Breaking News


Wednesday, October 2, 2013

AF2013 : Akibat Pengsan, Doktor Nasihat Nabila Tarik Diri


AF2013, akademi fantasia 2013, Hiburan, Nabila,

Akibat Pengsan, Doktor Nasihat Nabila Tarik Diri  | Mungkin ramai yang tidak tahu sesuatu telah terjadi kepada salah seorang pelajar AF2013, Nabila sejurus berakhirnya konsert minggu ketiga AF2013 pada Ahad

Nabila atau nama sebenarnya Nur Nabila Mohd Razali dilaporkan pengsan sebaik sahaja konsert berakhir dan dikejarkan ke hospital.

Menurut Nabila, pada waktu itu dia sangat lemah sehingga tidak mampu untuk berdiri dan badannya terasa kebas.

“Agaknya Nabila terkejut dengan keputusan, dan secara tiba-tiba saya rasa mcm nak rebah, saya terus masuk ‘backstage’ dan duduk di kerusi. Tangan dan badan saya semua terasa kebas.

“Masa itu, memang saya tak fikir apa dah, memang saya dah lemah sampai kawan tolong pimpin. Kemudian saya dibawa ke hospital.” ujar pelajar berusia 21 tahun ini.

Nabila juga memberitahu, doktor telah menasihatinya supaya tarik diri daripada AF2013

“Selepas dirawat di wad kecemasan, doktor memberitahu nafas saya terlalu laju dan mengakibatkan ‘cramp’ satu badan.

“Doktor nasihat kan saya supaya saya tarik diri dari AF2013 ataupun saya sendiri yang terpaksa kawal keadaan berdebar seperti itu, tapi saya tetap nak teruskan perjuangan ini.” jelasnya lagi.

Walaubagaimanapun, kepada peminat dan pengundi Nabila, jangan risau kerana keadaan Nabila kini sudah semakin pulih.

Jadi, kepada penonton, jangan lupa untuk teruskan mengundi pelajar pilihan anda dengan menaip AFUNDI (3/5/10/20) untuk (3/5/10/20 undian) ke 32777.


Anda juga boleh mengikuti perkembangan pelajar AF2013 menerusi AF Buzz yang ke udara setiap isnin, jam 9.00 malam, Diari AF bermula dari Selasa hingga Khamis, jam 9.00 malam serta Terus Gempak…Inilah AF2013 (TGI AF2013) pada jumaat, jam 9.00 malam dan kemeriahan Konsert AF2013 setiap Ahad, jam 9.00 malam di Astro Ria (saluran 104) serta tayangan serentak di Astro Maya HD (saluran 135).


Sumber : apeceritadot.com

Share This
Blogger
Facebook
Disqus

comments powered by Disqus
Subscribe
Labels
Popular Posts

Subscribe Via Email