Klopp Lakar Kemenangan Pertama Aksi Liga Di Anfield

Jaringan James Milner menerusi sepakan penalti pada babak kedua perlawanan ketika bertemu Swansea City memberi kemenangan 1-0 di Anfield pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi Isnin.

Klopp Lakar Kemenangan Pertama Aksi Liga Di Anfield

Milner menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-62 sekaligus memberi kemenangan pertama Liverpool di Anfield dalam aksi EPL selepas 26 September lalu (menang 3-2 ke atas Aston Villa).

Malah ia juga menjadi kemenangan pertama Jurgen Klopp dalam aksi liga perdana di laman sendiri selaku pengurus baharu The Reds sejak mengambil alih tugas itu daripada Brendan Rodgers pada 8 Oktober lalu.

"Suasana berangin membuat corak permainan sentiasa berubah dan menyukarkan kedua-dua pasukan.

"Angin adalah 'musuh terbesar' dalam bola sepak, tetapi kami dapat melaluinya dengan baik.

"Kebiasaanya pemain-pemain lebih mudah ketika melakukan hantaran, namun sebaliknya berlaku.

"Bagaimanapun kami dapat mengatasi pihak lawan yang mempamerkan permainan lebih teratur," jelas Klopp.

Menurut Klopp, permainan kali ini lebih menyakinkan dengan kembalinya kapten pasukan Jordan Henderson yang berehat panjang sejak Ogos lalu kerana kecederaan, serta Danial Sturridge yang membuat penampilan pertama selepas 4 Oktober lalu.

"Berita baik untuk keluarga besar Liverpool. Dua pemain penting sudah kembali selepas berehat panjang," jelasnya.-mstar

Bengang Jadi Pemain Simpanan, Costa Baling Bib Ke Arah Mourinho

Penyerang Chelsea, Diego Costa enggan membuat latihan pemanas badan sebelum aksi seri 0-0 bertemu Tottenham Hotspur, malah turut membaling bib yang dipakai ke arah Jose Mourinho selepas namanya berada dalam barisan pemain simpanan.

Bengang Jadi Pemain Simpanan, Costa Baling Bib Ke Arah Mourinho

Nama Costa digugurkan pada aksi di White Hart Lane berikutan aksi hambar musim ini yang hanya menjaringkan satu gol dalam 10 perlawanan.

Kemarahan Costa lebih terserlah selepas tidak hadir pada sesi latihan bersama rakan sepasukan sebelum perlawanan.

Mourinho mengarahkan Costa melakukan latihan pemanas badan bersama rakan sepasukannya ketika perlawanan sedang berlangsung, namun pengurus itu memasukkan Ruben Loftus-Cheek sekaligus menambahkan lagi 'bengang' pemain kebangsaan Brazil itu.

Ketika menuju ke bangku simpanan, Costa membuka bib dan membaling ke arah belakangnya yang nyaris terkena kepada Mourinho.

"Jika dia ingin mencederakan saya, bukan dengan bib. Saya mempunyai hubungan baik dengannya, tiada masalah," jelas Mourinho.

Malah Mourinho mengulas tindakan tidak memasukkan Costa kerana sikap pemain itu sendiri.

"Dia bersedia untuk bermain apabila dia menjalani latihan pemanas badan. Apabila saya mengambil keputusan tidak memasukkannya, dia terus berlalu. Dan kemungkinan juga dia makan di dalam bas ketika menunggu kami," jelasnya.

Selain itu, Mourinho turut menjelaskan bahawa Costa merupakan pemain penting dan dia adalah orang terakhir berada di bangku simpanan.

"Dia ada kelebihan kerana menjadi pemain terakhir berada di bangku simpanan kerana semua pemain lain sudah merasainya: kapten, Branislav Ivanovic, Gary Cahill, Cesc Fabregas, Pedro, Eden Hazard, Oscar dan lain-lain lagi," katanya.-mstar


Sultan Johor Haram Vape, Arah Tutup Premis Mulai 1 Januari 2016

Sultan Johor mengharamkan penggunaan vape di seluruh negeri itu dan memberi tempoh sebulan kepada pengusaha premis peranti berkenaan untuk menamatkan operasi.


Sultan Johor Haram Vape, Arah Tutup Premis Mulai 1 Januari 2016



"Saya mahu premis vap ditutup pada 1 Januari 2016 dan saya tidak mahu dengar sebarang alasan.

"Ia ada kaitan dengan isu kesihatan dan kesannya kepada golongan muda, bukan melibatkan perniagaan atau perkauman.

"Saya benar-benar kecewa apabila ada pihak menimbulkan isu ancaman perkauman dan politik melibatkan vape," titah baginda menerusi temubual khas baru-baru ini.

Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskkandar bertitah, negeri mempunyai hak untuk menguatkuasa undang-undang mengikut peruntukan kerajaan tempatan bagi menutup perniagaan pengusaha vape.

Baginda juga mengarahkan supaya kerajaan negeri bersidang minggu depan untuk merangka perancangan untuk memudahkan proses itu.

Titah baginda lagi, ahli politik juga seharusnya berhenti memenuhi kehendak ahli perniagaan yang terlibat dalam industri vape ini.

"Kenapa ada ahli politik yang mengalah terhadap ancaman ini? Saya mahu tahu jika ahli perniagaan ini membenarkan anak-anak mereka untuk menggunakan vape jika ia benar-benar selamat dan tidak mengganggu kesihatan seperti yang didakwa.

"Apakah kamu mahu melihat anak-anak terus menggunakannya.

"Ia perniagaan baharu tetapi apa pula bentuk perniagaan yang mereka lakukan sebelum ini? Berpatah balik kepada pekerjaan anda sebelum ini," katanya.

Awal bulan ini, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Industri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tindakan Kementerian Kesihatan menguatkuasakan penjualan vape yang perisannya mengandungi nikotin boleh membunuh industri yang dikuasai peniaga Melayu.

Menteri berkenaan juga memberi maklumbalas berkenaan susulan laporan polis yang dibuat sekumpulan peniaga Bumiputera mengenai tindakan penguatkuasaan terhadap industri vape boleh mengakibatkan sokongan terhadap Barisan Nasional menurun pada pilihan raya umum akan datang.

Sultan Johor Haram Vape, Arah Tutup Premis Mulai 1 Januari 2016

Sultan Johor bertitah, kesan jangka panjang kesihatan kerana penggunaan vape di mana pembayar cukai perlu menanggung untuk membiayai rawatan.

Beliau bertitah lagi, pengharaman vape di negeri itu meliputi penjualan produk berkaitan peranti itu.

"Adalah jelas mengikut undang-undang, premis vape tidak boleh menjual nikotin, jadi kenapa perlu menutup sebelah mata dan mengetepikan undang-undang?

"Jika kita biarkan ia berlaku, akan ada golongan muda yang ketagih untuk menggunakannya," titah baginda.

Sultan Johor juga memberi amaran kepada mana-mana pihak yang tidak mematuhi undang-undang pada 1 Januari depan akan dikenakan tindakan.-mstar

Larikan Superbike Selepas Konon Mahu Pandu Uji

Seorang lelaki berjaya melarikan sebuah motosikal berkuasa tinggi yang baharu dipandu ujinya di sebuah pusat jualan di Taman Jawi Jaya, Sungai Jawi, di sini pada Jumaat.


Larikan Superbike Selepas Konon Mahu Pandu Uji

Lelaki berusia lingkungan 30-an itu dikatakan melarikan motosikal jenis Honda CBR 1000RR berwarna putih berkenaan selepas dia membawa keluar dari kedai berkenaan kira-kira jam 4.30 petang.

Pemilik syarikat itu yang hanya mahu dikenali sebagai Tong, 52 tahun; berkata pada mulanya tidak membenarkan motosikal bernilai hampir RM100,000 itu dipandu uji memandangkan hujan lebat ketika itu.

“Lelaki tersebut mendakwa kononnya memang mahu membeli motosikal berkenaan tetapi berpura-pura mahu memandu uji terlebih dahulu.

“Saya percayakan lelaki itu kerana dia beritahu hanya mahu pandu uji di sekitar kawasan berhampiran kedai dan berjanji untuk menunggang sekitar Taman Jawi Jaya sahaja,” katanya.

Tong berkata, seorang pekerjanya kemudian dimintanya untuk mengekori motosikal yang dipandu uji itu kerana berasa risau ia mungkin akan kehabisan minyak.

“Selepas beberapa minit, pekerja saya kembali memaklumkan motosikal itu sudah tidak kelihatan lagi. Saya terkejut dan terus membuat laporan polis,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Supritendan Wan Hassan Wan Ahmad mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu dan sedang menyiasat. – BERNAMA

Manchester City Umpan Messi RM5.12 Juta Seminggu

Impian Manchester City untuk memancing Lionel Messi semakin terserlah apabila pasukan gergasi Liga Perdana Inggeris itu dikatakan sanggup membayar 800,000 pound (RM5.12 juta) seminggu kepada  bintang penyerang Argentina itu supaya berpindah ke Etihad.


Manchester City Umpan Messi RM5.12 Juta Seminggu

Media Britain, The Sun melaporkan, ejen pemain berusia 28 tahun itu sudah mengadakan rundingan awal dengan Man City mengenai potensi perpindahannya ke Liga Perdana.

Jika persetujuan dicapai, Messi akan menikmati gaji 40 juta pound (RM256 juta) setahun.

Messi kini menerima gaji mingguan 500,000 pound (RM3.12 juta) di Barcelona dan kontraknya akan berakhir dua tahun lagi.

Sebelum ini, khabarnya Messi tidak berpuas hati dengan tindakan kelab Catalan itu yang memberi keutamaan kepada pembaharuan kontrak Neymar berbanding dirinya.

Dengan perjanjian baharu bersama stesen televisyen dijangka meningkat pada musim depan, yang dikhabarkan bernilai 150 juta pound (RM962 juta) semusim untuk pemenang Liga Perdana Inggeris, pemilik City berkemampuan menawarkan perjanjian mega.

The Sun turut melaporkan kejayaan menandatangani Messi akan mencerahkan peluang pasukan itu membawa Pep Guardiola ke City sebagai pengurus.

Warga Sepanyol itu kini bersama Bayern Munich, tetapi kontrak baharunya masih belum ditandatangani. Bayern dijangka mengumumkan keputusan itu sebelum Krismas.-mstar

Hamilton "Balas Dendam" Di Litar Abu Dhabi

Juara dunia tiga kali, Lewis Hamilton membalas kritikan terhadap kehidupan sosialnya dengan menandingi rakan sepasukan Mercedes, Nico Rosberg pada sesi latihan bebas untuk perlumbaan terakhir musim ini di Grand Prix Abu Dhabi pada Ahad ini.


Hamilton "Balas Dendam" Di Litar Abu Dhabi

Sebelum ini, bekas majikan pelumba berusia 30 tahun itu ketika bersama McLaren, Ron Dennis dikritik kerana dikatakan melakukan ‘perkara yang tidak dibenarkan di bawah rejimnya'.

Pada sesi itu, Hamilton mencatat masa pusingan terbaik iaitu satu minit 43.754 saat mengatasi Rosberg 1:43.895 ketika pelumba Jerman itu bertekad memburu petak pertama kali keenam berturut-turut bagi mengatasi pesaingnya untuk melengkapkan hatrik kemenangan.

Pelumba Finland Kimi Raikkonen ketiga untuk Ferrari apabila mendahului pelumba Russia Daniil Kvayt dari Red Bull, diikuti juara empat kali dari Jerman yang memandu Ferrari serta rakan senegara Nico Hulkenberg dari Force India.

Hamilton mencatat masa terpantas walaupun merungut sepanjang sesi itu mengenai prestasi kereta Mercedes terutama mengenai posisi tempat duduk.

Pada akhir sesi perlumbaan dia berkata: “Keadaan kereta ini tidak begitu baik.”-mstar

Man City Sedia Jadikan Pep Guardiola Kekal Pengurus Paling Mahal

Manchester City bersedia untuk menjadikan Pep Guardiola sebagai pengurus yang mendapat bayaran paling mahal di dunia sekiranya beliau bersetuju untuk menyertai kelab itu pada musim depan.


Man City Sedia Jadikan Pep Guardiola Kekal Pengurus Paling Mahal

Mail Online melaporkan kelab bola sepak di Stadium Etihad itu bersedia membayar pengurus Bayen Munich itu sebanyak £13.2 juta  (RM84.69 juta) yang diperoleh Jose Mourinho di Chelsea setahun.

Ketika ini, Guardiola menduduki tangga teratas sebagai pengurus dengan bayaran paling mahal diikuti Mourinho.

Bayaran itu termasuk bonus dan tawaran penajaan sebagai rancangan jangka panjang kelab berkenaan.

Masa depan Guardiola di Bavaria menjadi perhatian sejak sehari lalu berikutan laporan mengenai pengurus tersebut telah pun memutuskan untuk meninggalkan Bayern Munich bagi menyertai Manchester City pada musim depan.

Bayern Munich tidak mengharapkan Guardiola yang akan melanjutkan kontraknya yang bakal berakhir menerusi rundingan berhubung tawaran baharu yang dijangka dibuka bulan depan.

Malah, timbul cakap-cakap bahawa perkhabaran mengenai peralihan Guardiola ke Manchester City merupakan medium tawar-menawar dalam rundingan kontrak tersebut.

Jika pengurus kelahiran Sepanyol itu meninggalkan Bayern Munich untuk Manchester City, bayaran yang bakal diperolehinya pastinya cukup tinggi.

Ini termasuk tajaan secara peribadi Guardiola yang dilaporkan sebanyak £11.2 juta (RM71.85 juta) setahun di Allianz Arena.

Bagaimanapun, Guardiola akan memastikan pendapatannya akan naik mendadak sekiranya beliau bersetuju untuk menggantikan pengurus Manchester City, Manuel Pellegrini pada musim panas depan.-mstar

Khairuddin Sokong Kempen Bebaskan Anwar Ibrahim

Bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan secara terbuka menyatakan sokongannya terhadap kempen pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menjalani hukuman penjara kerana kesalahan kes liwat keduanya.


Khairuddin Sokong Kempen Bebaskan Anwar Ibrahim

Beliau yang sebelum ini ditahan bersama peguamnya, Matthias Chang mendakwa, pembebasan Anwar daripada Penjara Sungai Buloh itu penting kerana beliau dapat berperanan sebagai ketua pembangkang yang efektif untuk negara.

"Kita perlukan pembangkang yang efektif dan rasional untuk sama-sama memainkan peranan ke arah pertumbuhan negara tanpa sebarang agenda politik.

"Oleh itu, wajar untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim berada di luar bagi menyemarakkan landskap serta senario politik negara.

"Apa yang harus kita gusarkan sekiranya mentadbir negara ini secara amanah," soalnya menerusi kenyataan yang dikeluarkan pada Sabtu.

Suami kepada aktres Datin Seri Umie Aida itu juga menambah, ketika negara diambang kejatuhan dari perspektif politik dan ekonomi, oleh itu sudah tiba masanya semua pihak bersatu.

"Jangan buat retorik politik lagi, tetapi harus ikhlas untuk membangunkan semula negara," katanya yang dibebaskan dengan jaminan RM10,000 baru-baru ini.

Pada masa sama, Khairuddin juga menggesa ahli Umno supaya berani menegur kepimpinan untuk menjamin kelangsungan Barisan Nasional (BN) menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14.

Beliau mendakwa penyokong BN terlalu kuat mengampu dan tidak berani membuat teguran membina ke atas kepimpinan parti itu.-mstar

Remaja diarah bayar pampasan RM3.55 juta

Sebuah mahkamah di sini semalam mengarahkan keluarga remaja perempuan yang terbabit dalam kemalangan jalan raya yang menyebabkan sembilan orang maut dan empat lagi cedera membayar pampasan berjumlah 30 juta baht (RM3.55 juta) kepada mangsa.


Remaja diarah bayar pampasan RM3.55 juta

Remaja itu, Orachorn Thephasadin Ayudhya yang memandu sebuah kereta Honda Civic melanggar belakang sebuah van penumpang di atas jejambat di lebuh raya Din Daeng-Don Muang pada 27 Disember 2010.

Remaja diarah bayar pampasan RM3.55 juta

Ketika kejadian Orachorn berusia 16 tahun dan tidak mempunyai lesen memandu.

Kemalangan itu menyebabkan van berkenaan terbabas dan melanggar besi penghadang jalan sebelum terhumban ke bawah jejambat.

Remaja diarah bayar pampasan RM3.55 juta

Pada 2011, Orachorn didakwa memandu tanpa lesen, memandu dengan cuai hingga menyebabkan kematian dan menggunakan telefon bimbit ketika memandu.

Mahkamah semalam turut mengarahkan keluarga Orachorn membayar pampasan berkenaan kerana ibu bapanya gagal memantau anak mereka itu.

Seramai 28 plaintif terdiri daripada keluarga mangsa yang maut dan mangsa yang cedera memfailkan saman bagi menuntut pampasan dari Orachorn.

Mahkamah mengarahkan bayaran pampasan dari 4,000 baht (RM473) hingga 1.8 juta baht (RM212,859) termasuk faedah untuk setiap mangsa terbabit. – Agensi

Bapa Noh Hujan Tinggal Nota Sinis Kepada Perompak?

Rumah famili Noh Salleh yang terletak di Miri, Sarawak telah pun dimasuki perompak. Noh Salleh yang juga vokalis kumpulan Hujan memberitahu perkhabaran itu menerusi Instagram miliknya.


Bapa Noh Hujan Tinggal Nota Sinis Kepada Perompak?

Ketika kejadian, ibunya tidak berada di rumah kerana berada di suatu tempat yang lain iaitu di Bintulu.

Keselamatan ahli keluarganya jauh lebih penting berbanding dengan beberapa barangan berharga yang telah berjaya di bawa lari.


Bapa Noh Hujan Tinggal Nota Sinis Kepada Perompak?

Namun, bapanya agak berang dan geram dengan sikap biadap perompak itu. Lantas bapanya telah memuat naik nota sinis di laman sosial yang berbunyi:

‘kepada pencuri yang mulia! Lain kali kalau habis selongkar itu kabinet baju, sebelum pulang itu kain/baju kasih lipat balek. Sekian terima kasih’

Nota ini juga telah dikongsi menerusi laman instagram Noh dan menerima pelbagai reaksi yang positif daripada peminatnya.

Diharapkan kepada semua, berhati-hati di mana jua anda berada kerana malang itu tidak berbau. Kepada ahli keluarga Noh Salleh, setiap kejadian itu pasti ada hikmahnya.-murai

Keluarga Ahmed Tuntut AS$15 Juta, Permohonan Maaf

Keluarga Ahmed Mohamed, remaja ditahan gara-gara salah faham jam diciptanya disangka bom, menuntut pampasan AS$15 juta (RM64 juta) selain permohonan maaf daripada datuk bandar Texas dan ketua polisnya.


Keluarga Ahmed Tuntut AS$15 Juta, Permohonan Maaf

Peguam kepada keluarga tersebut malah menuntut pihak berkaitan agar melunaskan tuntutan itu dan sekiranya gagal, mereka akan membawa kes berkenaan ke sebuah mahkamah tempatan.

Ahmed mula menjadi tumpuan dunia apabila dia ditahan pihak polis susulan jam yang diciptanya telah disangkakan sebagai bom oleh salah seorang guru di sekolahnya.

Sebaik ditahan, Ahmed mendapat sokongan daripada masyarakat seluruh dunia yang menuntut pembelaan terhadapnya dengan menubuhkan hashtag #IStandWithAhmed yang menjadi trending di Twitter.

Malah, Ahmed turut mendapat jemputan menghadiri sebuah majlis di kediaman rasmi Presiden Amerika Syarikat di White House, Washington DC selain dia ditawarkan biasiswa melanjutkan pelajaran ke Qatar.

Walaupun, Ahmed kini diangkat sebagai ‘hero’, namun menurut peguam yang mewakilinya, Ahmed dilaporkan mengalami trauma berhubung insiden itu selain menjejaskan reputasinya.

Sementara itu, pihak majlis perbandaran Irving, Texas enggan mengulas lanjut mengenai tuntutan tersebut dan kini sedang meneliti surat yang dihantar peguam Ahmed kepada mereka. –mynewshub

FAM ‘Nyah’ Keluar Singapura Mulai Liga Musim Depan

Pasukan bola sepak kebangsaan dari Singapura, LionsXII tidak lagi akan bermain dalam Liga Super Malaysia (MSL) mulai pada musim 2016, lapor stesen penyiaran tempatan Channel NewsAsia pada Rabu.


FAM ‘Nyah’ Keluar Singapura Mulai Liga Musim Depan

Ia memetik kenyataan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam satu sidang media yang diadakan lewat 24 November di Kuala Lumpur, susulan hasil mesyuarat jawatankuasa eksekutif badan nasional sukan tersebut.

Menerusi laman web rasminya, FAM menyatakan pihak mereka tidak akan lagi memperbaharui perjanjian perlawanan dengan melibatkan Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) yang ditandatangani pada 2011 lalu.

Justeru, LionsXII tidak akan bermain dalam MSL mulai awal 2016. Pasukan itu ditubuhkan sejak 2011 dengan stadium tuan rumah di Jalan Besar di sini berkapasiti 8,000 penonton dan mula bermain dalam MSL pada 2012.

Pasukan bertaraf kelab jemputan ini dilaporkan kecundang 1-4 dalam perlawanan pertama menentang tuan rumah Pahang di Stadium Darul Makmur, Kuantan untuk peringkat suku akhir Piala Malaysia pada malam Selasa.


FAM ‘Nyah’ Keluar Singapura Mulai Liga Musim Depan

Sejak menyertai kancah MSL secara rasmi pada 2012 lalu, LionsXII pernah mencipta sejarah apabila muncul sebagai juara untuk Liga Super pada 2013, selain telah melakar rekod menjulang trofi Piala FA pada musim ini.

Kekosongan tempat LionsXII itu bakal diambil alih oleh sebuah pasukan tempatan yang sudah dikenal pasti telah pun melayakkan dirinya untuk menyertai liga elit tersebut melalui beberapa perlawanan saringan sebelum ini.

Singapura pernah menyertai liga Malaysia sejak 1921 lagi (waktu itu Piala HMS Malaya) sebelum menarik diri pada 1994 susulan ‘kritikan’ kejayaan berganda pasukan tersebut memenangi Liga-M dan Piala Malaysia masa itu.

Untuk rekod, Singapura memenangi Piala Malaysia sebanyak 24 kali selain naib juara 19 kali iaitu kedua terbaik selepas pasukan Selangor dengan rekod menang 32 kali dan naib juara pula 15 kali. –mynewshub

Ada ‘Bran’ Taip “ががばば” Pada Kotak Carian Yahoo Anda?

Ada ‘Bran’ Taip “ががばば” Pada Kotak Carian Yahoo Anda?

PERINGATAN: Ibu mengandung, kanak-kanak dan pesakit penyakit jantung tidak digalakkan untuk mencuba permainan misteri ini.

Negara Jepun sememangnya terkenal dengan kecanggihan teknologi dan kepesatan dunia inovasi mereka.


Ada ‘Bran’ Taip “ががばば” Pada Kotak Carian Yahoo Anda?

Namun, di sebalik arus kemodenan itu mereka masih berpegang teguh kepada tradisi dan kepercayaan tahyul.

Maka, tidak hairanlah mengapa negara matahari terbit tersebut juga mahsyur dengan kisah-kisah seram dan kepercayaan karut-marut.

Malah dalam kepercayaan Shinto yang dianuti majoriti penduduk Jepun, setiap objek sama ada hidup atau tidak mempunyai roh atau semangat mereka sendiri dan akan ‘hidup’ pada bila-bila masa mereka mahu.
Ketaksuban terhadap kepercayaan ini juga menyebabkan masyarakat negara itu benar-benar yakin bahawa objek tidak bernyawa seperti komputer atau televisyen juga mempunyai ‘minda’nya sendiri, seperti yang bakal anda rasai sendiri selepas ini.

Caranya mudah.

Pertama, buka laman web Yahoo! versi Jepun, Kemudian, copy text ini: ががばば dan paste pada kotak carian laman web tersebut.

Seterusnya, klik pilihan paling kiri pada pop-up yang tertera di skrin komputer anda.

Kemudian, tunggu dah lihat kerana ‘sesuatu’ yang aneh bakal berlaku.

Oh ya, jika anda sedang memakai earphone, perlahankan nada suaranya sedikit. Jangan cakap abang tak payung!-mynewshub



Jamie Foxx & Katie Holmes Jalin Hubungan Dalam Diam

Dalam diam-diam, Jamie Foxx dan Katie Holmes dikatakan sedang menjalinkan hubungan cinta sejak dua tahun lalu.


Jamie Foxx & Katie Holmes Jalin Hubungan Dalam Diam

Menurut laporan portal Newkerala, Jamie dan Katie sengaja mahu dilihat tidak mempunyai apa-apa perhubungan sedangkan mereka mempunyai hubungan yang sangat mesra.

"Katie sudah jatuh cinta dengan Jamie. Tetapi pasangan itu tidak mahu hubungan mereka didedahkan.

"Bagaimanapun sejak kebelakangan ini mereka kerap dilihat bersama," kata sumber.

Tambah sumber itu, anak Katie iaitu Suri Cruise begitu senang dengan kehadiran Jamie.

Sejak bercerai dengan Tom Cruise pada tahun 2012, Katie tidak pernah mendedahkan kehidupan peribadinya walaupun pernah menjalinkan hubungan dengan beberapa aktor.-mstar

Intan Ladyana Menyepi kerana Gagal Beri Komitmen

Pengarah Urusan Mangkin Prestij iaitu Jane Lim mendedahkan pelakon Intan Ladyana kurang memberi komitmen terhadap kerjaya lakonannya dalam tempoh setahun ini kerana masalah kesihatan.


Intan Ladyana Menyepi kerana Gagal Beri Komitmen

Jane yang juga isteri kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Metrowealth International Group (MIG), David Teo memberitahu terpaksa menolak beberapa tawaran lakonan terhadap aktres tersebut yang dikatakan memerlukan masa untuk berehat.

"Dia (Intan Ladyana) kurang memberi komitmen dan tiada penggambaran drama atau filem sepanjang setahun ini kerana masalah kesihatan, dia sering sakit dan perlu rehat.

"Pihak kami terpaksa tolak beberapa tawaran untuk dia kerana dia sendiri tidak mahu, filem yang keluar tahun ini adalah penggambaran yang dilakukan pada tahun lalu," ujarnya kepada mStar Online.

Jane ditanya tentang perkembangan kerjaya pelakon Intan Ladyana yang agak suram tahun ini.

Intan adalah artis bawah pengurusan MIG.

Pelakon tersebut juga tidak muncul dengan alasan masalah kesihatan pada majlis tayangan media filem baharu terbitan anak syarikat MIG itu berjudul Banglo Berkunci di E@Curve, pada malam Selasa lalu.

Bagaimanapun, Jane berkata, pihaknya tidak pernah menghalang apa juga keputusan aktres tersebut dan menganggap ia adalah masa untuk wanita itu berehat.

"Tidak mengapa, itu keputusan dia untuk perlahankan kerjaya dan ambil setahun ini untuk berehat dan bercuti. Lagi pula kami faham selama ini dia sudah kerja keras," ujarnya.


"Saya Ada Komitmen Lain" - Intan Ladyana

Sementara itu, Intan yang dihubungi mStar Online berhubung kesihatannya berkata, punca utama dia tidak dapat memberi fokus dalam lakonan berikutan mempunyai komitmen lain.

Dia juga sibuk dengan projek kolaborasi dengan seorang pereka fesyen bagi mengeluarkan satu label pakaian.

Selain itu, Intan berkata, dia juga menolak beberapa drama dan filem berikutan memilih watak yang bersesuaian dengan dirinya.

"Saya perlahankan kerjaya seni tahun ini kerana sibuk melakukan kolaborasi dengan seorang pereka fesyen dan Insya-Allah akan dilancarkan tidak lama lagi.

"Saya mengakui menolak beberapa drama dan filem kerana tidak ada watak yang sesuai dengan saya. Kalau boleh saya mahu watak yang belum pernah dilakonkan sebelum ini," ujarnya.

Mengenai kesihatannya Intan berkata, kadang-kala dia hanya mengalami demam-demam biasa sahaja iaitu penyakit yang sering dialami oleh orang lain.-mstar

Pasangan Remaja 'wefie' b0gel selepas bersetubuh

Sepasang remaja yang terlampau telah bertindak mengabadikan kenangan asmara mereka dengan mengambil gambar 'sebelum' dan 'selepas' lakukan sek5 di dalam sebuah bilik dipercayai hotel.


Pasangan Remaja 'wefie' b0gel selepas bersetubuh

Tanpa rasa malu dan segan, pasangan ini mengambil gambar 'wefie' di hadapan cermin di dalam hotel dalam keadaan yang mengaibkan.

Foto tersebut tersebar pada awal November lalu apabila portal Utaranews mula memaparkan di laman blog mereka.

Imej berkenaan dimuat naik menggunakan akaun Elyka Pendek, namun tiada nama tersebut selepas selusuran di buat.


Pasangan Remaja 'wefie' b0gel selepas bersetubuh

Gambar pertama memaparkan pasangan ini berpakaian lengkap sambil berpelukan. Gambar kedua pula kelihatan mereka hanya bertuala dan gambar terakhir kedua-duanya dilihat seolah-olah baru selesai melempiaskan nafsu masing-masing dalam keadaan telanjang bulat,

Foto berkenaan mengundang pelbagai reaksi negaatif daripada netizen. Ada yang mengatakan kedua-dua mereka bakal menjadi 'Alvin Tan'.-pilihan-anda

'Awek' ganas dituduh cedera, cabul kehormatan

Peniaga kosmetik yang video dia memukul seorang wanita ‘viral’ di laman sosial baru-baru ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, hari ini, atas pertuduhan mencederakan dan menggunakan kekerasan jenayah dengan maksud untuk mencabul kehormatan seorang wanita, dua minggu lalu.


'Awek' ganas dituduh cedera, cabul kehormatan

Bagaimanapun, tertuduh, Nurul Atikah Hanafi, 27, mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Nik Habri Muhamad selepas kertas pertuduhan dibaca oleh jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa bersama-sama seorang rakannya yang masih bebas dengan niat mencederakan mangsa, Nur Azzlaila Suzzana Ab Halim, 24, dengan menggunakan kaki dan tangan sehingga mendatangkan kecederaan di kawasan rumah di Wakaf Mek Zainab, di sini, pada 10 pagi, 15 Oktober lalu.

Kesalahan itu boleh didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya.

Pertuduhan kedua, dia bersama-sama seorang yang masih bebas didakwa menggunakan kekerasan jenayah dengan maksud untuk mencabul kehormatan mangsa yang sama, pada masa, tarikh dan kawasan yang sama.

Kesalahan berkenaan, dia boleh didakwa mengikut Seskyen 354 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seskyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau dengan mana-mana dua daripadanya.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM7,000 dengan syarat tertuduh tidak mengganggu mangsa dan menetapkan 23 Disember akan datang sebagai tarikh sebutan semula kes bagi menunggu laporan perubatan terhadap mangsa.-hmetro

Turki Tembak Jatuh Pesawat Tempur Dipercayai Milik Rusia

Media Turki melaporkan pesawat tempur Turki telah menembak jatuh sebuah pesawat tempur yang dipercayai milik Rusia.


Turki Tembak Jatuh Pesawat Tempur Dipercayai Milik Rusia

Media Turki melaporkan pesawat itu ditembak setelah ia didakwa menceroboh ruang udara Turki dan telah memberi amaran sebelum menembak jatuh pesawat terbabit.

Memetik laporan dari sumber Dogan News Agency, pesawat itu terhempas di satu kawasan di Syria yang berdekatan dengan sempadan Syria-Turkey. Selain itu, juruterbang juga dilaporkan sempat keluar daripada pesawat terbabit namun nasib mereka tidak diketahui.

Dalam perkembangan yang sama, Menteri Pertahanan Rusia mengesahkan pesawat yang ditembak jatuh adalah pesawat SU-24 milik Rusia.


Namun beliau menafikan pesawat itu telah menceroboh ruang udara Turki dan berkata ia masih terbang dalam ruang udara Syria.

Rusia berkata pesawat SU-24 yang terlibat bukan ditembak jatuh dari udara, tapi ditembak jatuh dari tanah.- Siakapkeli


Man City 'Pancing' Isco

Manchester City sedia mengambil kesempatan untuk merampas pemain tengah Real Madrid, Isco selepas bintang muda itu menyatakan hasrat untuk meninggalkan Santiago Bernabeu.


Man City 'Pancing' Isco

Pemain berusia 23 tahun itu pernah menjadi anak didik jurulatih City, Manuel Pellegrini ketika di Malaga dan dia juga hampir membawa Isco ke Etihad sebelum ini.

Isco merupakan pemain tengah yang kreatif, namun tidak diturunkan dalam kesebelasan utama pada musim ini.

Selain itu, Isco juga berhadapan masalah kecederaan panjang sehingga posisinya diambil alih oleh James Rodriguez yang tidak cergas sepenuhnya.

Berikutan itu, City yang sedang mendapatkan pemain muda untuk pasukan itu sedia 'memancing' Isco.-mstar

Cristiano Ronaldo Mahu Kekal Di Real Madrid

Manchester United telah diberitahu bahawa mustahil untuk Cristiano Ronaldo kembali ke Old Trafford kerana pemain itu ingin mengakhiri kariernya di Real Madrid.


Cristiano Ronaldo Mahu Kekal Di Real Madrid

Jurulatih United, Louis Van Gaal pada Sabtu mendakwa kelab itu akan cuba mendapatkan Ronaldo yang merupakan pemain terbaik dunia.

Bagaimanapun pada Isnin, ejen bintang Portugal itu, Jorge Mendes mengakui bahawa Ronaldo ingin kekal di Real.

Pengakuan Mendes itu juga bermakna Ronaldo menang dalam 'peperangan' antara dia dengan jurulatih Real, Rafael Benitez.

Ronaldo didakwa memberi pilihan kepada Real supaya memilih dirinya atau Benitez untuk kekal di kelab itu selepas pasukan berkenaan tewas kepada Barcelona pada Ahad lalu.

Benitez merupakan jurulatih sementara di Real dan hanya ditawarkan kontrak selama setahun.-mstar

Raja Pecut Baru Pecahkan Rekod 17 Tahun Dipegang Watson Nyambek

Setelah 17 tahun rekod raja pecut Malaysia dalam acara 100 meter yang dipegang oleh Watson Nyambek (10.30s) yang direkodkan pada 1998, akhirnya rekod berkenaan telah berjaya dipecahkan oleh seorang raja pecut baru Malaysia.


Raja Pecut Baru Pecahkan Rekod 17 Tahun Dipegang Watson Nyambek

Pelari pecut Badrul Hisham Manap, 18 yang berasal dari Melaka telah berjaya mencipta rekod baru kebangsaan acara 100m apabila merakam 10.29s  dan berjaya memenangi pingat emas di Kejohanan Sukan Sekolah Asean (ASG2015) di Bandar Sri Begawan (Brunei), hari ini.

Pelari Melaka itu memecahkan rekod 17 tahun dipegang oleh Watson Nyambek (10.30s) yang dirakam pada 1998.

Beliau yang merupakan pelajar Sekolah Seri Kota Melaka (Sekolah Sukan Negeri) itu tiba di garisan penamat acara riben biru diikuti rakan senegara Asnawi Hashim (10.71s) dan ketiga pelari Thailand, Worawut Salabal (10.87s).

Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Datuk Karim Ibrahim berkata, pencapaian Badrul membanggakan memandangkan atlet muda itu memecahkan rekod kebangsaan bertahan sekian lama.

“Ia adalah rekod rasmi dan rekod baru kebangsaan. Pencapaian dilakukan dengan catatan elektronik dan bukan catatan melalui jam tangan,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

“KOM akan memberi ganjaran sebanyak RM5,000 kepada Badrul atas pencapaiannya itu.
“Kami harap dia dapat mewakili Malaysia di Sukan Olimpik Rio di Brazil nanti sekiranya boleh memperbaiki masa peribadinya. Malah KOM mahu dia terus dibimbing oleh jurulatihnya, Mohd Poad Md Kassim.

“Saya mengucapkan tahniah kepada Badrul memenangi acara utama menjadi tumpuan ramai atlet olahraga dan membawa dimensi baru kepada acara itu. Tahniah buat kontinjen kita”, katanya dipetik laporan Harian Metro. - Siakapkeli

Lelaki Pertahan Wanita Muslim Dalam Tren UK Raih Perhatian

Seorang  lelaki di London telah menjadi sensasi menerusi Internet selepas bertindak berani mempertahankan seorang wanita Muslim di dalam sebuah tren di United Kingdom. 
 
Lelaki Pertahan Wanita Muslim Dalam Tren UK Raih Perhatian
 
Lelaki yang dikenali sebagai Ashley Powys, 22 tahun; menceritakan kisah viral itu melalui laman sosial Facebook miliknya dan telah mendapat perhatian ramai netizen di sana. Insiden terbabit berlaku ketika Ashley menaiki tren dari Oxford Circus menuju ke rumahnya di Stockwell.
(My original post was removed by Facebook, so I'm reposting it, as I believe it was removed in error.)Something just...
Posted by Ashley Powys on Tuesday, November 17, 2015
“Saya cuba menjadi penghalang kepada situasi berikut supaya lelaki itu tidak dapat apa-apakan wanita berkenaan. “Apabila tiba di destinasi yang saya tuju, saya bertanya kepadanya adakah dia mahu saya menemaninya sehingga dia turun dari tren itu? 


Lelaki Pertahan Wanita Muslim Dalam Tren UK Raih Perhatian

Air matanya mula mengalir kerana begitu terharu dengan sikap yang saya tunjukkan. “Bagi saya ia adalah sifat semula jadi seorang manusia, saya hanya nampak seseorang memerlukan bantuan saya,” tambahnya. Sifat yang ditunjukkan oleh Ashley itu sememangnya patut dipuji kerana dia sanggup menunggu dan menghantar wanita itu ke pangkuan seseorang yang lebih terjamin keselamatannya sebelum pulang ke rumah. 

 Lelaki budiman itu juga menyeru orang ramai untuk menangkis sifat Islamofobia serta anti-Islam susulan keganasan yang ditunjukkan oleh kumpulan militan IS yang menyerang Paris baru-baru ini. Dia juga menggesa seluruh masyarakat untuk bersatu dan bangkit menentang pengganas berbanding berbalah sesama sendiri. Kisah yang dikongsikan oleh Ashley itu telah mendapat perhatian pengguna laman itu dan statusnya itu setakat ini telah dikongsi lebih 8 ribu pengguna. –mynewshub

Baru 25 Tahun, Wanita Ayu Ni Dah Ada PhD Pharmacolgy

Jika ditanya siapa layak jadi pendorong dan inspirasi untuk mengecapi cita-cita dan menggapai bintang kejayaan di langit, inilah wanita yang layak dijadikan idola dan inspirasi buat semua!


Baru 25 Tahun, Wanita Ayu Ni Dah Ada PhD Pharmacolgy

Dalam usia 25 tahun, ada segelintir individu masih leka dengan permainan dunia dan tercari-cari tujuan hidup sebenar, namun buat wanita bernama Nadia Mohd. Effendy ini, beliau sudah berjaya menggenggam gelaran kedoktoran (PhD) dalam bidang Pharmacology.

Memang menginspirasikan, beliau telah membuktikan bahawa tiada perkara mustahil di dalam dunia ini.


Baru 25 Tahun, Wanita Ayu Ni Dah Ada PhD Pharmacolgy

Jika niat yang berada di paksi yang betul digabungkan dengan usaha yang keras, kejayaan pasti akan dimiliki.

Nadia yang kini seorang pensyarah dan pengkaji di sebuah universiti tempatan ini juga masih memasang cita-cita untuk menyambung belajar dalam kedoktoran bidang Fisiologi jika berpeluang.


Baru 25 Tahun, Wanita Ayu Ni Dah Ada PhD Pharmacolgy

Nampak tak betapa positif dan bersungguh-sungguhnya beliau untuk meraih kejayaan yang lebih lagi?

Kepada adik-adik yang masih besekolah dan menuntut di institut pengajian tinggi, jadikanlah wanita ini sebagai contoh.


Baru 25 Tahun, Wanita Ayu Ni Dah Ada PhD Pharmacolgy

Jangan asyik sibuk mahu kejar semua relationship goals yang belum tentu itu. Cerita pasal relationship goals, wanita ini juga boleh dijadikan contoh.

Ya.. Nadia juga sudah mendirikan rumah tangga dan tidak lagi available buat jejaka di luar sana!

Jadi, sama-samalah kita jadikan kisah hidup Nadia ini sebagai dorongan dan inspirasi untuk maju ke hadapan.


Baru 25 Tahun, Wanita Ayu Ni Dah Ada PhD Pharmacolgy

Percaya pada takdir tuhan, kejayaan dalam hidup itu akan hadir bersama-sama kebahagian dalam hidup. Ini baru goals dalam hidup! –mynewshub

Tebusan RM2 Juta: 14 Suspek Kes Culik Kakak Tan Sri Dicekup

Polis Selangor menyelesaikan kes culik kakak ahli perniagaan ternama bergelar Tan Sri bagi mendapatkan tebusan RM2 juta pada 10 November lalu, dengan penahanan 14 individu termasuk perancang utama, seminggu selepas kejadian.


Tebusan RM2 Juta: 14 Suspek Kes Culik Kakak Tan Sri Dicekup

Kesemua suspek warga tempatan termasuk empat wanita berumur antara 19 dan 40 tahun ditahan di tiga lokasi berasingan di Kuala Lumpur semalam, termasuk di kafe di Jalan Doraisamy, kelab di Jalan Tun Razak dan rumah kedai di Cheras.

Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat berkata, dalam kejadian kira-kira 6 petang itu, mangsa yang juga ahli perniagaan berusia 63 tahun diculik oleh tiga lelaki menaiki kereta ketika wanita itu sedang mendapatkan rawatan di pusat rawatan tradisional di Kelana Jaya.

“Ketika kejadian, tiga pekerja di pusat rawatan berkenaan cuba menghalang tetapi seorang daripada mereka telah dipukul oleh suspek menggunakan topi keledar. Mangsa telah ditahan di rumah di kawasan Cheras,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini, Rabu.

Menurut Abdul Samah, suspek turut meminta wang tebusan RM2 juta daripada keluarga mangsa sebagai syarat untuk melepaskan wanita itu.

Pada kira-kira 10 malam, Isnin lalu, keluarga mangsa membayar wang tebusan RM2 juta kepada suspek dan sekitar 10 malam hari sama, mangsa dibebaskan di Stesen LRT Bandar Baharu Sentul, Kuala Lumpur, katanya.

Abdul Samah berkata, susulan pembebasan mangsa pasukan khas polis yang ditubuhkan bagi menyiasat kes itu, menangkap empat lelaki di rumah kedai di Taman Bukit Anggerik, Cheras, kira-kira 12.45 pagi pada Selasa.

Turut dirampas daripada suspek ialah wang tunai RM10,740 selain sebilah parang, seutas tali digunakan untuk mengikat mangsa, tiga buah topi keledar serta pakaian dipakai suspek ketika kejadian.

Pada masa sama, katanya, satu lagi pasukan khas polis telah melakukan serbuan di kafe di Jalan Doraisamy dan menangkap lima lelaki termasuk perancang utama kes culik itu serta empat wanita pada kira-kira 1 pagi.

Beliau berkata, turut dirampas daripada suspek terbabit ialah wang tunai RM514,270, 11 telefon bimbit, sepucuk pistol tiruan dan dua buah kereta Toyota Altis dan Toyota Estima yang digunakan ketika menculik mangsa.

“Pada masa sama juga, satu lagi pasukan khas polis telah menangkap seorang lelaki di kelab di Jalan Tun Razak kira-kira 1 pagi dan turut merampas wang tunai RM197,700, kereta dan telefon bimbit daripada suspek.

“Keseluruhan wang tebusan yang berjaya ditemui semula berjumlah RM722,670 dan siasatan masih dijalankan bagi mengesan baki wang tebusan RM2 juta itu.

“Kita percaya kes ini berjaya diselesaikan berikutan kesemua 14 suspek terlibat secara langsung dan tidak langsung berjaya ditangkap. Kita juga masih siasat sama ada kumpulan ini ada terlibat dengan kes culik yang lain,” katanya sambil menambah seorang daripada suspek ada dua rekod kesalahan lampau iaitu samun dan pecah rumah.

Mengenai perancang utama kes culik itu, Abdul Samah berkata lelaki berusia awal 40-an terbabit juga terlibat dalam perniagaan dan pihaknya sedang menyiasat status perniagaan suspek.

Tambah beliau, kesemua suspek kini direman seminggu bermula semalam bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 3 (1) Akta Culik 1961 yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup, jika sabit kesalahan. –mynewshub

Terbaik! Murid Kelas Corot Dapat 5A UPSR

Siapa sangka adik perempuan ini yang merupakan seorang pelajar di kelas tercorot mampu meraih keputusan 5A di dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) baru-baru ini.


Terbaik! Murid Kelas Corot Dapat 5A UPSR

Siti Aisyah Mawardi, 12 tahun; telah membuktikan kepada semua bahawa dirinya juga mampu memperoleh keputusan yang setanding dengan kelompok pelajar bijak lain.

“Saya nekad mahu buktikan walaupun ditempatkan di kelas tercorot saya juga mampu memperoleh keputusan cemerlang dalam pelajaran seperti murid lain,” kata Aisyah.

Aisyah yang tinggal bersama nenek selepas ibu bapanya bercerai enam tahun lalu adalah antara 41 murid memperoleh keputusan cemerlang di Sekolah Kebangsaan Sentul 1, Kuala Lumpur.

Dia juga tidak menyangka akan mendapat keputusan cemerlang dalam semua mata pelajaran berikutan ketika peperiksaan percubaan UPSR sebelum itu hanya memperoleh 4B 1C.

“Keputusan yang kurang memberangsangkan itu menyebabkan saya terus memperbanyakkan ulang kaji mata pelajaran yang saya agak lemah.

“Saya juga bersyukur kerana selain selalu dibantu guru di sekolah, nenek juga tidak jemu memberi dorongan dan sokongan,” katanya seperti yang dilaporkan Berita Harian.

Ditanya resipi kejayaannya, Aisyah berkata, dia memberi tumpuan ketika belajar di dalam kelas serta sentiasa menyiapkan kerja sekolah selain mengikuti kelas tambahan disediakan pihak sekolah

Kisah mengenai kejayaan Aisyah ini bukan sahaja membuka mata sesetengah pihak, malah dapat dijadikan motivasi kepada pembaca terutamanya buat pelajar-pelajar. –mynewshub

IS Dedah Gambar 'Schweppes' Peledak Bom Letup Pesawat Rusia

Majalah rasmi Kumpulan Negara Islam (IS) pada Khamis mendedahkan gambar minuman Schweppes yang didakwa digunakan sebagai bahan membuat bom yang meletupkan pesawat Metrojet Russia di Semenanjung Sinai bulan lalu.


IS Dedah Gambar 'Schweppes' Peledak Bom Letup Pesawat Rusia


Dalam kejadian itu, semua 224 penumpang dan kru pesawat penumpang itu terkorban.

Gambar itu menunjukkan minuman tin Schweppes Gold yang menjadi bahan peledak dengan satu suis berwarna biru pekat serta tiga komponen ringkas yang didakwa menjatuhkan pesawat berkenaan.

Kerajaan barat berkata, pesawat berkenaan kemungkinan terhempas disebabkan letupan bom.

Malah Moscow pada Rabu mengesahkan letupan bom sebagai punca pesawat itu terhempas.

Bagaimanapun, kerajaan Mesir menegaskan mereka masih belum menjumpai sebarang bukti menunjukkan ia perbuatan jenayah.

Jurucakap Jabatan Negara Amerika, John Kirby pada Rabu berkata, kerajaan Amerika tidak dapat mengesahkan mengenai kesahihan dalam dakwaan majalah itu.

IS juga menyiarkan gambar yang didakwa mereka pasport dimiliki mangsa warga Rusia. - Reuters

Adele Semakin Langsing Dan Bergaya

Selepas tiga tahun sepi daripada dunia muzik, Adele muncul dengan single lagu baharu, Hello, sehingga meraih perhatian dunia.


Adele Semakin Langsing Dan Bergaya

Menurut laporan Dailymail, selain mendapat perhatian kerana lagu baharu yang hebat, penyanyi itu juga turut tampil dengan imej lebih langsing dan bergaya.

Perkara itu jelas dilihat apabila Adele muncul pada sebuah majlis di New York Isnin lalu, dia tampil penuh elegan dan klasik dengan menggayakan gaun hitam bersama kasut tinggi.

Berbeza denga penampilannya sebelum ini yang lebih berisi dan dilihat kurang keyakinan diri.-mstar

Wang Tebusan Tidak Dipenuhi Sebabkan Kepala Then Dipenggal

Seorang pegawai kanan tentera Filipina mendakwa kepala tebusan warga Malaysia, Bernard Then dipenggal oleh kumpulan militan Abu Sayyaf kerana tuntutan wang tebusan yang diminta tidak dipenuhi.


Wang Tebusan Tidak Dipenuhi Sebabkan Kepala Then Dipenggal

Komander Pasukan Petugas Bersama Sulu, Brigadier Jeneral Alan Arrojado berkata kumpulan Abu Sayyaf berpangkalan di Indanan yang diketuai pemimpin Alden Bagade dan Indang Susukan bertanggungjawab memenggal kepala Then.

Menurut Arrojado, rundingan gagal dicapai menyebabkan kumpulan itu memenggal kepala mangsa di Taran, Indanan pada pukul 4 petang.

Arrojado memetik sumber perisikan tentera berkata, kepala Then dipenggal dan dikebumikan dengan segera.

Beberapa jam sebelum pemenggalan, tentera melancarkan serangan udara ke atas wilayah yang dikuasai kumpulan Abu Sayyaf.

Arrojado berkata beliau telah mengarahkan unit Scout Ranger dan Marin untuk melakukan operasi memburu kumpulan itu dan mencari mayat mangsa.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi Twitternya pada malam Selasa memaklumkan polis masih belum dapat mengesahkan nasib Then buat masa ini.-mstar

Man United Kehilangan Anthony Martial

Manchester United mungkin terpaksa melupakan khidmat penyerang mudanya, Anthony Martial untuk sementara waktu apabila pemain itu mengalami kecederaan.


Man United Kehilangan Anthony Martial

United yang akan menentang Watford pada Sabtu ini mungkin kehilangan Martial selepas pemain itu kelihatan bertongkat dengan kaki kirinya berbalut akibat kecederaan ketika membantu Perancis menentang England pada Selasa.

Dalam perlawanan yang menyaksikan England menang 2-0, Martial terpaksa dikeluarkan pada minit ke-67 apabila penyerang Perancis itu mengalami kecederaan.

"Dia berada dalam kesakitan ketika ketika dikeluarkan. Tahap kecederaan pemain berusia 19 tahun itu belum diketahui setakat ini," jelas ketua jurulatih Perancis, Didier Deschamps.

Martial menjaringkan lima gol untuk United pada musim ini selepas dibeli dengan nilai £36 juta dari Monaco.-mstar

Penyokong Turki 'Boo' Pemain Bertafakur Untuk Mangsa Serangan Paris

Penyokong bola sepak Turki bertindak menyorak 'boo' ketika ketika pemain bertafakur selama seminit terhadap mangsa serangan di Paris.

Penyokong Turki 'Boo' Pemain Bertafakur Untuk Mangsa Serangan Paris

Sebaliknya, penyokong melaungkan 'Allahu Akhbar' sebelum perlawanan persahabatan antara Turki bertemu Greece bermula di Stadium Basaksehir Fatih Terim.

Dalam perlawanan itu, Turki dan Greece terikat 0-0 sehingga perlawanan tamat.

Media barat menyifatkan tindakan penyokong Turki sebagai biadap dan tidak menghormati Greece serta Perancis.

Bagaimanapun, penyokong pula menganggap kejadian itu merupakan insiden kecil berbanding yang dilakukan negara barat terhadap negara Islam lain.

Tiada kejadian tidak diingini atau kekerasan ditimbulkan penyokong sehingga perlawanan tamat.

Perlawanan itu turut disaksikan oleh Perdana Menteri Greece Alexis Tsipras dan Perdana Menteri Turki Ahmet Davutoglu.-mstar

Kereta Masuk Air Banjir? Ikuti 3 Tips Jimat Selamatkan RM3,000 Anda!

Semalam, hujan lebat telah menyebabkan banjir di kawasan Shah Alam dan Bandaraya Johor Bahru. Kalau kita lihat gamabr di mana-mana keratan akhbar dan media sosial, banyak kereta ditenggelami air.


Kereta Masuk Air Banjir? Ikuti 3 Tips Jimat Selamatkan RM3,000 Anda!

Kalau nak betulkan semula mesti memakan kos yang banyak kan? Sebab bukan semua insurans akibat bencana alam boleh dituntut. Oleh itu, kami nak kongsikan tips bagaimana nak selamatkan duit anda daripada melayang sehingga RM3,0000 dengan kereta anda sekali.

3 Tips Jika Kereta Ditenggelami Air Ini Akan Menyelamatkan RM3,000 Duit Poket Anda
Kereta Masuk Air Banjir? Ikuti 3 Tips Jimat Selamatkan RM3,000 Anda!



1. Jangan BUKA PINTU Langsung



2. Jangan START KERETA Langsung

Kereta Masuk Air Banjir? Ikuti 3 Tips Jimat Selamatkan RM3,000 Anda!


3. Jangan Lupa Minta Mekanik CHECK MINYAK ENJIN

Kereta Masuk Air Banjir? Ikuti 3 Tips Jimat Selamatkan RM3,000 Anda!

-ohbulan

Xavi Anggap Van Gaal Bodoh

Bekas ketua pasukan Barcelona, Xavi mengakui menganggap Louis Van Gaal sebagai seorang yang bodoh ketika jurulatih itu dilantik untuk membimbing kelab berkenaan.


Xavi Anggap Van Gaal Bodoh

Bekas pemain Sepanyol itu berkata, ketika itu dia merupakan pemain remaja di Nou Camp.

Bagaimanapun selepas seminggu menjalani latihan di bawah kendalian Van Gaal, Xavi mula menyedari bahawa Van Gaal tidak seperti yang disangkanya.

"Selepas dua hari berlatih saya mula sedar. Siapa yang bodoh? Selepas seminggu pula baru saya tahu bahawa dia orang yang tepat untuk melatih Barcelona.

"Dia seorang jurulatih yang baik. Dia mempunyai karektor yang tegas tetapi mampu bersabar walaupun dalam keadaan tertekan," jelas Xavi yang merupakan pemain kelab Al Sadd di Qatar.

Tambahnya, Van Gaal mempunyai cita-cita yang tinggi ketika mahu mendapatkan sebarang kejuaraan.

"Dia juga tegas dan sangat memilih supaya ia tidak lari daripada falsafah dirinya," jelas Xavi.-mstar

Kerani Sekolah Agama Dirogol Sebelum Dijerut Sehingga Mati

Seorang wanita ditemui mati dibunuh di kediamannya di Sungai Terap, malam tadi. Mangsa, Nurul Shahira binti Mohamed Yatim, 29, bekerja sebagai seorang kerani di Sekolah Agama Sungai Raya, Bukit Pasir, Muar, ditemui oleh pasukan polis yang menerima aduan dari jiran mangsa yang mengesyaki sesuatu apabila mangsa tidak keluar rumah jam 7 malam tadi.


Kerani Sekolah Agama Dirogol Sebelum Dijerut Sehingga Mati

Polis tiba di rumah mangsa mendapati enjin kereta Honda Civic, JJQ8178 milik mangsa masih hidup dengan pintu kereta bahagian pemandu terbuka.

Mayat mangsa ditemui terbaring dalam keadaan separuh bogel di depan pintu bilik dipercayai dirogol sebelum dijerut dengan tali pengikat langsir sehingga mati. Seluar dalam mangsa juga ditemui di atas badannya.

Terdapat juga kesan-kesan tompokan darah di atas lantai berhampiran mangsa dan serangkai kunci.

Barang-barang berharga milik mangsa termasuk dokumen pengenalan diri dan telefon bimbit juga hilang.

Motif kejadian masih tidak diketahui dan polis kini sedang menjalankan siasatan dan mengesan suspek. - THEHYPEMEDIA.COM

Real Madrid Sedia Lepaskan Cristiano Ronaldo

Real Madrid dilapor sedia melepaskan bintangnya Cristiano Ronaldo pada musim depan jika mereka menerima bayaran sebanyak £80 juta.


Real Madrid Sedia Lepaskan Cristiano Ronaldo

Pemain Portugal itu sebelum ini memberi isyarat akan meninggalkan Real Madrid dengan Manchester United dan PSG antara kelab yang mahu mendapatkannya.

Dalam persaingan antara dua kelab itu, United berharap dapat mencipta pembelian yang penuh emosi di kalangan penyokong kerana bintang pujaan mereka kembali ke Old Trafford.

Bagaimanapun Ronaldo pula mahukan cabaran baru bagi sebelum mengakhiri karier bola sepak yang penuh gemilang itu.

Media melaporkan, Real Madrid berharap mendapat bidaan tinggi kerana ia mampu membantu menambah tabung kelab berkenaan.

Tidak ketinggalan untuk mendapatkan Ronaldo ialah Chelsea selepas pemiliknya Roman Abramovic dikatakan sedang berusaha membawa pemain itu ke Stamford Bridge.-mstar

Zara Zya Akur Ada Pihak Tidak Gemar Lakonannya

Pelakon Zara Zya sedar ada pihak tidak menyukai lakonannya termasuklah dalam drama baharu, Tuan Anas Mikail siaran Astro Ria.


Zara Zya Akur Ada Pihak Tidak Gemar Lakonannya


Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 30, berkata, dia bersifat terbuka dengan sebarang kritikan terhadapnya dan mengambil kritikan sebagai pemangkin semangat untuk terus maju dalam kerjaya seninya itu.

"Itu biasa. Bukan semua orang suka kita. Tetapi setiap kerja yang diberi, saya buat yang terbaik.

"Sebelum ini pun, ada saja yang tidak sukakan lakonan saya. Saya sedar tentang perkara itu. Apa-apapun, saya percaya, dalam 80 peratus orang memuji, 20 peratus lagi adalah yang membenci," katanya kepada mStar Online.

Zara diminta mengulas laporan sebuah akhbar mingguan mengenai lakonan Zara Zya sebagai Ayu Maisarah yang dianggap terlalu berlebih-lebihan dan wataknya tidak dilihat semula jadi.

Malah Zara turut dikritik kerana terlalu kerap bermonolog dengan kamera sehingga menimbulkan rasa rimas penonton.

Sementara itu, Zara menjelaskan, dia faham ada yang tidak selesa mengenai lakonan bercakap dengan kamera lebih-lebih lagi ia sebuah drama berepisod.

Namun, konsep itu adalah biasa bagi produksi di negara luar, cuma ia kurang diaplikasikan di negara ini.

"Setiap lakonan dalam Tuan Anas Mikail, saya hanya mengikut kata pengarah iaitu Raja Ahmad Alauddin.

"Saya ada juga buat lakonan bercakap dengan kamera bagi telefilem Isteri Aku Bukan Tukang Masak dan ia diterima ramai. Mungkin drama ini berepisod, membuatkan penonton sedikit rimas. Mungkin orang tak biasa, saya tak pasti," ujarnya.

Dalam pada itu, drama Tuan Anas Mikail  memberi cabaran kepadanya lebih-lebih lagi ia perlu dilakonkan menggunakan dialek Utara.

"Susah sebenarnya nak berlakon drama ini, tetapi saya cuba jayakannya. Walaupun orang kritik lakonan saya, kiranya mereka tetap menonton drama ini.

"Bagaimanapun, saya tak pasti adakah drama ini sebenarnya diterima ataupun tidak," tuturnya.

Drama Tuan Anas Mikail yang turut dilakonkan oleh Aaron Aziz disiarkan pada setiap Isnin hingga Khamis di Astro Ria, pukul 10 malam.

Dalam drama itu Zara Zya memegang watak sebagai Ayu Maisarah.-mstar