Ibrahimovic Bakal Ke United


Manchester United sedang mempertimbangkan untuk membawa masuk bintang Paris St Germain (PSG) Zlatan Ibrahimovic ke Old Trafford.


United Pertimbang Tawar Kontrak Setahun Kepada Ibrahimovic

Pemain berusia 34 tahun itu kini bebas daripada ejen selepas mengambil keputusan untuk meninggalkan PSG kerana ingin membuka lembaran baharu di dalam kariernya.

Malah, Ibrahimovic turut menyatakan keinginannya untuk beraksi dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

Selepas menghantar pencari bakat untuk melihat persembahannya ketika PSG terikat 1-1 dengan Bordeaux minggu lalu, United kini masih berfikir-fikir untuk menawarkan kontrak secara rasmi kepada Ibrahimovic.

Laporan di Perancis pada Isnin mendakwa United telah menawarkan kontrak selama setahun kepada penyerang Sweden itu yang akan melakukan penampilan terakhir bersama PSG dalam perlawanan final Piala Perancis menentang Marseille, Sabtu ini.

Namun, Mino Raiola menafikan khabar angin itu dengan menyifatkan masih terlalu untuk bercakap mengenainya.

Selepas kedua-dua pihak mengadakan perbincangan pada Mac lalu, akhirnya United dan Ibrahimovic berhubung semula.

Ibrahimovic dikatakan menerima pelbagai tawaran termasuk dari kelab MLS tetapi United antara yang menjadi pilihannya.

United mengadakan perbincangan dengan Ibrahimovic pada musim panas lalu  tetapi memilih untuk kekal bersama kelabnya.

Susulan pengumuman beliau baru-baru ini, Ibrahimovic dianggap individu terbaik yang mampu membantu memperkuat Red Devils berdasarkan pengalaman luasnya dalam arena bola sepak.

Popularitinya sebagai salah seorang pemain hebat di dunia dipercayai menepati dasar komersial United.-mstar

Filled Under: