Memaparkan catatan dengan label Neelofa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Neelofa. Papar semua catatan

Neelofa Jelaskan Isu Tak Bertudung Dalam Filem Terbaru, Pilot Cafe

Isu tidak berhijab pelakon Neelofa dalam filem terbaru Pilot Cafe sekali lagi mendapat perhatian peminat dunia hiburam tempatan kerana secara jelasnya Neelofa yang dikenali kini sememangnya menjaga batas dan auratnya itu.


Neelofa Jelaskan Isu Tak Bertudung Dalam Filem Terbaru, Pilot Cafe, info, terkini, hiburan, sensasi, kontroversi, Neelofa, Pilot Cafe

Bertemunya di majlis tayangan filem Pilot Café kelmarin, dia menjelaskan bahawa filem lakonannya itu telah menjalani penggambaran pada tahun 2013. Seperti yang telah kita ketahui pula, Neelofa mula berhijrah sekitar Julai tahun lepas.

“Bila saya memuat naik poster filem ke Instagram saya, ada peminat yang bercakap kenapa nak letak gambar saya yang tak bertudung di situ. Hari ini saya akan jelaskan yang pertama ialah penggambaran filem Pilot Café dijalankan pada tahun 2013″


Neelofa Jelaskan Isu Tak Bertudung Dalam Filem Terbaru, Pilot Cafe, info, terkini, hiburan, sensasi, kontroversi, Neelofa, Pilot Cafe

“Manakala yang kedua filem ini juga melibatkan banyak pihak & yang ketiga saya bersyukur filem ini keluar sekarang, sebab orang boleh tengok saya di dua sisi yang berbeza,” katanya.

Menurutnya lagi, tidak adil bagi seseorang itu untuk menghukum orang lain, sebagai manusia biasa seseorang itu tidak pernah lari daripada melakukan kesilapan.

“Dua tahun lepas saya cukup berbeza dengan yang sekarang ini dan sebagai manusia biasa yang selalu melakukan kesilapan tidak adil untuk orang itu mengkritik, menghukum atau menghakimi sesiapa. Sesiapa sahaja boleh berubah bila-bila masa sahaja”

“Untuk peminat-peminat semua kalau saya boleh edit perkara yang lepas sudah tentu saya akan lakukannya sekarang. Apa yang boleh saya lakukan sekarang ialah belajar daripada pengalaman yang lepas,” tambahnya.


Neelofa Jelaskan Isu Tak Bertudung Dalam Filem Terbaru, Pilot Cafe, info, terkini, hiburan, sensasi, kontroversi, Neelofa, Pilot Cafe

Jangan lupa untuk saksikan filem Pilot Café, arahan Osman Ali yang turut dibintangi nama besar seperti Fahrin Ahmad, Izara Aishah, Remy Ishak dan ramai lagi yang akan ditayangkan pada 30 April ini. Amaran, bawa tisu sebanyak mungkin heh.

Sumber : rotikaya

Aksi Neelofa Tolak Bersalaman Dengan Lelaki di ABPBH2014

Sebagai seorang muslimah, sememangnya kita dilarang untuk bersentuhan dengan lelaki terutamanya yang bukan muhrim.


Aksi Neelofa Tolak Bersalaman Dengan Lelaki di ABPBH2014 , info, terkini, hiburan,s ensasi, Neelofa,

Ketika aktres cantik Neelofa bangun untuk menuju ke pentas bagi mengambil trofi, seorang lelaki kelihatan cuba menghulurkan tangan untuk bersalaman namun tidak disambut oleh Neelofa.

Pemenang anugerah Pengacara TV Wanita Popular itu kemudiannya terus bertindak memeluk Heliza Helmi yang berada dibelakang lelaki tersebut.


Aksi Neelofa Tolak Bersalaman Dengan Lelaki di ABPBH2014 , info, terkini, hiburan,s ensasi, Neelofa,

Aksi Neelofa Tolak Bersalaman Dengan Lelaki di ABPBH2014 , info, terkini, hiburan,s ensasi, Neelofa,

Rata-rata gembira dengan 'rejection' itu malah memuji sikap dan keperihatinan Neelofa dalam memelihara syariat yang ditetapkan dalam Islam.

Apapun, tahniah buat Neelofa, semoga terus berjaya dalam semua bidang yang diceburi.

Sumber : ohmedia