Rakaman yang menunjukkan dua helikopter bertembung di Argentina sehingga mengakibatkan 10 orang maut kini tersebar di laman sosial.
Video yang dirakamkan oleh stesen televisyen Televida9 yang berpangkalan di Mendoza menunjukkan saat mencemaskan apabila dua helikopter terbabit berlanggar di udara sebelum terhempas di wilayah La Rioja dekat pergunungan Andes pada Selasa.
Perenang Olimpik, Camille Muffat, atlet wanita sukan perahu layar Florence Arthaud dan ahli tinju, Alexis Vastine merupakan antara 10 orang termasuk lapan warga Perancis yang maut dalam nahas itu.
Dua juruterbang helikopter warga Argentina turut terkorban.
Ketika kejadian, kesemua mereka sedang menjalani penggambaran bagi sebuah program realiti televisyen.
Pejabat Presiden Perancis, Francois Hollande dalam satu kenyataan berkata: "Kematian mengejut membabitkan rakyat Perancis amat mendukacitakan."
Pihak berkuasa berkata, masih tidak dapat dipastikan punca kemalangan. - mirror.co.uk
Sumber : mstar