Sah! Qu Puteh Taja TRW

Sah, pengasas produk kecantikan Qu Puteh, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman bakal menaja The Red Warriors (TRW) selama dua musim, bermula tahun ini.


Sah! Qu Puteh Taja TRW

Penajaan syarikat milik anak kelahiran Machang, Kelantan itu dijangka mencecah sehingga RM16 juta.

Perkara itu diumumkan usahawan wanita yang dikenali sebagai Datuk Vida itu bersama Presiden Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa.

Kedua-dua pihak mengadakan pertemuan peringkat akhir selama tiga jam di pejabat Annuar di Yayasan Pelajaran Mara, petang Jumaat.

Majlis menandatangani kontrak tajaan secara rasmi antara kedua- dua pihak akan dimeterai pada 15 Januari ini.-mstar