Siti Elizad Pilih Duda Sebagai Bakal Suami

Siti Elizad, nama yang sudah agak lama berada dalam industri lakonan tempatan dan sering diperkatakan kerana keberkesanan dalam membawa sesuatu watak yang diberi. Sedang hangat dengan watak Kyra Lydia dalam drama bersiri adaptasi novel Teman Lelaki Upahan, nampaknya beliau bakal menamatkan zaman bujang tidak lama lagi.


Siti Elizad Pilih Duda Sebagai Bakal Suami, info, terkini, hiburan, sensasi, Siti Elizad, Heroin Teman Lelaki Upahan

    Insya-ALLAH saya akan mendirikan rumah tangga pada tahun ini. Kalau ikutkan ia sepatutnya berlangsung April ini, tetapi kerana jadual kerja saya yang padat, ia ditunda ke satu tarikh lain.

Khabarnya, bakal suami Siti Elizad merupkan seorang duda dan merupakah salah seorang pekerja di syarikat permotoran jenama antarabangsa terkenal, Harley Davidson.


Siti Elizad Pilih Duda Sebagai Bakal Suami, info, terkini, hiburan, sensasi, Siti Elizad, Heroin Teman Lelaki Upahan

Aktres tersebut, sempat meluahkan rasa syukur kerana bakal suami adalah seorang yang memahami dan tidak menghalang minat beliau untuk bergiat aktif dalam lakonan selepas mendirikan rumah tangga.

    Dia jenis yang tak mengganggu kerja saya. Umur dia sudah 43 tahun dan matang. Kalau sudah berkahwin pun dia tak menghalang untuk saya meneruskan kerjaya lakonan saya ini. Paling penting dia memang tahu saya suka berlakon.

    Paling penting bila berkawan dengan lelaki berusia ini, dia tidak datangkan masalah pada saya. Senang cerita cukup susah kami bergaduh walaupun saya jenis senang merajuk.

Jejaka tersebut mempunyai dua orang anak dan sudah lama mengenali lelaki tersebut sebagai rakan abangnya.


Tahniah kami ucapkan kepada Siti Elizad kerana bakal menamatkan zaman bujang tidak lama lagi. Tidak kisahlah duda ataupun tidak, apa yang penting anda berdua harus jujur, memahami dan bertolak ansur diantara satu sama lain dalam mendirikan rumah tanggan yang bahagia.

Sumber  : sinarharian

Hafiz Hamidun Ajar Sikap Biadap Band Metal

Gara-gara tidak dibenarkan membuat persembahan di negara ini, sebuah kumpulan metal dari England, Carcass bertindak memuat naik status di Facebook dengan imej bendera Malaysia dalam keadaan terbalik.


Hafiz Hamidun Ajar Sikap Biadap Band Metal, info, terkini, hiburan, sensasi, Hafiz Hamidun

Tindakan kumpulan tersebut nyata menimbulkan kemarahan peminat muzik tempatan yang turut meninggalkan komen pada status tersebut. Tidak mahu maruah negara diperlekeh, Hafiz Hamidun tidak terkecuali memberikan komen yang agak ‘menusuk’.


Hafiz Hamidun Ajar Sikap Biadap Band Metal, info, terkini, hiburan, sensasi, Hafiz Hamidun

Menerusi ruangan komen status tersebut, Hafiz Hamidun secara lantang mempersoal tindakan kumpulan terbabit namun sebaliknya gembira dengan keputusan kerajaan yang tidak membenarkan Carcass memasuki Malaysia.

Komen daripada Hafiz Hamidun ini turut mendapat perhatian ramai yang rata-rate bersetuju dengan apa yang dinyatakan.

Hafiz Hamidun Ajar Sikap Biadap Band Metal, info, terkini, hiburan, sensasi, Hafiz Hamidun

Iyalah kalau tak puas hati sekali pun tak perlu lah sampai nak terbalikkan bendera negara orang. Disebabkan tindakan tersebut, ramai peminat mereka di Malaysia mula ‘tawar hati’ dan kesal kerana menyokong Carcass selama ini.

Hafiz Hamidun Ajar Sikap Biadap Band Metal, info, terkini, hiburan, sensasi, Hafiz Hamidun

Belum masuk Malaysia lagi dah tunjuk betapa ‘langsi’ mereka ini, nasib baik kerajaan dah sekat awal-awal. Nak sebut pun susah, Carcass ke sarkas?


sumber : ohbulan

Benjy Berdepan Hukuman Gantung

Pelakon Khaeryll Benjamin Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Benjy yang ditahan polis di Pagoh dekat sini kelmarin disiasat kerana dipercayai terbabit dengan rangkaian sindiket dadah yang mahu memindahkan makmal syabu mereka di Kuala Lumpur ke daerah ini.


Benjy Berdepan Hukuman Gantung, info, terkini, hiburan,pelakon benjy, berita


Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Azman Ayob berkata, ini berdasarkan penemuan pelbagai peralatan dan bahan kimia di dalam kenderaan pelakon itu yang biasanya digunakan sindiket terbabit untuk memproses syabu.

Azman turut memberitahu, Benjy, 37, yang ditahan bagi membantu siasatan kes berkaitan dadah berdepan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan kerana kes itu disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.


“Kita percaya mereka baru sahaja berpindah dari sebuah kawasan di MidValley, Kuala Lumpur ke daerah ini.

Jika dilihat kelengkapannya, pusat pemprosesan baharu untuk syabu ini mampu memproses dadah sehingga 5 kilogram (kg) pada satu masa”

“Kita juga menemui dadah jenis syabu seberat lebih 1.3kg. Bagaimanapun, kita masih lagi menjalankan siasatan lanjut,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Muar di sini semalam.

Anak lelaki tunggal kepada pelakon terkenal, Allahyarham Azean Irdawaty itu ditahan semasa menaiki sebuah kereta Honda Jazz dalam satu sekatan jalan raya di hadapan sebuah stesen minyak di Pagoh pukul 1.40 pagi kelmarin.


Sumber : rotikaya

Misteri Sebuah Masjid Di London Disaksikan Wartawan

Sebuah video yang menunjukkan satu kejadian yang sangat menakjubkan telah berlaku di sebuah masjid di tengah-tengah kota London.


Misteri Sebuah Masjid Di London Disaksikan Wartawan, info, terkini, sensasi, viral, Agama

Masjid berkenaan telah ditutup secara rasmi oleh kerajaan England dan dilaporkan sudah tidak ada sebarang aktiviti yang dibenarkan di dalamnya.

Akan tetapi, setiap kali tiba waktu solat orang ramai di sekitarnya akan mendengar seruan azan yang begitu jelas sekali seolah-olah suara yang berkumandang itu datangnya dari sistem siaraya di masjid yang masih beroperasi

Masjid ini sudah tidak ada lagi sumber elektrik dan dikawal rapi tetapi dengan kuasa allah setiap kali masuk waktu solat masih berkumandang azan walaupun sudah tidak ada sesiapa yang melaungkan azan.



Sumber : katakcomel.my

Mat Hummels Sedia Tinggalkan Borussia Dortmund

Manchester United mendapat 'lampu hijau' dalam usahanya membida pertahanan Borussia Dortmund, Mats Hummels yang bernilai £35 juta.


Mat Hummels Sedia Tinggalkan Borussia Dortmund, info sukan, bola sepak, Mat Hummels,

Usaha panjang United itu bakal membuahkan hasil apabila Hummels yang merupakan pertahanan Jerman belum menentukan masa depan di Borussia dan sedia keluar dari Bundesliga.

Hummels merupakan pemain pertahanan paling dikehendaki oleh pengendali United, Louis van Gaal sejak jurulatih itu tiba di Manchester.

Van Gaal gagal untuk membawa Hummels ke United pada awal Julai tahun lalu, namun tetap berusaha memikat pemain berusia 26 tahun itu.

Hummels memberitahu majalah Kicker," saya telah melakukan banyak perbincangan dengan pihak atasan kelab, mereka memaklumkan bahawa saya merupakan faktor penting dalam pasukan. Tetapi saya belum membuat sebarang keputusan setakat ini.

"Pada dasarnya... saya berfikir, penghijrahan keluar mungkin lebih baik untuk karier dan diri sendiri. Termasuk meninggalkan Bundesliga.

"Saya lebih terbuka tentang ini kerana saya bukan jenis yang mendakwa akan kekal di kelab tetapi akhirnya melakukan perpindahan secara tersembunyi."


Sumber : mstar online

Qa'rabah Ditubuhkan Untuk Tebus Kesilapan Lampau

Kumpulan Qa'rabah memberitahu kesilapan masa silam mengajar mereka untuk berdakwah dengan menyampaikan mesej ketuhanan kepada umum menerusi lagu yang disampaikan.


Qa'rabah Ditubuhkan Untuk Tebus Kesilapan Lampau, info, terkini, hiburan, sensasi, kumpulan Qa'rabah


Menurut salah seorang ahli kumpulan Qa'rabah, Jeff (A to Z) atau nama sebenarnya Ahmad Shahaljefrry A. Samad , 39, ini merupakan peluang kedua mereka untuk memperbetulkan kesilapan masa lalu dan memperbaiki diri ke arah kebaikan.

"Kita sebagai manusia tidak lari daripada melakukan kesilapan kerana semua  manusia tidak sempurna dan saya mengaku mungkin dulu ada melakukan kesilapan jadi ia mengajar tentang erti kehidupan sebenar.

"Sekarang Allah sudah memberi peluang kedua untuk memperbetulkan segala kesilapan dan ini merupakan peluang saya mengajar orang ramai untuk sama-sama berubah kearah kebaikan.

Qa'rabah Ditubuhkan Untuk Tebus Kesilapan Lampau, info, terkini, hiburan, sensasi, kumpulan Qa'rabah


"Ini juga dapat memberi saham kepada kami di akhirat kelak berdasarkan mesej yang disampaikan menerusi mesej dalam lagu yang disampaikan," katanya kepada mStar Online.

Kumpulan Qa'rabah berkata demikian ketika ditemui pada sesi fotografi yang diadakan di Menara Star, di sini.

Kumpulan Qa'rabah dianggotai oleh Shajiry,42, Jeff (A to Z), 39, dan Izzuwin Shah, 35, tampil dengan membawakan mesej-mesej positif serta motivasi menerusi lagu berkonsepkan ketuhanan. 

Tambahnya lagi, usia tidak menjadi penghalang untuk mereka berdakwah kerana ia memainkan peranan penting dalam menyampaikan sesuatu nasihat dan keagamaan kepada orang ramai. 


"Ia di ibaratkan jika golongan muda membawa konsep lagu kami seperti adik yang menasihati golongan lebih tua tentang agama jadi susah untuk diterima.

"Jadi sesuailah umur seperti kami untuk memberi nasihat dan menyampaikan mesej ketuhanan kepada mereka terutama sekali golongan belia," jelasnya lagi.


Qa'rabah Ditubuhkan Untuk Tebus Kesilapan Lampau, info, terkini, hiburan, sensasi, kumpulan Qa'rabah

Selain itu, menurutnya, Qa’rabah juga mempunyai cara tersendiri untuk menyebarkan dakwah menerusi lagu-lagu yang dibawa dan menjadikan karya mereka sebagai peringatan untuk diri sendiri.

Kumpulan ini ditubuhkan pada tahun 2014 dan bernaung di bawah label Imaan Music.

Mereka telah menerbitkan single baharu berjudul 'Taubat' berkolaborasi bersama RJ pada 16 Mac lalu yang merupakan karya kedua Jeff Samad selepas menghasilkan lagu Al-Haq..Yang Satu nyanyian Mawi dan Dato’ AC Mizal.


Sumber : mstar online

Punca Pelakon Riezman Tutup Restoran

Pelakon Riezman Khuzaimi terpaksa menutup sebuah restoran miliknya iaitu RK Recipe Cafe yang terletak di Jalan Persiaran Stonor, dekat Sini, selepas bercerai dengan isterinya Kartina Ayub.


Punca Pelakon Riezman Tutup Restoran, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip,

Riezman, 45, berkata, ia berikutan masalah kekurangan kakitangan dan tukang masak yang mana sebelum ini diuruskan oleh bekas isterinya itu.

"Saya terpaksa tutup satu restoran iaitu pada akhir bulan ini kerana masalah kekurangan pekerja dan tiada siapa yang menguruskannya.

"Kalau dulu bekas isteri yang buat dan dia juga yang menjadi tukang masak di restoran itu, manakala saya menguruskan sebuah lagi restoran di Taman Melawati.

"Sekarang, keadaan jadi kelam kabut kerana saya terpaksa berkejar ke dua tempat sekali gus," ujarnya kepada mStar Online.


Riezman sah bercerai talak satu dengan isterinya, pelakon Kartina Ayub di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur pada 13 Januari lalu.


Punca Pelakon Riezman Tutup Restoran, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip,

Pasangan itu berkahwin pada 24 Februari 2001 dan dikurniakan dua orang anak iaitu Afiq Kiraman, 12, dan Ruzain Nars, 7.

Dalam pada itu, Riezman berkata, dia akan menumpukan perhatian sepenuhnya kepada sebuah lagi restorannya di Taman Melawati (Kuala Lumpur) dan merancang untuk menukar konsep restoran tersebut.

"RK Recipe Cafe di Taman Melawati lebih besar dan sambutan disana lebih baik, jadi saya fikir untuk kekalkan yang di sana.

"Saya juga merancang akan buat sedikit perubahan dan menukar konsep restoran tersebut kepada yang lebih santai," ujarnya.

Dalam pada itu, ditanya tentang kehidupannya selepas berpisah, Riezman berkata, dia masih mempunyai hubungan rapat dengan bekas isterinya.

Katanya, mereka tetap menjadi kawan baik biarpun kedua-duanya membuat keputusan memutuskan hubungan suami isteri tersebut.

"Kami masih berkawan baik dan dia masih menjadi tempat saya bercakap serta berbuat-bual.

"Kalau tiada perkara kami akan makan dan minum bersama untuk berkongsi cerita. Pada saya, tidak semestinya pasangan berpisah itu perlu bergaduh atau bermasam muka," ujarnya.


Sumber : mstar online

Bieber Beri Kejutan Kepada Peminat Di Konsert Ariana Grande

Penyanyi remaja kegilaan ramai, Justin Bierber beri kejutan kepada peminat-peminat selepas dia membuat penampilan khas di konsert Honeymoon Tour Ariana Grande malam semalam.


Bieber Beri Kejutan Kepada Peminat Di Konsert Ariana Grande, info, terkini, hiburan, sensasi, artis hollywood, Justin Bieber, Ariana Grande


Penyanyi yang popular dengan lagu Baby itu mendendangkan tiga buah lagu bersama Ariana Grande iaitu lagu As Long As You Love Me, All That Matters dan Love Me Harder.



Dia turut mengucapkan terima kasih di laman sosial twitternya dan berharap akan dapat membuat persembahan di situ lagi.

Bieber Beri Kejutan Kepada Peminat Di Konsert Ariana Grande, info, terkini, hiburan, sensasi, artis hollywood, Justin Bieber, Ariana Grande

Ariana turut tidak melepaskan peluang mengucapkan terima kasih di laman itu kepada Justin Bieber kerana turut hadir membuat persembahan di konsertnya itu.


Bieber Beri Kejutan Kepada Peminat Di Konsert Ariana Grande, info, terkini, hiburan, sensasi, artis hollywood, Justin Bieber, Ariana Grande





Sumber : mynewshub

Nota Terakhir Suami Buat Isteri Tersayang Sebelum Bunuh Diri

Nasi yang terakhir Yat tinggalkan buat isteri tersayang.
Awak sentiasa tahu Yat tak akan makan sebelum awak makan.
Terima kasih sudi menjadi isteri Yat yang IKHLAS..
Cuma awak dan awak hingga akhir.
Demi Allah, suamimu yang malang.
Yang terlalu rindukan EMAK !
Assalamualaikum…

Nota Terakhir Suami Buat Isteri Tersayang Sebelum Bunuh Diri, info, terkini, berita, renungan


Demikian antara kandungan nota ditinggalkan seorang lelaki yang ditemui mati tergantung di rumah kedai di Felda Pasak, Kota Tinggi, Johor Bahru, jumaat.

Lelaki berusia 37 tahun itu ditemui bersama kabel elektrik berjerut di lehernya pada jam 9 pagi oleh anak perempuan bongsunya yang berumur 8 tahun di dapur.

Menurut isteri mangsa yang berumur 38 tahun, dia terkejut apabila anak bongsu mengejutkannya daripada tidur dan memberitahu bapanya tergantung di dapur.

Memetik Harian Metro, pada malam sebelum kejadian, isterinya pulang ke rumah jam 2 pagi selepas selesai berniaga di bazar karat dan mendapati suaminya tiada di rumah tetapi dia pulang tidak lama kemudian.

Isteri mangsa, 38, berkata, sejak kebelakangan ini, suaminya sering merungut tentang masalah peribadi yang dihadapinya.

“Kadang kala dia turut menggunakan senjata tajam untuk mengugut mencederakan dirinya. Saya juga ada menegurnya agar jangan terlampau tertekan dengan masalah-masalahnya itu,” katanya.


Nota Terakhir Suami Buat Isteri Tersayang Sebelum Bunuh Diri, info, terkini, berita, renungan

Menurutnya lagi, berlaku pertengkaran antara dia dan mangsa pada awal pagi sebelum kejadian dan mangsa juga cuba mengugut untuk mengelar lehernya sendiri menggunakan pisau.

“Saya cuba hubungi polis tetapi telefon bimbit saya dirampas oleh suami. Saya mahu keluar namun pintu rumah di bahagian depan dan belakang telah dikunci suami.

“Saya yang keletihan kerana berniaga dari lewat petang terus masuk tidur. Namun pagi ini saya dikejutkan dengan kejadian ini,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Rahmat Othman berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Kota Tinggi untuk bedah siasat.

“Setakat ini tiada sebarang unsur jenayah dikenal pasti. Siasatan awal juga tidak menemui sebarang kecederaan fizikal kecuali di leher akibat tergantung,” katanya.


Sumber : mynewshub

Operasi Banteras Aktiviti Haram (BAH) Siri-10

Beberapa wanita dipercayai warga asing berpakaian mencolok mata dan dipercayai menjadi GRO ditahan malam tadi dalam Operasi Banteras Aktiviti Haram (BAH) edisi ke-10 kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.


Operasi Banteras Aktiviti Haram (BAH) Siri-10, info, terkini, berita, kelab malam

Selain mereka, dua pondan warga Malaysia yang dipercayai menawarkan perkhidmatan seks turut ditahan dalam operasi berkenaan.

Berikut merupakan beberapa gambar serbuan ketika di premis Queenway Club di jalan Ipoh, Kuala Lumpur dan statistik serta laporan penuh akan menyusul.
Operasi Banteras Aktiviti Haram (BAH) Siri-10, info, terkini, berita, kelab malam

Operasi Banteras Aktiviti Haram (BAH) Siri-10, info, terkini, berita, kelab malam

Operasi Banteras Aktiviti Haram (BAH) Siri-10, info, terkini, berita, kelab malam

Operasi Banteras Aktiviti Haram (BAH) Siri-10, info, terkini, berita, kelab malam

Operasi Banteras Aktiviti Haram (BAH) Siri-10, info, terkini, berita, kelab malam

Sumber : mynewshub

Majlis Ulangtahun Kelahiran Ke-6 Aleesya, Puteri Erra Fazira Dan Engku Emran

Diam tak diam rupanya puteri kesayangan Erra Fazira dan Engku Emran iaitu Engku Aleesya telah menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke-6 hari ini. Dalam satu majlis bertemakan puteri Disney, kedua-dua Erra dan anak kesayangannya itu mengenakan gaun seperti Cinderella.

Majlis Ulangtahun Kelahiran Ke-6 Aleesya, Puteri Erra Fazira Dan Engku Emran, info, terkini, sensasi
Walaupun telah berpisah, kedua Erra dan Emran tidak mempunyai masalah untuk bersama-sama menyambut hari kelahiran anak mereka itu. Pasangan anak-beranak ini kelihatan comel sekali dalam gaun Cinderella mereka.
 
lagi 46 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar Instagram Bersama Erra.