Status Sebenar “Anak Angkat” Stacy Terbongkar


Penyanyi terkenal, Stacy telah mengambil seorang anak angkat iaitu Bella Valentina yang kini sudah pun berusia tiga tahun.


Status Sebenar “Anak Angkat” Stacy Terbongkar, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, Stacy,

Pemilik nama Stracie Angie Anam ini mengakui dirinya terlalu menyayangi anaknya, walaupun Bella bukan darah dagingnya sendiri.

“Bella ibarat nyawa Stacy sendiri. Bella juga telah menukar diri Stacy menjadi seorang yang lebih matang. Sebelum kehadiran Bella, Stacy ni macam budak-budak sikit tetapi sekarang dah berubah.

“Sejak ada Bella, Stacy lebih bahagia dan seronok. Sampaikan sekarang ini, ke mana sahaja Stacy pergi, Stacy pasti tak sabar hendak cepat pulang ke rumah sebab hendak habiskan masa bersama Bella,” katanya.

Bella kini tinggal bersama Stacy di Kuala Lumpur dan sudah pun dihantar ke kelas pra-sekolah di sebuah tadika di ibu kota.

Sumber : katakcomel

Filled Under: