Memaparkan catatan dengan label Pati. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pati. Papar semua catatan

Esscom Akan Lancar Operasi Khas Di Kudat

KUDAT – Pasukan penguat kuasa di bawah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) akan melancarkan Operasi Bersepadu Khas memburu pendatang tanpa izin (PATI) di daerah ini. 


Esscom Akan Lancar Operasi Khas Di Kudat, info, terkini, berita, PATI

Ketua Pegawai Eksekutif Esscom Ruji Ubi berkata operasi itu akan disertai pelbagai agensi penguatkuasaan kerajaan negeri dan persekutuan dengan misi membersihkan Kudat daripada PATI. Beliau berkata tumpuan operasi itu ialah kawasan perkampungan air, kawasan pasar dan pusat bandar. 

“Walaupun kawasan utara Sabah, khususnya Kudat, kelihatan tenang dan aman, namun kita tidak boleh leka dalam menghadapi sebarang kemungkinan. “Apatah lagi ekoran insiden penculikan di Sandakan semalam (Khamis malam)…Kudat yang menjadi pintu masuk ke Kota Kinabalu (melalui perjalanan darat dari utara Sabah) juga terdedah pada bahaya, bukan sahaja kemasukan PATI tetapi juga penjenayah rentas sempadan….jangan sangka air tenang tiada buaya,” katanya. 

Ruji berkata demikian ketika berucap pada sesi pertemuan Esscom bersama pegawai kerajaan dan pemimpin masyarakat daerah Kudat di Dewan Mini Pejabat Daerah itu, hari ini. Turut hadir Pegawai Daerah Kudat Sabdin Ibrahim dan Pengarah Pasukan Khas SAC Mohammad Ismail. Ruji berkata operasi yang sama kini giat dilaksanakan secara berterusan di lima daerah iaitu Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu dan Sandakan yang menyaksikan peniaga tempatan kembali mendominasi aktiviti perniagaan kecil-kecilan, khususnya kawasan pasar utama bandar terbabit. 

“Matlamat kita ialah membersihkan keseluruhan Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) daripada PATI. Kita perlu ambil iktibar insiden Kampung Tanduo dan dominasi PATI di kawasan pasar Lahad Datu sebelum berlaku peristiwa Tanduo (awal 2013). 

“Misalnya suatu ketika dulu, pasar Lahad Datu didominasi oleh peniaga atau penjaja PATI. Kita tidak boleh biarkan keadaan ini berulang di pusat bandar lain di Esszone,” katanya. Sehubungan itu, Ruji mengajak rakyat Sabah, khususnya penduduk Kudat dan daerah sekitarnya supaya memberikan sokongan sepenuhnya kepada Esscom dalam menjayakan misi operasi bersepadu itu. 

Beliau berkata langkah drastik itu susulan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja Mengenai PATI di Sabah (RCI) dan arahan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman yang juga Pengerusi Jawatankuasa Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) supaya dilancarkan operasi besar-besaran bagi membanteras kehadiran PATI di negeri ini khususnya di Esszone. 

Ruji berkata Esscom juga akan terus mempertingkatkan kawalan keselamatan di perairan Esszone bagi mengekang aktiviti penyeludupan dan jenayah rentas sempadan, khususnya penculikan. Esszone meliputi 1,733.7 kilometer yang merangkumi daerah Kudat, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna, dan Tawau.? – BERNAMA


Majikan Dan Ejen Bersubahat Isu Pati Perlu Diambil Tindakan

Dalam usaha menyelamatkan Cameron Highlands daripada dicerobohi pendatang asing, pihak berkuasa perlu memberi perhatian secara holistik termasuk mengambil tindakan terhadap majikan atau ejen yang bersubahat dalam isu itu.


Bersubahat Isu Pati Perlu Diambil Tindakan, info, terkini, berita, sensasi, Pendatang Tanpa Izin, Pati

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, insiden di tanah tinggi itu bukan hanya difokuskan terhadap pendatang asing tanpa izin, malah majikan dan ejen yang membawa mereka masuk secara haram ke negara ini.

"Majikan yang membawa pekerja asing secara haram iaitu dengan melanggar undang-undang negara ini, akan diambil tindakan tegas," katanya ketika berucap pada majlis penyerahan resolusi persidangan 'Dilema Negara: Isu dan Cabaran Pekerja Asing di Malaysia' anjuran Majlis Profesor Negara di sini, malam Selasa.

Dalam kejadian di Cameron Highlands pada 5 November lepas, lima orang terkorban dan lima lagi cedera dalam kejadian banjir dan tanah runtuh.

Wan Junaidi juga berkata selain itu, kerajaan negeri berkenaan juga perlu mengenal pasti ladang yang sah dan tidak sah, iaitu diterokai secara haram oleh pihak-pihak tertentu, bagi memudahkan pihak berkuasa untuk bertindak lanjut.

Pengerusi Majlis Profesor Negara, Prof Tan Sri Zakri Abdul Hamid menyerah resolusi yang mengandungi 13 perkara pokok yang dibincangkan pada persidangan itu kepada Wan Junaidi.

Persidangan dua hari itu bermula Isnin dan dianjurkan Majlis Profesor Negara.

Sumber : mstar.com.my