Polis Tak Jadi Marah, ‘Lawan’ Menari Gadis Remaja

Sebuah video yang menunjukkan seorang anggota polis wanita dan seorang gadis remaja menari di tepi sebatang jalan di Washington DC, Amerika Syarikat (AS) telah menjadi viral menerusi media sosial.


Polis Tak Jadi Marah, ‘Lawan’ Menari Gadis Remaja

Hal tersebut dikatakan berlaku selepas pihak polis tempatan di ibu kota AS itu cuba untuk meleraikan pergaduhan melibatkan antara dua kumpulan remaja.

Walau bagaimanapun, seorang remaja perempuan di situ secara tiba-tiba menari di hadapan anggota polis wanita mengikut alunan muzik yang dipasang di lokasi tersebut.

Namun begitu, anggota polis yang tidak mahu mendedahkan namanya itu kemudian telah bersikap positif berbanding memarahi remaja berkenaan.

“Itu sahaja gaya yang kamu ada? Saya ada gerak tari yang lebih hebat daripada itu,” kata polis tersebut sambil menunjukkan skill menari yang dimilikinya.

Semua remaja di situ kedengaran ketawa dan terhibur dengan aksi rakan mereka bersama dengan anggota polis berkenaan.

Memang sporting habislah kalau semua polis macam ni!-mynewshub

Terketar-Ketar Acu Pistol & Beg Plastik Rompak Kedai Emas

Bukan saja terketar-ketar ketika mengacukan pistol, malah seorang penjenayah hanya menggunakan beg plastik untuk mengisi barang kemas bernilai lebih RM10,000 sebelum melarikan diri dari sebuah kedai emas di Kubang Semang, di sini, Jumaat.


Terketar-Ketar Acu Pistol & Beg Plastik Rompak Kedai Emas

Dalam kejadian jam 1 tengah hari, mangsa yang mahu dikenali sebagai Ghor, 46 tahun, dan isteri berada di belakang kaunter sebelum didatangi lelaki berkenaan yang lengkap memakai topi keledar dan topeng muka.

Ghor berkata, lelaki itu mengacukan pistol tepat ke mukanya yang duduk sebelum mengarahkannya mengambil beg plastik yang digantung di belakangnya.

“Dia mengugut menyuruh saya mengambil beberapa utas rantai leher yang dipamerkan dalam rak pameran dan memasukkannya ke dalam beg plastik putih.

“Ketika itu, saya melihat tangannya terketar-ketar memegang pistol dan tidak pasti sama ada ia senjata palsu atau tidak kerana terlalu bimbang ditembak,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Menurutnya, dia hanya mengikuti saja arahan penjenayah dengan mengambil sekurang-kurangnya enam rantai emas yang dilarikan lelaki itu.

Katanya, penjenayah itu mengambil masa kurang seminit untuk melakukan jenayah sebelum melarikan dengan menaiki sebuah kereta yang menunggunya di luar kedai.

“Saya tidak sempat mengecam kereta dinaiki lelaki itu kerana pada mulanya menyangkakan dia menunggang motosikal.

“Sejurus selepas itu, saya menghubungi pihak berkuasa dan memberikan keterangan berhubung kejadian itu. Ini kali kedua kedai saya disamun sejak 13 tahun berniaga, di sini,” katanya.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Rusli Mohd Noor berkata, pihaknya memburu suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan. – myMetro Online

Zizan Dinobat Juara Super Spontan All Stars, Menangi RM150K

Tahniah diucapkan kepada pelakon dan pelawak, Zizan Razak yang telah dinobatkan sebagai juara Super Spontan All Stars serta membawa pulang wang tunai berjumlah RM150,000 dengan trofi sumbangan Astro, malam tadi.


Zizan Dinobat Juara Super Spontan All Stars, Menangi RM150K

Kemenangan ini sekali gus menumpaskan ramai peserta lain termasuk pesaing terkuatnya, Johan yang hanya merangkul tempat kedua untuk memenangi wang tunai RM75,000 serta trofi.


Zizan Dinobat Juara Super Spontan All Stars, Menangi RM150K

Tidak dapat menahan sebaknya ketika diumum sebagai juara, Zizan dari kumpulan Silat Dongibab dilihat memeluk Johan sambil mengalirkan air mata dalam acara yang diadakan di Dewan Raja Muda Musa, Selangor.


Zizan Dinobat Juara Super Spontan All Stars, Menangi RM150K

Sebelum ini, pelakon filem Polis Evo ini pernah memenangi program Super Spontan musim pertama.

Sementara itu, gelanggang akhir Super Spontan All Stars turut menyaksikan Achey berada di tempat ketiga, diikuti Pak Yus (tempat keempat), Rahim (tempat kelima), dan Tauke (tempat keenam).-mynewshub

Real Madrid Tagih Khidmat Jose Mourinho

Real Madrid mahu Jose Mourinho kembali membimbing kelab itu dengan membawa pemain penting Chelsea ke Bernabeu.


Real Madrid Tagih Khidmat Jose Mourinho

Perkara didakwa oleh bekas Presiden Real Madrid, Ramon Calderon yang turut mengesahkan kelab gergasi Sepanyol tersebut mahukan khidmat Eden Hazard.

Media melaporkan, dakwaan Calderon boleh dipercayai kerana dia mempunyai hubungan rapat dengan presiden ketika ini iaitu Florentino Perez.

"Real Madrid mahu Mourinho kembali membimbing Real Madrid pada awal musim lalu manakala Rafael Benitez adalah pilihan keempat kelab.

"Mungkin mereka akan cuba mendapatkan dia lagi pada musim depan. Real Madrid juga mahukan Joachim Low yang kini membimbing pasukan kebangsaan Jerman.

Jelasnya, selain mahukan Mourinho, kelab itu juga berminat untuk mendapatkan Hazard.-mstar

Pemain Dram Flop Poppy Tiada Tempat Tinggal, Anak Pula Derita Sakit Usus

Bekas pemain dram Flop Poppy, Azman Ismail memohon bantuan bagi menjalani kos perbelanjaan rawatan dan pembedahan anaknya yang mengalami masalah usus selepas seminggu dilahirkan.


Pemain Dram Flop Poppy Tiada Tempat Tinggal, Anak Pula Derita Sakit Usus


Azman, 43, berkata, anaknya yang dilahirkan pada 15 Oktober lalu di Hospital Kuala Lumpur (HKL) disahkan mengalami masalah usus tidak bersambung dan perlu membuat pembedahan selepas usia bayi tersebut mencecah tiga bulan. 

"Anak saya mengalami masalah usus kerana usus besarnya tidak bersambung dan harus dibedah dalam tempoh umurnya berusia tiga bulan.

"Buat masa sekarang doktor telah menebuk perut anak saya bagi mengeluarkan najis dari perutnya," ujarnya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Jumaat.

Bagaimanapun, Azman berkata, pihak hospital masih belum memberitahu kos yang diperlukan untuk pembedahan usus tersebut.

Tambahnya, selain kos pembedahan, dia turut memerlukan kos perbelanjaan dan rawatan harian untuk anaknya yang kini memerlukan dia berulang alik ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

Lebih perit lagi, pendapatannya sebagai seorang pemuzik jalanan (busker) selepas empat tahun kumpulan Flop Poppy dibubarkan tidak cukup menampung kos kehidupan keluarga mereka.

Katanya, dia kini terpaksa berpindah ke sebuh hotel bajet berhampiran dengan HKL bagi memudahkan mereka untuk ke hospital.

"Selepas Flop Poppy dibubarkan, saya hanya jadi busker di sekitar Kuala Lumpur, jadi pendapatan tidak menentu, isteri saya yang dulu bekerja sebagai penyanyi di sebuah kelab malam terpaksa berhenti kerja bagi menjaga anak kami.

"Saya kini pindah berhampiran HKL supaya senang kami ulang alik dan disebabkan saya tiada pendapatan tetap dan memerlukan sejumlah wang deposit memasuki rumah baru, saya terpaksa tinggal di hotel bajet buat sementara," ujarnya.

Azman mendirikan rumah tangga dengan Azi Fitrah Ahmad pada tahun 2014.

Dalam pada itu, Azman berkata, bagi yang ingin menghulurkan bantuan boleh menghubungi nombor 011-11906910.-mstar

Rajinikanth Tak 'Rampas' Limosin Saya - Amber Chia

Model Amber Chia tidak berang sama sekali apabila mendapat tahu bahawa limosin dihiasi dengan pelekat 'Hello Kitty' yang sepatutnya dinaiki beliau turut digunakan oleh bintang besar filem Tamil, Rajinikanth.


Rajinikanth Tak 'Rampas' Limosin Saya - Amber Chia

"Tak apa, bila saya dapat tahu supestar Kollywood yang mengambil limosin saya. Cuma agensi pengembaraan sepatutnya memaklumkan kepada saya lebih awal," katanya kepada The Star Online.

Amber telah menunggu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selama hampir tiga jam, dengan menantikan limosin yang sama untuk menjemputnya ke majlis pembukaan kafe Hello Kitty di Sunway Pyramid.

"Bila saya dengar mengenai 'rampasan' itu, saya tidak fikir seorang selebriti akan melakukannya. Saya percaya Rajinikanth dan amat menghormati beliau. Beliau tak akan melakukan perkara seperti itu kepada orang lain," katanya.

Amber yang melakukan lawatan ke Da Nang, Vietnam untuk menjadi juri pada pencarian model 'Face of Vietnam' tiba di KLIA pada kira-kira pukul 6.15 petang Isnin.

Bagi memastikan beliau tiba pada majlis Hello Kitty tepat pada waktunya, Amber membuat dandanan rambut dan bersolek semasa transit di Ho Chi Minh dan memutuskan untuk tidak mendaftar masuk bagasi.

Setibanya di KLIA, Amber sudah bersedia untuk meninggalkan lapangan terbang bagi menghadiri majlis berkenaan pada pukul 6.20 petang.

"Tetapi bila saya telefon pemandu berkenaan, dia kata dia ingatkan waktu ketibaan saya pukul 7.30 petang. Saya tanya dia berapa lama saya perlu tunggu, dan dia beritahu dia perlu mengambil masa 45 minit untuk sampai ke KLIA," katanya.


Amber kemudiannya menghubungi semula bagi mengetahui kedudukan pemandu itu sejam selepas itu.

"Dia kata dia ada kecemasan di Melaka, dan perlukan lagi 45 minit," katanya.

Amber menghubungi pemandu berkenaan buat kali ketiga pada pukul 8.20 malam tetapi tidak berjawab.

Kliennya menundakan waktu pembukaan kafe kepada pukul 9 malam, dan Amber mengambil keputusan untuk menaiki teksi ke Sunway Pyramid dan tiba 20 minit sebelum pusat membeli-belah itu tutup pada 10 malam.

Amber memberi penjelasan bahawa beliau terpaksa menunggu lama kerana kliennya telah melaburkan sejumlah wang untuk menghiasikan limosin berkenaan, dan membayar untuk kemunculannya termasuk ketibaan pada pembukaan kafe menggunakan kenderaan tersebut.

"Saya perlu jalankan tanggungjawab saya. Saya berasa serba salah terhadap klien saya, dan mereka memohon maaf. Mereka meminta saya supaya menunggu limosin itu, dan saya fikir ia kerana mereka telah berbelanja banyak untuk pelekat (Hello Kitty)," katanya.


Rajinikanth Tak 'Rampas' Limosin Saya - Amber Chia

Beliau menjelaskan kepada kliennya bahawa limosin tersebut sudah ditempah sepanjang hari.

Menurut Amber, penulis blog lain juga terpaksa menunggu lama kerana kenderaan itu sepatutnya menjemput mereka untuk lawatan limosin bersama media sebelum sesi bergambar di hadapan kafe.

Bagaimanapun, apa yang berlaku masih menjadi misteri dan beliau berharap klienya dapat menjelaskan mengenai insiden berkenaan.

"Saya harap saya betul, kerana mengambil telefon orang lain adalah salah," katanya mengenai lapoan bahawa wakil kepada bintang ternama itu merampas telefon mudah alih milik pemandu tersebut.

"Saya amat menghormati Rajinikanth dan saya tidak fikir beliau akan melakukan perkara ini kepada orang lain. Beliau seorang yang matang," tambah Amber.-mstar

Foto Pra-Perkahwinan Shukri Yahaya & Tya Adnan

Mengambil foto pra-perkahwinan sudah menjadi trend di kalangan pengantin hari ini dan yang terbaru pelakon Shukri Yahaya dan tunangnya Tya Adnan juga tidak ketinggalan.


Foto Pra-Perkahwinan Shukri Yahaya & Tya Adnan

Astro Gempak telah menerima beberapa keping foto Pra-Perkahwinan Shukri dan Tya daripada jurugambar rasmi mereka, Pinography Official.

Shukri dan Tya dilihat sangat ranggi dan sempoi mengenakan kemeja putih dan jeans biru sedondon bersama sepasang kaca mata.

Foto Pra-Perkahwinan Shukri Yahaya & Tya Adnan


 Astro Gempak kongsikan kepada anda beberapa keping foto pra-perkahwinan Shukri dan Tya. Comel sangat tau mereka berdua ni, macam pinang dibelah dua!

Pasangan sama cantik sama padan ini bakal melangsungkan pernikahan pada 20 November depan.


Foto Pra-Perkahwinan Shukri Yahaya & Tya Adnan

Majlis akad nikah Shukri dan Tya akan berlangsung di Putrajaya manakala majlis resepsi mereka akan diadakan keesokan hari di Cyberjaya.-astrogempak

(5 Gambar) Foto Hanez Suraya Dan Baby Bump!

Lama tak dengar cerita mak buyung yang sorang ni, Hanez Suraya yang kini tengah sarat mengandungkan anak pertamanya bersama suami tercinta, Romie Razin Adilha.


Foto Hanez Suraya Dan Baby Bump!

Pasangan Hanez Suraya dan Romie Dinikahkan pada 14 Mac 2015 dan kini kehidupan yang mereka bina semakin bahagia lebih-lebih lagi menanti kedatangan insan baru sekaligus menepis dakwaan sebelum ini Rumah Tangga Hanez Suraya Kini Bermasalah.


Foto Hanez Suraya Dan Baby Bump!

Untuk pengetahuan, kandungan Hanez Suraya kini sudahpun memasuki usia 5 bulan. Sejak mengetahui diri berbadan dua setelah pulang dari mengerjakan umrah, Hanez Suraya tidak henti melafazkan rasa syukur ke hadrat Ilahi. Mungkin Allah merencanakan sesuatu yang indah buat dirinya.


    “Saya dan suami sudah mula membuat persiapan dengan membeli barangan keperluan anak. Pada waktu sama, saya menerima banyak hadiah daripada saudara-mara dan kenalan rapat.

    “Insya-Allah, dalam tempoh sebulan dua lagi saya mengadakan majlis kesyukuran dan lenggang perut.

Apa kata kita layan dulu beberapa lagi gambar Hanez Suraya yang terbaru ini, semakin berseri-seri aurat keibuannya. Tahniah Hanez, jaga diri!-gosipmalaysia




Foto Sekitar WebTVAsia Awards 2015

Buat julung kalinya, WebTVAsia Awards 2015 telah berlangsung dengan meriah malam tadi. Bertempat di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid, acara yang dibawakan oleh Prodigy Media Group and WebTVAsia ini meraikan kebangkitan kandungan online terbaik bagi 12 negara Asia.


Foto Sekitar WebTVAsia Awards 2015

Dihoskan oleh JinnyBoyTV dari Malaysia dan Kandy dari Hong Kong, WebTVAsia Awards turut menjemput bintang sensasi YouTube serta artis-artis terkenal seperti Namewee, Najwa Mahiaddin dan Amir Jahari (Malaysia), SNH48 (China), The Viral Fever (India), Mikey Bustos (Philippines), Last Day Production (Indonesia), LadyBaby (Japan), Awesome Hauen (Korea), Wah! Banana (Singapore), Bie the Ska (Thailand) dan banyak lagi.

Mari kita lihat lihat koleksi foto yang berlangsung di sekitar WebTVAsia Awards 2015 malam semalam. Foto diambil menerusi pelbagai akaun Instagram dan carian gambar adalah menerusi hashtag #WebTVAsia dan #WebTVAsiaAwards2015.-murai


Foto Sekitar WebTVAsia Awards 2015







Chong Wei Mara Ke Final Terbuka Perancis

Bekas pemain nombor satu dunia, Lee Chong Wei mara ke pusingan akhir Kejohanan Siri Super Terbuka pertamanya selepas 16 bulan apabila menewaskan pemain China, Wang Zhengming pada perlawanan separuh akhir Terbuka Perancis pada Sabtu.


Chong Wei Mara Ke Final Terbuka Perancis

Chong Wei menumpaskan lawannya yang juga pemain ke sembilan dunia , 21-7, 21-13 pada saingan yang mengambil masa 35 minit itu.

Pemain Malaysia dan berada di kedudukan nombor 19 dunia ini menewaskan pemain Jepun, Sho Sasaki, 21-9, 21-12 pada perlawanan suku akhir pada Jumaat.

Penerima pingat perak Olimpik ini bakal merebut gelaran juara ke 39 Kejohanan Siri Super Terbuka dan akan menentang juara bertahan dari Taiwan, Chou Tien-chen pada Ahad.

Tien-chen, pemain nombor lima dunia, menyingkirkan pemain nombor dua dunia, Jan O Jorgensen dengan straight set 21-11, 21-19  dalam empat perlawanan menentang pemain dari Denmark.

Sebelum ini, Chong Wei tidak pernah menentang pemain berusia 25 tahun itu, tetapi turut berwaspada dengan Tien-chen.

Pemain dari Taiwan ini layak ke pusingan separuh akhir pada tiga kejohanan iaitu Terbuka Jepun, Terbuka Korea dan Terbuka Denmark.

Chong Wei sebelum ini beraksi pada pusingan akhir Kejohanan Siri Super Terbuka Jepun pada Jun.-mstar

Bayern Munich Lakar Rekod Kemenangan Ke-1000

Bayern Munich menjadi kelab pertama Liga Jerman yang mencatat seribu kemenangan selepas menewaskan Cologne 4-0 pada aksi lewat Sabtu malam.
Bayern Munich Lakar Rekod Kemenangan Ke-1000

Bayern Munich melakar rekod kemenangan terbanyak liga itu dengan 1714 perlawanan, 1000 menang, 385 tewas dan 329 seri keseluruhannya.

Pada aksi tersebut, pemain sayap veteran Arjen Robben membuka jaringan awal pada minit ke-35 permainan selepas berehat panjang sejak 3 September lalu gara-gara mengalami kecederan ketika beraksi dalam saingan Kelayakan Euro 2016 sebelum ini bersama Belanda.

Pemain antarabangsa Chile, Arturo Vidal menambah gol kedua Bayern, lima minit sebelum tamat babak separuh masa pertama.

Penjaring terbanyak Bundesliga, Robert Lewandowski melakar jaringan ketiga pada minit ke-62 sebelum Thomas Mueller mengukuhkan kedudukan dengan gol keempat minit ke-77.

“Saya sangat gembira kerana ia dianggap satu hadiah di atas kerja keras kami.

“Saya juga teruja melihat Douglas Costa bermain dan Kingsley Coman turut menjalankan tugas dengan baik di usia 19 tahun. Kami memerlukan pemain yang berkualiti seperti mereka di padang.

“Apabila kamu beraksi sejak awal perlawanan dan menjaringkan gol, kamu boleh gembira,” jelas Robben.

Sementara itu, pengurus pasukan, Pep Guardiola turut meluahkan perasaan bangganya terhadap Bayern Munich.

“Perkataan pertama saya hari ini milik Bayern. Seribu kemenangan adalah sangat luar biasa dan saya sangat berbangga menjadi jurulatih di sini.”

Kemenangan ini sekurang-kurangnya mengubat kembali kekecewaan tewas buat kali pertama musim ini kepada Arsenal (2-0) dalam aksi Liga Juara- Juara Eropah Selasa lalu, sekaligus mengukuhkan kedudukan liga dan berpeluang merakam rekod kejuaraan Bundesliga buat kali keempat berturut-turut.-mstar

Mourinho Diarah 'Keluar' Padang, Tewas 2-1 Kepada West Ham

Pengurus Chelsea, Jose Mourinho enggan ditemuramah pihak media selepas diarah berada di tempat duduk penonton serta aksi tewas 2-1 kepada West Ham di Upton Park dalam aksi Liga Perdana, Sabtu malam.
Mourinho Diarah 'Keluar' Padang, Tewas 2-1 Kepada West Ham

Mimpi ngeri kekalahan The Blues berterusan apabila tewas kali kelima dalam sepuluh perlawanan sekaligus memberi tekanan kepada Mourinho yang turut menyalahkan media dalam aksi tewas ini.

Chelsea tewas selepas bermain dengan sepuluh pemain apabila Namenja Matic dilayangkan kad kuning kedua sekaligus diarah keluar padang apabila melakukan kesalahan terhadap pemain tuan rumah, Mauro Zarate dan menolak Diafra Sakho pada minit ke-44.

Tindakan pengadil Jonathan Moss mengeluarkan kad merah kepada pemain tengah itu membuat Mourinho berang dan berada di ‘touchline’  sekaligus dia diarah meninggalkan padang bersama jurulatih skuad utama, Silvino Louro yang tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil itu.

Awal bulan ini, Mourinho turut didenda 50,000 pound (RM325,656) dan digantung satu perlawanan oleh Persatuan Bola Sepak England (FA) kerana mengkritik pengadil Robert Madeley ketika aksi tewas 3-0 kepada Southampton, 3 Oktober lalu.

Dalam perlawanan itu, Zarate memberi jaringan awal kepada West Ham pada minit ke-17 dan kedudukan itu kekal sehingga tamat separuh masa pertama perlawanan.

Namun Gary Cahill berjaya menyamakan kedudukan pada babak kedua, minit ke-55.

Berjauhan dengan pengurus tidak menghalang pemain-pemain Chelsea mempamerkan aksi lebih baik, namun situasi kemuncak dalam mencari gol kemenangan tersekat apabila pemain gantian, Andy Carroll menyumbat gol kemenangan buat West Ham, minit ke-79.

Kekalahan tersebut menyaksikan kekebalan skuad bimbingan Slaven Bilic di laman sendiri apabila sebelum ini turut menewaskan pasukan Arsenal, Liverpool dan Manchester City.-mstar

Syaiful Zero Batal Masjlis Resepsi Kerana Isteri Hamil

Pelawak Syaiful (Zero) memberitahu terpaksa membatalkan hasrat untuk mengadakan majlis persandingan selepas isterinya Ashura Rudy kini disahkan hamil dua bulan.


Syaiful Zero Batal Masjlis Resepsi Kerana Isteri Hamil


Syaiful atau nama sebenarnya Mohd Syaiful Bin Doli Sharif, 26, berkata, mereka akan meraikan kedua-dua pihak keluarga dalam sebuah majlis kenduri secara kecil-kecilan selepas semua urusan berkaitan kerjaya dan rumah yang musnah dijilat api pada 17 Jun lalu selesai.

"Majlis resepsi mungkin tidak ada kerana sekarang isteri saya sudah hamil dua bulan, manakala saya pula sibuk dengan beberapa urusan kerja.

"Selain itu, rumah kami yang terbakar juga masih belum siap dibina semula. Isya-Allah kalau semuanya selesai dan ada tarikh yang sesuai kami akan mengadakan kenduri doa selamat sahaja," ujarnya kepada mStar Online.


Syaiful Zero Batal Masjlis Resepsi Kerana Isteri Hamil


Sementara itu, ditanya tentang perkembangan keluarga mereka di Sabah selepas insiden kebakaran, Syaiful berkata, ibu dan adik beradiknya kini menetap di Kuala Lumpur bersama mereka.
Syaiful berkata, buat masa ini dia terpaksa berulang alik dari Kuala Lumpur ke Sabah bagi bertemu isteri dan menyelesaikan hal berkaitan rumah.

"Ibu dan adik-adik kami sekarang pindah tinggal bersama kami di sini sementara rumah baru siap. Isteri saya pula tingga bersama keluarganya di Sabah, jadi saya terpaksa berulang alik untuk bertemunya. Jika saya ada cuti lebih empat hari saya akan balik ke Sabah.

"Saya tidak boleh bawa isteri ke sini kerana perlu menyelesaikan beberapa perkara berkaitan paspot kerana bukan warganegara Malaysia.

"Selain itu, tapak rumah kami yang terbakar sudah ditambak untuk dibina rumah yang baru. Kami buat rumah kayu sahaja kerana rumah batu tidak sesuai dibina di tepi pantai," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Syaiful bersama adiknya Mohd. Kadir Doli Sharif, 24, bakal berentap dalam program Juara Parodi yang bakal bersiaran pada setiap Jumaat, pukul 10 malam di Astro Warna (saluran 132) bermula 6 November depan.-mstar

Wanita Sado Ini Jadi Yakin Jika Otot Lebih Besar

Trend berbadan sado dan tegap kini semakin mendapat perhatian dan popular di kalangan anak lelaki zaman ini.

Badan serta tangan yang berotot bukan sahaja menunjukkan seseorang itu kuat serta gagah malah trend itu juga kini sudah menjadi sesuatu kepentingan untuk tampil dalam bidang peragaan.


Wanita Sado Ini Jadi Yakin Jika Otot Lebih Besar

Tubuh badan yang sasa ini juga membuatkan seseorang lelaki itu tampak lebih tampan dan menawan.

Walau bagaimanapun, tampil dengan fizikal sado dan sasa ini sebenarnya turut menarik perhatian segelintir kaum hawa.

Lihat sahaja penampilan Rene Campbell ini, wanita berusia 38 tahun ini menyatakan dirinya semakin berkeyakinan jika otot badannya lebih besar.


Wanita Sado Ini Jadi Yakin Jika Otot Lebih Besar

Rene yang juga seorang ahli bina badan memberitahu dia mula tertarik untuk berbadan sado ini selepas hadir menyaksikan pertandingan bina badan satu ketika dahulu.

Wanita itu terpesona dan terpukau sewaktu ahli bina badan tersebut berjalan memasuki gelanggang dan dia merasakan badan seperti itu melambangkan kekuatan dan kuasa dalam dirinya.


Wanita Sado Ini Jadi Yakin Jika Otot Lebih Besar

Bekas atlet Triathlon (gabungan 3 sukan lari jarak jauh, berenang dan berbasikal) itu sebelum ini memiliki tubuh badan yang biasa sama seperti wanita lain.

Namun, demi mendapatkan tubuh badan yang diidamkan itu, dia mula menjadi seorang biorexic iaitu seseorang yang sangat berdedikasi untuk membesarkan badannya dengan cara pemakanan dan latihan yang sewajarnya.

Wanita Sado Ini Jadi Yakin Jika Otot Lebih Besar

Rene juga mengakui sebelum ini dia merupakan seorang yang sangat pemalu tetapi dengan tubuh badannya yang sebegini, dia tampil lebih berkeyakinan!-mynewshub

Gaji Minimum Pekerja Swasta Semenanjung RM1,000

Gaji minimum pekerja swasta bagi semua sektor di Semenanjung Malaysia bakal dinaikkan daripada RM900 kepada RM1,000, demikian diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.


Gaji Minimum Pekerja Swasta Semenanjung RM1,000

Beliau yang juga Menteri Kewangan menyatakan perkara itu ketika membentangkan Bajet 2016. Peraturan gaji minimum mula dilaksanakan pada 1 Januari 2013 bagi disesuaikan dengan keadaan kos sara hidup ketika itu.

Isu tersebut telah lama diperjuangkan oleh Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) susulan aduan banyak pekerja pada waktu itu menerima gaji asas yang jauh lebih rendah berbanding beban kos sara hidup sebenar.

Ia juga bagi menggalakkan pihak majikan swasta mengurangkan pergantungan sumber buruh daripada pekerja asing dan sekali gus menarik minat anak muda tempatan untuk berkhidmat dalam sektor yang kurang popular.

Kementerian Sumber Manusia yang mewartakan kadar upah minimum turut mengambil kira maklum balas pihak Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) pada ketika itu termasuk beban besar kos kewangan perlu ditanggung.

Najib pada pembentangan Bajet 2016 turut mengumumkan kadar baharu gaji minimum untuk pekerja swasta di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan juga akan dinaikkan daripada hanya RM800 kepada RM920.

Kadar baharu gaji terendah berkenaan bakal mula dilaksanakan pada 1 Julai 2016, namun ia tidak meliputi sektor pembantu rumah yang masih lagi mengekalkan mekanisme penentuan upah berasaskan hukum pasaran semasa.

Terdahulu, beliau mengumumkan gaji permulaan terendah dalam perkhidmatan awam akan ditetapkan kepada RM1,200 sebulan, sekali gus bakal memanfaatkan 60,000 penjawat awam yang kini menerima gaji cukup kecil.

Perkara itu pernah dibangkitkan oleh Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) ekoran rungutan kakitangan peringkat rendah yang ada bergaji bulanan di bawah garis kemiskinan tegar RM900.

Mengulas lanjut, Najib ketika pembentangan Bajet 2016 itu turut memaklumkan bahawa kerajaan bersetuju untuk menambah baik beberapa perkara lagi bagi menghargai sumbangan dan khidmat bakti kakitangan sektor awam.

Ini termasuk usaha berterusan untuk menambah baik 252 skim perkhidmatan sedia ada yang bakal memberikan manfaat besar kepada kira-kira 406,000 orang penjawat awam di seluruh negara. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

BR1M Naik Kepada RM1000

Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi tahun 2016 untuk isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah akan ditingkatkan daripada RM950 kepada RM1,000.


BR1M Naik Kepada RM1000

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Bajet 2016 di Dewan Rakyat di sini, Jumaat, berkata pemberian BR1M bagi isi rumah berpendapatan antara RM3,001 hingga RM4,000 akan ditingkatkan daripada RM750 kepada RM800.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata bagi individu bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas, serta berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, kadar bantuan akan ditingkatkan daripada RM350 kepada RM400.

Beliau berkata satu kategori baharu akan diperkenalkan bagi semua penerima di dalam senarai e-Kasih yang berpendapatan bulanan di bawah RM1,000 akan menerima BR1M sebanyak RM1,050 manakala bagi Skim Khairat Kematian pula, pemberian RM1,000 akan diteruskan.

"Keseluruhannya, kesemua bantuan ini akan memanfaatkan sebanyak 4.7 juta isi rumah dan 2.7 juta individu bujang dengan memperuntukkan 5.9 bilion ringgit," katanya.

Najib berkata bagi merealisasikan harapan, seperti yang dijanjikan, dalam ikhtiar meringankan kos sara hidup rakyat pula, BR1M akan diteruskan.

"Saya tahu benar, ada pihak yang mengatakan bahawa BR1M tidak perlu diteruskan. Namun, melalui maklum balas yang diterima, mereka sangat bersyukur dan berterima kasih atas keprihatinan kerajaan ini, kerana terbukti, bantuan Rakyat 1Malaysia tersebut telah sedikit sebanyak membantu meringankan beban hidup mereka.

"Sehubungan yang demikian, selaras dengan Aku Janji Kerajaan Barisan Nasional juga, sukacitanya saya umumkan, jumlah BR1M untuk tahun 2016 akan dinaikkan," katanya.

BR1M mula diperkenal pada 2012, yang memberi manfaat kepada golongan berpendapatan rendah, dengan memberi bantuan tunai sebanyak RM500 kepada ketua isi rumah berpendapatan RM3,000 dan ke bawah.

Pada 2013, BR1M 2.0 diteruskan dan diperluaskan kepada individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan.

Pada 2014 BR1M 3.0, bagi isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah dinaikkan daripada RM500 kepada RM650, manakala bagi individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, nilai bantuan dinaikkan daripada RM250 kepada RM300.

BR1M 3.0 diperluas kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000 dengan nilai bantuan sebanyak RM450.

Dalam Bajet 2015, kerajaan menaikkan kadar BR1M 4.0 kepada RM950 daripada RM650 untuk isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah dibayar secara tiga kali ansuran iaitu pada Januari, Mei dan September.


Bagi isi rumah berpendapatan bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000; kerajaan meningkatkan kadar BR1M daripada RM450 kepada RM750 manakala bagi kategori individu bujang berumur 21 tahun ke atas dan berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, kadar itu dinaikkan daripada RM300 kepada RM350.-mynewshubx

Gelaran 'Datuk Seri' Kepada Khir Toyo Ditarik Balik

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan penarikan balik darjah kebesaran yang membawa gelaran 'Datuk Seri' yang dikurniakan kepada bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo, berkuat kuasa 30 September lepas.


Gelaran 'Datuk Seri' Kepada Khir Toyo Ditarik Balik

Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata penarikan Keahlian Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (S.P.M.S) Kelas Pertama yang dikurniakan kepada Dr Mohamad Khir pada 2001 diputuskan oleh baginda selepas berunding dengan Dewan Diraja Selangor.

Beliau berkata penarikan darjah kebesaran ini adalah berasaskan kepada keputusan Mahkamah Persekutuan pada 29 September lepas, yang mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 bulan diputuskan Mahkamah Tinggi Shah Alam terhadap Dr Mohamad Khir atas tuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh tanah dan sebuah banglo di Shah Alam, lapan tahun lepas.

"Memandangkan Dr Mohamad Khir Toyo didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman atas kesalahan yang dipertuduhkan, maka beliau adalah seorang yang tidak lagi layak dan sesuai untuk memegang darjah kebesaran ini," katanya dalam satu kenyataan Jumaat.

Justeru, beliau berkata Dr Mohamad Khir dilarang menggunakan darjah kebesaran serta gelaran 'Datuk Seri' dan pihak lain turut ditegah daripada memanggil beliau dengan gelaran berkenaan memandangkan ia telah ditarik balik.

Mohammed Khusrin berkata Sultan Selangor memandang berat terhadap reputasi penerima Darjah Kebesaran Negeri Selangor terutama dalam kalangan pemimpin negara dan negeri yang terlibat dalam mana-mana salah laku jenayah serta perlakuan tidak berintegriti seperti kesalahan rasuah, pecah amanah dan penyalahgunaan kuasa.

Beliau berkata para penerima Darjah Kebesaran Negeri Selangor hendaklah melindungi martabat darjah kebesaran yang dipakai selain memelihara status penerimanya.

"Sehubungan itu, Duli Yang Maha Mulia menasihatkan semua penjawat awam di semua peringkat dan semua lapisan pemimpin, golongan profesional dan pemimpin korporat secara amnya, supaya tidak mudah terpengaruh dengan amalan penyalahgunaan kuasa ataupun membiasakan diri dengan budaya rasuah dalam kehidupan seharian yang impaknya boleh membawa kepada kemusnahan martabat kaum, bangsa, rakyat, agama dan negara," katanya.-mstar

Lionel Messi Bakal Ke EPL

Penyerang Barcelona, Lionel Messi memberi bayangan awal bahawa dia bersedia untuk mempertimbangkan tawaran daripada tiga kelab terkemuka Liga Perdana Inggeris (EPL) iaitu Chelsea, Manchester United dan Manchester City.

Lionel Messi Bakal Ke EPL

Ketiga-tiga kelab itu sudah menghubungi wakil Messi dan percaya beliau akan mempertimbangkan tawaran yang dirasakan berbaloi.

The Sun melaporkan Messi tertarik untuk mencuba nasib di England.

Namun, adalah mustahil untuk memenuhi klausa perpindahan pemain kelahiran Argentina yang dianggarkan bernilai 250 juta euro.

Ini bermakna Messi hanya boleh berhijrah pada musim panas 2017 ketika dia berusia 30 tahun dan kontraknya hanya berbaki setahun.-mstar

Van Gaal Dakwa Martial Bodoh

Louis Van Gaal menyifatkan Anthony Martial sebagai bodoh apabila menghadiahkan sepakan penalti kepada CSKA Moscow dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah pada awal pagi Khamis.

Van Gaal Dakwa Martial Bodoh

Pasukan tuan rumah, CSKA dihadiahkan penalti selepas Martial menyentuh bola menggunakan tangan pada minit ke-15, sekaligus memberi ruang kepada lawan mendahului 1-0.

Van Gaal bagaimanapun mengakui gembira dengan aksi penyerang berusia 19 tahun itu yang turut menghasilkan gol penyamaan buat United.

Jaringan Martial berjaya menyelamatkan United daripada tewas tipis dalam perlawanan tersebut.

"Martial adalah seorang manusia. Dia mampu bertindak balas dan tindak balas itu kelihatan bodoh. Tetapi tindakan sebaliknya juga berlaku (jaringkan gol).

"Dia berkata itu tindakan pertama kali dibuat (menghadiahkan penalti kepada lawan). Tetapi saya gembira dengan aksinya secara keseluruhan," jelas jurulatih kelahiran Belanda itu.-mstar

Wanita Hias Rumah Keluarga, Jadi Seperti Rumah Hantu

Apabila seorang pelukis Gothic dari Los Angeles, Christine McConnell memutuskan untuk menghias rumah ibu bapanya bagi Halloween, dia tidak bermaksud hanya memasang labu di luar rumah sehaja.


Wanita Hias Rumah Keluarga, Jadi Seperti Rumah Hantu

Sebaliknya, Christine telah mengecat dan mengubah rumah ibu bapanya hingga menjadi umpama rumah hantu.

“Saya mempunyai rumah sendiri tetapi rumah mereka mempunyai latar belakang yang cantik dan saya suka berada bersama mereka, jadi saya meloncat kegembiraan apabila melakukan pengubahsuaian ini,’’ katanya.

Dia mengambil masa selama tiga hari untuk mengubahnya dan melakukan semuanya sendiri.

Ditanya reaksi ibu bapanya mengenai dekorasi berkenaan, Christine berkata, mereka agak skeptikal tetapi selepas melihat gigi hiasan itu, mereka menyukainya.-Apabila seorang pelukis Gothic dari Los Angeles, Christine McConnell memutuskan untuk menghias rumah ibu bapanya bagi Halloween, dia tidak bermaksud hanya memasang labu di luar rumah sehaja.mynewshub

Tunku Ismail Mahu FIFA Siasat FAM

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menggesa Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) supaya menyiasat Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kerana mendakwa badan tersebut gagal menangani korupsi dan menyimpan pendapatan hasil penyiaran.


Tunku Ismail Mahu FIFA Siasat FAM

Tunku Ismail berkata, FAM juga patut dipersalahkan apabila ranking pasukan bola sepak negara jatuh ke tangga ke-171 selepas kalah kepada UAE 10-10 bulan lepas.

"Mungkin Fifa perlu soal-siasat FAM," dipetik kata Tunku Ismail kepada Reuters.

Tunku Ismail memberitahu, tiada siapa yang berminat untuk bergerak ke hadapan atau membawa bola sepak ke tahap yang lebih tinggi.

"Semuanya untuk kepentingan mereka sendiri dan kedudukan. Sebahagian besar kelab-kelab dikendalikan oleh ahli politik dan mereka semua mahu bermain dengan selamat," kata Tunku Ismail.

Pada Januari lalu, FAM mengikat perjanjian 15 tahun dengan MP & Silva dan syarikat tersebut komited untuk memberi dana sekurang-kurangnya RM1.2 bilion ringgit ke dalam persatuan itu.

Perjanjian itu juga akan dapat melihat liga diswastakan musim depan.

Tunku Ismail berkata, rundingan masih diteruskan antara kelab, MP & Silva dan FAM tentang bagaimana wang itu akan diagihkan tetapi tidak berpuas hati dengan apa yang telah dicadangkan.

"Sepatutnya dalam setiap liga di dunia setiap kelab yang mengambil bahagian harus mempunyai 90-95 peratus daripada hak penyiaran yang akan membantu mereka untuk mempunyai projek pembangunan belia mereka sendiri, menambah baik infrastruktur dan mempunyai pasukan yang berkualiti," katanya.

"Tetapi masalahnya ialah FAM hanya memberikan 22 peratus kepada pasukan-pasukan, sehingga setiap pasukan hanya akan mendapat 1 juta ringgit, manakala FAM menikmati sebahagian daripada 47 juta.

"Sepatutnya, ia perlu diberikan kepada kelab. Apa yang FAM lakukan pada dasarnya mencuri wang dari kelab dan dunia perlu tahu bahawa. Ia adalah salah." tambah Tunku Ismail.

Tunku Ismail berkata, bantahan beliau ke atas FAM yang dikongsi di media sosial, telah menerima sokongan yang sedikit daripada rakan-rakan presiden kelab dan beliau menyalahkan jurang generasi dan kesungguhan mereka untuk mengekalkan status quo.

Beliau menggesa peminat untuk memboikot perlawanan di seluruh negara jika mereka mahu memberi kesan kepada pihak berkuasa.

"Kejahilan adalah kunci kepada huru-hara. Jika anda mengabaikan sesuatu dan tidak berminat untuk memperbaikinya maka kita selamanya akan menjadi seperti diri kita pada hari ini.

"Jika ahli presiden FAM dan semua Exco (jawatankuasa eksekutif) benar-benar mempunyai kepentingan dan niat yang baik untuk meningkatkan bola sepak Malaysia maka mereka harus melakukan sesuatu mengenainya. Jika tidak, saya rasa mereka tidak perlu ada kerana anda (FAM) memberikan Malaysia nama yang buruk," kata Tunku Ismail.-mstar

Van Jenazah Terbakar,Keranda Mengelungsur Keluar

Kemalangan yang berlaku di Batu Kurau, melibatkan sebuah van jenazah terbakar dan keranda mengelungsur keluar. Tak pasti ada jenazah ke tidak.


Update komen : Tiada jenazah, pemandu selamat.

Van Jenazah Terbakar,Keranda Mengelungsur Keluar

Van Jenazah Terbakar,Keranda Mengelungsur Keluar

Van Jenazah Terbakar,Keranda Mengelungsur Keluar

Van Jenazah Terbakar,Keranda Mengelungsur Keluar

Van Jenazah Terbakar,Keranda Mengelungsur Keluar

Van Jenazah Terbakar,Keranda Mengelungsur Keluar

Van Jenazah Terbakar,Keranda Mengelungsur Keluar

Van Jenazah Terbakar,Keranda Mengelungsur Keluar

Van Jenazah Terbakar,Keranda Mengelungsur Keluar

19/10/2015 jam 5.29 petang. #PERAK #DTrKemalangan yang berlaku di Batu Kurau, melibatkan sebuah van jenazah terbakar...
Posted by DAily TRaffic REport on Monday, October 19, 2015
-komeciter