Memaparkan catatan dengan label CR7. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label CR7. Papar semua catatan

Obses 'Pasang Badan' Jadikan Ronaldo Atlet Sempurna

Sikap obses Christiano Ronaldo terhadap bentuk badannya dianggap ‘pelik’ bagi sesetengah peminat sukan bola sepak dunia.


Obses 'Pasang Badan' Jadikan Ronaldo Atlet Sempurna

Ronaldo terlalu dedikasi dalam memastikan bentuk fizikalnya berada dalam keadaan mantap sekaligus menjadi satu-satunya atlet bola sepak yang mempunyai ukuran badan yang sempurna.

Dan tidak hairanlah pada hari ini setiap atlet turut mengikut jejak langkah Ronaldo dengan melantik personal trainer atau pun mempunyai gimnasium sendiri di rumah untuk kelihatan lebih cergas dan 'fit'.

Ketika berusia 19 tahun ketinggian Ronaldo hanyalah 185.42 sentimeter, seperti pemain-pemain yang lain dan saiz fizikalnya itu turut memberi kesan kepada pergerakan di atas padang apabila dia sukar mendapatkan bola.

Sejak itu, Ronaldo mula serius ‘memasang badan’ sehingga berlaku perubahan ketara dari segi ukuran setiap inci di tubuhnya.

Obses 'Pasang Badan' Jadikan Ronaldo Atlet Sempurna

Berbeza dengan pemain-pemain lain yang kebiasaannya akan menghabiskan masa luang mereka bersantai di kelab atau bermain snooker, tetapi Ronaldo lebih selesa berada di gimnasiumnya sendiri.

Usaha keras serta disiplin tingginya itu, Ronaldo kini boleh merasai hasil yang luar biasa terutamananya dari segi kekuatan fizikal yang turut membantu mengelakkan dirinya daripada kecederaan.

Walaupun pernah mengalami kecederaan pangkal paha sebelum ini dan pernah menjalani pembedahan, Ronaldo tetap mengekalkan kecergasan di tahap maksimum.

Malah latihan tambahannya itu turut menjadi faktor buat Ronaldo untuk menjadi salah seorang pemain terbaik dunia.

Lebih menarik, kakinya telah diinsurankan oleh Real Madrid pada tahun 2009 dengan nilai 90 juta euro (RM413 juta).-mstar

Cristiano Ronaldo Buka Hotel CR7

Bintang bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo mula memikirkan tentang pelan persaraan dengan mengakui dia tidak mampu menjadi pemain bola sepak untuk selamanya.


Cristiano Ronaldo Buka Hotel CR7

Berikutan itu, pemain kebangsaan Portugal berusia 30 tahun yang dijangka akan meninggalkan Real Madrid pada penghujung musim ini mula mengorak langkah dengan mewujudkan peniagaan baharu untuk pelan persaraan.

Pada Khamis, Ronaldo mendedah akan membina Hotel CR7 di tiga bandar utama iaitu di Funchal, Lisbon dan Madrid sebagai cabang perniagaan baru.

Dalam pendedahan itu juga, Ronaldo bercadang untuk menjadikan New York sebagai denstinasi seterusnya Hotel CR7 beroperasi.


Bekas pemain Manchester United itu juga mewujudkan hubungan perniagaan dengan Kumpulan Hotel Pestana yang akan menguruskan hotel berkenaan.

"Kerja saya adalah untuk bermain bola sepak, tetapi hidup tidak selalu seperti ini.

"Saya perlu mendedikasikan diri kepada projek baru dan saya mempunyai kumpulan yang terbaik di sekeliling saya.

"Saya berfikir tentang masa depan, anak dan keluarga," jelasnya.-mstar