Poland tersungkur, Malaysia juara Liga Hoki Dunia

Malaysia menjadi juara saingan Pusingan Kedua Hoki Liga Dunia (WHL) 2015 selepas menundukkan Poland 8-0 pada perlawanan akhir di Stadium Hoki Sengkang, di sini malam ini.
   

Poland tersungkur, Malaysia juara Liga Hoki Dunia, info sukan, Hoki Dunia, Berita


Penjaring:

Malaysia: Faizal Saari (3', 33'), Muhammad Razie Abdul Rahim (7’, 21’,60'), Nabil Fiqri Mohd Noor (42’), Tengku Ahmad Tajudin Abdul Jalil (48'), Muhammad Haziq Samsul (54')

- Bernama

Pellegrini tolak dakwaan penyokong

Pengendali Manchester City, Manuel Pellegrini menolak dakwaan penurunan prestasi The Citizens ketika aksi dimalukan dengan kekalahan 2-0 kepada Middlesbrough dalam perlawanan Piala FA kelmarin disebabkan para pemainnya tidak bersedia menghadapi cuaca sejuk di England selepas pulang dari Abu Dhabi pada Jumaat lalu.


Pellegrini tolak dakwaan penyokong, info, terkini, berita sukan, bola sepak, Manchester city, Piala FA, Manuel Pellegrini

City kembali ke England yang mengalami musim sejuk pada Jumaat lalu menaiki penerbangan selama tujuh jam selepas menghabiskan lima hari menjalani latihan dalam keadaan cuaca panas di Abu Dhabi sebelum beraksi menentang Middlesbrough di Stadium Etihad.

Sebaik tiba ke England, City hanya mempunyai tempoh 19 jam untuk membuat persediaan kembali membiasakan diri dalam keadaan musim sejuk sebelum menentang Middlesbrough.

Bagaimanapun, Pellegrini enggan mengakui latihan dalam cuaca panas di Abu Dhabi mengakibatkan para pemainnya gagal beraksi di tahap terbaik pada aksi Piala FA itu.

“Saya tidak fikir begitu. Saya tidak setuju (perubahan cuaca mempengaruhi prestasi). Orang ramai boleh berfikiran seperti itu, tetapi saya ada pendapat berbeza kerana kami mempunyai enam atau tujuh peluang untuk menjaringkan gol.

“Saya ulangi, terdapat banyak sebab berbeza yang akan mempengaruhi keputusan berlainan. Perlawanan itu perlu dianalisis,” tegas Pellegrini sambil menolak dakwaan para penyokong The Citizens mengenai penurunan prestasi akibat faktor latihan di Abu Dhabi.

“Kami tidak mempunyai masalah motivasi selepas kekalahan itu. Kami akan terus gigih berusaha dan berharap akan memenangi perlawanan di Stamford Bridge selepas ini,” tambah Pellegrini berhubung persiapan menghadapi Chelsea pada hujung minggu ini. – AFP

Pemandu pengsan, gadis maut

Seorang pelajar yang baru seminggu memulakan pengajian di Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) Ke sedar di sini terbunuh, manakala dua lagi rakannya cedera parah selepas dirempuh sebuah bas ketika mereka berjalan kaki.


Pemandu pengsan, gadis maut, info, terkini,berita, nahas jalan raya, kemalangan jiwa

Dalam kejadian pukul 6.50 petang kelmarin itu, mangsa yang terbunuh ialah Nurkhairunnisa Hamzah, 20, (gambar) berasal dari Rawang, Selangor.

Dua lagi mangsa ce­dera parah ialah Nor Aina Sofea Mohd. Salleh, 18, dan Norhasili Shafikah Hasbullah, 20,

Nor Aina yang cedera parah pada paha serta mengalami pendarahan di kepala dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), manakala Norhasili cedera di tengkuk dan dirawat di Hospital Gua Musang.

Bagaimanapun, dua lagi pelajar di kolej sama iaitu Siti Nurfalinda Mohd. Asri, 18, dan Nur Asila Atiqah Shaharuddin, 18, yang semasa kejadian berjalan bersama dengan tiga mangsa itu tidak ce­dera.

Nahas itu berlaku di jalan yang berbukit dan berhampiran perhentian bas di sini.

Sumber : kosmo.com.my

Anak Peneraju Radio Bernama Didera, Digigit Dan Dicakar

Seorang peneraju stesen radio berita negara ini mendakwa anak lelakinya yang berusia setahun disyaki didera oleh sebuah pusat asuhan di Kelana Jaya, dua hari lepas.


Anak Peneraju Radio Bernama Didera, Digigit Dan Dicakar, info, terkini, berita, kes dera di pusat asuhan kanak-kanak

Menurut Peneraju Bernama Radio24 itu, Nazira Noran, 35, suaminya Muhammad Farid Samsuddin, 41, pada mulanya menyedari ada kesan gigitan dan cakaran pada lengan tangan dan kiri, belakang badan serta dari anaknya.

Kesan itu disedari selepas menjemput anaknya itu dari pusat berkenaan pada petang Khamis.

“Kerana tidak berpuas hati, saya telah ke taska itu untuk mendapatkan pengesahan namun penyelianya memberi alasan ia luka lama.

“Namun setelah membuat pemeriksaan di sebuah pusat rawatan swasta, doktor mengesahkan ada kesan cakaran kuku saiz orang dewasa,” katanya.

Nazira dan suaminya kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Petaling Jaya, kelmarin.

“Ini kali pertama kejadian ini berlaku setelah lebih setahun anak saya ditempatkan di situ,” katanya.

Nazira berkata, anaknya itu kini berada dalam keadaan stabil dan buat masa ini anak bongsu daripada tiga beradik itu dijaganya sendiri susulan insiden berkenaan.

Sumber : mynewshub.cc

Penyokong Bola Sepak Johor BOS Dapat Bas Rasmi

Boys Of Straits (B.O.S) mungkin antara kumpulan penyokong bola sepak paling bertuah di negara ini kerana mendapat pengiktirafan cukup hebat daripada persatuan bola sepak yang mereka sokong.


Penyokong Bola Sepak Johor BOS Dapat Bas Rasmi, info sukan, bola sepak, Johor, BOS, Boys Of Straits

Buat julung kali, kumpulan penyokong bola sepak seperti itu akan mempunyai sebuah pusat aktiviti dan bas rasmi yang disediakan oleh Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) untuk kegunaan mereka.

PBNJ dalam satu kenyataan media memberitahu, pusat aktiviti dikenali sebagai Markaz B.O.S itu akan dirasmikan dengan perkenan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim pada 30 Januari ini.

“Ini bagi memudahkan segala aktiviti melibatkan penyokong seperti pergerakan, jualan barangan atau koleksi ditempatkan di kawasan yang begitu strategik untuk sekalian penyokong.

“Seperkara yang menarik, bas rasmi untuk B.O.S juga akan disediakan oleh pihak pengurusan untuk musim ini dan kemungkinan akan siap untuk perlawanan pertama 31 Januari ini,” kata kenyataan itu hari ini.

PBNJ dalam pada itu memaklumkan pelbagai pembaharuan dan penambaikan telah dilakukan ke atas Stadium Larkin bagi memeriahkan lagi Liga Malaysia musim ini.

Sumber : mynewshub.cc

Ajal Balik Asrama Lepas Beli Makanan, Maut Dirempuh Bas

Seorang pelajar perempuan yang baru seminggu melanjutkan pelajaran di Kolej Poly-Tecg MARA-KESEDAR di Gua Musang, Kelantan menemui ajal apabila dirempuh sebuah bas persiaran ketika berjalan kaki pulang ke asramanya, petang semalam


Ajal Balik Asrama Lepas Beli Makanan, Maut Dirempuh Bas, info, terkini, nahas jalan raya, berita, Nurkharunissa Hamzah

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Supritendan Saiful Bahri Abdullah berkata siasatan awal pihak polis mendapati ketika tiba di perhentian bas untuk menurunkan penumpang, pemandu bas itu Mohd Rashid Yaacob, 53, tiba-tiba pengsan menyebabkan bas hilang kawalan.

Ia kemudian bergerak sendiri ke hadapan lalu melanggar pelajar itu Nurkhairunnisa Hamzah, 20, yang pulang bersama empat lagi rakan.

Nurkhairunnisa kemudian tercampak berhampiran longkang di perhentian bas berkenaan dan maut di tempat kejadian kerana kecederaan teruk di kepala.

Nurkhairunnisa merupakan pelajar jurusan Pengurusan Sumber Manusia di kolej berkenaan.

Dua rakan Allahyarham, Nor Aina Sofea Mohd. Salleh, 20, cedera parah di bahagian paha serta pendarahan di kepala dan Norhasili Shafikah Hasbullah, 20, mengalami kecederaan di tengkuk.

Manakala dua lagi rakannya Siti Nurfalinda Mohd. Asri, 18, dan Nur Asila Atiqah Shaharuddin, 18, tidak mengalami sebarang kecederaan.

Saiful Bahri memaklumkan jenazah Nurkhairunnisa dihantar ke Hospital Gua Musang (HGM) untuk dibedah siasat dan telah dituntut oleh keluarganya pagi tadi untuk dikebumikan di Rawang.

“Pemandu bas yang dilaporkan sakit perut sebelum pengsan kini sedang dirawat di HGM,” katanya.

Ajal Nurkhairunnisa terjadi ketika mereka baru sahaja membeli makanan di sebuah tapak ekspo bersebelahan perhentian bas berkenaan.

Bas berkenaan turut melanggar sebuah kenderaan Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang diparkir berhampiran.

Kes disiasat di bawah seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalanraya 1987.

Sumber : mynewshub.cc

Kira-Kira 100 Penduduk Hadir Protes Datum Jelatek Hari Ini

Satu protes membantah pembinaan kondominium Datum Jelatek bersebelahan stesen LRT Jelatek berlaku tengah hari tadi sehingga ada yang bertindak ganas memecahkan tembok tapak projek berkenaan.


100 Penduduk Hadir Protes Datum Jelatek, info, terkini, berita, isu Dattum Jelatek
Kumpulan yang hadir memprotes pembinaan Datum Jelatek bertindak memecahkan tembok zink yang dibina di sekeliling tapak projek berkenaan.

Dalam kejadian itu, kira-kira 100 orang penduduk sekitar Jelatek berarak ke tapak projek berkenaan dan bertindak memecahkan tembok berkenaan yang dipasang dengan menggunakan zink.

Ada juga sesetengah daripada mereka meluru masuk ke dalam tapak projek.

Keadaan yang sedikit kelam-kabut itu akhirnya berjaya dikawal anggota polis yang berada di tempat kejadian yang bertindak meleraikan kumpulan berkenaan.

Dua buah trak polis juga dilihat tiba mengawal situasi daripada menjadi lebih buruk.

Projek Datum Jelatek sebelum ini dibantah penduduk tempatan yang mengatakan ianya bertujuan ‎menukar kawasan majoriti Melayu itu menjadi “Chinese District” apabila projek kondominium itu hanya mampu dimiliki kaum Cina dan warga asing dari China.

Perhimpunan yang bermula jam 11 pagi dengan penduduk sekitar berkumpul di salah sebuah rumah penganjur di Taman Keramat bersebelahan tapak projek; orang ramai juga diberikan nasi lemak dan air mineral.

Peserta himpunan juga memakai lilitan di kepala tertulis “Anak Keramat” sebagai simbol penduduk berasal dari kawasan tersebut.

Nyanyian lagu kebangsaan dinyanyikan peserta dan kemudiaan disusuli nyanyian lagu Warisan (Anak Kecil Main Api) yang seringkali dimainkan dalam program Biro Tata Negara dan Barisan Kita untuk menaikkan semangat.

Turut kelihatan hadir wakil Badan Bertindak Datum Jelatek (BBDJ) dan ahli kumpulan pendesak Melayu, Perkasa Selangor.

Pengerusi BBDJ, Salleh Samad berkata perhimpunan hari ini bertujuan memberikan kata dua kepada Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali supaya menghentikan projek yang dikatakan akan memberi peluang kepada orang luar masuk ke kawasan yang majoritinya penduduk Melayu.

“Bila jadi MB (menteri besar), dia sudah masyuk. Saya cabar dia turun bertemu, tapi tidak hadir. Kalau dia hadir saya akan humban dia ke dalam longkang,” kata Salleh.

“Saya cabar beliau supaya hentikan projek ini,” katanya.

Sementara itu, salah seorang wakil penduduk, Ariffin Abu Bakar menggesa supaya Azmin mengutamakan projek rumah mampu milik kepada penduduk sekitar dan bukan projek yang menguntungkan orang luar.

Pemaju projek, DatumCorp, sebelum ini, mengatakan projek terbabit mendapat sambutan dan setakat ini 1,097 pembeli Bumiputera mendaftar dan angka dicatat melebihi daripada 674 unit disediakan.


Sumber : mynewshub.cc

Maut Setelah Dirempuh Pacuan Empat Roda

Matunggong, Kudat - Satu kemalangan ngeri  berlaku sekitar 8 pagi di Matunggong, kudat dimana sebuah motorsikal dirempuh kereta pacuan empat roda. 


info, Maut Setelah Dirempuh Pacuan Empat Roda, terkini,

Penunggang motorsikal dikatakan dari arah bandar kudat menghala ke kota marudu sebelum dilanggar kereta jenis Land Cruiser dari arah kota kinabalu.

Menurut saksi, Penunggang dan motorsikal terpelosok dibawah kereta sebelum diheret beberapa meter dari lokasi kejadian dan penunggang motorsikal meninggal ditempat kejadian sebelum polis dan ambulan sempat sampai ke lokasi kejadian.

Walaubagaimana pun, punca sebenar kejadian masih belum dipastikan dan siasatan masih lagi diteruskan.

'Tangan Baru' Adik Aina Amanda

Ainaa Amanda Shahzali, Seorang kanak-kanak yang dilahirkan tanpa telapak tangan kanan, teruja apabila dihadiahkan tangan rektor 3D oleh seorang individu berhati mulia setelah ibunya memuat naik video anaknya itu di laman sosial sehingga menjadi viral, baru-baru ini..

 'Tangan Baru' Adik Aina Amanda, info, terkini, berita, adik Aina Amanda,

Ainaa Amanda Shahzali, 7,  kelihatan riang dan hanya ketawa terus mengenakan ‘tangan baharu’ tersebut sebelum bersalaman dengan ibunya, Habibah Hassan, 42, serta individu yang menyumbangkan hadiah cukup bermakna itu...


“Tak sabar rasanya nak ke sekolah esok, nak tunjuk dekat kawan-kawan dan cikgu. Adik dah dapat tangan baharu,”
 'Tangan Baru' Adik Aina Amanda, info, terkini, berita, adik Aina Amanda,

Menurut Habibah, dia cukup tersentuh apabila anaknya itu membelai pipi dan bersalaman dengannya apabila mengenakan tangan baharu tersebut. Amanda mula dikenali apabila ibunya memuat naik video yang menjadi viral dan menarik perhatian ramai.

“Saya amat bersyukur dengan pemberian ini dan berharap kehidupan Ainaa Amanda akan lebih ceria. Reaksinya memegang dan menangkap bola ketika dibaling ke arahnya amat mengejutkan kami semua kerana dia sudah pantas mengendalikan tangan tersebut,” katanya...

Sementara itu, penyumbang tangan berkenaan, Sujana Mohd. Rejab, 47, berkata, dia segera berhubung dengan Habibah selepas mengetahui keadaan kanak-kanak tersebut di laman sosial.


 'Tangan Baru' Adik Aina Amanda, info, terkini, berita, adik Aina Amanda,

Sujana yang mencipta sendiri tangan mekanikal itu dengan bantuan seorang rakannya selama dua hari berkata, pada kebiasaan, seseorang itu memerlukan masa antara satu hingga ke tiga bulan untuk membiasakan diri menggunakannya.

“Set tangan ini masih di peringkat awal. Apabila adik Ainaa Amanda sudah selesa dan mahir menggunakannya, kami akan membuat penambahbaikan supaya kelihatan lebih kemas dan menarik,” katanya.

Sumber : penmatapena.blogspot.com

Ronaldo Umumkan Perpisahan dengan Irina Shayk

Bintang bola sepak Portugal dan Real Madrid, Cristiano Ronaldo mengumumkan, hari ini bahawa dia sudah putus hubungan dengan teman wanita lamanya dan peragawati Russia, Irina Shayk.


Bintang bola sepak Portugal dan Real Madrid, Cristiano Ronaldo, info sukan, irina Shayk, sensasi, gossip,

"Selepas berkenalan lima tahun, perhubungan saya dengan Irina Shayk sudah berakhir," kata Ronaldo dalam kenyataan bertulis yang dihantar secara eksklusif kepada The Associated Press.

"Kami percaya ia adalah cara terbaik untuk kami berdua untuk membuat keputusan ini." - AP

KPN Sahkan Penahanan Sirul Di Queensland

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan penahanan bekas Anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Koperal Sirul Azhar Umar di Queensland oleh polis Australia.


KPN Sahkan Penahanan Sirul Di Queensland, info, terkini, sirul azhar, pembunuh altantuya

Beliau berkata, Sirul, 43, yang didakwa atas sabitan kes bunuh model warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu, ditahan pada pagi Selasa.

"Dia sedang ditahan di pusat tahanan Imigresen negara itu.

"Kami akan menghubungi rakan sejawat di Australia untuk mendapatkan maklumat lanjut," katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Terdahulu agensi berita ABC News melaporkan, Sirul, 43, diletakkan dibawah jagaan pegawai Imigresen di Brisbane semalaman selepas Interpol mengeluarkan notis merah terhadapnya.

Notis merah Interpol bermaksud usaha mencari serta menangkap individu yang dikehendaki tersebut akan dilakukan oleh suatu bidang kuasa kehakiman atau tribunal antarabangsa, dengan tujuan untuk mengekstradisi.

Minggu lalu dilaporkan bahawa polis akan bekerjasama dengan Interpol untuk memburu Sirul, selepas satu permohon ekstradisi akan difailkan kepada negara berkenaan.

Sirul dipercayai pergi ke Australia pada Oktober tahun lalu.

Namun, dia dikatakan tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk pulang ke Malaysia bagi menghadapi hukuman itu.

Sirul dan bekas cif inspektor, Azilah Hadri dijatuhkan hukuman mati kerana membunuh Altantuya pada 2008.]

Sumber : mstar.com.my

4 Foto Lori Langgar Papan Tanda Di Putrajaya

Seorang pemandu nyaris maut apabila treler membawa pengorek lubang yang dipandunya melanggar papan tanda setinggi lima meter di KM 2.4 Persiaran Timur, berhampiran Alamanda Putrajaya. Kejadian kira-kira 2.40 petang itu menyebabkan papan tanda jatuh menghempap kepala treler berkenaan.


4 Foto Lori Langgar Papan Tanda Di Putrajaya, info, terkini, berita,

Pemandu treler Rafi Udin, 40 berkata, ketika itu dia dalam perjalanan membawa mesin pengorek lubang dari Presint 16 untuk ke tapak projek di Presint 17.

“Saya sudah menekan brek selepas didapati mesin pengorek yang dibawa mungkin tidak dapat lepas dari papan tanda berkenaan, tetapi disebabkan keadaan jalan yang menurun treler terus bergerak. Akibatnya mesin pengorek yang dibawa merempuh papan tanda dan menghempap kepala lori. Saya terkejut dan terus keluar dari lori untuk menyelamatkan diri,” katanya dipetik laporan myMetro.

Ketika ini, kerja mengalihkan papan tanda sedang giat dilakukan bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas. Berdasarkan sumber info, kejadian berkenaan menyebabkan berlakunya kesesakan jalan raya.


4 Foto Lori Langgar Papan Tanda Di Putrajaya, info, terkini, berita,

4 Foto Lori Langgar Papan Tanda Di Putrajaya, info, terkini, berita,

4 Foto Lori Langgar Papan Tanda Di Putrajaya, info, terkini, berita,

Sumber : ammboi.com

Warga Emas Terempuh Bank Lepas Keluar Duit

Seorang warga emas secara tidak sengaja memandu kereta kelisanya masuk ke dalam sebuah cawangan bank CIMB di Uptown Damansara setelah mengeluarkan duit dari mesin ATM tersebut di bank berkenaan.


Warga Emas Terempuh Bank Lepas Keluar Duit, info, terkini,berita, cimb

Warga emas yang berusia 70 tahun itu dikatakan tersilap memasukkan gear kemudian merempuh cermin bank berkenaan sebelum melanggar dinding dan di bank tersebut, memetik laporan dari The Star.

Bagaimanapun, pengerusi kumpulan CIMB Nazir Razak, telah memuat naik satu gambar kejadian tersebut di akaun Instagram dengan kapsyen yang sedikit bergurau: "errr...maaf tapi kami belum menyediakan servis pandu lalu CIMB."


Warga Emas Terempuh Bank Lepas Keluar Duit, info, terkini,berita, cimb

Bank tersebut kini telah ditutup berikutan kerosakan yang dialami dibahagian ATM.

Ketua polis trafik Petaling Jaya, Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata pegawai tentera yang telah bersara itu baru sahaja selesai mengeluarkan wang di bank berkenaan pada kira-kira 7:30 petang.

Menurut beliau lagi, lelaki berkenaan tidak sedar dia telah meletakkan keretanya pada gear 'drive' dan menekan picu minyak yang disangkakan brek. Kereta kelisa berkenaan berhenti setelah melanggar dinding dan tiada sebarang kecederaan dilaporkan dalam kemalangan itu.

"Kesemua ATM tidak mengalami sebarang kerosakan", kata DSP Mohamad Roy.

"Pengurusan bank membuat laporan polis dan kami memutuskan untuk hanya mengeluarkan saman terhadap lelaki itu," katanya.

"Ia adalah satu kesilapan yang tidak disengajakan.", tambahnya lagi.

Sumber : Siakapkeli.com.my

Seorang Maut, Empat Kereta Lagi Terbabas

Seorang lelaki maut dalam kemalangan selepas kereta Proton Iswara yang dipandunya bertembung dengan sebuah kereta jenis MPV putih di KM37.1 Jalan Kota Bharu- Kuala Krai, Kelantan di sini pagi semalam.


Seorang Mau, Empat Kereta Lagi Terbabas, info, terkini, berita, nahas jalan raya, kemalangan jalan raya

Kemalangan pukul 6.30 pagi itu mengakibatkan mangsa, Syahrizal Afendi Mamat, 32 tahun meninggal dunia di tempat kejadian ekoran tersepit di tempat duduk pemandu.

Manakala penumpang Proton Iswara dan tiga lagi mangsa di dalam MPV tersebut hanya mengalami cedera ringan.

Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Asisten Superintendan Loo Lian Lay berkata, kejadian turut menyebabkan empat kereta terbabas ke tepi jalan namun pemandu dan penumpang tidak mengalami kecederaan.

“Proton Iswara dari arah Kota Bharu dipercayai terbabas sebelum masuk ke laluan bertentangan dan berlanggar dengan sebuah MPV jenis Nissan Grand Livina yang datang dari arah Machang.

“Bagaimanapun, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.


Seorang Mau, Empat Kereta Lagi Terbabas, info, terkini, berita, nahas jalan raya, kemalangan jalan raya

Seorang Mau, Empat Kereta Lagi Terbabas, info, terkini, berita, nahas jalan raya, kemalangan jalan raya

Seorang Mau, Empat Kereta Lagi Terbabas, info, terkini, berita, nahas jalan raya, kemalangan jalan raya

Sumber : mynewshub.cc

INTERPOL Keluar Notis Merah Buru Sirul Azhar Umar

POLIS Antarabangsa (INTERPOL) mengeluarkan notis merah bagi memburu bekas anggota polis Unit Tindakan Khas (UTK) Sirul Azhar Umar yang didapati bersalah membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shariibuu, pada Selasa.


INTERPOL Keluar Notis Merah Buru Sirul Azhar Umar, info, terkini, berita, kes altantuya, suspek bunuh altantuya

Gambar Sirul dan butiran peribadinya dipaparkan di laman web INTERPOL selepas dia dikatakan berada di Australia sejak Oktober tahun lepas.

Dia bersama seorang lagi bekas anggota unit sama Azilah Hadri, 38, dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Persekutuan pada minggu lepas atas tuduhan berkenaan.

Keputusan itu mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan sebelumnya, yang membebaskan kedua-duanya daripada tuduhan berkenaan.

Pada 2009, Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman mati kepada mereka kerana didapati bersalah membunuh Altantuya selepas kira-kira tiga tahun perbicaraan berlangsung.

Media Australia melaporkan, kerajaan negara itu akan menolak permohonan untuk ekstradisi sesiapa sahaja di Australia jika sabitan melibatkan hukuman mati kerana negara itu tidak bersetuju hukuman sebegitu.


Sumber : mynewshub.cc

Ditangkap Khalwat – Saman Jais & PDRM 1 Juta

Seorang ejen hartanah, Hashim Said yang mendakwa menjadi mangsa kekerasan dan salah guna kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bertindak memfailkan saman sebanyak RM1 juta terhadap kedua-dua jabatan berkenaan, lapor TheMalaysianInsider hari ini.


Ditangkap Khalwat – Saman Jais & PDRM 1 Juta, info, terkini,berita, sensasi
Peguam Noor Azah Azizan (kiri) dan Hashim Said menunjukkan laporan polis mendakwa Jais dan polis menyalahguna kuasa mereka.

Hashim, 49, berkata salah guna kuasa tersebut dilakukan ketika dua badan penguatkuasaan tersebut menyerbu rumahnya dan menahannya kerana dituduh sedang berkhalwat.

Hashim berkata, dalam insiden yang berlaku pada 2006 itu, beliau bukan sahaja ditangkap dan ditahan lebih daripada 24 jam, tetapi pegawai Jais dan polis bertindak samseng dengan menggunakan kekasaran.

“Saya enggan membuka pintu kerana mereka mengetuk pintu rumah saya pada pukul 3 pagi tanpa membawa surat kuasa, lalu mereka menendang pintu grill rumah saya,” katanya kepada pemberita di pejabat peguamnya Tetuan Azah Azizan & Co di Kuala Lumpur.

“Saya hairan kenapa mereka memperlakukan saya begitu, saya dipukul hingga mendatangkan kecederaan kekal dan kesalahan saya cuma disyaki khalwat.”Menurut Hashim, walaupun beliau pada ketika itu bersama kawan perempuannya di dalam rumah berkenaan, mereka tidak melakukan apa-apa yang menyalahi undang-undang.

“Saya langsung tidak diberi peluang menjelaskan keadaan, ketika itu memang saya bersama dengan kawan perempuan saya (kini bekas isteri) dalam rumah tapi kami tidak bersekedudukan, dia dalam bilik dan saya di ruang tamu,” katanya.

Menurut Hashim, ‎kawan perempuannya itu yang merupakan seorang mualaf cuba melarikan diri melalui tingkap tetapi berjaya ditangkap penguatkuasa Jais.

“Ketika itu saya masih enggan membuka pintu namun saya lihat kawan perempuan saya digari dan dibawa di hadapan pintu rumah, baru saya buka pintu.

“Namun apabila saya buka pintu saya ditolak hingga muka tersembam atas lantai, mereka mengari dan memukul saya, ia menyebabkan bibir saya pecah dan muka bercalar dan bengkak, kemudian saya dipukul lagi dan dipijak malah kepala saya turut dihentak dengan benda keras.

“Dalam keadaan bergari saya ditolak hingga menyebabkan kepala saya terhantuk ke bucu meja kaca.

“Tidak cukup dengan itu ketika menaiki jip, kaki saya dikat dengan getah paip,” katanya.

Menurut Hashim, beliau mempunyai laporan perubatan daripada hospital mengesahkan dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

“Dalam laporan perubatan itu, doktor mengesahkan saya dirujuk kepada Jabatan Pembedahan Plastik, Hospital Kuala Lumpur bagi rawatan kecederaan.

“Saya juga disahkan mengalami ‘Post Traumatic Disorder’ hingga menyebabkan saya tertekan dan kehilangan kerja,” katanya.

Sumber : malaysianekwok.blogspot.com

Peragut Bodoh.. Minta Tubuh Dapat Penumbuk!

Sehebat mana akal seorang penjenayah licik pun boleh tertangkap, apatah lagi kalau jenis yang pendek akal seperti peragut ini.

Peragut Bodoh.. Minta Tubuh Dapat Penumbuk!, info, terkini, berita, pencuri,


Dalam kes yang dikatakan berlaku di Jalan Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu pada Sabtu, seorang lelaki telah meragut beg seorang wanita.

Suspek kemudian bertindak menghubungi mangsa dan menawarkan untuk menyerahkan kembali beg tersebut dengan syarat wanita itu hendaklah menyerahkan tubuhnya sebagai ganti.

Mangsa yang berpura-pura setuju segera memaklumkan kepada keluarga mengenai perkara itu.

Hasilnya, suspek telah ditangkap dan dipukul oleh keluarga mangsa selepas datang ke lokasi dijanjikan seterusnya diserahkan kepada pihak polis.


Peragut Bodoh.. Minta Tubuh Dapat Penumbuk!, info, terkini, berita, pencuri,


Haa…itulah akibatnya kalau dah tamak sangat. Dah dapat harta orang, nak tubuh pula!

Tak pasal-pasal dapat ‘ganjaran’ penumbuk..

Sumber : mynewshub.cc

Apa Puncanya Anak Muda China Sanggup Beratur Sepanjang Ini..?

FUH, bukan main panjang barisan anak-anak muda ini beratur. Tapi, jangan ingat mereka beratur sebab nak beli tiket konsert K-Pop pula…


Anak Muda China Sanggup Beratur panjang, info, terkini, berita, china

Anak-anak muda ini sebenarnya merupakan penuntut di Universiti Nanjing, China dan sedang beratur untuk masuk ke dalam perpustakaan universiti tersebut.

Tujuan mereka tak lain dan tak bukan adalah untuk mengulangkaji pelajaran sempena peperiksaan yang bakal ditempuhi beberapa minggu sahaja lagi.

Anak Muda China Sanggup Beratur panjang, info, terkini, berita, china

Jujurnya, kami sangat kagum dengan semangat dan kesabaran ditunjukkan oleh para penuntut ini terutama dalam keadaan cuaca yang sejuk.


Anak Muda China Sanggup Beratur panjang, info, terkini, berita, china

Tapi kalau dah beratur sampai begini sekali, rasanya lebih baiklah mereka belajar di rumah saja. Macam jenuh je nak kena tunggu sebelum dapat masuk tu…

Sumber : mynewshub.cc

Bila ‘First Lady Of Penang’ Pakai Beg Gucci Ribuan Ringgit

Dalam kalangan penyokong malah pemimpin Pakatan Rakyat (PR), ramai memuji sikap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guang Eng yang dikatakan seorang yang berjimat cermat.


Bila ‘First Lady Of Penang’ Pakai Beg Gucci Ribuan Ringgit, info, terkini, berita, sensasi,

Malah satu ketika dahulu, portal dan akhbar yang menjadi lidah rasmi PR banyak mencanang tentang sifat pemimpin itu yang dikatakan banyak membantu pembangunan pulau mutiara selepas ia diambil alih daripada Barisan Nasional (BN).

Sampai satu tahap, Guan Eng pernah digelar ‘zuhud’ malah ada yang menyamakannya dengan pemimpin ulung Islam, Khalifah Umar Abdul Aziz! Nah, sampai tahap begitu sekali puak-puak berkaitan mengagung-agungkan figura tersebut.

Bila ‘First Lady Of Penang’ Pakai Beg Gucci Ribuan Ringgit, info, terkini, berita, sensasi,

Namun beberapa hari lalu, portal berita dan media sosial mula mempersoalkan tentang satu isu sensasi melibatkan isteri Guan Eng, Betty Chew Gek Cheng.
Mana taknya, suami molek ‘dimahkotakan’ sampai ke gelaran zuhud kerana mengamalkan sikap tidak mementingkan kebendaan dan bersederhana, tetapi isterinya pula dilihat bergaya dengan barangan berjenama mahal. Kontra, kan?

Dalam satu foto yang tersebar, Betty dilihat membimbit satu beg tangan berjenama Gucci dari koleksi Gucci Bamboo.


Bila ‘First Lady Of Penang’ Pakai Beg Gucci Ribuan Ringgit, info, terkini, berita, sensasi,

Menurut laman web jenama tersebut, harga sebuah beg itu yang tidaklah sebesar mana mencecah €2,100 atau kira-kira RM 11,000.

Gara-gara gambar ini, terdengar desas desus Guan Eng telah memberi amaran kepada pihak tertentu kerana dianggap bukan menjatuhkan reputasi isterinya tetapi dirinya sendiri.

Amboi baru kena ‘jentik’ sikit, dah melenting!

Fikir-fikir balik, beg-beg berjenama demikian memanglah biasa digayakan oleh para isteri VIP dan golongan kenamaan, cuma ia dilihat kurang kena bila dilakukan isteri kepada ahli politik yang selama ini dijadikan contoh teladan manusia bersederhana seperti Guan Eng bukan?

Sumber : mynewshub.cc

Kuala Krai Dilanda Suhu Sejuk

Gambar Pekan Kuala Krai Kelantan sudah dilanda musim suhu sejuk mulai 17 Januari 2015. Menerusi pengguna laman sosial yang menetap di Kuala Krai, suhu sejuk purata dari 17 sehingga 19 darjah celcius direkodkan pada awal pagi sabtu. Menurut penduduk lagi, Kuala Krai kini sejuk seperti di kawasan peranginan Genting Highland dimana kabus mula melitupi daerah tersebut.

Seperti sedia maklum, punca fenomena sejuk terutamanya di Pantai Timur Semenangjung Malaysia berlaku susulan cuaca sejuk melampau berlaku di Siberia, Rusia. Tiupan udara bertekanan udara tinggi dari Siberia itu bergerak ke China dan akan membawa cuaca sejuk memasuki Laut China Selatan sebelum bergerak ke negara-negara Asia Tenggara termasuk Malaysia


Kuala Krai Dilanda Suhu Sejuk, info, terkini, berita, kuala krai, fenomen suhu sejuk

Kuala Krai Dilanda Suhu Sejuk, info, terkini, berita, kuala krai, fenomen suhu sejuk

Kuala Krai Dilanda Suhu Sejuk, info, terkini, berita, kuala krai, fenomen suhu sejuk

Kuala Krai Dilanda Suhu Sejuk, info, terkini, berita, kuala krai, fenomen suhu sejuk

Sumber : melvister.com

Mayat Nahas QZ8501 Ditemui Nelayan Semalam Tanpa Kepala, Kaki Dan Tangan

Satu daripada tiga mayat mangsa nahas pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang ditemui nelayan Pulau Maradapan, Kalimantan Selatan beberapa hari lalu sudah terjejas teruk.


Mayat Nahas QZ8501 Ditemui Nelayan Semalam Tanpa Kepala, Kaki Dan Tangan, info, terkini,berita, QZ8501

Anggota SAR Pos Kotabaru, Muhammad Imam Nazarudin, berkata mayat dipercayai kanak-kanak perempuan itu ditemui tanpa kepala, kaki dan tangan.

Dua lagi yang ditemui ialah mayat seorang lelaki dan wanita dewasa.

Ketiga-tiga mayat itu diterbangkan ke Surabaya, Jawa Timur pagi tadi dengan pesawat Casa NC212. – Metrotvnews.com

Sumber : mynewshub.cc

Kalau Macam Ni Memang Layak Kena Halau Balik

Ekoran berita ada pelajar perempuan sebuah sekolah yang dihalau kerana memakai baju kurung baru-baru ini, ada pula gambar tersebar di laman sosial berkenaan seorang lagi pelajar juga dihalau balik.


Kalau Macam Ni Memang Layak Kena Halau Balik, info, terkini, berita, isu baju kurung pelajar sekolah
Gambar yang tersebar menunjukkan seorang murid sekolah menengah berpakaian baju kurung yang agak ketat.
 
 
Gambar yang disebarkan ialah gambar seorang pelajar sekolah menengah yang memakai baju kurung yang agak ketat sehingga menampakkan susuk tubuhnya yang agak seksi.

“Cikgu halau balik sebab saya pakai baju kurung ke sekolah,” tertulis perkataan berkenaan pada gambar yang tersebar.
Kalau Macam Ni Memang Layak Kena Halau Balik, info, terkini, berita, isu baju kurung pelajar sekolah

Tidak diketahui siapa identiti pelajar yang memakai baju kurung berkenaan tetapi gambar berkenaan sudah pun menjadi viral di internet.

Kalau macam ini punya gaya memakai baju kurung ke sekolah memang layak agaknya dihalau balik.

Penulis agak keliru sebenarnya kenapa pelajar seperti ini memakai baju kurung dengan gaya sebegitu rupa untuk pergi ke tempat menuntut ilmu dan ada guru-guru yang jauh lebih dewasa yang ramai.

Pemakaian sebegitu rupa pastinya akan membuatkan tugas para guru khususnya guru lelaki terganggu dengan penampilan yang menjolok mata.

Mungkin pelajar ini mahu menunjukkan ‘aset’nya itu kepada seseorang pelajar lelaki di sekolah, patutlah dipakai sebegitu rupa baju kurung itu.

Dahsyat sungguh penulis tengok cara pemakaian para remaja sekarang yang lebih mementingkan penampilan daripada apa yang bakal diperkatakan oleh orang lain.

Sumber : mynewshub.cc

Pesawat Bawa Pegawai Presiden Filipina Terbabas Di Tacloban

Sebuah pesawat yang membawa pegawai-pegawai khas Presiden Filipina Benigno Aquino terbabas di landasan di Lapangan Terbang Tacloban City ketika cuaca buruk hari ini.

berita, info, Pesawat Bawa Pegawai Presiden Filipina Terbabas Di Tacloban, terkini,

Kejadian berlaku hanya beberapa ketika selepas Pope Francis berlepas dengan menggunakan pesawat berbeza dari lapangan terbang yang sama, memetik laporan AFP.

Menurut seorang Wakil Kanan Kerajaan Francis Tolentino, bahagian muncung pesawat itu terbenam di dalam lumpur bagaimanapun tiada penumpang yang cedera dalam insiden itu.

“Saya melihat ia bergerak di atas landasan sebelum kemudian ia terbabas,” kata Tolentino menurut laporan stesen radio DZMM.

Setiausaha Eksekutif Aquino, Paquito Ochoa dan Jurucakap Aquino, Herminio Coloma adalah antara penumpang pesawat khas berkenaan.

Mereka merupakan antara wakil kanan kerajaan Filipina yang mengiringi lawatan Francis ketika Pemimpin Kristian Katolik itu melawat mangsa yang terselamat dalam taufan Haiyan yang melanda Tacloban pada 2013.

Francis juga terpaksa memendekkan lawatannya ke kawasan itu kerana hujan lebat dan angin kencang akibat ribut tropika Mekkhala yang ketika itu di lokasi kira-kira 150km sahaja dari Tacloban.

Pesawat yang membawa Francis berlepas dari Tacloban kira-kira pukul 1 tengahari (waktu tempatan) dan selamat tiba semula di Manila.

Sumber : mynewshub.cc

Anjing Laut ‘Berkelah’ Santai Punca Jalan Raya Sesak Teruk

Kisah legenda popular tempatan pernah menceritakan suatu ketika dahulu dua ekor anjing bersaing dalam pertandingan berenang dan akhirnya seekor daripada mereka berjaya tiba awal di garisan penamat dengan penuh bergaya.

Anjing Laut ‘Berkelah’ Santai, berita luar negara, i9nfo, Punca Jalan Raya Sesak Teruk, terkini,


Manakala seekor anjing lagi yang kalah berasa amat marah kerana walaupun ia teruk berlatih setiap hari, namun lawannya yang langsung tidak pernah membuat apa-apa latihan itu pula menang dengan aksi bersahaja tanpa masalah besar.

Melihat anjing tersebut sedih kerana gagal dalam pertandingan renang itu, pesaingnya hanya mampu tersengih dan dengan rasa bangga menjelaskan ia memang dijangka mampu menang kerana ia secara kebetulan adalah seekor anjing laut!

Itu cerita anjing laut handal berenang tetapi lain pula berlaku apabila haiwan tersebut dilaporkan media Australia sebagai selamba baring berjemur di bahu jalan raya yang sibuk di negeri Tasmania, sebuah pulau besar di tenggara negara berkenaan.

Tindakan prihatin seorang pemandu kenderaan segera menghubungi pihak polis berjaya membawa haiwan tersebut yang masih leka ‘berkelah’ dan mengeringkan tubuhnya disinari sang suria akhirnya kembali ke tempat asal-usulnya iaitu di tepi laut.

Anjing Laut ‘Berkelah’ Santai, berita luar negara, i9nfo, Punca Jalan Raya Sesak Teruk, terkini,

Kejadian dilaporkan pukul 3.30 petang (1.30 petang waktu Malaysia) pada Jumaat apabila ramai pemandu terpaksa memperlahankan kenderaan mereka demi mengelak terlanggar mamalia itu dekat jalan tol East Tamar, Launceston di pulau itu.

Polis tempatan yang tiba kemudian membuat lencongan ke persimpangan Jalan Mowbray sementara menunggu petugas agensi taman negara Australia ‘memujuk’ anjing laut dewasa itu agar pulang ke habitat asal yang lebih dingin suasananya.

“Ada laporan mengatakan anjing laut ini luka di badan, namun selepas diperiksa pegawai hidupan liar, mereka mengesahkan mamalia itu tiada mengalami apa-apa kecederaan fizikal,” kata pegawai polis, Inspektor Michael Johnstone.

Beliau mendakwa, ini bukan kes kali pertama anjing laut ‘nakal’ berjemur di jalan raya bahkan pernah beberapa kali sekumpulan haiwan itu ‘berkelah’ santai di tepi laluan berkenaan sebelum diusir ke kawasan lebih selamat.

Launceston, bandar raya kedua terbesar di Tasmania selepas ibu negerinya, Hobart manakala pulau itu ke-26 terbesar di dunia dan menjadi pangkalan hadapan untuk misi penyelidikan saintifik ke benua Antartika yang terletak berjiran. – Agensi

<iframe width="560" height="315" src="//www.youtube-nocookie.com/embed/MD8GTCWmEw0?rel=0&amp;controls=0&amp;showinfo=0" frameborder="0" allowfullscreen></iframe>

GambarTerbaru Mayat Mangsa Nahas Airasia QZ8501

AIR ASIA QZ8501 adalah pesawat milik indonesia yang dinyatakan hilang pada saat penerbangan dari surabaya indonesia menuju singapura pada 28 disember 2014 tahun lalu dengan 155 penumpang dan 7 kru di dalam pesawat.pada 30 disember 2014.Serpihan pesawat ini telah ditemukan,beberapa hari lepas ekor badan pesawat airasia qz8501 sudah berjaya di apungkan..

Beberapa hari lepas para anggota tim pencari berjaya menemukan mayat terbaru airasia yang masih belum di kenal pasti. berikut adalah gambar mayat airasia qz8501 yang ditemukan.



GambarTerbaru  Mayat Mangsa Nahas Airasia QZ8501, info, terkini, berita, penemuan terbaru mayat nahas Qz8501

GambarTerbaru  Mayat Mangsa Nahas Airasia QZ8501, info, terkini, berita, penemuan terbaru mayat nahas Qz8501

Sumber : eberita.org

Airbus Cipta Kotak Hitam Mudah Terapung Di Permukaan Laut

Konsortium pengeluar pesawat ternama antarabangsa, Airbus sudah mendapat kebenaran rasmi Agensi Keselamatan Udara Eropah (EASA) untuk memasang kotak hitam yang mampu terapung jika kapal terbang itu terhempas ke dalam laut.

Sumber Airbus memberitahu agensi berita AFP, firma aeroangkasa empat buah negara Eropah itu telah memperoleh ‘lampu hijau’ daripada pihak berkuasa penerbangan awam EASA akhir tahun lalu dan buat permulaan bagi dua model jenama popular Airbus.


Airbus Cipta Kotak Hitam Mudah Terapung Di Permukaan Laut, info, terkini, berita, air bus, teknologi sistem penerbangan

Kotak hitam teknologi terbaharu itu juga mudah dikesan di permukaan laut dan untuk fasa pertama, ia akan dipasang dahulu untuk jenis jarak jauh terbaharu A350 dan model pesawat terbesar di dunia, A380,” kata sumber tersebut yang enggan dikenali.

Airbus Cipta Kotak Hitam Mudah Terapung Di Permukaan Laut, info, terkini, berita, air bus, teknologi sistem penerbangan

Jurucakap EASA mengesahkan agensi itu kini bekerja rapat menyelaras penambahbaikan pensijilan keselamatan Airbus terutama teknologi canggih untuk kotak hitam yang bertugas amat kritikal sebagai perakam suara kokpit dan rekod data penerbangan.

Model Airbus paling baharu A350 yang dikeluarkan sejak 14 Jun 2013 mampu memuatkan dari 270 sehingga maksimum 350 penumpang manakala jenis A380 yang dihasilkan sejak 27 April 2005 dapat mengisi kapasiti dari 555 sehingga 853 penumpang.

Sejak pengenalan model pertama A300 pada 1972, Airbus pernah menghasilkan model A310, A318, A319, A320, A321, A330 dan A340 dengan jumlah pengeluaran termasuk model baharu sudah mencecah lebih 14,000 buah sehingga akhir 2014 lalu.

“Teknologi kotak hitam boleh terapung sendiri sebenarnya sudah digunakan semua model pesawat tentera sama ada jenis pengangkut atau jet tempur namun ia belum pernah dipasang untuk pesawat komersial kargo atau penumpang,” kata sumber Airbus.

Nahas pesawat awam biasanya berlaku di atas darat terutama sebelum berlepas atau mendarat di lapangan terbang namun sejak kebelakangan ini banyak kes dilaporkan di laut sehingga mengambil masa lama untuk operasi pengesanan kotak hitam itu.


Airbus Cipta Kotak Hitam Mudah Terapung Di Permukaan Laut, info, terkini, berita, air bus, teknologi sistem penerbangan

Sumber Airbus berkata, jenis A350 dan A380 bagi projek perintis pemasangan kotak hitam mudah terapung di laut dipilih kerana dua model itu menjadi kegemaran semua syarikat penerbangan serata dunia untuk perjalanan merentasi perairan antarabangsa.

Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) dijangka bermesyuarat bulan depan bagi membincangkan kemungkinan besar semua pesawat baharu wajib memasang teknologi kotak hitam jenis boleh terapung jika berlaku nahas di kawasan laut. – Agensi


BASARNAS Sudah Temui Bangkai Utama Pesawat AirAsia

Laman web Detik.com melaporkan Badan Mencari dan Menyelamat Nasional Indonesia (BASARNAS) dilaporkan telah menemui bangkai utama pesawat AirAsia Indoensia QZ8501 yang terhempas bulan lepas.

Laporan itu turut menyebut bahawa bangkai itu turut terdapat mayat penumpang pesawat berkenaan yang turut terperangkap.


BASARNAS Sudah Temui Bangkai Utama Pesawat AirAsia, info, terkini, berita Pesawat AiriAsia QZ8501, Bangkai pesawat QZ8501
Pasukan penyiasat memeriksa serpihan ekor pesawat AirAsia QZ8501 yang ditemui bagi mengenalpasti punca kejadian itu yang berlaku bulan lepas. - Foto Reuters
 
 
Perkara itu disahkan oleh Pengarah Operasi BASARNAS, Bambang Supriyadi di Lapangan Terbang Tentera Udara Iskandar hari ini.

Ia ditemui kira-kira 1.7 batu nautika berhampiran lokasi penemuan ekor pesawat arah timur laut.

“Kedudukan badan pesawat ini tidak berada berdekatan sayap yang menindih Perakam Suara Kokpit (CVR).

“Bagaimanapun, pasukan SAR gabungan akan mengangkat badan utama ini menggunakan beg pelampung sama seperti kaedah digunakan untuk menaikkan ekor pesawat,” katanya.

Menurut Bambang, kapal KN Jadayat dilaporkan sudah berada di lokasi bangkai utama dan beg pelampung yang akan digunakan juga sudah ada di lokasi kejadian.

BASARNAS juga dilaporkan akan menambah kekuatan pasukan dan kapal tongkang yang kini sudah pun bersiap sedia di Pelabuhan Panglima Utar Kumai.

“Sekarang kapal KN Jadayat berada di lokasi bangkai utama. Proses pengangkatan kira-kira sama dengan ekor iaitu menggunakan beg pelampung yang sudah ada di lokasi kejadian.

“Mungin ada beberapa tambahan belon apungan yang kita cuba turunkan di dalam air. Ia boleh mengangkat keseluruhan badan pesawat,” kata Bambang.

Katanya, penemuan bangkai utama pesawat diberi keutamaan berikutan BASARNAS menjangkakan terdapat lebih 50 peratus mayat masih berada di dalamnya.

Sumber : mynewshub.cc

MU Sedia RM654 Juta Sambar Muller dan Pogba

Manchester United bersiap sedia membelanjakan wang £122 juta (RM654 juta) untuk menyambar Thomas Muller dari Bayern Munich dan Paul Pogba dari Juventus.


MU Sedia RM654 Juta Sambar Muller dan Pogba, info sukan, berita, bola sepak, Manchester United
Muller bakal berhijrah ke MU dengan bayaran gaji berlipat ganda.

Pada Isnin, media melaporkan, pasukan The Red Devils itu sudah bersedia memulakan era ‘Galactico’ selepas pemiliknya menyatakan kesediaan menambah peruntukan kewangan bagi mengukuhkan lagi skuad bimbingan Louis van Gaal itu.

Isyarat itu semakin kuat apabila Angel di Maria menandatangani perjanjian yang memerlukan MU berbelanja hampir £60 juta (RM322 juta) bagi mengikat pemain kebangsaan Argentina itu.

Satu lagi nama yang disebut-sebut bakal menguatkan skuad van Gaal ialah pemain Real Madrid, Gareth Bale.

Pemerhati berkata, pemain yang teratas diingini van Gaal nampaknya ialah Muller yang baru-baru ini ditawarkan kepada Real Madrid dengan yuran perpindahan bernilai £45 juta (RM241 juta).

Pogba pula, di sebalik harga £77 juta (RM413 juta) dituntut Juventes terus menjadi buruan ketika prestasinya dianggap sebagai mindfield pertahanan terbaik Eropah ketika ini.

Selain MU, Pogba turut diintai Paris Saint Germaine dan Chelsea.

Sumber : mstar.com.my