Memaparkan catatan dengan label Radamel Falcao. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Radamel Falcao. Papar semua catatan

Man United Boleh Dapat Harga 'Diskaun' Beli Radamel Falcao

Radamel Falcao mungkin dilepaskan oleh AS Monaco dengan harga 'diskaun' sebagai pemain tetap kepada Manchester United.

Falcao yang sebelum ini dipinjamkan daripada Monaco dilaporkan dijangka menjadi pemain tetap di Old Trafford pada musim depan.


Man United Boleh Dapat Harga 'Diskaun' Beli Radamel Falcao , info sukan, bola sepak, radamel falcao, man united

AS Monaco dilaporkan bakal dikenakan sekatan Persatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) dengan 9.5 juta pound (RM52.75 juta) kerana kelab liga Perancis itu telah melanggar undang-undang Financial Fair Play (FFP).

Skuad mereka juga hanya terhad kepada 22 pemain sahaja.

Monaco membeli Falco pada harga 50 juta pound (RM277.61 juta) daripada Atletico Madrid pada musim panas 2013.

Mereka merupakan antara 10 kelab termasuk Inter Milan, Roma dan Sporting Lisbon yang bersetuju untuk mengurangkan bajet mengikut peraturan EUFA.

Inter Milan menerima denda paling berat dengan 14.5 juta pound (RM80.56 juta) dengan terhad kepada 21 pemain dalam skuad mereka berikutan terlalu banyak berbelanja pada musim lalu.

Artikel Terdahulu : Cristiano Ronaldo Derma RM27 Juta Untuk Mangsa Nepal


Sementara itu, hukuman terhadap Monaco memberi kesan kepada Falcao. Perpindahan penyerang kelahiran Colombia ke Manchester United, dapat mengurangkan kepada beban kewangan Monaco tahun depan.

Manchester United dan Monaco bersetuju dengan nilai perpindahan pemain itu dengan 43.2 juta pound (RM239.94 juta) pada musim panas lalu.

Namun, pemain berusia 29 tahun itu baharu meraih empat gol dalam 27 permainannya. Maka, Falco tidak menjadi menjadi pilihan teratas buat pengurus Manchester United, Louis van Gaal.

Gaji Falcao sangat tinggi, manakala Monaco pula perlu memotong perbelanjaannya dan mengurangkan jumlah skuad.

Oleh itu, pemilik kelab Monaco mungkin akan mempertimbangkan untuk memberi diskaun harga yang diminta untuk memindahkan Falcao sebagai pemain tetap di Old Trafford.

Sumber : mstar

Radamel Falcao Jaring Dua Gol Dalam Empat Minit

Penyerang yang sering memanaskan bangku simpanan Manchester United, Radamel Falcao membuktikan ketajaman penyudahnya kepada Louis van Gaal selepas berjaya menghasilkan gol berharga buat Colombia pada malam Khamis.


Radamel Falcao Jaring Dua Gol Dalam Empat Minit, info sukan, bola sepak, radamel Falcao, Clombia

Ketika mewakili negaranya, Colombia menentang Bahrain, Falcao berjaya menjaringan dua gol dalam tempoh empat minit.

Pemain yang dipinjam United itu menjaringkan gol kedua dan ketiga ketika Colombia membelasah Bahrain 6-0 di tempat lawan.

Penyerang berusia 29 tahun yang disebut bakal digugurkan daripada skuad Van Gaal pada musim depan tidak disenaraikan dalam kesebelasan utama United sejak 28 Februari lalu kerana gagal menghasilkan gol.


Radamel Falcao Jaring Dua Gol Dalam Empat Minit, info sukan, bola sepak, radamel Falcao, Clombia

Dalam perlawanan itu, gol pertama Falcao hadir selepas dia berjaya menolak masuk hantaran rakan sepasukan pada minit ke-14.

Manakala jaringan keduanya yang merupakan gol ketiga Colombia terhasil apabila ketua pasukan tersebut menanduk masuk hantaran Carlos Bacca.


Sumber : mstar online

Radamel Falcao beri bayangan tinggalkan MU

Penyerang Manchester United, Radamel Falcao memberi bayangan dia mungkin meninggalkan kelab gergasi Inggeris itu penghujung musim ini untuk mencari lebih peluang beraksi di atas padang.


Radamel Falcao beri bayangan tinggalkan MU, info sukan, bola sepak, radamel falcao, Manchester united

Begitupun, pemain yang dipinjam dari kelab Monaco itu berkata, dia masih komited bersama skuad bimbingan Louis van Gaal itu.

Peledak utama Colombia itu terlepas aksi Piala Dunia di Brazil, tahun lepas akibat kecederaan lutut dan kehadirannya ke Old Trafford dilihat tidak membantu meningkatkan kariernya selepas banyak menghabiskan masa di bangku simpanan.

"Saya fikir semua pemain bola sepak perlu bermain dan gembira untuk bermain. Saya komited 100 peratus dengan kelab, masih ada lapan perlawanan yang perlu diharungi (Liga Perdana Inggeris) dan apa saja boleh berlaku," kata Falcao kepada stesen radio Colombia, Radio Caracol.


"Jadi selepas kejuaraan berakhir, saya pasti akan menilai kembali, melakukan analisis dan memutuskan apa yang terbaik buat saya," kata pemain berusia 29 tahun itu yang cukup prolifik ketika beraksi bersama Porto, Atletico Madrid dan Monaco sebelum berdepan kecederaan ligamen lutut 14 bulan lalu.

"Jelas saya perlu mencari tempat di mana saya berpeluang terus bermain dan boleh bermain."

Falcao ketika ini berada di Bahrain bagi mengharungi perlawanan persahabatan menjelang Copa America.

Selain itu, Colombia juga dijadual menentang Kuwait pada Isnin.

Falcao dalam pada itu berkata dia menghormati penuh keputusan Van Gaal dan masih memiliki 'kepercayaan dan harapan' segala-galanya akan berubah buatnya di United sebelum musim ini berakhir.

Begitupun katanya, beberapa kelab gergasi lain sudah pun menunjukkan minat untuk mendapatkan khidmatnya.

"Panggilan datang setiap hari, jadi dengan itu saya perlu kekal bertenang, namun saya kekal berhubung dengan mereka, orang yang sentiasa berurusan dengan situasi ini," katanya mengenai laporan media yang mengaitkannya dengan beberapa kelab Liga Perdana Inggeris lain.

"Saya berhutang kepada Manchester United ketika ini, saya masih percaya dan berharap kerana banyak perkara boleh berlaku dalam baki perlawanan selepas ini," kata Falcao yang mengakui sudah pulih sepenuhnya daripada kecederaan sejak menjalani pembedahan lutut, Januari tahun lepas.

"Saya akan terus bertarung sehingga penamat di Manchester United," katanya. - Reuters


Sumber : bharian

Radamel Falcao Tinggalkan Manchester United

Radamel Falcao bakal meninggalkan Manchester United pada akhir musim ini apabila kelab itu dilapor akan membawa masuk dua penyerang baharu menerusi pembelian mega.


Radamel Falcao Tinggalkan Manchester United, info, terkini, sukan, bola sepak, Man united, Radamel Falcao

Pengendali United, Louis van Gaal dilapor akan membelanjakan sebanyak £150 juta untuk mendapatkan penyerang berkenaan serta menjimatkan £50 juta bagi membeli Falcao.

Falcao yang dipinjam dari AS Monaco sepatutnya menjadi milik United pada akhir musim ini, namun berikutan aksi tidak memberangsangkan, kelab tersebut terpaksa membatalkan hasrat mereka.
Radamel Falcao Tinggalkan Manchester United, info, terkini, sukan, bola sepak, Man united, Radamel Falcao

Penyerang Colombia yang menerima gaji sebanyak £265,000 seminggu itu hanya menjaringkan empat gol pada musim ini dan tidak menjadi pilihan Van Gaal walaupun Robin van Persie mengalami kecederaan.

Berikutan itu, Falcao kini menjadi buruan kelab gergasi Itali, Juventus yang sedia mendapatkan pemain itu pada jendela pemindahan Julai.

Sumber : mstar