Memaparkan catatan dengan label Aaisyah Dhia Rana. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Aaisyah Dhia Rana. Papar semua catatan

Dilantik Duta Produk, Che Ta Tak Guna Wang Diterima Aaisyah

Aktres Rozita Che Wan tidak pernah menggunakan wang pendapatan yang diterima anaknya Aaisyah Dhia Rana, yang kini berusia 18 bulan.


Aaisyah Dhia Rana

Rozita atau lebih dikenali Che Ta, 43, berkata, dia menyimpan semua wang yang diperoleh Aaisyah dalam akaun peribadi kanak-kanak berkenaan untuk kegunaan masa depannya.

"Kami tidak pernah sentuh sedikit pun duit yang dia dapat kerana semua telah dimasukkan terus ke dalam akaun peribadinya.

"Apa yang dia dapat itu saya tidak anggap dia bekerja sebaliknya sebagai rezekinya yang sentiasa murah sejak dilahirkan," ujarnya kepada mStar Online.

Rozita ditemui pada majlis perlantikan Aaisyah Dhia Rana sebagai duta produk Mini Me yang diadakan di Flora Tarrace, di sini, Khamis.

Yang turut hadir pada majlis tersebut suaminya pelakon Zain Saidin.
Aaisyah Dhia Rana

Dalam pada itu, Rozita berkata,  dia menerima tawaran produk mandian organik tersebut berikutan komitmen yang perlu diberikan tidak terlalu banyak dan membebankan anaknya itu.

"Aaisyah banyak terima tawaran untuk jadi duta produk hampir 20 produk tetapi terpaksa ditolak kerana mengambil kira komitmen yang perlu dilakukan.

"Kalau boleh saya tidak mahu komitmen yang membebankan dan membuatkan dia penat. Produk tu juga mestilah yang bagus dan tidak berbahaya," ujarnya.

Sementara itu, bercerita tentang perkembangan kanak-kanak itu, Rozita berkata, Aaisyah kini sudah pandai bercakap dan gemar bergaya.

Dia juga sudah membeli dua beg tangan untuk kanak-kanak itu.

"Dia tidak suka mainan dan di rumah kami tidak ada mainan. Jika bawa dia ke tempat menjual mainan dia tidak ada reaksi.

"Aaisyah lebih teruja kalau bawa ke kedai beg tangan. Selain itu, saya juga tidak ajar dia menggunakan gajet sepeti telefon pintar atau iPad," ujarnya.-mstar

Terima Pelbagai Tawaran, Aaisyah Kini Ada Pengurus Sendiri

Jika sebelum ini ada berita melaporkan yang anak kepada pasangan Rozita Che Wan dan Zain Saidin sudah bergelar artis termuda di bawah naungan LOL Entertainment, nampaknya Aaisyah Dhia Rana kini semakin sibuk sehingga memerlukan pengurus sendiri.


Terima Pelbagai Tawaran, Aaisyah Kini Ada Pengurus Sendiri, info, terkini, hiburan, sensasi, Aaisyah Dhia Rana, Anak Zain saidin, anak Che Ta

Bercakap kepada majalah Wanita keluaran terbaru, Rozita Che Wan mengakui walaupun usia anaknya itu masih terlalu muda namun ia bukannya penghalang untuk menarik minat pelbagai pihak sehingga ditawarkan menjadi duta produk dan model beberapa jenama terkenal.


Terima Pelbagai Tawaran, Aaisyah Kini Ada Pengurus Sendiri, info, terkini, hiburan, sensasi, Aaisyah Dhia Rana, Anak Zain saidin, anak Che Ta

“Alhamdulillah, rezeki Aaisyah semakin murah. Sekarang ini Aaisyah telah pun menjadi duta untuk pakaian kanak-kanak, Mothercare. Aaisyah juga mendapat tawaran daripada pelbagai syarikat yang ingin menjadikannya duta produk mereka.


Terima Pelbagai Tawaran, Aaisyah Kini Ada Pengurus Sendiri, info, terkini, hiburan, sensasi, Aaisyah Dhia Rana, Anak Zain saidin, anak Che Ta

“Permintaan untuk menjadikan Aaisyah cover majalah juga turut diterima. Jadi tidak salah kiranya, saya menyerahkan tugas menguruskan Aaisyah kepada mereka yang lebih arif,” ujarnya seperti dipetik Mangga Online baru baru ini.


Terima Pelbagai Tawaran, Aaisyah Kini Ada Pengurus Sendiri, info, terkini, hiburan, sensasi, Aaisyah Dhia Rana, Anak Zain saidin, anak Che Ta

Bertuah badan Aaisyah Dhia Rana muda muda lagi ibu bapanya sudah merencanakan kerjaya untuk jaminan masa hadapan. Beberapa keping gambar terbaru anak comel ini untuk tatapan anda termasuklah sesi fotografi bersama majalah Wanita baru baru ini.


Sumber : rotikaya

Foto Aaisyah Dhia Rana bercuti sakan di Jepun

Bestnya Aaisyah...dapat bercuti sampai ke Jepun. Boleh la jumpa Doraemon kan... hehehee. Kali ini mummy ke Jepun untuk rakaman siri Primadona yang akan berlangsung di Astro Prima.

Tidak mahu berjauhan, Che Ta  akhirnya membawa Aaisyah sekali. Ye la ibu mana yang mahu berjauhan dengan anaknya bukan?

Foto Aaisyah Dhia Rana bercuti sakan di Jepun, info, terkini, hiburan, sensasi, Aaisyah Dhia Rana, Anak Che Ta


Jom kita saksikan lagi 9 keping gambar comel Aaisyah bercuti sakan di Jepun dengan membaca artikel ini sepenuhnya.


Foto Aaisyah Dhia Rana bercuti sakan di Jepun, info, terkini, hiburan, sensasi, Aaisyah Dhia Rana, Anak Che Ta

Digelar artis termuda LOL Entertainment

Meskipun Aisyah Dhia Rana baru berusia lima bulan, namun anak kepada Rozita Che Wan dan Zain Saidin ini telah menjadi artis pertama menyertai syarikat pengurusan Laugh Out Loud (LOL) Entertainment.

"Saya senang bersama pengurusan LOL dan sejak tiga tahun dengan syarikat ini, saya percaya kepada kredibiti LOL sebagai antara syarikat pengurusan popular tanah air.

"Jadi dalam hal anak, saya biarkan yang lebih arif untuk mengatur apa yang sewajarnya untuk dia. Tambahan pula rezeki anak saya kian murah dan mendapat perhatian syarikat yang berkeinginan menjadikannya sebagai duta," ujar Che Ta dipetik sebagai berkata kepada BH.

Selain bayi mereka, Zain turut bersetuju untuk menyertai pengurusan LOL yang dimiliki Afeeq Abd Wahab dan penyanyi Dafi. 

"Jadi... kenapa saya tidak menerima tawaran mereka untuk menguruskan saya sekali termasuk anak," jelas Zain.


Foto Aaisyah Dhia Rana bercuti sakan di Jepun, info, terkini, hiburan, sensasi, Aaisyah Dhia Rana, Anak Che Ta

Foto Aaisyah Dhia Rana bercuti sakan di Jepun, info, terkini, hiburan, sensasi, Aaisyah Dhia Rana, Anak Che Ta

Foto Aaisyah Dhia Rana bercuti sakan di Jepun, info, terkini, hiburan, sensasi, Aaisyah Dhia Rana, Anak Che Ta

Foto Aaisyah Dhia Rana bercuti sakan di Jepun, info, terkini, hiburan, sensasi, Aaisyah Dhia Rana, Anak Che Ta

Foto Aaisyah Dhia Rana bercuti sakan di Jepun, info, terkini, hiburan, sensasi, Aaisyah Dhia Rana, Anak Che Ta

Foto Aaisyah Dhia Rana bercuti sakan di Jepun, info, terkini, hiburan, sensasi, Aaisyah Dhia Rana, Anak Che Ta

Foto Aaisyah Dhia Rana bercuti sakan di Jepun, info, terkini, hiburan, sensasi, Aaisyah Dhia Rana, Anak Che Ta

Foto Aaisyah Dhia Rana bercuti sakan di Jepun, info, terkini, hiburan, sensasi, Aaisyah Dhia Rana, Anak Che Ta

Foto Aaisyah Dhia Rana bercuti sakan di Jepun, info, terkini, hiburan, sensasi, Aaisyah Dhia Rana, Anak Che Ta

Sumber : artiselebriti