Memaparkan catatan dengan label Pamela Anderson Malaysia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pamela Anderson Malaysia. Papar semua catatan

Lana Nordin Umumkan Berita Perkahwinannya 25 Mac Ini

Aktres Lana Nordin mengesahkan yang dia bakal mengadakan sidang media pada 25 Mac ini untuk memberitahu tarikh perkahwinannya yang dijangka akan diadakan pada waktu terdekat.


Lana Nordin Umumkan Berita Perkahwinannya 25 Mac Ini, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, Lana Nordin, Pamela Anderson Malaysia

Menerusi laporan Berita Harian, aktres yang terkenal dengan jolokan 'Pamela Anderson Malaysia' ini telah menghubungi sendiri akhbar popular tersebut untuk menjemput ke sidang media berhubung berita pengumuman perkahwinannya itu, yang akan diadakan di sebuah hotel terkemuka di ibu negara.

Aktres tersebut bagaimanapun enggan mendedahkan secara terperinci majlis berkenaan kerana mahu membuat kejutan kejutan itu pada tarikh berkenaan.

Sebelum ini telah timbul desas-desus yang menyatakan Lana akan berkahwin tak lama lagi.

Namun siapakah bakal suaminya itu masih menjadi misteri.

"Datang saja sidang media itu nanti, saya akan jelaskan segala-galanya," katanya ringkas.

Lana sebelum ini pernah dikaitkan bercinta dengan lelaki mat salih selain golongan VIP dan pelakon seperti Johan As'ari.

Sumber : murai