Memaparkan catatan dengan label Fasha Sandha. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Fasha Sandha. Papar semua catatan

Fasha Sandha enggan ulas terima bayaran RM150,000

Pelakon popular Fasha Sandha enggan mengulas lanjut mengenai dakwaan kononnya dia menerima bayaran sebanyak RM150,000 untuk membintangi filem "Anak Mami Nasi Kandar".


Fasha Sandha enggan ulas terima bayaran RM150,000, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, Fasha Sandha,

"Maaf, mengenai bayaran adalah perkara sulit antara pihak produksi dan pengurusan artis.

"Saya tak mahu komen panjang, isu bayaran dan jadual saya serahkan pada pengurus saya, Nik Yasmin yang sudah 11 tahun bekerja dengan saya.

"Saya lebih mengutamakan isu jadual dan komitmen dalam sesebuah tawaran berbanding bayaran," katanya kepada Harian Metro.

Dalam pada itu, Fasha berkata dia kini sibuk dengan rancangan Projek Komedi di Warna di Astro Warna sebagai juri tetap.

Terdahulu, terdapat satu sumber yang mendakwa syarikat produksi Line Clear Motion Pictures Sdn Bhd sanggup menawarkan Fasha dengan jumlah berkenaan bagi memastikan pelakon itu berlakon dalam filem arahan Datuk Porf A Razak Mohaideen.

Sumber : tupai