Sebelum ini, Mynewshub telah melaporkan berita tentang dua pesawat Jupiter Aerobatic Team milik Angkatan Udara Tentera Nasional Indonesia (AU-TNI) terhempas ketika sedang melakukan latihan aerobatik sempena LIMA’15 di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) Langkawi.
Nahas berlaku kira-kira pukul 2 petang tadi.
Detik cemas sebelum pesawat sebelum terhempas, telah berjaya dirakamkan saksi di tempat kejadian yang kemudiannya memuatnaik rakaman tersebut di laman sosial.
Detik cemas sebelum pesawat sebelum terhempas, telah berjaya dirakamkan saksi di tempat kejadian yang kemudiannya memuatnaik rakaman tersebut di laman sosial.
Dapat dilihat, kedua-dua pesawat menjunam disusuli dengan api dan kepulan asap tebal sebelum terhempas.
Bagaimanapun, beberapa saksi di tempat kejadian dikatakan melihat juruterbang sempat melompat keluar dengan payung terjun.
Bagaimanapun, beberapa saksi di tempat kejadian dikatakan melihat juruterbang sempat melompat keluar dengan payung terjun.
Menerusi gambar yang dikongsikan, kedua-dua juruterbang dilihat selamat namun tidak dapat dipastikan sama ada mereka mendapat lain-lain kecederaan yang hanya dapat dipastikan selepas diperiksa doktor.
Insiden ini turut mengakibatkan sebuah rumah terbakar di Kampung Kedawang, Langkawi.
Sumber : mynewshub