Memaparkan catatan dengan label Sami Khedira. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sami Khedira. Papar semua catatan

Man United Tawar Gaji Lumayan Kepada Sami Khedira

Pemain tengah pertahanan Real Madrid, Sami Khedira dilapor telah mendapat tawaran gaji sebanyak  £200,000 seminggu daripada Manchester United.


Man United Tawar Gaji Lumayan Kepada Sami Khedira, info sukan, bola sepak, Man United, Sami Khedira

Pemain tengah Jerman yang bakal menamatkan kontraknya bersama Real Madrid pada akhir musim ini kini tersenarai antara pemain yang dikehendaki United.

Kelab gergasi Inggeris itu cuba mendapatkan Sami Khedira selepas sasaran utama Louis van Gaal di posisi sama iaitu Kevin Strootman masih dalam tempoh pemulihan daripada kecederaan lutut.

Pada masa sama, Van Gaal juga sedang berusaha membawa rakan senegara Khedira iaitu Mats Hummles untuk menyarung jersi United pada musim depan.

Bagaimanapun usaha United mendapatkan Khedira tidak semudah itu kerana bekas jurulatih Real Madrid, Jose Mourinho turut mahu membawa pemain berkenaan ke Chelsea.

Sumber : mstar online

Sami Khedira Sah Tinggalkan Real Madrid

Sami Khedira bakal menamatkan kontrak terakhirnya bersama Real Madrid musim ini apabila memutuskan untuk berhijrah ke kelab lain.


Sami Khedira Sah Tinggalkan Real Madrid, info sukan, bola sepak, real madrid, Sami Khedira

Setakat ini, tiada tanda menunjukkan pemain kebangsaan Jerman itu akan menandatangani kontrak baharu bersama kelab gergasi Sepanyol itu walaupun kontraknya akan berakhir pertengahan tahun ini.

Khedira, 27 menyertai Madrid pada 2010 selepas meninggalkan kelab Stuttgart dikaitkan dengan beberapa kelab besar Eropah, malah turut menjadi tumpuan media pada musim lepas selepas dikatakan akan menyertai Arsenal.

"Adakah saya berminat untuk menyertai Schalke? Sebenarnya, saya berminat untuk menyertai banyak pasukan," ulasnya selepas kekalahan 4-3 ke atas Schalke dalam Liga Juara-Juara.

Khedira juga telah memberitahu pengurus pasukan, Carlo Ancelotti tentang niatnya untuk meninggalkan kelab tersebut minggu lepas.

"Saya membuat keputusan tersebut untuk mengembangkan karier dan mencari cabaran baharu.

"Bagaimanapun, setakat ini tiada persetujuan yang telah dibuat dengan mana mana kelab," katanya.


Sumber : mstar online