Iker Casillas Cadang Real Madrid Dapatkan De Gea


Iker Casillas mendedahkan bahawa dia yang mencadangkan agar Real Madrid mendapatkan David De Gea sebagai penggantinya di kelab gergasi itu pada musim depan.


Iker Casillas Cadang Real Madrid Dapatkan De Gea , info sukan, bola sepak,

Casillas mendakwa, cadangan itu diberikan kepada Presiden Real Madrid, Florentino Perez ketika ditanya tentang penggantinya.

"Florentino bertanya, jika kami ingin dapatkan penjaga gol, siapakah yang akan saya ambil.

"Saya cadangkan penjaga gol kelahiran Sepanyol seperti Sergio Rico, Asenjo dan David De Gea. Ternyata De Gea antara yang terbaik di kalangan tiga nama itu," kata penjaga gawang Real Madrid berkenaan.

De Gea yang pernah mewakili Atletico Madrid berhijrah ke Manchester United dan menghadapi masa sukar.

Bagaimanapun, dia diangkat sebagai antara penjaga gol terbaik dunia pada musim ini selepas beraksi cemerlang di bawah kendalian Louis van Gaal.

Berikutan itu juga, De Gea menjadi buruan Real Madrid yang mahu mendapatkan penjaga gol baharu bagi menggantikan Casillas.- mstar

Filled Under: