Memaparkan catatan dengan label AC Mizal. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label AC Mizal. Papar semua catatan

AC Mizal Bakal Tinggalkan Astro?

Gosip pengacara Maharaja Lawak Mega, Datuk AC Mizal akan meninggalkan Astro kini sedang bertiup kencang. Mana tidaknya ramai yang terkejut AC Mizal dikatakan bakal meninggalkan Astro tidak lama lagi. Nama pengacara AC Mizal sememangnya terkenal menerusi rancangan hiburan Astro malah bakat pengacaraannya banyak menghiburkan penonton.


AC Mizal Bakal Tinggalkan Astro?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, AC Mizal

Namun gosip kencang ini masih lagi dinafikan oleh tuan punya badan Datuk AC Mizal tetapi menurut sumber lain keputusan AC Mizal kali ini memang betul-betul dan muktamad memandangkan kontraknya sebagai artis eksklusif stesen televisyen berbayar itu akan berakhir pertengahan tahun ini.

Keputusan bakal diambil AC ada kaitan dengan khabar angin kononnya dia tidak berpuas hati dengan syarikat pengurusannya yang melebihkan bintang lain yang turut bernaung di bawah syarikat pengurusan sama adalah tidak benar sama sekali. Malah cerita tentang wujudnya perselisihan faham di antara AC Mizal dan pihak pengurusan dan juga artis lain yang bernaung di bawah pengurusan Astro juga tidak benar.

Penulis pun pelik kena perlu ramai yang membuat andaian sediri dan pandai-pandai memberi punca AC Mizal bakal meninggalkan Astro. Pada hakikatnya keputusan terbabit dibuat berkait rapat dengan keputusannya mengusahakan stesen TV dan radio atas talian PeaceY’all FM yang sudah memulakan operasinya.

Penulis yakin pasti ada sebab lain dan munasabah AC Mizal bakal tinggalkan Astro. Malah menurut sumber lain mengikut kontrak ditetapkan Astro, sebagai artis eksklusif, AC Mizal tidak dibenarkan mengacara di mana-mana stesen TV. Perkara itu membuatkan dia tidak boleh muncul dalam stesen TV dan radio ditubuhkan. Apabila memikirkan perkara itu, AC Mizal membuat pengorbanan paling besar dalam kerjaya seninya demi memastikan apa diusahakan dapat dijayakan dengan baik.

Penulis rasa kalau AC Mizal tinggalkan Astro pun ada baiknya juga, sekurangnya tidak terikat dalam mengacara stesen televisyen yang lain. Tak gitu? Semoga AC Mizal membuat pilihan dan keputusan yang tepat demi masa depan kerjayanya.

Sumber : gosipmalaysia