kertas tisu itu ditemui pada Julai tahun lepas, tetapi penemuannya baharu sahaja didedahkan. - mirror.co.uk

p/s : penemuan pada bulan julai tahun lalu tapi didedahkan pada tahun ini..mengapa? Nak susun strategi untuk menipu keluarga mangsa dan masyarakat dunia?....